Salam, diakhir ramdhan yang meninggalkan kita, hayatilah ilmu ini daripada ustazah Siti Norbayah. Semoga di manfaat sebaiknya..
Thursday, August 16, 2012
Monday, August 13, 2012
APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??
Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan.
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di
alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.
Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.
Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka. Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.
Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.
Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.
Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.
Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.
Setelah 2 Minggu
Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.
Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.
Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka. Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.
Sunday, August 12, 2012
Edaran Risalah 500 Ribu Bongkar Rahsia Krisis Air Selangor
Batu Caves, 13 Ogos : Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah
proaktif mencetak lebih 500 ribu risalah bertajuk “Membongkar Rahsia Krisis Air
Selangor”.
| Amiruddin Shaarid (ADUN Bt Caves) edar risalah Krisis Air |
ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, langkah
ini sebahagian usaha penerangan kepada rakyat Selangor terhadap isu air yang sering di putar belit oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Risalah diedar kepada orangramai melalui ‘networking’
ketua-ketua kampung di sekitar DUN Batu
Caves (Bazar Kampung Laksamana, Bazar Kampung Nakhoda) bermula petang semalam.
Insya-Allah edaran ini akan berterusan dilakukan
di semua kawasan DUN Batu Caves walaupun berpuasa namun kerja amal ini kita
teruskan sebagai satu peperangan perang saraf kepada pihak lawan.
Selain ia juga diedarkan melalui 56 Pusat Khidmat
DUN di seluruh negeri.
Menurut Amiruddin, selain diedar oleh beberapa buah NGO
kemasyarakatan dan organisasi mahasiswa yang mengambil inisiatif untuk
mengedarkannya di beberapa buah pasar-pasar ramadan, stesyen komuter dan LRT,
kompleks membeli belah serta tempat-tempat tumpuan orang ramai.
“Dengan mengedarkan terus kepada rakyat di akar
umbi, Kerajaan Negeri berharap rakyat Selangor mendapat penerangan yang tepat
terhadap tindakan dan langkah-langkah Kerajaan Negeri mempertahankan hak air
untuk rakyat Selangor dan isu-isu melibatkan pembinaan loji air Langat 2 yang
sedang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini,” katanya dalam sidang media petang semalam selepas edaran
bubur lambuk di Bazar Ramadhan Kampung Laksamana petang semalam.
| Sambil Edar Risalah, sambil beli belah. Dekati Hati rakyat. |
Beliau merangkap Majlis Pimpinan Tertinggi Parti
Keadilan Rakyat menambah lagi, “masalah air di Selangor muncul apabila Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) enggan menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan
Negeri sebaliknya berusaha membangunkan Projek Langat 2 iaitu mengambil bekalan
air mentah dari Pahang”.
Langkah
ini dibimbangi akan membebankan pengguna di mana dijangka pengguna akan menjadi
mangsa dengan kenaikan tarif air yang tinggi dan tidak munasabah.
Sejak mentadbir Selangor pada Mac 2008, Kerajaan
Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat
negeri ini.
Jika langat 2 diteruskan, keuntungan tersebut hanya untuk kroni2 UMNO-BN dan syabas, rakyat selangor akan dibebankan pula dengan kenaikan tarif air.. lu pk sendiri lah..
Click dekat picture risalah tersebut utk baca maklumat ini lebih "details".
Editor : Khaulah Azwar
Lebih 50,000 Belia hadir Sambutan Hari Belia Peringkat Selangor
Lebih 50,000 orang menghadiri majlis Sambutan
Hari Belia Antarabangsa diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di peringkat Selangor.
Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad
Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada
program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak
golongan muda di negeri Selangor.
“Saya berpuashati dengan usaha semua pihak
terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan
program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada
sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan.
Pertandingan memasak bubur lambuk dan
pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan
selebrtiti popular tanahair yang telah berhijrah seperti Diana Amir, Yatt
Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak. Program sesi soal
jawab Sejuta Umat bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik katanya kepada media selepas program tersebut berakhir
semalam.
Dr Ahmad
Yunus menambah lagi, Kerajaan Negeri mahu golongan anak muda atau belia turut
serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan
pemikiran yang bernas.

Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan.
Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus pula berkata,
anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat
sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka.
“Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini
ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang.
Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang.
Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya
program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula
sokong,” katanya.
Hadir sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.
Thursday, August 9, 2012
Video : Lembaran Aidilfitri, Kesusahan Mereka Apakah Kita Rasa??
Waaahh... sangat menyentuh hati, moga adik-adik, dan kita semua yang hidup mewah rasa kesusahan mereka, dan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Ringan kan hati menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Selamat Menyambut Hari Lembaran Aidilfitri buat semua Umat Islam, Maaf Zahir Batin :P)
Asrama Kota Puteri, Bestari di Sediakan Bagi Penempatan Sementara Pelajar UNISEL
Shah Alam : Isu penempatan asrama pelajar, Universiti
Selangor (Unisel) akan diselesaikan segera, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam Mesyuarat Exco baru-bari ini.
Menurut Halimah, penginapan sementara ini hanya
untuk menempatkan sebilangan kecil pelajar yang mendaftar awal di Unisel
sebelum Lembaga Unisel menilai masalah ini secara terperinci.
Tindakan ini diambil mengambil alternatif dengan
menyediakan penginapan sementara di Asrama Kota Puteri, Bestari Jaya, Kuala
Selangor.
“Sekiranya syarikat kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd
(JNSB) masih lagi tidak membenarkan hostel itu diduduki pelajar selepas
menjelangnya cuti Aidilfitri, maka Unisel akan mengadakan mesyuarat untuk
selesaikan masalah berkenaan.
Katanya lagi “kita tidak akan biarkan pelajar
Unisel ini terganggu pembelajarannya berikutan cara sebuah syarikat membina
bangunan (asrama) tujuan pembelajaran tidak memuaskan,”
Sementara itu, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr
Anuar Ahmad menyifatkan isu itu sengaja diada-adakan untuk menjatuhkan imej
serta kredibiliti universiti kerajaan negeri.
Beliau berkata, pihak pengurusan telah
memaklumkan kepada pelajar bahawa tarikh pendaftaran pelajar lama bagi semester
ini adalah pada 27 Ogos, iaitu selepas Aidilfitri.
“Jadi tidak timbul isu mengatakan kesemua pelajar
ini tidak dibenarkan tinggal di asrama atau dihalau keluar. Saya cukup kecewa
dengan isu penginapan yang dimainkan oleh pelbagai pihak.
“Mujurlah pelajar Unisel cukup matang dalam
mendepani semua isu sebegini, mereka bukan dari kalangan yang mudah terpengaruh
dengan andaian buruk,” katanya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan lebih
3,000 pelajar Unisel bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal
berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka
menduduki asrama masing-masing.
Masalah itu didakwa berlaku kerana Unisel tidak
melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15
bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)




