Tuesday, March 24, 2009

BOIKOT... HARAKAH DIGANTUNG 3 BLN SELAMA P.RAYA KECIL BERJALAN 3 PERINGKAT.. PENAKUT PUNYA BN... HANCUR UMNO


Harakah digantung tiga bulan
Harakahdaily Mon Mar 23, 09 6:55:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Iklan Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.
Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta, " surat KDN dipetik. - azm

HANCUR KEKEJAMAN UMNO!!!!!!!!!!!!!/ KALU NAK GANTUNG HARAKAH GANTUNG SEMUA AKHBAR , UTUSAN, BERITA HARIAN DLL YG BERKAITAN DGN AKHBAR UMNO... ..........................

1 comment:

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI