Tuesday, March 24, 2009

apa kata mereka & bg pandangan anda..Isteri curang & skandal..knpa ini blh terjadi



Salam


Saya ingin meminta pendapat rakan-rakan atas masalah yang menimpa seorang hamba Allah ini.. dan dia merupakan seorang yang amat rapat dengan saya. Saya namakan dia N.> > Apa yang perlu dilakukan oleh N setelah dia curang dengan suaminya? N merupakan seorang isteri yang selama ini mempunyai seorang suami yang tidak bertanggungjawab antaranya sifat buruk suaminya :>

1) Suami tak de keje tetap, tak bagi nafkah zahir selama hampir 10 tahun berkahwin.

2) Suami panas baran suka memaki hamun kalau ada buat silap sket.

3) Suami tak pernah puasa dan sembahyang.

4) Suami tak hormat orang tua.

5) Suami main kayu tiga kalau ada kesempatan (dari segi kewangan) tapi hanya utk suka2

tak pernah serius.

6) Suami suruh N meminjam bank berpuluh ribu untuk buat modal berniaga tapi tak pernah menjadi. (N bekerja) Dan banyak lagi perangai buruknya...tapi N tau suaminya sayangkan dia dan anak. Cuma suaminya kurang bertanggungjawab. N pernah meminta cerai tapi suaminya tak nak menceraikannya. Apabila N tertekan perasaan dia memberontak dan mula menjalinkan hubungan skandal dengan rakan rapatnya. Dan hubungan mereka hanya la sekadar skandal bukan bercinta! N selalu meluahkan rasa bosan dgn rumahtangganya pada tmn rapatnya itu. Mereka pernah melakukan ringan2...dan N ada juga merasa bersalah kepada suaminya dan pada Allah semestinya tapi setiap kali dia cuba mengelak mesti gagal kerana kurang keimanan di dada dan perasaan tertekan dgn rumahtangganya.> > Saya sudah menasihatkan N untuk bercerai daripada terus melakukan dosa kerana perasaan tertekan ini tapi dia takut akan mendatangkan kesan buruk pada anaknya dan keengganan suaminya menceraikannya. ..jadi apa perlu N buat? Tuntut fasakh? Masalahnya suaminya pandai memujuk dan N mudah cair dengan pujukan suami nyer... Bagi pendapat saya N tiada lagi perasaan sayang dan cinta pada suaminya tapi bersama kerana anak sahaja dan N merasakan tak boleh hidup tanpa suami...

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI