Monday, October 5, 2015

Kem Smart Solat Sempena cuti November 2015

Gombak: Cuti sekolah akhir tahun semakin hampir. Ibubapa dan penjaga pasti merancang aktiviti yang berfaedah dan ilmiah untuk anak-anak mereka.

Justeru sempena cuti sekolah November 2015, N SUHAILA ENTERPRISE dengan kerjasama Masjid Jamiatul Solahiah, SRA Sg Tua Baru Gombak, dan Ketua Kg Sg Tua Baru, Lena De Spa, LDS Health akan mengadakan Kem Smart Solat, permata Hatiku Solatlah sempena cuti Sekolah akhir tahun.

Pengarah programnya Cik Sue berkata, Insya-allah cuti sekolah yang semakin hampir mengambil masa hampir 2 bulan kita  telah merancang aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak islam bermula umur 6-18tahun agar mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Dalam program kem Smart Solat permata Hatiku, para pelajar akan di dedahkan cara solat dengan betul, cara mengambil wudhu seperti Nabi SAW, mengambil wudhu dengan cara tayamum.

Kem 3 hari 2 malam, para peserta akan diberi pendedahan cara solat, kesan meninggalkan solat, azab yang akan menimpa kepada mereka yang meninggalkan Solat, menyemak bacaan solat, hafazan surah-surat lazim katanya.

Menurut Cik Sue, Selain itu peserta yang  akan mengikuti kem  ini mereka akan diajar aktiviti Mencari Arah kiblat, Night Orieteering, Explorance Smart Solat, Sarang labah-labah, Amali dan Teori Solat, LDK dan Qiammulail.

Tambah Cik Sue lagi, Alhamdulilah setiap tahun kita adakan kem ini, permintaan ibubapa dan penjaga sangat tinggi kerana mereka tidak mahu anak-anak membuang masa dengan sia-sia. Dengan mengikuti kem ini  feedback dari ibubapa sangat positif. Anak-anak mereka yang dulu tidak solat, melawan ibubapa telah berubah kesan dari motivasi yang telah di berikan oleh penceramah-penceramah yang diundang.

Insya-Allah kali ini kita menjemput Ustaz Hizbur yang merupakan Ikon generasi muda. beliau akan membimbing semua peserta mengenai solat seperti Baginda Nabi Muhammad SAW.

Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kem Smart Solat Permata Hatiku Solatlah boleh membuat pendaftaran di talian 011-12424865 / 011-27824633.

Yuran pendaftaran hanya RM180 (harga promosi). Ibubapa yang hantar anak-anak akan diberi 20% rawatan Salon dan SPA, Rawatan Alternatif  dari Lena De Spa, LDS Health SPA, kata nya kepada pemberita.

Editor : Khaulah Azwar






Jawatan Kosong Jururawat, Salon dan SPA

Salam..

Mohon laluan moderator untuk iklan jawatan kosong Jururawat dan pekerja salon dan spa

Dengan sukacitanya LDS Health SPA menjemput individu berkelayakan dan berpengalaman dalam rawatan alternatif , salon dan sPA untuk mengisi kekosongan jawatan.

1) Jururawat lelaki
2) Jururawat Perempuan
3) pekerja Salon dan SPA.

Mereka yang lepasan university dialukan membuat permohonan. Email resume ke suhaila.agrotani@gmail.com

Kelebihan : gaji berpatutan, Cuti tahunan, Cuti sakit, EPF dan Socso, Bonus


call 011-27824633 / 03-61772506

Sunday, October 4, 2015

kesan Tidak Merawat resdung 15 tahun Sukar tidur, mata hampir rabun-Ustaz Sohor Bani Leman

 Gombak: Penceramah terkenal Ustaz Sohor Bani Leman melahirkan rasa kesyukuran apabila derita yang ditanggung dengan mengalami sakit resdung selama 15 tahun kini semakin baik.

Beliau berkata, "saya tidak tahu selama ini saya mengalami sakit resdung. Sudah 15tahun saya mengalaminya apabila pernafasan saya berbau busuk, sukar untuk tidur. Setiap malam apabila hendak tidur saya terpaksa tidur meniarap kerana kesukaran bernafas".
Ustaz sohor Bani Leman 15hn mengalami resung, sukar tidur, hampir mata rabun

"Baru -bari ini apabila saya mengeluarkan lendir hingus saya dapati keluar seekor ulat dalam hidung saya. Mata saya semakin kabur untuk membaca buku. Saya sudah cuba berbagai cara untuk merawat namun gagal. Rawatan di Hospital hanya memberi ubat tahan sakit namun Doktor tidak memberitahu saya sakit apa.

Alhamdulilah, akhirnya setelah saya membuat rawatan alternatif umi sue enterprise  akhirnya saya rasa terlalu bersyukur dengan dapat mengeluarkan lendir resdung begitu banyak sekali. Saya Rasa dapat menikmati udara Allah yang telah saya hilang  nikmat untuk menghirup selama 15tahun. Saya rasa rindu untuk menghirup udara Allah dengan selesa. Justeru saya menyeru orang ramai sekiranya sakit berusahalah membuat rawatan alternatif sekiranya merawat di hospital tidak berhasil. Perlu berubat terus menerus sehingga pulih, ujarnya.

Sehubungan itu Konsultan  Rawatan Alternatif Umi Sue Enterprise,  Cik Su berkata alhamdulilah saya bersyukur pada Allah kerana dapat merawat salah seorang penceramah yang sangat terkenal Ustaz Sohor Bani Leman. sudah sekian lama saya dan rakyat malaysia tidak mendengar kuliah beliau di kaca Tv. Rupa-rupanya kesihatan beliau yang tidak mengizinkan bahkan beliau sibuk dengan urusan lain. Namun beliau masih memberi ceramah di masjid- dan surau, katanya.
Puas Hati dapat keluar lendir yang 15thn tidak terkeluar.


Cik Su berkata. Pesakit yang mengalami resdung perlu ambil tindakan rawatan segera. ramai yang ambil sikap sambil lewa dan tidak peduli dengan sakit yang dialami.

Pesakit hanya anggap sakit yang dialami dengan bersin, kerap selsema, megalami migrane, rambut gugur dengan banyak, mata bengkak adalah perkara biasa.

Untuk pengatahuan masyarakat  sekiranya mereka mengalami tanda-tanda resdung iaitu kerap bersin, mata kabur, kerap migrane, rambut gugur, nafas berbau, mereka perlu buat rawatan segera kerana pernah terjadi patient (pesakit) saya mengalami sakit sehingga mata menjadi buta. Hilang deria rasa, apabila mengeluarkan lendir, lendir tersebut berdarah. ini peringkat bahaya. Pesakit perlu buat rawatan segera.  Pesakit perlu Sayang kan mata mereka. Apabila mata menjadi buta ia merupakan satu kerugian besar hilang nikmat penglihatan yang allah berikan pada semua umatnya.

Menurut cik Sue rawatan alternatif yang dibuat dengan membuang lendir. Pesakit akan diberi rawatan dengan buang lendir dengan menggunakan serbuk, toner. Pesakit akan diberi urutan membuang lendir resdung. rawatan ini tidak sakit dan tidak menggunakan asap. Ia sangat moden dan pesakit rasa sangat selesa. Rawatan kita buat adalah rawatan alami. Produk adalah bahan-bahan herba yang tidak menggunakan bahan kimia.

Rawatan tidak sakit, sangat selesa
Kata beliau, orang ramai yang ingin membuat rawatan alternatif boleh hadir di lokasi No. 55 Jln 7, Tmn Selayang, 68100,   Batu Caves, 68100, Selangor  Tel No. 011-27824633.

 Kami bermula jam seawal 8 pagi sehingga 6 petang Isnin-Ahad. Rabu dan cuti umum adalah cuti. Sekiranya pesakit tidak sempat buat rawatan hari biasa kerana kerja mereka boleh buat rawatan waktu  malam dengan membuat temujanji di talian  seperti diatas. 


Selain rawatan resdung kita juga membuat rawatan bekam, urutan MMT, Urutan Refleksologi, Urutan Bersalin, Salun Rambut, Facial Tortok Spa Pengantin, Mandi Aura Puteri, Manicure, slimming, Make-up dan banyak lagi, Insya-Allah hpesakit yang menerima rawatan akan rasa selesa dan puas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan harga rawatan berpatutan,  ujarnya.


Editor : Khaulah Azwar.

Friday, June 5, 2015

TUN M Seru Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Fahaman Politik Turun Ke Jalan Raya

  KUALA LUMPUR 6 JUN- Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik supaya turun ke jalan raya bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata banyak isu yang cuba diselindungkan Datuk Seri Najib Razak, menyebabkan keadaan politik dan ekonomi negara kini berada dalam kegelapan sehingga banyak memberi tekanan kepada rakyat.

“Hari ini polis  halau saya. Apa yang depa takut sangat dengan saya. Saya tidak ada darah pahlawan pun macam Datuk Najib,”

“Tidak ada cara lain lagi, kalau rakyat nak mai demo, saya tidak boleh halang. Rakyat berhak menunjukkan sikap tidak puas hati kepada mana-mana pemimpin yang tidak telus. Saya seru rakyat mai demo kalau tak puas hati,” katanya kepada  media.

Difahamkan, penyokong Mahathir kini sedang bersiap sedia dan hanya menunggu arahan bagi melancarkan gerakan reformasi 2.0.

Terdahulu, Pihak penganjur Dialog PM bersama NGO memutuskan untuk menangguhkan majlis itu di PWTC ekoran arahan pihak polis supaya ia dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Sebaliknya, program itu bertukar menjadi majlis bicara bersama Dr Mahathir yang bermula sekitar jam 10.30 pagi.

Ketika Dr Mahathir sedang berucap di pentas, beliau didatangi seorang anggota polis yang memintanya menghentikan ucapan.

Keadaan bertukar kecoh apabila penyokong Mahathir bersorak ketika mantan perdana menteri itu diarah menghentikan ucapan.

Mahathir kemudian meneruskan ucapan selama lima minit di luar bangunan PWTC tanpa  menggunakan pembesar suara.

Ucapan beliau disambut laungan ‘Reformasi’, “Hidup Mahathir’ dan ‘Undur Najib Undur’ oleh para penyokongnya.

Editor : Khaulah Azwar

Hadi: Gandingan ulama, profesional sangat penting


Thursday, June 4, 2015

Najib Tak Perlu takut, Saya Tak Bawa Senjata- Tun M

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa sebab yang perlu ditakutkan Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke dialog “Nothing to Hide” berkaitan 1MDB di PWTC Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 10 pagi ini".

Beliau bverkata, “saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.   Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” katanya dalam sidang media selepas polis mengarahkan dia berhenti berucap.

Dialog ”Nothing to Hide” iaitu dialog PM bersama NGO telah dibatalknn selepas mendapat arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memberitahu majlis tersebut dibatalkan atas faktor keselamatan.

Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI