| KUALA LUMPUR, 2 Dis: Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan. "Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. "Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut. Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya. Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno? ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup! |
Wednesday, December 1, 2010
Isu TPM: Umno BN sakit teruk, tiada harapan pulih
Tuesday, November 30, 2010
Keluhan Rakyat Jika Air Naik 37%
Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.
Kassim Packiry, Pengurus PKM DUN Tmn Templer melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan oleh kerajaan pusat untuk mengambil pentadbiran air selangor. Kerajaan Pusat sanggup bersubahat dan memberi kerjasama dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan. Jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.
Rentetan itu, saya dan semua saf pimpinan PAS Selayang dan PKM DUN Tmn Templer mewakili pengguna air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendesak agar Yang Di Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang, katanya.
Menurutnya lagi, PKM DUN Tmn Templer juga telah membuka kaunter pendaftaran SPR untuk mendaftar pengundi-pengundi baru, Mammogram (Pemeriksaan kesihatan anjuran Kerajaan Negeri Selangor) dan bantahan kenaikan air yang telah mendapat sokongan rakyat ketika mengadakan program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) baru-baru ini di Dataran MPS.
Jika seluruh rakyat berdiam diri pada hari ini, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 % .
Ulasnya lagi "Hatta pihak Menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikan juga di Melaka dan Johor, apa yang mampu Kerajaan Pusat buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti SYABAS hari ini dengan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat pada masa ini"?
Dalam hal ini, rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. Sekali lagi saya mohon dan menyeru semua rakyat selangor marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan.
Jika kita sebagai rakyat selangor tidak memberi kerjasama untuk membantah kenaikan air ini jangan disalahkan kerajaan (PR) selangor dalam pengurusan pentadbiran dan menyatakan (PR) tidak menepati manefesto PRU ke 12 yang lalu, sedangkan pengurusan Kerajaan (PR) telah menjalankan tanggungjawab sebaiknya bagi membantu rakyat selangor.
Jelas terbukti pemerintahan (PR) telah banyak menjalankan amanah dan menepati manesfesto PRU ke 12 kepada rakyat tanpa mengira perkauman dan parti. Segala bantuan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500 diberi kepada waris untuk pengurusan jenazah, Bantuan Kemasukan Pelajar ke IPT RM1000, Tabung Warisan Anak Selangor, (TAWAS) RM1500, Ibu tungal dan sebagainya telahpun diperolehi oleh rakyat sendiri.
Semoga rakyat selangor buka mata, dapatkan segala maklumat terkini mengenai pentadbiran Kerajaan (PR) dalam mentadbir negeri ini dengan sebaiknya dimana-mana pusat khidmat masyarakat (PKM) berhampiran, katanya ketika dalam pertemuan Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) baru -baru ini disini .
Sementara itu, Boon Swee Lan, melahirkan rasa kecewa dan tidak setuju sama sekali dengan Kenaikan Air 37% oleh kerajaan Pusat dengan kerjasama syabas.
Katanya "Kerajaan Pusat seharusnya memikirkan masaalah yang akan dihadapi kepada semua rakyat selangor lebih -lebih lagi yang berpendapatan rendah, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan fakir miskin. Bukan sekadar kenaikan air sahaja, malahan harga barang dapur, minyak diesel dan sebagainya telah naik, ini benar-benar menjadi tekanan kepada rakyat. Sekiranya Air yang merupakan keperluan asas di naikkan juga sudah pasti memberi tekanan yang hebat kepada pengguna selangor".
Pihak syabas dan kerajaan Pusat UMNO/BN tidak seharusnya memberi penindasan kepada rakyat sebegini dengan mengambil kesempatan dengan kuasa yang mereka ada. Kerajaan Negeri Selangor (PR) sudah banyak membantu rakyat dan kami rasa selesa dengan khidmat yang diberikan melalui perkhidmatan mereka kepada rakyat. Seharusnya pentadbiran ini harus dicontohi oleh Kerajaan Pusat UMNO/BN agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berkebajikan, katanya ketika membuat permohonan bantuan pelajar di PKM DUN Tmn Templer baru-baru ini.
Editor :khaulah azwar.
Air: MB Selangor ajak rakyat pertahan hak mereka
SHAH ALAM: Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka.
Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini.
“Kita perlu berubah dan bijak membuat penilaian jika tindakan yang dibuat Kerajaan pemerintah hanya menguntungkan kronik dan membebankan rakyat biasa.
“Rakyat perlu menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya kebajikan serta kepentingan rakyat terus terpelihara dan tidak teraniaya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syabas kepada kira-kira 500 Nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Selangor di sini, hari ini.
Turut menyampaikan taklimat, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Panel Penilai Air, Dr Dzulkefli Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri, Dr Badrulamin Bahrom.
Kerajaan Negeri menganjurkan Kempen Kembalikan Air Kepada Rakyat untuk menyedarkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri mengambil alih industri air dari syarikat konsesi supaya perkhidmatan bekalan air lebih efisien dan tarif air lebih rendah.
Kemuncak kepada kempen ini ialah perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara sehingga ke Istana Negara pada Ahad, 5 Disember 2010 untuk menyerahkan memorandum.
Sunday, November 28, 2010
Program Konsert Amal GeMS meriah
Editor :khaulah azwar
Saturday, November 27, 2010
Master Plan GeMS untuk tangani masaalah gejala sosial
Rententan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan menggadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) sebagai langkah permulaan.
Segala maklumat ini harus diserahkan kepada Penghulu. Semua data tersebut kemudiannya akan diketengahkan kepada Pegawai Daerah yang dilantik sebagai pengerusi Program Jelajah Generasi Selangor (GeMS) dan seterusnya akan dibawa keperingkat negeri.
Semoga dengan pembentangan "master plan" daripada peringkat kawasan ini kita dapat tahu berapa banyak sarang maksiat, ponteng sekolah, penagih dadah, pembuangan bayi dan sebagainya telah berlaku. Dan Hasil tersebut kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga usaha murni ini akan dapat membendung masaalah gejala sosial yang semakin menular.
Menurutnya "Kerajaan negeri begitu serius untuk menangani gejala sosial dengan mengadakan berbagai program dibeberapa kawasan selangor".
Semua program tersebut diadakan untuk mendekati remaja dan beliawanis agar mereka tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar.
Selain ketua kg, Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial di bawah Jawatankuasa GeMS adalah terdiri daripada pelbagai agensi seperti polis, Pejabat pelajaran, Jabatan Imigresin , Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Selayang, Ahli -ahli Majlis perbandaran Selayang, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nazir Masjid,pengerusi surau dan lain-lain.
Terdahulu, Dr Halimah memaklumkan terdapat 200,000 peluang pekerjaan disediakan dalam program (GeMS) yang telah berlangsung dibeberapa daerah.
Turut hadir Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zaharin Mohd Saad yang dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi GeMS Daerah Gombak dalan majlis itu.
Editor : khaulah Azwar





