Sunday, October 7, 2012
Muhyiddin Yassin, Bodoh Sombong Tak Reti Baca Angka
KUALA SELANGOR 08 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah
‘terbaik’ berbanding Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi
dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding
Umno-BN.
Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap
tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat
Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.
“Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.
“Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya
teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian
mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini
semalam.
Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat
dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.
“Pada 2005 hingga 2007, harta Selangor dulu hanya empat peratus,
tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak
masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang Talam dan projek
perumahan terbengkalai.
“Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,” katanya.
Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.
“Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.
“Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan
Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kini, negara lima peratus,
Selangor tujuh peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak
tahulah,” katanya.
Thursday, October 4, 2012
Seruan Jihad, Bersih : 3 November Pemuda PR Sudah Sedia
Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia menyahut seruan Haji Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk bersama-sama menggerakkan anak muda khasnya untuk hadir beramai-ramai ke himpunan yang dirancang oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata PR terpaksa melakukan himpunan berkenaan kerana usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih gagal dilunaskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
“Kami bersama komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan.
“Walaupun usaha Umno / Barisan Nasional (BN) cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli' dengan kebendaan semata-mata.
“Kami juga berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0.
“Kami, Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah atas nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.
“Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut. Malah kami juga yakin komponen Pemuda PR turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan PR bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 3.0,” katanya.
- Nusaibah Kangsori Al Jauzi, Mohd Azlan Omar, Hayatun Syamila dan 209 yang lain menyukainya.
- Nasir Ali Dulu suru buat kat stadium...kat jalan dok bulih....la nie kita buat di stadium ,apa pula alasan mereka...tunguuuu
Bajet 2013 Separuh Hasil Petronas
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak
mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam
Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.
Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 bilion daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah
tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang
meningkat kepada RM10.4 bilion.
“Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.
“Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu
banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002,”
katanya di sini semalam.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum
Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik
kerajaan pusat.
Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih
mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada
kerajaan baru.
“Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti
petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang
pada PRU-13 nanti.
“Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita
akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di
samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah,” ujarnya.
Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri
Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka
hati.
Kemenangan Pro Mahasiswa dengan Sujud Syukur
Apabila kemenangan diselari dengan tarbiah Islam. Sujud syukur tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.
Walaupun di uji dengan berbagai keadaan, apabila urusan diserah kepada Allah SWT, janji Allah pasti akan berlaku, usaha, doa, yakinlah pertolongan Allah akan bersama kita.
Tiada apa yang lebih manis di dunia ini - selain dari kemenangan Islam.
Di mana-mana pun kini tatkala kumpulan yang memperjuangkan Islam diberikan kemenangan, kita dapat menyaksikan umat Islam bersujud syukur...
Bukan disambut dengan berpesta-pestaan yang menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran.
Tahniah semua adik2 ku Pro-M UIAM, kepenatan kita semua telah pun dibayar dengan kemenangan namun teruskan usaha bagi memastikan kemenangan terus untuk selama-lamanya..
Pahit manis dalam perjuangan telah kita lalui semua, dan jadikan pengajaran..
Doakan kemenangan perjuangan PAKATAN RAKYAT pula untuk hadapi PRU13..
Ya-Allah terima kasih atas pertolonganmu, amiin ya rab:)
- 17 orang menyukainya.
Wednesday, October 3, 2012
Pembentangan Bajet 2013 PR Tingkat Ekonomi VS, Bajet Najib Sembunyi Hutang Negara
PETALING JAYA 4 OKT: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat
(PR) yang dibentangkan baru-baru ini merupakan perbelanjaan berhemah, anti ketirisan, membantu
meningkat pendapatan isi rumah serta memberi manfaat kepada
golongan wanita.
Sebaliknya Bajet 2013 Kerajaan Pusat yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah sumbangan ‘one-off’ umpama gula-gula pilihan raya.
Demikian rumusan yang dibuat dalam forum ‘Belanjawan
2013-Perbandingan’ yang diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti di
sini malam tadi.
Menurut Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR, meskipun PR mengurangkan
perbelanjaan dalam belanjawannya tetapi mampu meningkatkan pendapatan
boleh guna masyarakat negara ini.
Kajian menunjukkan belanjawan PR yang bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara
Berkat’ itu mampu menambah pendapat boleh guna sehingga RM930 bagi
sebuah keluarga yang mempunyai lima ahli di mana suami bekerja sebagai
guru di Lembah Klang.
Jelas Rafizi lagi, bajet Kerajaan Pusat yang mencatatkan defisit
untuk tahun ke-16 berturut-turut, kali ini mencatatkan defisit 4 peratus
menunjukan tiada usaha dibuat untuk mengurangkan hutang negara
berbanding PR yang lebih berdedikasi untuk menurunkan defisit ke kadar
3.5 peratus.
Hutang dalam dan luar negara pada masa ini
mencecah RM502 bilion menghampiri garis dibenarkan 55 peratus daripada
Keluaran Negara Kasar (KDNK).
Walaubagaimanapun, Najib ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini didapati cuba menyembunyikan angka hutang negara.
“Najib hanya cuba bermain silap mata matematik,” ulas Rafizi mengenai
kesalahan angka-angka dan tindakan sengaja mencicirkan jumlah hutang
negara dalam Bajet 2013 BN itu.
Sehubungan itu, Pengarah Startegi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming pula berkata,
"Belanjawan 2013 PR turut menitikberatkan pencegahan ketirisan serta
pembaziran dan menangani monopoli, kartel dan penyusunan semula peranan
kerajaan dalam perniagaan lantas menyumbang ekonomi lebih sihat dan
berdaya saing".
Antara kartel yang disebut kartel telekomunikasi, media dan syarikat penerbangan.
Dalam Belanjawan 2013 PR, monopoli yang dimiliki Bernas dalam pasaran
beras negara dan Astro dalam industri televisyen setelit turut dikaji
semula.
Belanjawan PR turut mengiktiraf peranan wanita negara ini dengan
memperuntukan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita Malaysia (AWM).
Bawah agenda AWM, Caruman Wanita Nasional diperkenalkan bagi menjamin
wanita negara ini mempunyai simpanan sekurang-kurangnya simpanan
RM30,000 ketika berusia 50 tahun atau sekiranya pasangan meninggal
dunia, diceraikan suami atau kehilangan upaya.
Selain itu AWM turut memperuntukan Elaun Penjagaan Anak bagi membantu
wanita miskin yang bekerja di mana pendapatan isi rumah kurang dari
RM1,000 sebulan.
Berbeza dengan bajet BN, di mana hanya RM1.8 bilion diperuntukan untuk wanita, kata Rafizi dalam sidang media.
Editor : Khaulah Azwar
Mari Mengundi :
LIKE Jika Anda Pilih Belanjawan PR.
COMMENTS ''Dislike'' Jika Anda Memilih Belanjawan BN. — bersama Pewaris Perjuangan Umno, Leman Raja Lawak Original, Penerangan Dpp Kedah, Ismail Salleh, Mtd Pas Pedu, Dahlia B. Lada, Mazhar Yusof, Asfanizam Abdullah dan Nasir Zakaria
Mari Mengundi :
LIKE Jika Anda Pilih Belanjawan PR.
COMMENTS ''Dislike'' Jika Anda Memilih Belanjawan BN. — bersama Pewaris Perjuangan Umno, Leman Raja Lawak Original, Penerangan Dpp Kedah, Ismail Salleh, Mtd Pas Pedu, Dahlia B. Lada, Mazhar Yusof, Asfanizam Abdullah dan Nasir Zakaria
Tuesday, October 2, 2012
Ibu, Ummi, Kalian Cinta Hatiku, Kasihku Tak Pernah Terhenti
Saat teringatkan ibu, ummi, lagu ini sentiasa diputarkan..(Khas untuk kalian, hopefully you all enjoy)..
Ibu, ummiku, cinta kasihku, terima kasih ku, takkan pernh terhenti.
Kalian bagai matahari yang selalu bersinar, sinar hidupku, dengan kehangatanmu.
Betapa kalian amat bererti, dan kalian tak pernah ada ganti,
Kalianlah ibuku cinta kasihku ,
Terima kasihku tak pernh terhenti,
ya-Allah peliharakan ibu, ummi ku dalam apa juga keadaan, rahmatilah mereka sentiasa
Subscribe to:
Posts (Atom)






