Friday, September 3, 2010

SKIM MIKROKREDIT MEMBANTU RAKYAT SELANGOR

Sabak Bernam - Dalam Negara yag semakin berkemajuan namun masih ada rakyat yang hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan.

Rentetan daripada itu, ramai diantaranya mengambil jalan pintas dengan sanggup membuat keputusan yang diluar dugaan dengan membuat pinjaman Ahlong, berhutang keliling pinggang sehingga mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Justreru itu, bagi memastikan rakyat di malaysia ini di belenggu daripada kemiskinan maka Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu rakyat Selangor daripada dibelenggu dengan menerima berbagai ugutan oleh anasir-anasir ahlong .

Satu Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) yang telah dilancarkan baru-baru ini di Masjid Makrufiah Parit Baru Sabak Bernam, Selangor yang telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Seri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor dengan tujuan untuk membantu rakyat selangor yang dalam kesusahan.

Antara lain Skim ini bertujuan untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.


Adalah jelas dengan perkembangan keadaan ekonomi semasa, rakyat perlu disediakan dengan satu alternatif untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan cara yang sangat tidak membebankan.

Penyedia hutang pada masa kini tumbuh bagaikan cendawan subur, tetapi nyata sebahagiannya hanya menambahkan beban mereka yang terlibat. Bahkan cara ini tidak membantu untuk meningkatkan taraf mutu kehidupan.


Kerajaan Negeri berhasrat dengan terwujudnya Skim ini, kekangan-kekangan ekonomi dapat dicantas bagi membangun sebuah negeri yang makmur ekonominya dan kemakmuran itu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurut Dato' Dr Hasan lagi, "Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor akan memastikan amanah yang diberikan kepadanya oleh Kerajaan Negeri akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Seluruh tenaga pengendalian telah berikrar pada saban masa dan ketika menjalankan Skim ini dengan penuh amanah, bertanggungjawab, dedikasi dan mengambilnya sebagai satu amalan JIHAD.

"Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM 70 juta untuk tujuan membiayai Skim ini. RM 50 juta untuk masyarakat luar bandar dan RM 20 juta untuk masyarakat bandar".

Diperingkat awalnya Skim ini akan beroperasi di kawasan Sabak Bernam. Menjelang akhir Tahun 2010, Skim ini akan diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi masyarakat bandar jadual perlaksanaan Skim yang sama sedang disiapkan oleh pasukan pengendali yang diterajui oleh ahli EXCO YB Puan Rodziah Ismail.


Dalam majlis pelancaran tersebut seramai 50 penerima pinjaman akan menerima pembiayaan daripada YAB Dato’ Menteri Besar. Setiap penerima pinjaman akan menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM 3000.00 dengan tempoh bayaran maksima selama 12 bulan.

Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah. Pengalaman mengendalikan skim yang serupa mendapati bahawa kesepakatan kumpulan-kumpulan kecil yang dimestikan bermesyuarat setiap minggu telah menyaksikan pembayaran balik mencecah seratus peratus.

Turut menghadirkan diri dalam majlis pelancaran yang penuh gemilang terdiri daripada ketua-ketua jabatan diperingkat negeri dan daerah, ahli EXCO, ADUN-ADUN dan ahli-ahli Parlimen, JKKK, Nazir serta Pengerusi Masjid dan Surau serta pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi. Jumlah kehadiran melebihi 1500 orang.

Y.A.B Tan Seri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor berkata , "Dipihak kerajaan negeri majlis pelancaran ini menjadi satu l agi mercu tanda komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin secara terus".

Majlis ini menjadi bukti betapa kerajaan negeri begitu komited untuk mengagih-agihkan kekayaan Negeri Selangor kepada semua golongan rakyat terutamanya golongan miskin dan semua golongan rakyat tanpa mengira pegangan agama dan fahaman politik segera mendapatkan khidmat Skim ini.
Pengalaman diseluruh dunia menunjukkan bahawa Skim Mikrokredit seperti ini telah berjaya menjadi penawar utama mengubati pemasalahan kefakiran dan kemiskinan.

Merekalah yang menjadi kumpulan tumpu kepada usaha pembangunan yang kini rancak dijalankan.

Prinsip ini sesuai dengan falsafah pembangunan kerajaan negeri iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).



Editor :Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI