Tuesday, November 30, 2010

Keluhan Rakyat Jika Air Naik 37%

Bandar Baru Selayang - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebanyak 37 % berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.

Kassim Packiry, Pengurus PKM DUN Tmn Templer melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan oleh kerajaan pusat untuk mengambil pentadbiran air selangor. Kerajaan Pusat sanggup bersubahat dan memberi kerjasama dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan. Jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.


Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Pusat yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan dan penganiyaan terbesar kepada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.

Rentetan itu, saya dan semua saf pimpinan PAS Selayang dan PKM DUN Tmn Templer mewakili pengguna air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendesak agar Yang Di Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang, katanya.

Menurutnya lagi, PKM DUN Tmn Templer juga telah membuka kaunter pendaftaran SPR untuk mendaftar pengundi-pengundi baru, Mammogram (Pemeriksaan kesihatan anjuran Kerajaan Negeri Selangor) dan bantahan kenaikan air yang telah mendapat sokongan rakyat ketika mengadakan program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) baru-baru ini di Dataran MPS.


Jika seluruh rakyat berdiam diri pada hari ini, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 % .

Ulasnya lagi "Hatta pihak Menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikan juga di Melaka dan Johor, apa yang mampu Kerajaan Pusat buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti SYABAS hari ini dengan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat pada masa ini"?

Dalam hal ini, rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. Sekali lagi saya mohon dan menyeru semua rakyat selangor marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan.

Jika kita sebagai rakyat selangor tidak memberi kerjasama untuk membantah kenaikan air ini jangan disalahkan kerajaan (PR) selangor dalam pengurusan pentadbiran dan menyatakan (PR) tidak menepati manefesto PRU ke 12 yang lalu, sedangkan pengurusan Kerajaan (PR) telah menjalankan tanggungjawab sebaiknya bagi membantu rakyat selangor.

Jelas terbukti pemerintahan (PR) telah banyak menjalankan amanah dan menepati manesfesto PRU ke 12 kepada rakyat tanpa mengira perkauman dan parti. Segala bantuan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500 diberi kepada waris untuk pengurusan jenazah, Bantuan Kemasukan Pelajar ke IPT RM1000, Tabung Warisan Anak Selangor, (TAWAS) RM1500, Ibu tungal dan sebagainya telahpun diperolehi oleh rakyat sendiri.

Semoga rakyat selangor buka mata, dapatkan segala maklumat terkini mengenai pentadbiran Kerajaan (PR) dalam mentadbir negeri ini dengan sebaiknya dimana-mana pusat khidmat masyarakat (PKM) berhampiran, katanya ketika dalam pertemuan Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) baru -baru ini disini .

Sementara itu, Boon Swee Lan, melahirkan rasa kecewa dan tidak setuju sama sekali dengan Kenaikan Air 37% oleh kerajaan Pusat dengan kerjasama syabas.

Katanya "Kerajaan Pusat seharusnya memikirkan masaalah yang akan dihadapi kepada semua rakyat selangor lebih -lebih lagi yang berpendapatan rendah, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan fakir miskin. Bukan sekadar kenaikan air sahaja, malahan harga barang dapur, minyak diesel dan sebagainya telah naik, ini benar-benar menjadi tekanan kepada rakyat. Sekiranya Air yang merupakan keperluan asas di naikkan juga sudah pasti memberi tekanan yang hebat kepada pengguna selangor".

Pihak syabas dan kerajaan Pusat UMNO/BN tidak seharusnya memberi penindasan kepada rakyat sebegini dengan mengambil kesempatan dengan kuasa yang mereka ada. Kerajaan Negeri Selangor (PR) sudah banyak membantu rakyat dan kami rasa selesa dengan khidmat yang diberikan melalui perkhidmatan mereka kepada rakyat. Seharusnya pentadbiran ini harus dicontohi oleh Kerajaan Pusat UMNO/BN agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berkebajikan, katanya ketika membuat permohonan bantuan pelajar di PKM DUN Tmn Templer baru-baru ini.



Editor :khaulah azwar.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI