Sakit yang telah dialami semenjak kelahiran. Adakah peluang si anak kecil ini meneruskan kehidupan seperti insan lain.
Inilah berbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran hati kedua ibubapa ainul setiap kali mendengar tangisan anak kecil ini ketka melawan kesakitannya.
Adik Mohd Ainul Hakim Abd Aziz berusia 2 thn menderita sakit dengan mengalami kepala yang besar sehingga boleh memberi kesan kepada penglihatannya.Menurut kata Doktor, jika tidak diberi rawatan penglihatan ainul akan menjadi buta. Bukan sahaja mengalami kepala yang besar bahkan adik ainul juga mengalami kecacatan bahagian hidungnya.
Ibunya berkata, ainul sudah membuat operasi pembedahan yang pertama sewaktu usia kecil namun masih perlu membuat pembedahan untuk kali ke 2 pula kerana saraf penglihatannya terganggu dan perlu menjalani pembedahan yang memerlukan kos yang tinggi.
"Terima kasih kepada pihak pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan kunjungan yang diberikan oleh Y.B Dato' Hasan atas keperihatinan beliau diatas kesulitan yang saya alami selama ini".Moga ada harapan dan sinar baru untuk ainul meneruskan kehidupan ini seperti insan lain, katanya ketika Kunjungan oleh ADUN Gombak Setia dirumahnya baru-baru ini.
Ketibaan syawal yang semakin tiba, sudah pasti berbagai persediaan perlu dibuat, tetapi pada saya ia tidak berkmakna kerana kegembiraan hati saya semakin tiada lagi apabila menatap wajah ainul dan setiap kali mendengar tangisannya yang menahan kesakitan.
Editor : Khaulah Azwar

