


















Kg. Sg. Pusu, Gombak – Tercapai sudah hasrat permintaan penduduk sekitar Kg. Sg Pusu setelah selama 50thn permerintahan kerajaan dahulu tidak dapat mengatasi masalah kenderaan awam memasuki ke kawasan tersebut.
Alhamdulilah dengan berkat kesungguhan dengan mengadakan Sesi Dailog Kemudahan Awam di Kg Sg Pusu pada bulan Jan, 2010 yang lalu bersama YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia bersama Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR telah memberi sinar baru kepada semua penduduk tersebut setelah masaalah pengangkutan dapat diatasi dengan sebaiknya apabila kenderaan Awam rapid KL telah digunakan oleh penduduk disini pada Awal bulan mac, 2010.
Lawatan Y.B Dato’ Hasan baru-baru ini di Kawasan Kg. Sg Pusu untuk bertemu rakyat telah melihat sendiri kemudahan Awam Rapid KL telah memasuki kawasan tersebut.
Y.B Dato’ Hasan melahirkan kesyukurannya kerana segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak dalam membantu masaalah rakyat dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). ” Terima kasih kepada Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR yang sangat komited dan memberi kerjasama mengatasi masaalah ini dengan sebaiknya dalam jangkamasa 2 bulan sahaja. Harapan saya kerjasama ini akan terus terlaksana daripada semasa ke semasa untuk memberi khidmat kepada masyarakat dengan sebaiknya, katanya.
Sehubungan dengan itu, Ketua Kg. Sg Pusu merangkap AJK PIBG Sekolah, Hj Yunus Hj Ishak mewakili penduduk Kg Sg Pusu dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Y. B Dato’ Hasan dan semua agensi yang terlibat telah memberi kerjasama dan memberi perhatian permasalahan ini dan sentiasa mengambil perhatian terhadap setiap aduan yang dibuat.
Ini merupakan masaalah besar setelah sekian lama diimpikan oleh Penduduk untuk mendapatkan kemudahan awam agar memasuki kawasan ini dapat diatasi segera kerana kami merasa kasihan terhadap anak-anak terutamanya yang hendak ke sekolah tiada kemudahan awam bagi menuju ke tempat destinasi.
Alhamdulilah setelah pihak PKM DUN Gombak Setia mengambil inisatif dengan mengadakan Sesi Dailog bersama penduduk pada Jan, 2010 yang lalu kini telah menyelesaikan masaalah tersebut dan bermula pada Awal bulan Mac, 2010 penduduk telah mengecapi nikmat tersebut dengan penyediaan kemudahan Awam Rapid KL.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini atas permintaan pihak PIBG Sekolah dan penduduk agar pihak Y.b Dato’ Hassan dapat membantu megusulkan permintaan mereka dengan menambahkan bilangan kemudahan Awam tersebut kerana yang sediaada kini tidak megcukupi dan apabila tiba waktu kemuncak, pelajar, guru dan orang awam terlalu ramai sehinggakan terpaksa menunggu bas lain dengan mengambil masa yang lama bagi menanti pengangkutan yang lain tiba.
Kadangkala rasa lewat juga untuk ke destinasi apabila pengangkutan yang telah disediakan tidak mengcukupi. Jadi insya-ALLAH usul ini akan saya bawa kepada pihak pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan diharap mendapat perhatian oleh Y.b Dato’ Hassan bagi mengatasi masaalah ini.
Sementara itu, pengerusi PIBG sekolah Kg Sg Pusu Tn Hj. Asri berkata kepada Hj Yunus dalam mesyuarat PIBG, beliau bagi pihak sekolah melahirkan kegembiraan dan berterima kasih kepada pengurusan Y.b Dato’ dan semua badan agensi yang terlibat dalam menangani masaalah kemudahan awam ini dan kini pelajar, guru-guru disini tiada lagi masaalah datang lewat ke sekolah cuma harapan kami agar ditambahkan bilangan kemudahan Rapid KL kerana apa yang kami lihat pelajar dan guru sering tersangkut apabila bas Rapid KL sudah memasuki ke kawasan Bt. 12 ia sudah penuh dan tiba sahaja di Bt. 8 dan 9 bas tidak mengambil penumpang lagi dan terpaksa menunggu lama juga untuk menanti bas lain.
Walaubagaimanapun kami rasa berpuas hati juga dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tindakan yang wajar telah diambil perhatian dan memberi kepuasan hati kepada penduduk disini daripada kemudahan awam tersebut tiada langsung setelah sekian lama dibuat permohonan dibawah kerajaan dahulu tidak diambil perhatian, katanya.
Filed under: Uncategorized
Padang Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Gombak – Tanpa disedari dengan sikap diri kita sendiri telah menyebabkan bumi semakin pupus dengan mengalami berbagai masaalah pencemaran alam sekitar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti dengan melakukan aktiviti penerbangan pokok haram, pembuangan sampah, sisa pembuangan minyak di sungai dan di laut yang semakin menular telah memberi kesan kepada mukabumi ini.
Ini amat membimbangkan kerana hanya segelintir daripada kita yang begitu peka dengan pemulihan persekitaran alam sekitar tetapi terlalu ramai yang telah merosakkannya dengan tangan mereka sendiri.
Oleh itu untuk mengatasi masalah tersebut, kini Pekawanis dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia, Luas, Syabas, Surau, Jawatankuasa Penduduk telah mengambil inisatif untuk menanganinya mekanisma tersebut dengan mengadakan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak kepada Biodesel.
Menurut Y.B Dato’ Hasan Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia dalam ucapan aluannya objektif utama mengadakan program alam sekitar ini adalah untuk menyokong agenda Kerajaan Negeri selangor bagi membersih Sg Klang dan untuk membangunkan sekitar tebingnya disamping memberi kemahiran dalam pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar kepada rakyat.
Disamping itu juga bagi mendidik suri-suri rumahtangga agar minyak masak yang sudah dipakai tidak dibuang begitu sahaja dengan mengalirkan ke dalam sinki, longkang, sungai kerana jika ianya dilakukan sisa minyak tersebut akan menjadi pejal dan seterusnya menjadi lilin.
Malahan jika kerap menggunakan minyak yang telah digunakan maka ianya akan memberi kesan kepada diri kita sendiri iaitu mengalami berbagai penyakit dan perkembangan minda juga menjadi terbantut dan lembap.
Oleh itu, beliau menyeru kepada dirinya sendiri dan semua yang hadir dalam majlis tersebut agar setiap hari sabtu di perkarangan padang Flat Pinggiran ini hendaklah membawa minyak masak yang telah digunakan dikumpul untuk diserahkan kepada pihak kontraktor yang telah dilantik dan hasil tersebut setelah di jual akan diberikan sebahagiannya kepada pihak penganjur / surau untuk bersama menikmati hasil jualan tersebut atau boleh membuat berbagai aktiviti yang bermafaat tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemahaman politik yang berbeza untuk mengeratkan siraturrahim sesama kita.
Semoga sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala disisi ALLAH swt dalam membuat kerja kebajikan dan memulih alam sekitar juga, katanya.
Majlis tersebut telah dirasmikan dengan gimik Pelancaran Projek dan upacara penyerahan Tong Minyak Terpakai dari Luas begitu meriah sekali oleh Y.A Bhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Bt Tunut, YDP Pekawanis, isteri Y.A.B Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor.
Turut menghadirkan diri dalam majlis tersebut iaitu Y.B Puan Rodziah Ismai, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan, En Mazlan Idrus Pegawai Laut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syabas, Y.bhg Datin Salbiah Saamin, Isteri Y.b Dato’ Dr Hasan Ali, Adun Gombak Setia, Ybhg Pn. Shamsidar Baharin isteri kepada Y.B Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa, Parlimen Gombak, Ybhg Pn Mazlinah isteri Y.B Amiruddin Shaari, Adun Bt Caves.
Majlis tersebut telah diiringi oleh semua penduduk untuk mengiringi semua barisan Exco Selangor, Y.A Bhg Puan Sri Salbiah Tunut bagi melawat tapak pameran yang telah dipamerkan dengan berbagai informasi daripada Luas, Syabas bagi mengatasi masalah pencemeran alam sekitar dan melihat sisa-sisa pencemaran yang telah dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Koleksi Foto :
Kehadiran Dif-Dif terhormat disematkan dengan Reben sebelum majlis perasmian dilakasanakan (Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Adun Gombak Setia , Y.A Bhg Puan Sri Seri Salbiah Tunut (Isteri M.B Selangor)
Bagi melancarkan majlis perasmian, doa dipanjatkan agar majlis diberkati oleh ALLAH swt.
Ucapan Aluan oleh Y. B Dato ‘ Hasan Mohd Ali dan Ucapan Perasmian oleh Y.A Bhg Puan Sri Seri Salbiah Tunut
Cenderahati diberi sebagai ingatan kepada semua tetamu undangan
Meneliti pencemaran air sungai dan laut yang telah dicemari oleh indidvidu-individu yang tidak bertanggungjawab
Kusyuk mendengar informasi pencemaran dan pembersihan air sungai
Setia mendengar masalah penduduk dan bersedia memberi bantuan
Bersama saf pimpinan Isteri-isteri Y.B, Exco Selangor dan Isteri MB Selangor menikmati rezeki ALLAH..alhamdulilah...terima kasih ya ALLAH atas nikmatmu..
Saf pemain kompang mengiringi Dif-Dif terhormat bagi mengimarah dan menyerikan majlis
Editor : Khaulah Azwar