Sunday, August 12, 2012

Lebih 50,000 Belia hadir Sambutan Hari Belia Peringkat Selangor



Lebih 50,000 orang menghadiri majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam  di peringkat Selangor.
 Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak golongan muda di negeri Selangor.

“Saya berpuashati dengan usaha semua pihak terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan.

Pertandingan memasak bubur lambuk dan pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan selebrtiti popular tanahair yang telah berhijrah seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak. Program sesi soal jawab Sejuta Umat bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik katanya  kepada media selepas program tersebut berakhir semalam.

 Dr Ahmad Yunus menambah lagi, Kerajaan Negeri mahu golongan anak muda atau belia turut serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan pemikiran yang bernas.

Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan.

Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus pula berkata, anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka.

“Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang. 

 Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang. Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula sokong,” katanya.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI