Wednesday, December 19, 2012

TGNA-Tukar Dasar Maaf UMNO Baru Di Terima

KUALA LUMPUR: Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahulu kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.



Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.



Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir  baru-baru ini.




Syarat kedua,  kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). 




Dan syarat ketiga,  hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri, ujar  Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.




"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.




Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.




"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.




Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.




Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.




Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara. 




Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)



"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Pembinaan Projek Kondominium Bt Caves, 5 Profesional Di Lantik

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri Selangor melantik seramai Lima profesional untuk  menganggotai jawatankuasa bebas bagi meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.


 Mereka yang terlibat adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya  berkata  tujuan melantik jawatankuasa itu  untuk mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional. Disamping itu  bagi mendapat nasihat tentang isu itu.
Dalam masa terdekat, Jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama.
“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini,” kata Abdul Khalid  dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di ibupejabat SUK di sini.
Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang behat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.
Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut.
Manakala, sesetengah pihak menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.
Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPSp) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN lagi.

Editor : Khaulah Azwar

Monday, December 17, 2012

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Jangan Berat Sebelah


SHAH ALAM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diingatkan supaya bersikap adil terhadap semua mahasiswa bertanding dalam pilihan raya akan datang. 
Aktivis Mahasiswa, Adam Adli berkata, banyak kejadian sebelum ini KPT memberi layanan yang tidak adil khususnya kepada mahasiswa yang terlibat menyokong pembangkang.
 Secara peribadi beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap beberapa mahasiswa yang menyertai dan menjadi ahli kelab penyokong mana-mana parti politik.
Tambah beliau lagi “bagi saya apa yang sedang berlaku kini adalah KPT tidak faham apa tujuan dan tuntutan sebenar pelajar iaitu membebaskan mahasisiwa itu untuk berpolitik.
“Kita boleh lihat hari ini apabila yang menyertai kumpulan-kumpulan menyokong lebih kepada pembangkang (Pakatan) mereka ini selalunya akan didiskrminasi dan menjadi satu kesalahan kepada mereka berada di dalam parti tersebut.
“Tetapi kalau berada didalam kumpulan yang menyokong kerajaan ini adalah satu kelebihan buat mereka,” katanya ketika dihubungi media.
Minggu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengumumkan kerajaan membenarkan mahasiswa bertanding dalam PRU-13 sebagai mengiktiraf fungsi dan sumbangan serta kematangan daya pemikiran mahasiswa di negara ini sekarang.
Menurut Khaled, perkara ini juga selari dengan langkah kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa aktif dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.
Sebelum ini, kebangkitan mahasiswa menyaksikan beberapa pelajar menzahirkan suara mereka melalui demonstrasi bagi mendesak kerajaan memberikan perhatian kepada mahaiswa yang ingin aktif dalam politik termasuk meminda AUKU.


Editor : Khaulah Azwar

Jelajah Rakyat P.Pinang . ITO, MAT SABU, DSAI


Video streaming by Ustream



Video streaming by Ustream

Saturday, December 15, 2012

Najib, Rosmah, Datuk Nazim Perlu di Disiasat Kes Bunuh Altantuya

KUALA LUMPUR :  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Mohammad Nazim Razak disiasat mengenai pendedahan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Ini kerana Deepak dilaporkan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut terlibat dalam usaha merangka Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang dilakukan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

SD2 merupakan satu dokumen yang berkait rapat dengan kes pembunahan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Oktober 2006.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, satu siasatan wajar dilakukan berkaitan pendedahan Deepak mengenai penglibatannya untuk membuat SD2 yang bertujuan untuk menyekat pendedahan yang lebih besar.

Oleh itu Fariz berkata Polis dan Peguam Negara didesak supaya membuka balik kes pembunuhan yang ternyata wujud saksi baru di dalam kes itu.

“Penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis.

“Satu tindakan salah guna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka,” dakwa NGO Jingga 13 ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi disini dalam sidang media.

Beberapa portal berita telah menyiarkan pendedahan terperinci Deepak yang mengatakan beliau mengaku bercakap dan bertemu Najib dan Rosmah di kediamannya bagi mencari jalan untuk berjumpa Balasubramaniam.

Perjumpaan tersebut bertujuan membatalkan pengakuan bersumpahnya yang pertama (SD1).
Deepak mendakwa Nazim dihantar bagi mewakili Najib dan perbincangan dilakukan termasuk merasuah Balasubramaniam bagi membatalkan SD1 dan membuat SD2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Selain itu, Deepak turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk disiasat namun beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil.

 Editor : Khaulah Azwar

UMNO Jangan Menterdarah Duit Rakyat-DSAI


Video streaming by Ustream

Tazkirah : Jujur Dalam Semua Perkara

Tazkirah tanyalah utz hanafi pendakwah bebas. Renungan utk semua insan lebih2 yang bergelar yb2, datuk, datin, semua hamba Allah yang sentiasa berurusan dengan insan yang lemah.

Sahabat Nabi SAW begitu hairan mengapa umar r.a dipilih Allah org yg mudah masuk syurga.

sahabat tersebut sering mengitip waktu malam apakah amalan baginda sehingga di pilih masuk syurga. nak dikatakan berqiammulail se
tiap hari tidak sama sekali.

Baginda tidak puas hati lalu ditanya wahai sahabat apa amalanmu sehingga kamu di pilih masuk ahli syurga.

Jawab sahabat tersebut. Demi Tuhan aku tidak mempunyai amalan lain melainkan setiap hari apabila aku terjaga daripada tidur selepas solat, membuat kebaikan, menjaga siraturrahim, tidak niat utk menipu orang lain dalam apa juga aku lakukan. (amalan ini juga antara utk umur yang panjang.


Moga kita juga ikutilah sunah tersebut utk mendapat keredhaan Allah SWT. Alhamdulilah sedikit ilmu utk dikongsi bersama utk mengenali diri sendiri betapa kita adalah hamba Allah yg lemah.

Jangan sekali kita menindas, menipu orang. Di dunia berbagai kita boleh buat tetapi di hari pembalasan semua akan di lihat amalan kita.. wallahhualam.

Ittaquallah.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI