Monday, September 2, 2013

RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat

KUALA LUMPUR 3 SEPT: Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat akan terus membebankan rakyat di negara ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20 sen seliter mulai semalam.
Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.
Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
Sejak Najib menjadi PM pada April 2009, kenaikan Ron 95 ini adalah yang ketiga. Sebelum ini, pada 16 Julai 2010 harga minyak itu naik 5 sen menjadi RM 1.85 seliter dan pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter.

Manakala kenaikan Diesel itu pula sebanyak empat kali. Masing-masing pada RM1.70 seliter pada 1 September 2009, RM1.75 (16 Julai 2010), RM1.80 (3 Disember 2010) dan kini terus melonjak menjadi RM2.00 seliter.

Suara Editor : Daripada dulu lagi.. papa den dah khabor.. hanpa semua taknak dengar.. sekarang hangpa meleltupkan dlm fb rasa tak puas hati.. sekarang hangpa rasa lah.. Semua harga sudah naik..kalau pilih Pakatan Rakyat nasib rakyat terbela..
ORG HABAQ TK MO DENGAQ...lani...tanggung ler...HAMPA YG NAK KN...hehehe...

Harapan Rakyat: Harga Minyak Turun


Itulah den dah cakap orang melayu mudah kena tipu..itupun takde kesedaran diri, bila Pilihanraya semua pangkah UMNO Ngok..skrg depa bagi hadiah istimewa bil air naik, bil api naik (sampai kakitangan TNB kena potong jari potong bekalan elektrik) UMNO ngok bawah pimpinan Jari duk ketawa sambil kata sapa suruh pilih kami.. itupun orang melayu kita tak sedar..sedar... so jangan merungut... 



UMNO ada nak tlg orang melayu ke????

Hidup Bersama - A. Samad Said

Thursday, August 29, 2013

ADUN Bantu OKU Beli Kasut Arch Shoe

Batu Caves : Nasib seorang ibu kurang upaya (OKU) akibat kemalangan pada 2009 mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari setelah beliau tidak mampu untuk bekerja luar lagi.

Umayachee a/p Raja hidup bersama dua orang anak yang masih kecil dan belajar. Setelah tidak boleh bekerja di luar lagi kini membuat mengambil tempahan menjahit baju dengan pendapatan bulanan RM350 sebulan tidak tetap bagi membiayai kos pelajaran dan memberi makan anak-anak. 

Beliau bekata, saya mengalami kemalangan sehingga tulang kaki patah. Doktor saran pada saya dengan membeli kaki palsu dan membuat (Arch Shoe). Kos tersebut RM500. Saya tidak mampu untuk membeli kasut tersebut kerana saya tidak mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Selain itu dengan pendapatan saya perolehi juga perlu untuk membayar sewa rumah di Kampung Indian Settlement dan bil air dan elektrik. Saya kena kerja kuat walaupun OKU, ujarnya. 

Menurut Umayachee setelah terlibat kemalangan begitu sukar untuk dirinya berjalan namun apabila mengenangkan masa depan anak-anak masih kecil beliau terpaksa bekerja keras bagi memastikan anak sulongnya yang menuntut di Universiti Masa sedang belajar akhir tahun jurusan Doktor. 

Tambahnya, saya harap anak saya berjaya dalam pelajaran walaupun kehidupan saya susah. Sehubungan itu saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Batu Caves Amiruddin kerana beliau mengambil perhatian dengan permohonan sumbangan yang saya baru mohon. Semoga beliau berjaya dalam menguruskan negeri Selangor, katanya selepas menerima bantuan daripada ADUN di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves, disini semalam. 

Sementara itu, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari pula berkata, saya harap dengan bantuan diberikan kepada beliau sekurang-kurangnya dapat membantu beliau berjalan dengan baik dan mencari rezeki di luar.Walaupun pendapatan menjahit baju ada namun pada saya memang tidak mengcukupi lebih-lebih lagi kos sewa rumah, bil air elektrik dan lain-lain telah naik yang rata-rata memberi tekanan kepada rakyat. 

Sifat yang ada pada Umayachee dengan usaha gigih menyara dua anak amat kita puji. Walaupun beliau OKU namun tidak berputus asa untuk teruskan kehidupan. Sifat ini perlu di contohi semua masyarakat. Saya doakan beliau dapat teruskan kehidupan ini dengan lebih baik dan semoga anak sulong beliau juga berjaya menjadi Doktor yang bertauliah dengan membantu keluarganya, kata Amiruddin kepada pemberita.

Editor : Khaulah Azwar
  
 

Wednesday, August 28, 2013

BN Takut PR Serta Lawat Tapak Projek KLIA 2


Kuala Lumpur : Ahli Parlimen  Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempertikaikan tindakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang enggan menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat melawat tapak kerja KLIA2.

Menurut Tony Pua, sejak dua tahun lalu, beliau meminta satu sesi perjumpaan dengan pihak Menteri dan lawatan ke tapak pembinaan KLIA2.

Kali terakhir permintaan ini dibuat semasa parlimen bersidang pada bulan Jun dan Abdul Aziz menjawab bahawa permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Sehingga hari ini, permintaan kami masih belum ditunaikan dan pihak menteri langsung tidak berkeyakinan bahawa projek KLIA2 dapat disiapkan seperti yang dilaporkan.

“Isu kelewatan pembinaan KLIA2 yang sepatutnya siap pada September 2011, dan peningkatan kos pembinaan daripada RM1.7 bilion sehingga memcecah RM4 bilion dibangkitkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sejak dua tahun yang lalu,” kata Tony dalam kenyataan medianya.

Menurut Tony, jaminan sebelum ini yang diberikan pihak kerajaan dan juga Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bahawa kos tidak akan meningkat dan kerja pembinaan tidak akan lewat.

Akan tetapi, akhirnya, pihak MAHB terpaksa mengakui bahawa projek ini tidak dapat disiap mengikut jadual dan kos melonjak ke RM4 bilion.

Kata beliau, pihak kementerian didakwa tidak bersifat telus dan tidak berani berbuat begitu kerana adanya udang disebalik batu yang tidak dilaporkan kepada media mengenai projek ini.

“Kita dapat perhati bahawa sikap MAHB dan Kementerian selama ini adalah untuk menuding jari kepada pihak lain selama ini tanpa mengakui bahawa keputusan MAHB untuk memindahkan tapak KLIA2 dan juga ketidakcekapan pengurusan projek telah menyebabkan penundaan projek berkali-kali.

“Kesemua pihak di atas menafikan tuduhan daripada MAHB dan rakyat masih berkabur dan tidak mendapat kebenaran dalam skandal yang memakan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion ini,” kata Tony.

Katanya lagi, akibat peningkatan kos, MAHB sekarang dilaporkan terpaksa meminjam sebanyak RM1 bilion melalui penawaran sukuk dengan kos lebih tinggi.

“Sikap kerahsiaan daripada MAHB dan kementerian menunjukkan bahawa segala jaminan diberi kedua-dua pihak adalah jaminan kosong.

“Dan ada isu besar yang ingin dikuburkan supaya rakyat tidak akan mengetahui kebenaran atau pihak yang bersalah tidak akan dikenakan sebarang hukuman,” katanya

Pelajar Terharu Terima Bantuan Pendidikan Daripada ADUN

Batu Caves : Faezatul Hasliana Hashim yang bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada awal september ini rasa terharu apabila menerima bantuan pendidikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari.

Beliau berkata, alhamdulilah saya benar-benar rasa terharu apabila permohonan bantuan sumbangan untuk menyambungkan pengajian mendapat perhatian ADUN. Permohonan yang dibuat tidak sampai sebulan selepas terima tawaran daripada Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah.
100_3240

Namun begitu, saya tidak dapat menyambungkan pengajian di Mesir kerana arwah ayah yang baru meninggal dunia seminggu lalu telah berpesan agar tidak menyambung pengajian di Mesir memandangkan keadaan krisis negara. Selain itu saya  juga merupakan anak sulung perlu menjaga ibu dan dua orang adik  yang masih belajar di Sekolah Rendah dan Menengah. Dengan amanah ayah, saya akur dan  isnya-Allah akan menyambungkan pengajian di UKM dalam bidang  Usuluddin Fasafah.

Menurutnya, bantuan ini tidak pernah di terima oleh mana-mana parti dan kerajaan, inilah baru pertama kali beliau menerima bantuan daripada ADUN.

Insya-Allah dengan bantuan yang diterima saya akan manfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan masuk IPT. Saya juga telah dimaklumkan kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kemasukan IPT dimana pelajar yang dapat menyambungkan pengajian akan menerima hadiah IPT sebanyak RM1000.

Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor untuk semua pelajar tanpa kira bangsa dan parti benar-benar membantu rakyat Selangor. Semoga semua pelajar yang bakal menyambungkan pengajian dapat manfaatkan sebaiknya. Saya doakan semoga ADUN diberi kekuatan  dan kejayaan dalam mentadbir kawasan DUN Batu Caves,  katanya kepada pemberita setelah menerima bantuan daripada ADUN di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves disini semalam.

Sementara itu, Pegawai Khas PKM DUN Batu Caves, Shaharuddin Abu Bakar pula berkata, Tahniah dan takziah kepada adik Faezatul sekeluarga kerana atas kejayaan beliau untuk menyambungkan pengajian pada awal September ini.

Bantuan yang diberikan ADUN RM1000 diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu dirinya sekeluarga. Pihak kami juga mendoakan agar beliau dapat menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat serta hasrat menjadi peguam suatu hari nanti akan tercapai walaupun beliau telah kehilangan ayahnya yang baru kembali kerahmatuallah. Semoga beliau dan ahli keluarga terus tabah hadapi ujian ini, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, August 25, 2013

Warga Emas Terbiar Disaran Buat Permohonan Zakat Asnaf, DAN SMUE

Batu Caves : Bapa kepada lima orang anak merayu agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves sudi membantu beliau untuk membiayai saradiri memandangkan usianya 71 tidak mampu untuk melakukan kerja di luar lagi.

Muhammad Muslim Munir berkata, saya sudah berusia dan kini hidup bersama isteri dengan menyewa sebuah bilik kecil di Kampung Nakhoda. Anak-anak tidak hiraukan saya dan isteri lagi. Saya benar-benar rasa sedih dengan ujian yang menimpa saya dan isteri.

Untuk melakukan kerja diluar saya tidak berupaya memandangkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan. Isteri juga tidak mampu bekerja lagi. Saya tidak tahu dengan cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan lagi, ujarnya.

Menurut Muslim, beliau telah menetap di bilik sewa selama enam tahun. Selama duduk di Kuala Lumpur anak-anak  tidak pernah mengambil tahu kehidupan dia dan isterinya. Kadangkala untuk teruskan kehidupan ini beliau menerima bantuan daripada jiran atau saudara mara terdekat.

Sementara itu ADUN Batu Caves Amiruddin Shari pula menyarankan agar beliau membuat permohonan di Pusat Zakat Selangor (PZS) dan memberi nama kepada Nazir Masjid Kampung Nakhoda untuk disenaraikan sebagai golongan asnaf. Beliau juga perlu mengisi borang Skim Mesra Usia Emas (SMUE) agar apabila berlaku kematian samada isteri atau waris akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri. 

Mereka yang mengisi borang SMUE akan menerima RM1000 pada fasa pertama dan RM1500 pada fasa kedua. Bantuan tersebut akan diberi kepada waris bagi menguruskan jenazah dan sebagainya. 

Sekiranya warga emas yang telah berdaftar mereka yang hidup akan menerima berbagai intensif daripada kerajaan negeri seperti Jom Shopping, ujarnya.

Menurut Amiruddin, Skim SMUE telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah 
pada 2009. Ramai rakyat selangor telah menerima bantuan tersebut tanpa kira parti dan agama. 

Katanya, insya-Allah saya akan membantu beliau namun saya harap tuan muslim dapat membuat permohonan PZS agar dapat membantu dirinya pada bulan seterusnya. Dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang naik sudah pasti memberi tekanan kepada beliau.

Justeru saya harap beliau  atau warga emas yang terbiar dapat mengisi borang PZS  dan borang Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Insya-Allah saya akan memberi sokongan untuk membantu permohonan tersebut.

Skim SMUE perlu diisi oleh semua warga emas yang telah mencapai usia 60 tahun keatas. Dengan skim yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka.

Sehubungan itu, saya juga ingin menasihatkan kepada anak-anak tidak kira sesiapa sahaja agar menghargai, hormati ibubapa. Tanpa ibubapa mereka tidak akan lahir di dunia dan berjaya seperti sekarang.

Hidup ini tidak akan mendapat keberkatan sekiranya tidak mendoakan ibubapa dan menjaga mereka dengan kasih sayang seperti mereka menjaga kita diwaktu kecil. Pengorbanan dan kasih sayang ibubapa tidak mampu kita balas, maka menjaga, mentaati ibubapa adalah wajib setiap anak, kata Amiruddin kepada pemberita dalam penemuan bersama rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves baru-baru ini dengan menyampaikan wang sumbangan kepada penerima.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI