Wednesday, January 13, 2010

Strategi 2010 untuk hadapi PRU ke 13-pemantauan YB Dato'hasan terhadap tugasan kakitangan, Ahli Majlis, Ketua Kg, Nazir Masjid



Gombak – Sebagai pimpinan yang diberi amanah didalam Exco Kerajaan Negeri / Adun Gombak Setia, YB Dato’ telah mengemaskini segala perancangan gerakkerja yang lebih efektif agar beliau lebih mudah dapat meluangkan masa bersama Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis-Ahli Majlis, MPS di Zon Gombak , Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg. dengan memantau segala tugasan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


Prinsip beliau yang amat berpegang teguh dengan pengurusan masa adalah amat dijagai agar apa yang dirancang tidak tersasar . Oleh itu beliau telah menetapkan semua kakitangan PKM Dun GS, Ahli Majlis di Zon Gombak, pentadbiran masjid/surau, Ketua-Ketua Kg dibawah pentadbiran beliau WAJIB diadakan pertemuan 1 minggu sekali setiap hari selasa secara rasmi untuk memastikan agar segala pemasalahan yang berlaku dapat dikenal pasti dan dapat diatasi sebaiknya. Selain daripada itu agar hubungan 2 hala antara Majikan, dan sebagai wakil rakyat di gombak terjalin lebih rapat lagi dengan membuat pertemuan atau proram bersama rakyat. Bagi beliau kesibukan di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang beliau untuk bersama kakitangan atau bersama rakyat di Gombak Setia.


Beliau tetap akan meluangkan masa bersama rakyat setiap hujung minggu di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dan jika tiada urusan yang lebih penting beliau akan turun padang untuk bertemu penduduk sekitar gombak.

Bagi beliau 2010 adalah merupakan tahun memartabatkan parti PAS agar terus mendapat sokongan berbagai bangsa dan agama yang penting tunduk dan perjuangan parti. Untuk mencapai kearah itu haruslah kita mengemaskini semua gerakkerja dan bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan PR memperolehi kemenangan yang besar pada PRU ke 13 akan datang. Beliau berkata lagi, setelah usaha dengan bersungguh-sungguh kita berserah kepada ALLAH swt samaada menang/kalah itu bukan alasannya tetapi menjalankan tangungjawab kita sebaiknya setelah diberi amanah oleh pimpinan dan rakyat pada kita.


Kata-kata beliau telah memberi suntikan semangat kepada semua yang hadir dalam mesyuarat baru-baru ini di pej PKM agar mereka tidak terleka kerana masa beredar begitu pantas dan secara tidak sedar kita akan berhadapan dengan tahun baru dan penentu masa depan negara samada PR terus kekal/sebaliknya. Oleh yang demikian beliau amat berharap agar semua ahli pas, kelab penyokong PAS dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebaiknya insya-ALLAH beliau akan sentiasa memberi komitment yang tinggi bagi membantu segala gerakkerja.


Editor : Khaulah Azwar


Sunday, January 10, 2010

Majlis Dailog Kemudahan Awam Kg Sg Pusu-Penduduk Kesal dgn Pimpinan UMNO


Gombak – Segala kerisauan Penduduk Kg. Sg Pusu mengenai masalah pengangkutan awam terutamanya bagi kemudahan anak-anak ke sekolah kini sudah terjawab apabila pihak PKM Dun Gombak Setia telah mengambil inisatif untuk mengadakan Majlis Dailog antara penduduk bersama YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bagi mendengar masalah penduduk dan akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik antara penduduk dengan agensi-agensi yang terlibat.


Turut menghadirkan diri dalam Majlis Dailog bersama YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali adalah En. Radhi Yusof Pengarah PKM Dun Gombak Setia, Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR yang telah diadakan pagi semalam di Dewan Masyarakat Kg. Sg Pusu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali.


YB Dato’ menyatakan bahawa perlu adanya Majlis Dailog antara penduduk kerana dengan adanya perjumpaan sedemikian beliau dan kakitangan PKM dapat mendengar dan membantu masalah yang mereka hadapi. Segala permintaan penduduk dan kertas kerja yang diusulkan oleh penduduk kepada YB Dato’ akan diteliti terlebih dahulu dan sekiranya bersesuaian beliau akan membawa usul tersebut kepada Mesyuarat Exco Negeri Selangor untuk dibincang bersama MB Selangor sebelum dilaksanakan.


Selain daripada itu, YB Dato’ menyatakan bahawa dengan adanya Dailog ini penduduk akan mendengar sendiri daripada agensi yang terbabit daripada pertemuan Dua mata dan dari hati ke hati dengan mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh Yb Dato’ Hasan, Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar) perwakilan daripada Pej Tanah, Bas Rapid, MPS bagi mengatasi masalah yang telah timbul dan beberapa faktor lain di kawasan tersebut.


Tujuan utama mengadakan majlis tersebut adalah untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang dihadapi oleh penduduk Kg. Sg Pusu yang amat mengharapkan setelah PR memerintah akan memberi sinar baru kepada penduduk sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan Awam untuk anak-anak ke sekolah kerana bagi penduduk Kg. Sg Pusu mereka merasakan Penantian bagaikan satu penyeksaan setelah sekian lama permohonan pengangkutan dibuat tidak diambil perhatian semenjak pemerintahan UMNO walaupun beberapa kali membuat permohonan tersebut.


Penduduk menyatakan bahawa masalah kemudahan awam tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang serba moden lebih-lebih lagi setelah Negara yang semakin berkemajuan.

Draf perancangan terakhir yanng telah dibuat pada 2008 oleh Tn Hj. Mohd Naim daripada pej. Tanah terutamanya adalah :-

1) Pembangunan dan infrastruktur Kg Sg. Pusu yang melibatkan lot-lot kecil yang dibangunkan tanpa menyeluruh & efektif;

2) Bentuk muka bumi kawasan ketinggian yang berbukit bukau dengan ketingian 100-300m hampir 60% terletak kelas 3 & 4;

3) Pembangunan kediaman yang menjangkau sempadan lot;

4) Pembangunan sedia ada melibatkan lot-lot kecil & kawasan berbukit;

5) Penyediaan kemudahan awam – kawasan laluan adalah sempit & tidak mempunyai kawasan yang strategik;

6) Sistem pengangkutan masih terlalu rendah;

7) Sistem perparitan, pembangunan adalah tidak teratur menyebabkan mudah berlaku tanah runtuh, banjir dan berlaku pencemaran air & udara;

8) Tidak ada pemantauan pembuangan sampah dilakukan.

Untuk atasi masalah tersebut pihak beliau telah merancang beberapa perkara iaitu :-

1) Menaik tarafkan kawasan Kg Sg. Pusu akan diadakan Pintu Gerbang di laluan Kubur;

2) Komersial Ke 2 (Bazaar) akan diberi keutamaan kepada penduduk tempatan;

3) Mendirikan Sek. Ren. Keb.

4) Membuat Laluan Alternatif sekiranya berlaku banjir dan lain-lain;

5) Resort

6) Kediaman berkembar

7) Kediaman teres (mengikut kesesuaian)

8) Kediaman rumah bandar dan lain-lain.

Bagi masalah kemudahan Awam pula telah di bentangkan oleh En Faizal daripada Rapid KL. Beliau telah menerangkan masalah yang berlaku selama ini adalah :-

i) Laluan Bas Masuk ke Kg. Sg Pusu yang sempit adalah merbahaya kerana Bas Rapid adalah panjang bimbang akan berlaku kemalangan kepada penduduk dan pengguna jalan .

Majlis tersebut telah dilengkapkan dengan sesi Dailog antara penduduk agar kedua belah pihak merasa berpuas hati dengan mendegar masalah dan mengatasi masalah tersebut dengan efektif. Antaranya adalah : -


1) En Abd Latif Rashid : Semasa thn 60an daripada 10 buah bas yang masuk tetapi kini hanya 2 bas sahaja.Permit bas telah diberhentikan iaitu laluan KL – Kg Sg. Pusu.

: Adakah Ketua Kg. sudah membuat surat rayuan semula untuk permohonan Bas?? Tidak sepatutnya Ketua Kg meletakkan bebanan kepada YB Dato’ Hasan semuanya sekiranya tidak diambil tindakan terlebih dahulu.

Jawapan : En. Faizal (Rapid KL)

: Permit intrakota adalah sampai di UIA sahaja.

: Bas Pendek masih tiada lagi cuma yang ada Putra Line Mini Bas.Walaubagaimanapun pihak beliau telah memberi cadangan kepada syarikat agar adakan Bas pendek bagi membantu kawasan-kawasan yang bermasalah seperti ini.

: Beliau meminta Ketua Kg. agar buatkan surat permohonan dan sokongan daripada pihak MPS, Adun dan lain-lain agar dengan ada sokongan daripada pihak berkenaan permohonan tersebut akan lebih kukuh lagi.

:Ketua Kg. : Beliau menyatakan sudah membuat surat permohonan kepada MTD & Ahli Parlimen untuk menyambungkan permohonan kemudahan pengangkutan awam.


2) En. Noor : Jalan pecah dan berlekok-lekok tidak dibuat pemantauan, bimbang memberi kesan buruk kepada pengguna jalan raya. Mohon YB Dato’ dapat memberi sedikit sumbangan bagi membantu membaiki jalan tersebut.

: Beliau memohon agar YB Dato’ adakan padang permainan di kawasan Kg Sg Pusu. Terdapat 2 tapak kosong boleh dibangunkan sebagai Tapak Futsall dan Badminton tetapi untuk membangunkan kawasan tersebut tiada peruntukan. Beliau minta jasa baik YB Dato’ dapat memberi sedikit sumbangan agar anak-anak muda dapat melakukan aktiviti berfaedah waktu lapang daripada terlibat aktiviti sosial yang tidak mendatangkan faedah.

Jawapan YB Dato’ : Beliau akan melihat kawasan bermasalah dengan membuat pemantauan bersama MPS, JPS, Pej. Daerah, JKR. Beliau telah memberi cadangan sekiranya jika diizinkan oleh ALLAH swt beliau ingin sekali menjadikan Kg. Sg Pusu dengan Adat, Warisan Desa ISLAM Kg. Sg. Pusu bersesuaian dengan konsep ISLAM seperti UIA.

: Beliau akan membantu dengan mengusulkan semua cadangan penduduk kepada MB Selangor terlebih dahulu untuk menaiktaraf kawasan Kg Sg Pusu mengikut kesesuaian.

3) En. Daud : Memohon agar penyediaan pengangkutan awam terutamanya pelajar sekolah perlu dibuat 4 sesi kerana pengangkutan Bas tiada disini untuk pelajar keluar daripada Kg. Sg. Pusu ke UIA adalah jauh dan kesian kepada pelajar dan keselamatan pelajar juga harus diberi.

Jawapan YB Dato’: Insya-ALLAH seperti yang telah En. Faizal nyatakan tadi beliau akan membawa usul ini kepada syarikat bas untuk dibincangkan kembali dan akan diusahakan dengan menyediakan bas pendek bagi kawasan yang bermasalah. Bagi kemudahan Bas lain akan diusahakan kemudian yang penting untuk pelajar harus diberi keutamaan terlebih dahulu.


Majlis tersebut telah tamat jam 1:00tghari dengan makan bersama rakyat dan sesi temubual bersama YB Dato’ oleh wartawan. Semoga dengan adanya sesi Dailog ini penduduk Kg. Sg Pusu merasa berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali bersama Kakitangan PKM DUN Gombak Setia dan semua agensi yang terlibat. Semoga perancangan dan pertemuan ini diberkati ALLAH dan pelaksanaan seterusnya semoga akan dipermudahkan.


Editor : Khaulah Azwar

Thursday, January 7, 2010

2009 tinggal kenangan 2010 semoga memberi kebahagian, ketenangan & brtmbhnya iman & amal..





Daripada hari ke hari ana nak cuba siapkan video klip penutup program 2009 utk JKP ana tapi masa tak mengizinkan lebih2 lagi sibuk uruskan anak buah ana (nana) yang kini telah pun memasuki Tadika PASTI. Setiap mlm lps mengajar mengaji dengan nana dan blk masjid.. ana terus mengadap laptop.. siapkan kerja2 yg tertunda..alhamdulilah hari ini sudah final edition utk posting Dato', JKP dan video klip.. mmg kena teliti btl2.. walaupun turget terlepas 5hari.. hrp mereka terima.. tapi sayang susah ana nak upload maybe file besar..so tak dapat le ana nak sharing dgn shbt2 semua..sory:) i.ALLAH akan diusahakan juga utk upload..

Erm..mgkn terlalu sibuk sehingga migrane ana mnjd2 skrg..tapi dengan kesibukan inilah ana dpt lupakan semua peristiwa pahit dlm hidup ana.. ya.. hidup mesti diteruskan.. ya-ALLAH berilah hambamu kekuatan menghadapi setiap ujian yg diberi & terimalah amalan hambamu dalam menyebarkan dakwah ini.. amiin ya rab..





Mmg benar kata org bila tgk anak2 kecik hati terhibur, tenang, & gembira...perwatakan mereka semulajadi sentiasa menghiburkan hati ana..bila hantar nana ke PASTI, ana pun bantu guru2 tu uruskan anak2 pasti lain.. kenal adk2 yg mengajar coz..selalu je ikut prgoram... sementara waktu menanti waktu pej 9:30 am baik buat pahala sikit tlg mereka mendidik anak2 PASTI.. Alhamdulilah.. ana gembira sekali bila tgk nana dah pun semakin dewasa.. semangat btl nana ke sek. tak menangis. Bimbang juga hati ana bila pk kan dirinya.. dah bersedia ke nak mulakan alam persekolahan? Itu yg sering bermain di pemikiran ana sebelum buka sekolah.


Alhamdulilah kerisauan itu terjwb jg dengan usaha dan doa ana dengan mentarbiyahkan dirinya dengan mengikuti ana dalam mana2 prg baik daripada caw, kampus mahupun di DUN. Harapan ana andai ana tiada lagi moga dia mampu menjadi muslimah yg lebih baik daripada ana..penyambung ana dalam membantu agama ISLAM.. i.ALLAH...adik2 yg kenal nana doakan le utk dia ye...


Anak buah perempuan sorg duduk dengan neneknya.. yg lain ikut parent msg2. so. nana bnyk masa dengan ana famly. Disini ana sentiasa mentarbiyahkan dirinya dalam penglibat aktiviti jemaah parti/masjid.. Anak kecik harus diberi didikan daripada bawah lagi.. ttp ana bimbang jg jika diberi ujian daripada ALLAH dirinya mudah terpedaya dengan hasutan budaya luar... so sentiasa diberi didikan, diberi teguran sekiranya tersasar.. doa.. teruskan berdoa.. itu yg mampu ana lakukan..



Telatah nana yang mencuit hati ana bila dalam kepenatan bekerja dan memberi kekuatan pada ana utk bekerja dgn semagat lg.. senyuman nakalnya.. setiap pagi.. 6am ana dah gerakkan dirinya mandikan dia dan ajak solat berjemaah.. Nasib baik dia mudah bangun kalu tak masak ana nak kena angkat dia... badannya yg semangat... 1st nak bangunkan dirinya ana spraykan dgn air..hehe.. 10sion je dia.. lepas tu terus ana cekup muka dia.. huhu.. sekali2 dtg mengada dia.. liat jg nak bangun kena jg angkat.. tapi alhamdulilah dia tak seliat itu cuma kalau lewat tidur mula le mengada2 dia dtg... so take 10m' nak pujuk dia.. lps solat dia tarik selimut lagi.. ana kesian pun ada ,. so bg kelonggaran pada dia.. yg penting solat dah buat.. so nak tidur sat.. blh le sementara menanti ana siapkan diri ke pej.. 7:20am gerakkan dia balik buat break1st.. dia.. erm..mengalah ana ni mcm mak dia je.. itu le ucapan adik bongsu dan emak ana.. nak buat cana.. nak pujuk budak2 kecik ni kena main peranan yg baik.. alhamdulilah dia mudah dibentuk.. semakin hari semakin dewasa bnyk mulut dan lorat..


1st day sek.. dia le org yg smgt... dah 5hari melangkah ke PASTI.. wajahnya penuh ceria.. ana gembira.. kdg2 dia mcm pelik jg tgk telatah shbt2nya.. mcm2 ragam.. menangis bagai nak rak.. sering jg dia tanya " Ateh.. napa budak2 tu nangis?? mama, papa dia nak g keje pun tak senang.. tgk nana... tak menangiskan ateh.. erm. ana tersenyum.. lalu ana ckp..



Ateh : Nana anak yg soleha & baikkan.. kalau nana sygkan mama, nenek, ateh jg akhlak ye.. ateh taknak dengar ustazah ckp nana buat nakal dkt sekolah tau.. belajar rajin2 mcm abg farhan, abg azim & anak2 along..jdkan contoh anak along sejuk mata memandang mereka semua diberi didikan Mahad tahfiz alhamdulilah..

Nana: Ok ateh.. ateh jgn risau k.. nana kan selalu ikut ateh program.. ustazah tu kwn atehkan.. dia baik (Hidayat)..

Ateh : erm.. kalau gitu nana dgr ckp ustazah tau,.. k.. lepas tu dia salam ana.. letak beg terus duduk menanti shbt2 dia lain...alhamdulilah dalam kelas hati ana sejuk mendengar bila lihat anak2 yg comei pakai tudung & kopiah.. disini mereka diasuh mengenali tuhan berikrar dll dengan mentauhidkan shahadah..



5 hari di alam persekolahan.. alhamdulilah.. ustazah2 tu ckp dia tak bnyk ragam.. baik tapi bnyk mulut.. suka senyum mcm m.cik dia je..

Erm.. ana tersenyum..mendegar cerita adik2 tu tentang nana.. kalau ana lewat amik pun dia tak nangis.. inilah kesan didikan ana setiap kali membiasakan dirinya dgn bergaul semua org.. Setiap kali bawa dia berjumpa dgn shbt2 ana.. pasti dia akan ckp " ateh kwn ateh ramai le.. semua pakai tudung labuh.."

Ana ckp.. nana.. kena jadi mcm tu.. kena tutup aurat tau.. tak baik kita dedahkan aurat kita pd org lain.. nanti rambut tu ALLAH bakar, kalu tak solat apa tah lagi.. so nana kena jg itu semua. yele.. tiba2. dia tnya pada ana... ateh lama nana tak jumpa k.acu.. k.acu g mana?? ana terdiam.
Dia cubit pipi ana.. ateh dngr tak nana tanya ni..

Ana ckp dngr.. nana kena fhm.. k.acu dh khwn.. so dia bz dgn rmhtangga..so notime skrg nak sama kita lagi.. tapi dia ingatkan nana.. dalam doa.. so, kalu nana sygkan k.acu.. doakan kebaikan dirinya juga ye.. nana senyum.. k le ateh.. nana nak bljr ateh g le le keje.. nak amik nana pukul brpa hari ini??

Adui.. budak ni..mcm org tua le.. ateh tak janji tau.. sbb ateh kena clearkan keje sini dulu.. tp.. i.allah b4 12pm ateh amik.. nana jgn tunggu.. nana belajar dgn kwn2 dulu atau main dkt pdg permainan dulu k.. jgn nakal2..:)



Setiap kali balik sekolah...dia akan story apa yg dia belajar.. da akan story hal kawan-kawannya di PASTI.. walaupun baru 5hari sekolah.. tak bnyk sgt dipelajari lagi.. tapi sedikit sbnyk pemikirannya terasah jg.. apa yg dipelajari hari ini dia akan cerita blk.. ana pun setia mendengar celotehnya sampai ke rumah.. inile ragam anak buah ana... lps hntr dia blk ana pun terus g keje.. tapi rasa mmg penat jg.. nasib baik ana terbiasa bngun 4:30am solat dll.. so dah aranggedkan masa dgn sebaiknya..alhamdulilah..so dlm masa seminggu ni.. penat layan kerenahnya.. tapi terhibur.. keje ana pun xde le terganggu sgt.. cuma akhir2 ni.. bz siapkan semua laporan program utk submit pd MPS.

Walaupun bz nak lupakan sesuatu.. kadang2 tiba2 airmata sentiasa menjadi teman.. Ana tak tahu kenapa sejak akhir2 ni airmata mudah sgt menitis.. nak diluahkan pada siapa?? melainkan merintih pada ALLAH. Dia tmpt sebaiknya utk kita mengadu.. angin dgn sikap org..ya-ALLAH berilah hambamu kekuatan dlm hadapi ini semua..Ikhlaskan segala amal ibadatku krn MU dalam mencari maradhatilah.. sembuhkan sakitku juga.. semoga ujian kesakitan sbg kifarah. Buatkan wajah2 ceria walaupun diri diuji dgn kesusahan.. Berikan kegembiraan pada org sekeliling kita dgn menghiburkan hati mereka, lihat wajah anak2 kecik, buka kitab, dekatkan diri pd ALLAH.. i.allah akan mendapat ketenangan, itu sahaja yang mampu ana lakukan.. sabar.. dan terus bersabar..

K .. le.. ana harus tamatkan kalam ana rasa tak berapa sht hari ini..nak blk cpt.. nak pastikan anak2 buah anak siap2 utk solat magrib..budak 2 kalu tak diperhatikan mmg terleka.. mmg kena jerit kalau degil..

Ada masalah sikit dgn somebody.. ana cuba bantu dia buat keje tapi kenapa dia tak bg komitment dgn ana.. sbb dia ana kena tanggung.. ana terlalu bnyk bersabar tetapi kesabaran itu ada batasannya sehingga ana hntr last SMS pd En Ridzwan c.c pd K.Pah & Hj. Ezani.. andai terjadi apa2 jgn slhkan ana..ana dah buat terbaik utk membantu.. & menjaga imej k.pah & JKP harus dijaga dgn baik.. tapi org taknak tlg nak buat cana.. so .. ana dah patah hati.. dan ana minta agar tak siapa ctc & ganggu ana buat masa ini.. sbb ana dalam kesedihan.. mmg tak terckp.. take time.. itu semua..

Selepas hntq SMS Terima panggilan k.pah..bnyk kali k.pah ctc ana sehingga masuk Isya. Setiap kali deringan masuk semakin laju airmata ini mengalir.. dalam hati sering berkata. sory kak.. ana tak dapat jwb panggilan sesiapa skrg.. "i really2 sad..." blk masjid ana terus tidur dgn bertemankan airmata..

Dalam mendekatkan diri pd ALLAH semakin laju airmata menitis mengenangkan dosa & kelalaian diri.. buka Al-Quran cari ketenangan seketika... mmg inile skp ana bila sedih ana takkan bercakap dgn org,.. semalam k.pah masuk pej.. nak bincang gerakkerja JKP tapi lain pula jadi.. ana pun tak banyak ckp masa tu.. p.wan dtg bincangkan keje dgn k.pah pula.. masa kami btl2 suntuk utk jumpa..kalu jumpa pun mcm x jmpa.. Sedih :( pujukkan hati ini kena take time.. tapi nak berckp dgn mereka buat sementara waktu tidak tercakap lg. diam2.. pendamkan segalanya.. luahkan pada ALLAH itu yg terbaik.. Diamkan diri seketika lps tu baru ana akan berckp.

Ana bimbang akan melukan hati org lain.. Ana harap semoga jika ada pemilihan jwtn dlm JKP ni semoga akan diberikan ana org yg btl2 komit keje dgn ana.. ana dah tak daya kalau tidak diberi kejesama.. sebuah kapal akan jd karam jika ramai penghuninya ttp hanya sorg saja pengayuhnya..

Biarlah takdir menentukan segalaya..bukan ana tak nasihatkan shbt tu tapi.. ibarat mcm ckp dgn tiang telefon.. SMS, tel pun tak berjwb.. hidup/ x org ni.. tapi dgn skp nya dah menyusahkan org lain.. lbh2 lagi ana yg kena berurusan dgn masyarakat sekeliling Zon 11.. sabar2.. itu je yg Hj. Ezani selalu nasihatkan ana.. 'sabar kita tu ada hadnya tapi jgn disbbkan dia kita yg kena.." ana tak layak utk bersuara dalam JKP..sapa ana pd mrka walaupun ana P.A pd K.pah.. tapi ana hrp k.pah, hj ezani fhm apa yg berlaku dan harap mereka akan ambil tindakan untuk kebaikan JKP ini.. Tapi demi tuhan ana suka dgn job ana skrg dapat melakukan utk ISLAM.. dan mendekati masyarakat berbagai agama, bangsa dan ragam org.. dairipada pimpinan atas sehingga ke bawah disini didikan ALLAH pada ana yg bnyk kelemahan dalam diri.. tapi yg ana krg senang adalah bila org bg masalah dalam keje ana.. Ya-ALLAH engkau mengetahui segalanya..kalau ikutkan hati nak je humban kertas keje & laporan ni ke muka dia..org dh tlg sepatutnya bersyukur & bg kejesama ni tidak.. buat bodoh je..brg yg dikeluarkan dalam dewan pun tak reti nak pulangkan.. kalau le P.A System tu ringan kecil blh le ana angkat tak payah susahkan org tp.. P.A system tu besar dan berat.. bnyk brg kena pulangkan utk orang lain nak pakai.. tapi.. skrg dia dh sshkan ana.. ei.. geramnya..

Tapi ana bukan mcm 2 org nya... nak marah pun pendam lebih bnyk yg kdgkala bnyk mkn hati.. so .. skrg ni ana dah malas nak pk hal dia lagi.. dan serah pd ALLAH apa nak jadi..lantak le..tak de gunanya kita tlg org yg taknak membantu dirinya sendiri.. mmg lelaki ni hipokrit.. ego.kalau jumpa pun.. nak said "sorry " pun takde.. ei.. sabar je le.

Ya ALLAH berilah kesabaran, ketenangan dan kekuatan dalam menjlnkan tgjwb ini dgn sebaiknya... buangkan segala mazmumah yg ada dalam diri kami, satukan hati2 kami mudahkan urusan kami..amiin ya rab..


Wednesday, January 6, 2010

Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.

PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka

Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda PAS panggil semua rakyat bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sekali lagi menggesa seluruh warga Malaysia termasuk bukan Islam untuk bersama menyertai himpunan aman di kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

"Saya menyeru seluruh rakyat prihatin supaya dapat keluar beramai-ramai Jumaat, 8 haribulan (Januari) untuk kita sama-sama berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur," kata ketua DPPP, Nasaruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily.

Nasaruddin juga berkata, beberapa tindakan terbaru kerajaan Mesir dilihat keterlaluan dan memberi kelebihan kepada Israel untuk terus mencengkam kekuasaannya ke atas umat Islam di Gaza.

Ianya termasuklah insiden terbaru di mana Kerajaan Mesir telah menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Selain itu, dua hari lalu pasport mereka juga dirampas Kerajaan Mesir sehingga memaksa mereka hanya duduk beramai-ramai di pelabuhan sehingga pasport dipulangkan semalam.


Lebih teruk lagi apabila lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah akibat tindakan ganas polis Mesir menyuraikan tunjuk perasaan membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan Al-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Salah seorang yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Disember lepas.

"Sememangnya sejak dulu kita prihatin terhadap isu kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin, di atas semangat solidariti ummah, kita hendaklah bangkit sekali lagi," katanya.

Umat Islam di seluruh dunia, katanya telah bangkit dan bantahan sama juga sedang dibuat.

Selain Pemuda PAS, beliau turut mengharapkan penyertaan Angkatan Muda Keadilan AMK dan DAP Socialist Youth (DAPSY) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia.

"Saya juga ingin menyampaikan salam dari Dr. Hammam Said, Murakibul Am Ikwan Al-Muslimin yang menyeru seluruh rakyat bangkit beramai- ramai menentang tindakan zalim kerajaan Mesir ini," katanya lagi.

Terdahulu, anggota kontinjen Viva Palestina berhimpun dan mengadakan benteng manusia memprotes keputusan kerajaan Mesir menghalang 59 kenderaan termasuk dua trak keluar dari pelabuhan itu.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Mesir menempatkan 189 anggota unit anti rusuhan lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Menurut pengasas Viva Palestina, George Galloway rundingan di peringkat tertinggi sedang diadakan oleh pihak Turki dengan kerajaan Mesir termasuk menuntut agar kesemua anggota konvoi yang ditahan dibebaskan segera.

Misi mereka bermula dari London pada 6 Disember lepas, melalui pelbagai tempat di Turki, Syria, dan Jordan.

Mereka sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Disember, tetapi tertangguh akibat halangan kerajaan Mesir yang enggan membenarkan mereka menggunakan bandar Nuweiba sebagai pintu masuk ke Rafah sebelum tiba di Gaza.

Akibatnya, mereka terpaksa kembali ke Damsyik, Syria untuk mencari laluan lain untuk memasuki Rafah sebelum tiba di Gaza.

Tuesday, January 5, 2010

Muhasabah Diri Buat insan yang Sederhana dalam beramal ttp inginkan Duniawi yang terlalu tinggi..utk diri kita semua






Sedikit renungan untuk diriku yang terlalu sederhana dalam AMAL tapi untuk mencapai duniawi ingin yang paling tertinggi. Inginkan darjah yang tinggi, kalau larat nak ambil Phd, nak bergelar doctor macam sahabat-sahabat yang lain. Inginkan anak yang ramai, yang cantik-cantik dan comel, yang pandai dan cerdik. Inginkan suami dan keluarga yang sentiasa di sisi, menyanyangi dan membelai sentiasa dan mendapat layanan first class dari mereka. Inginkan rumah yang indah dan besar. Inginkan bibik yang ramai. Inginkan kereta yang terbaik. Semuanya runtutan perasaan duniawi yang berhendak pada yang yang hebat-hebat. Tapi malangnya AMAL yang membawa kebahagiaan abadi tidak pernah diangan-angankan untuk mencapainya ke peringkat yang paling tertinggi.


Pernah suatu ketika dahulu daku berkesempatan mengedit buku Arab terjemahan ayahandaku berjudul al-Munthalaq karangan Muhammad Ahmad al-Rasyid. Buku tersebut diterjemahkan kepada jodol Langkah Bermula. Dan pagi ini terlintas untuk mencari sesuatu yang tidak kena pada diriku. Dua tiga hari ini aku semakin giat berbisik dan berdoa... Ya Allah ilhamkan daku ketaqwaan. Ya Allah Ilhamkan daku ketakqwaan.. .. daku perlu muhasabah diri yang semakin jauh dari Allah, amalan biasa-biasa sahaja. Solat, tilawah, zikir sikit-sikit, mengajar anak-anak mengaji, mengurus rumahtangga, melayan suami, menulis sikit-sikit, usrah sekali-sekala. Rasanya dah cukuplah tu kan.... Orang perempuan kalau buat tiga perkara ini pun sudah membolehkannya masuk ke syurga. Taat Allah, puasa solat tutup aurat dan taat suami. Cukuplah. Rasanya inilah yang telah, sedang dan akan ku lakukan. Zahirnya kalau ikut hadith tu memang ahli syurga lah. Insya Allah, mereka semuanya akan memasuki syurga.

Namun aku malu sendiri, sesimple inikah hidup. Sudah yakinkah dengan amalan-amalan ini yang boleh membawa daku kesyurga. Aku terketuk dengan kata-kata ini :Samakah golongan yang menjadi barisan pertama memasukinya dengan golongan yang dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?

Kenapa terlalu sederhana yang hendak dicapai, sedangkan Allah memberi kemampuan berfikir dan bercakap, memberi ilmu dan rehlah ilmiyyah yang jauh-jauh ke negeri orang juga rezeqi yang tidak pernah terputus-putus. Semoga beberapa helaian dari buku al-Munthalaq ini menjadi tazkirah buatku juga sahabat-sahabat yang ingin berkongsi... . Renungan bagi kita, mudah-mudahan tergolong dalam ulul albab... Amin... ana lampirkan sebahagian dari bab 6, semuanya ada 17 bab. Buku ini terbitan Pustaka Usrah. Selamat merenung dan iqra’ dengan sabar.

BAB 6 : Pelukan Cendekiawan

Orang yang beriman sentiasa berharap semoga Allah mengampuni segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga. Keampunan Allah dan syurga itu adalah kejayaan yang besar yang hanya tercapai setelah dia dapat melintasi pintu syurga beberapa langkah sahaja.

Tetapi, rasa ketamakan terhadap apa yang ada di sisi AlIah itu adalah satu keinginan yang manis dan lazat. Apabila harapan itu ada bersama kita, kita tidak merasa cukup hanya setakat melintasi pintu syurga, tidak cukup rasanya kalau sekadar tinggal di tingkat syurga yang rendah darjatnya, bahkan kita bercita-cita untuk masuk ke syurga‘illiyyin (yang tertinggi) dan syurga Firdaus yang yang tertinggi.

Di sinilah lojiknya kata-kata:

“Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada dimartabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia.

Satu dengan satu

Setiap barang ada harganya

Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah denganmelakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah. Demikianlah tulisan Syeikh AbdulQadir al-Kailani Rahimahullah di dalam bukunya yang bertajuk “Futuh ul-Ghaib”.


Beliau adalah seorang da’I dan reformis. Oleh itu, kita dapati setiap bukunya tertumpu kepada pengertian dakwah dan kewajipan dakwah. Menurut pandanganAbdul Qadir al-Kailani, ‘orang yang berjaya’ ialah orang yang dipilih oleh Allah:

“…dan Allah menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada

Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah

menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya.” Kemudian beliau

berkata: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain mengatasai

mereka kecuali darjat kenabian.”

Mukmin Bisu adalah Ketinggalan

Syeikh Abdul Qadir Kailani menganggap golongan bukan da’i berada dimartabat lain. Golongan itu merupakan orang mukmin yang mempunyai hati tetapi tiada lidah untuk menyampaikan dakwah. Mereka adalah di antara makhluk Allahyang terlindung daripada makhluk dan terdinding di sebalik tirai. Kekurangan mereka menutup mata dan hati mereka dari menerima hidayah.

Oleh kerana mukmin tersebut tidak mempunyai lidah, turunlah martabatnya dan ketinggalanlah dia. Dia tidak mendapat gelaran yang hebat dan agung. Mukmin dan golongan yang pertama (yang berdakwah) dikatakan sebagai ‘jahbaz’ iaitu paracendekiawan, ‘da’i’ dan ‘hujah’ ibarat sinaran yang terang-benderang. Mukmin yang kedua (yang tidak berdakwah) dikatakan mukmin yang ‘mastur’ atau yang terselindung. Perbezaan bunyi dan sebutan di antara dua kategori panggilan tersebut amatlah jauh sekali umpama langit dan bumi.

Jarak dan jurang antara keduanya sangat jauh dan luas. Antara martabat dakwah dengan martabat iman yang tertutup dan menjauhkan diri. Jurang luas itu tidak lain melainkan disebabkan oleh faktor lidah yang menyatakan kebenaran. Tiada sebab lain. Sesiapa yang mempunyai lidah berani menyatakan kebenaran maka dia akan berada di hadapan kumpulan yang berjalan menujuAllah. Memang setiap orang beriman berjalan menuju kepada keredhaan Allah.Cuma soalnya, samakah siapa yang berada di hadapan dengan yang ketinggalan di belakang?

Insya Allah, mereka semuanya akan memasuki syurga. Tetapi samakah golongan yang menjadi barisan pertama memasukinya dengan golongan yang dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?

Kerana itulah Syeikh Abdul Qadir Kailani Rahimahullah cuba memahamkan bahawa perasaan seorang da’i terhadap kemestian untuk mengubah perkara yang batil dan mememangkan hak merupakan satu kurniaan Allah bagi sesiapa yang ada kebaikan di dalam hatinya. Pengertian ini dibentuk dengan kata-kata yang lebih mudah, tetapi berharga. Iaitu:

“Apabila betulnya hati seorang hamba itu kepada Allah S.W.T. dan berjaya menghampirkan diri kepadaNya, Dia akan mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di seluruh alam. Dia menyerahkan kepadanya kerja mengembangkan dakwah kepada makhlukNya, dikurniakan kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia, serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran.”

Demikianlah tingginya bahasa bila ia terbit dari pelita kenabian, sama ada keluarga dari aspek nasab atau ilmu. Syeikh Abdul Qadir berada di kemuncak kemuliaan kerana nasabnya dari keturunan Ali r.a. Tambahan pula, beliau

menguasai ilmu hadis dan memahami kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah:

“Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan.”

Renunglah dengan teliti terhadap kata-kata al-Kailani diatas yang bermaksud:

“… serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran...”


Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya hendaklah diperangi, dihapuskan dan dikuburkan. Jika sekiranya kamu berharap agar kebatilan itu sendiri meninggalkan tempatnya dan menyerahkannya kepada kamu atau jika kamu berharap kamu akan dapat berbicara dengannya mengunakan bahasa diplomasi... .. Maka sesekali ianya tidak akan berlaku. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Hanya perkataan ‘mengubah’ sahaja yang disebutkan dalam undang-undang dakwah.

Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya

Sesungguhnya, Islam hari ini sangat-sangat memerlukan kepada satu kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘mengubah’ ini, memahami betul-betul kewajiban membawa petunjuk kepada manusia, tahu kedudukan mereka di dalam angkatan dakwah yang berjalan dan mengerti bahawa mereka adalah mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti.

Mereka bersama mengumandang nasyid:

Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini

Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu

Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.

Betul....golongan yang terdahulu telah bersusah payah menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mendidik kita, membersihkan akidah kita, membentuk kita dan menyelamatkan kita dari bahaya yang membinasakan. Oleh itu, sepatutnya kita setia kepada mereka, menyempurnakan janji kita dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita supaya kita bekerja dan beramal seperti mana yang pernah mereka lakukan.

Mereka yang menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya,kita pula akan menanam pohon supaya buahnya boleh dimakan oleh generasi yang datang.

Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan mengucapkan kalimah kebenaran dengan tegas dan terus terang.Tetapi, bagi sesiapa yang memilih untuk bersembunyi, mengasingkan diri dan enggan menentang pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al-Rafi’ie:

“Orang itu menyangka bahawa dia telah lari dari kehinaan menuju kemuliaan, tetapi pelariaannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa ertinya kesucian, amanah, al-sidq, kesetiaan, kebaikan, ehsan dan lain-lain kemuliaan bagi seorang yang berada keseorangan di padang pasir atau di puncak gunung?

Bolehkah dianggap al’-sidq itu satu kemuliaan pada seseorang manusia jika di sekelilingnya hanya ada ketulan-ketulan batu? Demi Allah, sesungguhnya siapa yang langsung tidak memerangi keburukan, maka dia sebenarnya langsung tidak mempunyai kebaikan dan kelebihan.”

Apakah bezanya antara orang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang membisu seribu bahasa di tengah-tengah orang ramai?

Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah disebabkan kurangnya bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah Islam pada hari ini juga bukan disebabkan oleh kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengah-tengah kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid’ah dan mendukung pemikiran kufur dan teori jahiliah. Tidak sekali-kali, kerana setiap tanah umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa mempunyai ramai angkatan muda Islam yang baik.

Masalah yang berlaku ialah mereka ini tidak menzahirkan keIslaman mereka, tidak menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai atau mereka melakukan kerja-kerja dakwah tetapi tanpa adanya penyelarasan di kalangan mereka.Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mempunyai ilmu Islam yang tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang.Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasiterdahulu. Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam.”

Kesimpulan ana, sesungguhnya Allah sangat cintakan orang-orang yang beramal jamaie, berdakwah dengan tanzim dan mengikut tanzim, menyumbang tenaga, fikrah dan sebagainya secara berjamaah, bekerja dalam organisasi jamaah. Dalam satu soff. Itulah antara amalan yang boleh membantu kita mencapai martabat tertinggi di sisi Allah SWT. Wallahu a’lam.

Catatan naqibahku..Gmbk..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI