Thursday, November 18, 2010

Pimpinan PR Yakin Pertahan Negeri Yang Dimenangi Dalam PRU-12


KUALA LUMPUR 19 NOV : Pemimpin Pakatan Rakyat yakin akan mempertahankan negeri yang dimenangi dalam PRU-12 lepas pada pilihanraya umum akan datang walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas semula satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Dalam pilihan raya umum ke-12, PR berjaya merampas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak daripada BN dengan mengekalkan Kelantan yang kini masih diterajui PAS sejak 20 tahun lalu.

Perak tumbang ke tangan BN ekoran tindakan tiga wakil rakyat PR - dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar parti dan bertindak sebagai anggota mesra BN.

"Itu mungkin anggapan beliau (Dr Mahathir), namun Pakatan walaupun ada beberapa masalah yang berbangkit, namun kita mampu menyelesaikannya kerana kita mengamalkan prinsip yang terbuka dalam soal ini.

"Justeru kita yakin parti komponen Pakatan mempunyai daya kepimpinan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dipetik The Malaysian Insider.

Menurut Mustaffa, selain mempertahankan empat negeri tersebut beliau yakin PR akan merampas semula Perak dan tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kita yakin untuk mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi, malah kita yakin untuk merampas semula Perak dan juga beberapa buah negeri termasuk Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.

"Sebenarnya kita tahu BN mempunyai masalah yang lebih besar sama ada masalah dalam Umno ataupun parti komponen BN yang lain. Kita juga akui Pakatan terutamanya PKR terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran... namun kita akan atasi perkara ini.

"Jadi kita yakin mampu mempertahankan negeri yang dimenangi dengan merampas semula Perak dan tiga negeri lain sebagai tambahan dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Dr Mahathir ketika bercakap kepada Bloomberg berkata BN berupaya untuk merampas balik satu atau dua negeri daripada PR dalam pilihan raya umum ke-13 atas alasan perikatan muda tiga komponen itu berada dalam keadaan goyah.

Bagaimanapun beliau berkata, BN kemungkinan "tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen) bagi membolehkan mereka menerajui kerajaan (persekutuan) dengan majoriti selesa."

Dr Mahathir melahirkan pendirian itu di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum pada suku pertama tahun depan.

Malah Dr Mahathir juga menyifatkan kepimpinan Najib memperlihatkan "perubahan besar" berbanding era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat esok, dipercayai untuk merangka persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13 dan membincangan persiapan konvensyennya pada 28 November ini.

Sumber-sumber memberitahu bahawa BN melihat bulan-bulan akan datang sebagai tempoh yang penting memandangkan perikatan tersebut akan mengambil kesempatan daripada persekitaran politik semasa khususnya dalam PR selepas Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk keluar PKR.

Kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil serentak awal bulan ini dilihat sebagai sumber pemulihan keyakinannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pada itu, bagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu jelas menunjukkan kegelisahan beliau tentang masa depan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya rasa apa yang dikatakan Dr Mahathir itu masih lagi manifestasi daripada kebimbangan beliau terhadap masa depan Umno.

"Beliau tidak boleh menyembunyikan perasaan, jadi beliau terpaksa menyuarakannya kerana yakin BN tidak mempunyai masa depan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga berkata, PR perlu meningkatkan prestasi bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinan tiga parti itu dapat melakukan yang terbaik daripada BN.

"Justeru apa yang penting dalam era sekarang Pakatan harus mengekalkan prestasi dan memperkasakan program kepada rakyat,

"Ini kerana supaya rakyat dapat melihat akan perubahan prestasi yang dilakukan kerajaan pimpinan Pakatan.

"Itu yang lebih penting daripada melayan kerenah politik BN," katanya.

Sementara itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata PR harus menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit dan pada masa sama mengekalkan momentum perubahan yang dilakukan.

"Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini, tetapi bagi saya, itu apa yang Dr Mahathir katakan.

"Bagi saya ia bergantung sama ada Pakatan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dan bagaimana untuk mengekalkan momentum perubahan yang dilakukan sekarang.

"Jadi saya tidak melihat apa yang dikatakan Dr Mahathir itu akan berlaku," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Anwar dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.

Difahamkan pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Henti Spekulasi Zaid Masuk PAS -Hadi


KUALA LUMPUR 18 NOV: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan menyertai PAS, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zaid yang keluar PKR sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Hadi berkata, Zaid sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan secara rasmi sama ada akan keluar PKR ataupun tidak.

Zaid belum buat keputusan untuk keluar PKR atau tidak. Jadi kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan, kata Hadi.

Tambahnya, saya tidak suka kalau bercakap soal kalau sahaja, kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan dibuat Zaid nanti.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata “kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan ‘dingin’ dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.

Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat.

Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

Beliau mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Qorban menyatukan Hati rakyat


Bt. Caves- Semua umat islam seluruh dunia menyambut hari raya aidil adha dengan suasana sederhana tetapi dengan penuh kesyukuran pada hari ini dengan melakukan solat sunat aidil adha dan melakukan kerja gotong-royong menyembelih lembu, kambing dan kerbau.
Turut hadir dalam majlis penyembelihan Y.B Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves bersama isterinya Pn. Masdiana Mohamad dan anak-anaknya .
Amiruddin yang telah ditemui selepas melakukan kerja gotong-royong bersama rakyat berkata "Alhamdulilah sambutan hari raya aidil adha disambut dengan kesyukuran. Terdapat berbagai peringkat umur telah turun padang untuk melakukan kerja-kerja penyembelihan".
Apa yang saya lihat, didapati bukan golongan warga emas sahaja membanting tulang untuk melakukan penyembelihan tetapi terdapat berbagai golongan seperti mat rempit juga tidak ketinggalan untuk membantu melakukan kerja -kerja penyembelihan ini.
Anak-anak kecil juga turut hadirkan diri dalam majlis Qorban dengan diiringi oleh ahli keluarga mereka. Kehadiran mereka daripada kecil ini amat digalakkan kerana memberi pendedahan kepada mereka mengenai penyembelihan qorban .
Dengan kehadiran anak-anak remaja, mat -mat rempit dalam majlis qorban ini, mereka diberi peluang untuk mempelajari melakukan penyembelihan cara yang betul, katanya.
Menurutnya lagi didapati 60 ekor lembu telah ditumbangkan di 4 buah masjid di sekitar DUN Batu Caves dan beberapa buah surau.
"Semoga ibadah Qorban yang dilakukan setiap tahun ini sedikit sebanyak akan memberi kesedaran kepada hati dan nurani kepada semua umat islam jika dihayati peristiwa Nabi Ibrahim a.s serta anaknya ismail apabila perintah ALLAH swt kepadanya untuk menyembelih anaknya".
"Walaupun dalam keberatan untuk melakukannya namun atas perintah ALLAH swt maka Nabi Ibrahim dan anaknya menerima dengan redha. Akhirnya anak yang hendak disembelih telah digantikan dengan kibas".
Disini kita juga dituntut untuk melakukan pengorbanan samaada korbankan masa, diri, buah fikiran kepada negara dan perjuangan Islam yang syumul. Semoga kita tidak berkira-kira untuk melakukan pengorbanan untuk ALLAH swt dalam menegakkan syiar ISLAM.
Selain daripada itu, dengan adanya majlis gotong-royong di masjid ianya memberi peluang dan ruang kepada rakyat non-muslim juga untuk mendalami islam lebih dekat lagi malahan hubungan terjalin tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemahaman politik yang berbeza.
Menurut Amiruddin, Masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah semata-mata tetapi merupakan pusat yang sangat sesuai digunakan dengan mengadakan berbagai aktiviti tanpa mengira umur. Malahan kita amat menggalakkan agar anak-anak diperingkat sekolah rendah lagi bermesra dengan masjid."
Untuk mencapai matlamat tersebut maka pihak pengurusan masjid seharusnya memainkan peranan yang penting dengan mewujudkan suasana ibadah yang menyeronokkan, samada dengan mewujudkan padang permainan di masjid dan hidupkan berbagai program seperti fardhu ain, kelas pengajian Al-Quran dan sebagainya agar masjid tidak sepi selepas berlalunya bulan ramadhan.
Jika kemudahan ini disediakan dan masjid diimarahkan dengan berbagai aktiviti , saya yakin, masjid yang besar tidak sepi daripada kunjungan rakyat.
Malahan anak-anak remaja ini tidak akan membuangkan masa mereka dengan melibatkan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan adanya pusat riadah berhampiran masjid sekali gus anak-anak ini diingatkan dengan melakukan solat selepas riadah.
Amat sesuailah jika apa yang diwawarkan oleh Y.B. Dato' Dr Hassan Mohamad Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor "Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”, ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Tmn Selayang, En Roslan melahrikan kesyukurannya kerana setiap tahun surau Tmn Selayang tidak ketinggalan melakukan aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu.
Alhamdulilah didapati 7 ekor lembu telah ditumbangkan dan semua penduduk sekitar disini sentiasa memberi kerjasama tanpa mengira parti.
Hasil penyembelihan ini insya-ALLAH akan diagih-agihkan kepada semua penduduk disini dan fakir miskin.
Pihak pengurusan surau juga menyediakan jamuan dengan memasak sup dan kari lembu untuk diberi makan kepada semua yang hadir, ujarnya.



Editor : Khaulah Azwar

Monday, November 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh petugas parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka diadakan antara April hingga Jun tahun hadapan.

Bercakap dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya malam tadi, beliau juga tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

"Pilihan raya sudah hampir dengan kita. Saya menjangkakan pilihan raya berlaku antara bulan April hingga Jun tahun hadapan, itu paling awal. Ini bacaan politik berasaskan situasi politik yang ada di negara ini.

"Saya boleh membuat kesimpulan, kalau pilihan raya Sarawak diadakan pada April tahun hadapan ini menunjukkan kemungkinan pilihan raya itu diadakan sekali dengan pilihan raya umum," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Turut serta pada majlis itu seorang lagi naib presiden, Salahudin Ayub.

Kata Mahfuz, PAS perlu menyiapkan jentera medianya sendiri di setiap lajnah bagi melawan manipulasi media Umno yang membuat laporan berat sebelah.

"Amat perlu untuk media kita membuat serangan balas kepada serangan media mereka. Sebab itu dalam situasi sekarang, tidak cukup Harakah dan akhbar alternatif yang lain tetapi dalam lajnah penerangan sendiri perlu ada pasukan media sendiri menggunakan segala teknologi maklumat yang ada," katanya.

Beliau turut memuji langkah PAS Wilayah mengadakan program mengutip dana sedemikian bagi membuat persiapan awal.

Kemenangan Di Galas dan Batu Sapi bukan petanda baik bagi BN

Sementara itu, Salahuddin berkata, kemenangan BN di pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi baru-baru ini bukanlah petanda baik bagi BN untuk mengekalkan kemenangan mereka dalam PRU akan datang.

"Berdasarkan dua pilihan raya kecil yang berlangsung, penganalisis politik berpandangan keputusan itu tidak mencerminkan pandangan umum di peringkat nasional.

"Walaupun BN menang selesa kita melihat cara media melaporkan kemenangan itu juga tidak begitu memberangsangkan mereka, laporan cuma satu hari sahaja,
kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, pemimpin Umno BN sendiri tiak begitu ghairah meraikan kemenangan itu, seolah-olah masih berada dalam kebimbangan dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

"Kemenangan itu tidak menjadi topik penting bagi Umno untuk dibanggakan dan suhu perbahasan di Parlimen dan bila melihat riak wajah pemimpin Umno mereka tak begitu ghairah untuk meraikan kemenangan yang mungkin berlaku atas beberapa faktor itu," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga ujarnya, tidak mengeluarakan satu kenyataan yang tegas bagi mengakui kemenangan mereka dan bersedia menghadapi PRU awal.

Justeru ujarnya, PAS dan Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang yang luas untuk menguasai PRU 13.

"PAS sebagai parti yang berpengalaman luas, harus bijak mengambil peluang ini dengan mengadakan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi BN," katanya.




Sunday, November 14, 2010

Pemuda PAS Gombak Kemalangan



Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki oleh petugas Pemuda PAS Gombak di dalam konvoi Misi AMAL Bantuan Banjir di Kedah, kira-kira jam 3 pagi tadi di Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS.

Sahabat-sahabat Pemuda PAS Gombak yang terlibat; Sdra Muhammad Fadzli Abu Bakar, Sdra Mohd Helmizan Abdul Karim, Sdra Fadhli Bin Ilias, dan Sdra Muhammad Iqbal Salehhuddin.
Kemalangan berlaku apabila kereta tersebut mengelak daripada sebuah kenderaan yang terlibat kemalangan lebih awal daripada itu.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Hanya kecederaan ringan dan Sdra Iqbal dikejarkan ke hospital berhampiran.
Moga Allah berikan yang terbaik untuk mereka, kerana perjalanan pergi balik mereka adalah jihad!

Gambar-gambar ini diambil daripada FB Ustaz Nasruddin Hassan, yang turut melalui jalan itu, pulang daripada misi yang sama.

Kelebihan Hari Arafah


Hari Arafah hari istimewa.

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.".(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

DOA Ibu


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka dia bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh .... pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI