Wednesday, December 19, 2012

Pembinaan Projek Kondominium Bt Caves, 5 Profesional Di Lantik

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri Selangor melantik seramai Lima profesional untuk  menganggotai jawatankuasa bebas bagi meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.


 Mereka yang terlibat adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya  berkata  tujuan melantik jawatankuasa itu  untuk mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional. Disamping itu  bagi mendapat nasihat tentang isu itu.
Dalam masa terdekat, Jawatankuasa tersebut akan memulakan mesyuarat rasminya pertama.
“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada lima profesional ini kerana kesediaan mereka untuk membantu menyelesaikan perkara ini,” kata Abdul Khalid  dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di ibupejabat SUK di sini.
Sebelum ini, Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves mendapat tentangan yang behat kerana kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat.
Ekoran itu, ratusan penganut dan aktivis Hindu mengadakan perhimpunan untuk membatah pembinaan tersebut.
Manakala, sesetengah pihak menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan pembinaan kondominium itu.
Bagaimanapun, Majlis Perbandaran Selayang (MPSp) kemudiannya mendedahkan minit mesyuarat penuh bulanannya yang menunjukkan projek tersebut diluluskan pada 2007 ketika pentadbiran Umno-BN lagi.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI