Wednesday, January 6, 2010

Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.

PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.

PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.

Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka

Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda PAS panggil semua rakyat bantah Mesir

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sekali lagi menggesa seluruh warga Malaysia termasuk bukan Islam untuk bersama menyertai himpunan aman di kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

"Saya menyeru seluruh rakyat prihatin supaya dapat keluar beramai-ramai Jumaat, 8 haribulan (Januari) untuk kita sama-sama berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur," kata ketua DPPP, Nasaruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily.

Nasaruddin juga berkata, beberapa tindakan terbaru kerajaan Mesir dilihat keterlaluan dan memberi kelebihan kepada Israel untuk terus mencengkam kekuasaannya ke atas umat Islam di Gaza.

Ianya termasuklah insiden terbaru di mana Kerajaan Mesir telah menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Selain itu, dua hari lalu pasport mereka juga dirampas Kerajaan Mesir sehingga memaksa mereka hanya duduk beramai-ramai di pelabuhan sehingga pasport dipulangkan semalam.


Lebih teruk lagi apabila lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah akibat tindakan ganas polis Mesir menyuraikan tunjuk perasaan membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan Al-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Salah seorang yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Disember lepas.

"Sememangnya sejak dulu kita prihatin terhadap isu kezaliman Israel terhadap umat Islam Palestin, di atas semangat solidariti ummah, kita hendaklah bangkit sekali lagi," katanya.

Umat Islam di seluruh dunia, katanya telah bangkit dan bantahan sama juga sedang dibuat.

Selain Pemuda PAS, beliau turut mengharapkan penyertaan Angkatan Muda Keadilan AMK dan DAP Socialist Youth (DAPSY) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia.

"Saya juga ingin menyampaikan salam dari Dr. Hammam Said, Murakibul Am Ikwan Al-Muslimin yang menyeru seluruh rakyat bangkit beramai- ramai menentang tindakan zalim kerajaan Mesir ini," katanya lagi.

Terdahulu, anggota kontinjen Viva Palestina berhimpun dan mengadakan benteng manusia memprotes keputusan kerajaan Mesir menghalang 59 kenderaan termasuk dua trak keluar dari pelabuhan itu.

Dalam masa sama, pihak berkuasa Mesir menempatkan 189 anggota unit anti rusuhan lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Menurut pengasas Viva Palestina, George Galloway rundingan di peringkat tertinggi sedang diadakan oleh pihak Turki dengan kerajaan Mesir termasuk menuntut agar kesemua anggota konvoi yang ditahan dibebaskan segera.

Misi mereka bermula dari London pada 6 Disember lepas, melalui pelbagai tempat di Turki, Syria, dan Jordan.

Mereka sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Disember, tetapi tertangguh akibat halangan kerajaan Mesir yang enggan membenarkan mereka menggunakan bandar Nuweiba sebagai pintu masuk ke Rafah sebelum tiba di Gaza.

Akibatnya, mereka terpaksa kembali ke Damsyik, Syria untuk mencari laluan lain untuk memasuki Rafah sebelum tiba di Gaza.

Tuesday, January 5, 2010

Muhasabah Diri Buat insan yang Sederhana dalam beramal ttp inginkan Duniawi yang terlalu tinggi..utk diri kita semua






Sedikit renungan untuk diriku yang terlalu sederhana dalam AMAL tapi untuk mencapai duniawi ingin yang paling tertinggi. Inginkan darjah yang tinggi, kalau larat nak ambil Phd, nak bergelar doctor macam sahabat-sahabat yang lain. Inginkan anak yang ramai, yang cantik-cantik dan comel, yang pandai dan cerdik. Inginkan suami dan keluarga yang sentiasa di sisi, menyanyangi dan membelai sentiasa dan mendapat layanan first class dari mereka. Inginkan rumah yang indah dan besar. Inginkan bibik yang ramai. Inginkan kereta yang terbaik. Semuanya runtutan perasaan duniawi yang berhendak pada yang yang hebat-hebat. Tapi malangnya AMAL yang membawa kebahagiaan abadi tidak pernah diangan-angankan untuk mencapainya ke peringkat yang paling tertinggi.


Pernah suatu ketika dahulu daku berkesempatan mengedit buku Arab terjemahan ayahandaku berjudul al-Munthalaq karangan Muhammad Ahmad al-Rasyid. Buku tersebut diterjemahkan kepada jodol Langkah Bermula. Dan pagi ini terlintas untuk mencari sesuatu yang tidak kena pada diriku. Dua tiga hari ini aku semakin giat berbisik dan berdoa... Ya Allah ilhamkan daku ketaqwaan. Ya Allah Ilhamkan daku ketakqwaan.. .. daku perlu muhasabah diri yang semakin jauh dari Allah, amalan biasa-biasa sahaja. Solat, tilawah, zikir sikit-sikit, mengajar anak-anak mengaji, mengurus rumahtangga, melayan suami, menulis sikit-sikit, usrah sekali-sekala. Rasanya dah cukuplah tu kan.... Orang perempuan kalau buat tiga perkara ini pun sudah membolehkannya masuk ke syurga. Taat Allah, puasa solat tutup aurat dan taat suami. Cukuplah. Rasanya inilah yang telah, sedang dan akan ku lakukan. Zahirnya kalau ikut hadith tu memang ahli syurga lah. Insya Allah, mereka semuanya akan memasuki syurga.

Namun aku malu sendiri, sesimple inikah hidup. Sudah yakinkah dengan amalan-amalan ini yang boleh membawa daku kesyurga. Aku terketuk dengan kata-kata ini :Samakah golongan yang menjadi barisan pertama memasukinya dengan golongan yang dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?

Kenapa terlalu sederhana yang hendak dicapai, sedangkan Allah memberi kemampuan berfikir dan bercakap, memberi ilmu dan rehlah ilmiyyah yang jauh-jauh ke negeri orang juga rezeqi yang tidak pernah terputus-putus. Semoga beberapa helaian dari buku al-Munthalaq ini menjadi tazkirah buatku juga sahabat-sahabat yang ingin berkongsi... . Renungan bagi kita, mudah-mudahan tergolong dalam ulul albab... Amin... ana lampirkan sebahagian dari bab 6, semuanya ada 17 bab. Buku ini terbitan Pustaka Usrah. Selamat merenung dan iqra’ dengan sabar.

BAB 6 : Pelukan Cendekiawan

Orang yang beriman sentiasa berharap semoga Allah mengampuni segala dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga. Keampunan Allah dan syurga itu adalah kejayaan yang besar yang hanya tercapai setelah dia dapat melintasi pintu syurga beberapa langkah sahaja.

Tetapi, rasa ketamakan terhadap apa yang ada di sisi AlIah itu adalah satu keinginan yang manis dan lazat. Apabila harapan itu ada bersama kita, kita tidak merasa cukup hanya setakat melintasi pintu syurga, tidak cukup rasanya kalau sekadar tinggal di tingkat syurga yang rendah darjatnya, bahkan kita bercita-cita untuk masuk ke syurga‘illiyyin (yang tertinggi) dan syurga Firdaus yang yang tertinggi.

Di sinilah lojiknya kata-kata:

“Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di syurga, dia hendaklah berada dimartabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia.

Satu dengan satu

Setiap barang ada harganya

Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah denganmelakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah. Demikianlah tulisan Syeikh AbdulQadir al-Kailani Rahimahullah di dalam bukunya yang bertajuk “Futuh ul-Ghaib”.


Beliau adalah seorang da’I dan reformis. Oleh itu, kita dapati setiap bukunya tertumpu kepada pengertian dakwah dan kewajipan dakwah. Menurut pandanganAbdul Qadir al-Kailani, ‘orang yang berjaya’ ialah orang yang dipilih oleh Allah:

“…dan Allah menjadikannya seorang cendekiawan yang menyeru manusia kepada

Allah, memberi peringatan dan ancaman kepada mereka, menjadi hujah (dia telah

menyampaikan Islam), pembawa hidayah dan menyampaikannya.” Kemudian beliau

berkata: “Itulah matlamat tertinggi di kalangan bani Adam. Tiada darjat lain mengatasai

mereka kecuali darjat kenabian.”

Mukmin Bisu adalah Ketinggalan

Syeikh Abdul Qadir Kailani menganggap golongan bukan da’i berada dimartabat lain. Golongan itu merupakan orang mukmin yang mempunyai hati tetapi tiada lidah untuk menyampaikan dakwah. Mereka adalah di antara makhluk Allahyang terlindung daripada makhluk dan terdinding di sebalik tirai. Kekurangan mereka menutup mata dan hati mereka dari menerima hidayah.

Oleh kerana mukmin tersebut tidak mempunyai lidah, turunlah martabatnya dan ketinggalanlah dia. Dia tidak mendapat gelaran yang hebat dan agung. Mukmin dan golongan yang pertama (yang berdakwah) dikatakan sebagai ‘jahbaz’ iaitu paracendekiawan, ‘da’i’ dan ‘hujah’ ibarat sinaran yang terang-benderang. Mukmin yang kedua (yang tidak berdakwah) dikatakan mukmin yang ‘mastur’ atau yang terselindung. Perbezaan bunyi dan sebutan di antara dua kategori panggilan tersebut amatlah jauh sekali umpama langit dan bumi.

Jarak dan jurang antara keduanya sangat jauh dan luas. Antara martabat dakwah dengan martabat iman yang tertutup dan menjauhkan diri. Jurang luas itu tidak lain melainkan disebabkan oleh faktor lidah yang menyatakan kebenaran. Tiada sebab lain. Sesiapa yang mempunyai lidah berani menyatakan kebenaran maka dia akan berada di hadapan kumpulan yang berjalan menujuAllah. Memang setiap orang beriman berjalan menuju kepada keredhaan Allah.Cuma soalnya, samakah siapa yang berada di hadapan dengan yang ketinggalan di belakang?

Insya Allah, mereka semuanya akan memasuki syurga. Tetapi samakah golongan yang menjadi barisan pertama memasukinya dengan golongan yang dapat memasukinya hanya setelah bertahun-tahun menunggu di padang mahsyar?

Kerana itulah Syeikh Abdul Qadir Kailani Rahimahullah cuba memahamkan bahawa perasaan seorang da’i terhadap kemestian untuk mengubah perkara yang batil dan mememangkan hak merupakan satu kurniaan Allah bagi sesiapa yang ada kebaikan di dalam hatinya. Pengertian ini dibentuk dengan kata-kata yang lebih mudah, tetapi berharga. Iaitu:

“Apabila betulnya hati seorang hamba itu kepada Allah S.W.T. dan berjaya menghampirkan diri kepadaNya, Dia akan mengurniakan kepada hamba tersebut kerajaan dan kekuasaan di seluruh alam. Dia menyerahkan kepadanya kerja mengembangkan dakwah kepada makhlukNya, dikurniakan kepadanya kesabaran terhadap gangguan manusia, serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran.”

Demikianlah tingginya bahasa bila ia terbit dari pelita kenabian, sama ada keluarga dari aspek nasab atau ilmu. Syeikh Abdul Qadir berada di kemuncak kemuliaan kerana nasabnya dari keturunan Ali r.a. Tambahan pula, beliau

menguasai ilmu hadis dan memahami kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah:

Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi siapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seorang hamba, bukannya bebanan.”

Renunglah dengan teliti terhadap kata-kata al-Kailani diatas yang bermaksud:

… serta diserahkan kepadanya urusan mengubah kebatilan dan menegakkan kebenaran...”


Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya hendaklah diperangi, dihapuskan dan dikuburkan. Jika sekiranya kamu berharap agar kebatilan itu sendiri meninggalkan tempatnya dan menyerahkannya kepada kamu atau jika kamu berharap kamu akan dapat berbicara dengannya mengunakan bahasa diplomasi... .. Maka sesekali ianya tidak akan berlaku. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Hanya perkataan ‘mengubah’ sahaja yang disebutkan dalam undang-undang dakwah.

Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya

Sesungguhnya, Islam hari ini sangat-sangat memerlukan kepada satu kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘mengubah’ ini, memahami betul-betul kewajiban membawa petunjuk kepada manusia, tahu kedudukan mereka di dalam angkatan dakwah yang berjalan dan mengerti bahawa mereka adalah mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti.

Mereka bersama mengumandang nasyid:

Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini

Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu

Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.

Betul....golongan yang terdahulu telah bersusah payah menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mendidik kita, membersihkan akidah kita, membentuk kita dan menyelamatkan kita dari bahaya yang membinasakan. Oleh itu, sepatutnya kita setia kepada mereka, menyempurnakan janji kita dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita supaya kita bekerja dan beramal seperti mana yang pernah mereka lakukan.

Mereka yang menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya,kita pula akan menanam pohon supaya buahnya boleh dimakan oleh generasi yang datang.

Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan mengucapkan kalimah kebenaran dengan tegas dan terus terang.Tetapi, bagi sesiapa yang memilih untuk bersembunyi, mengasingkan diri dan enggan menentang pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al-Rafi’ie:

“Orang itu menyangka bahawa dia telah lari dari kehinaan menuju kemuliaan, tetapi pelariaannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa ertinya kesucian, amanah, al-sidq, kesetiaan, kebaikan, ehsan dan lain-lain kemuliaan bagi seorang yang berada keseorangan di padang pasir atau di puncak gunung?

Bolehkah dianggap al’-sidq itu satu kemuliaan pada seseorang manusia jika di sekelilingnya hanya ada ketulan-ketulan batu? Demi Allah, sesungguhnya siapa yang langsung tidak memerangi keburukan, maka dia sebenarnya langsung tidak mempunyai kebaikan dan kelebihan.”

Apakah bezanya antara orang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang membisu seribu bahasa di tengah-tengah orang ramai?

Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah disebabkan kurangnya bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah Islam pada hari ini juga bukan disebabkan oleh kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengah-tengah kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid’ah dan mendukung pemikiran kufur dan teori jahiliah. Tidak sekali-kali, kerana setiap tanah umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa mempunyai ramai angkatan muda Islam yang baik.

Masalah yang berlaku ialah mereka ini tidak menzahirkan keIslaman mereka, tidak menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai atau mereka melakukan kerja-kerja dakwah tetapi tanpa adanya penyelarasan di kalangan mereka.Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mempunyai ilmu Islam yang tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang.Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasiterdahulu. Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam.

Kesimpulan ana, sesungguhnya Allah sangat cintakan orang-orang yang beramal jamaie, berdakwah dengan tanzim dan mengikut tanzim, menyumbang tenaga, fikrah dan sebagainya secara berjamaah, bekerja dalam organisasi jamaah. Dalam satu soff. Itulah antara amalan yang boleh membantu kita mencapai martabat tertinggi di sisi Allah SWT. Wallahu a’lam.

Catatan naqibahku..Gmbk..

Saturday, January 2, 2010

Mesra Rakyat-Beg Percuma.Anak Bangsaku kembali ke sekolah


Gombak – Sebagai membuka tirai tahun baru 2010 Kerajaan Negeri Selangor telah merancanakan berbagai program untuk rakyat ”Melalui Agenda MES” yang telah dilancarkan pada Jun, 2008.

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2010 amat berbeza tahun ini apabila berbagai bangsa dan agama bersatu hati menyambutnya di M’sia.

Tidak kurang juga untuk meraikan kemeriahan ini pihak PKM Dun Gombak Setia menyambut Tahun Baru bersama rakyat dengan mengambil kesempatan mengadakan sumbangan Beg Sekolah kepada rakyat bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan Anak yatim piatu.

Sebanyak 39,200 buah beg telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang akan melibatkan 56 kawasan. Setiap kawasan akan diberikan sebanyak 700 buah beg untuk diedarkan kepada rakyat.

Penyampaian sumbangan beg tersebut telah disampaikan oleh Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Pasar Sri Gombak disini pagi semalam. Beg yang bertemakan “Merakyatkan Ekonomi Selangor “ kelihatan amat menarik dan memberi kegembiraan kepada para pelajar yang memperolehi beg tersebut.

Seramai 50 orang yang telah menerima sumbangan beg sekolah dan selebihnya pihak PKM Sri Gombak dibawah pengurusan Mr. Kong akan membuat edaran kepada rakyat sekitarnya.


Ucapan yang telah diberikan oleh YB Dato’ dalam majlis ini, beliau telah memaklumkan kepada rakyat bahawa “Kerajaan Negeri sedang dan bakal melaksanakan berbagai program & aktiviti seta membangunkan pelbagai sumber supaya rakyat berbilang bangsa dan agama mahupun berbeza pemahaman politik sama-sama dapat menikmati hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri ini.


Pelaksanaan secara berperingkat dengan mengadakan pelbagai program & aktiviti dalam agenda MES ,sedia memanfaatkan seluruh rakyat selangor daripada usia bayi hingga usia Emas, memberi peruntukan RM1000 kepada pelajar yang akan memasuki IPT . Mereka termasuklah golongan fakir miskin,OKU,belia menggangur, wanita terpinggir, Ibu tungal dan lain-lain”.


Semoga ALLAH memberkati segala usaha murni kita semua dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kedudukan Selangor sebagai negeri termaju di M’sia bahkan berjaya menjadikan selangor sebuah negeri yang terindah , bahagia serta mendapat keampunanNya katanya.

Majlis tersebut dijuadahi makan bersama rakyat untuk bersama-sama merasakan kenikmatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri tanpa mengira kedudukan.



KOLEKSI FOTO


Wasiat Hassan Al Banna yang dihuraikan oleh Dr. Abdul Azim Ibrahim al-Muti’ni. Aku ingin meyentuh wasiat terakhir Hassan Al-Banna iaitu ; Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau saudara berurusan, singkatkanlah waktu penunaiannya.Maksud Hassan Al-Banna dalam wasiat kesepuluhnya adalah, kita sebagai seorang muslim seharusnya menjaga waktu yang kita ada juga waktu orang lain disekeliling kita. Seharusnya kita pandai dalam mengatur urusan waktu yang pastinya punya 24jam sehari. Jangan dilengahkan sesuatu yang sepatutnya disegerakan. Juga, seharusnya kita menghormati urusan waktu orang lain juga.

Monday, December 28, 2009

JAMBORI NISA' SELANGOR '09 PECAH REKOD





Gombak - Saat-saat negara dibimbangai dengan gejala sosial yang sentiasa membimbangi pihak ibubapa penjaga terhadap anak-anak, maka pihak Nisa' Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk sedaya upaya mengatasi masalah tersebut dengan mendekati remaja.

Pecutian sekolah yang semakin tamat dan tirai penghujung tahun hanya tinggal beberapa hari Nisa' Selangor telah berjaya mengadakan Jambori Nisa' dibawah Unit Latihan (ULT)' di Bukit Lagong Selayang, Selangor selama 3 hari 2 malam yang bermula daripada 25-27hb Dis, 2009 dimana sebanyak 22 kawasan di Negeri Selangor telah terlibat dalam perkhemahan ini.



Hampir Seramai 500 remaja perempuan yang berumur antara 13thn sehingga 18thn telah terlibat dalam penglibatan perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang bertemakan "I'm A Super Muslim"mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peringkat dan ibubapa penjaga dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan mengikuti perkhemahan tersebut.


Tujuan utama mengadakan Jambori Nisa' adalah untuk melahirkan remaja ISLAM khususnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari sahsiah dan gemilang dari akedemiknya. Selain daripada itu penerapan yang disisipkan kepada para pelajar adalah untuk mendidik para pelajar agar memahami mengamalkan cara kehidupan ISLAM yang hakiki.


Objektif utama adalah untuk mendidik para pelajar menyemai sifat kasih sayang cintakan ISLAM serta mengasah peserta agar belajar hidup berdidikari, berkarisma dan berdaya saing untuk mendepani kepelbagaian cabaran yang menanti. Selain daripada itu untuk memantapkan diri remaja agar lebih berkahlak mulia, berdisplin serta saling bekerjasama antara satu sama lain. Para pelajar juga di didik dengan memupuk silaturahim dan mengukhuhkan ukhwwah ISLAMIAH sesama muslim.


Terdapat 4 kawasan yang berjaya mengumpul peserta teramai iaitu adalah Kontijen Nisa' Gombak, Nisa' Kapar, Nisa' K.Langat, Serdang.


Modul yang dibentangkan dalam Jambori Nisa' adalah Sesi Simpulan Kasih, ICE Breaking (Peserta brsama AJK & facilitator), penyediaan ruangan tazkirah 3 hari 2 malam dengan pengisian Scan Hati & Toup Iman, Activate Amal & Reload Taqwa, Cita vs Cinta, Pemantapan Kendiri dengan Modul Iman Inside), I Love ISLAM, Impak Muslimah (Muslimah Power), Connecting Ummah dan berbagai modul yang disediakan oleh pihak penganjur dengan kerja berkumpulan.



Selain daripada Akiviti modul para peserta juga didedahkan dengan aktiviti "outdors games" iaitu dengan mengadakan aktiviti tahan lasak. Para pelajar diuji dengan daya ketahan mental dan fizikal. Dalam aktiviti"outdors games" ini Para pelajar akan di berikan cara mengimbangi badan, merentas kawasan-kawasan larangan, mendaki bukit, "Jungle Tracking/ Night walk" dan lain-lain aktiviti yang diberikan oleh pihak komander yang telah dilantik.

Pihak penganjur juga telah mengadakan malam Kesenian ISLAM dimana semua peserta terlibat dalam persembahan iaitu Nasyid, Pentomin, sajak dan lain-lain untuk mengcungkil bakat yang terpendam oleh semua peserta.



Pn. Siti Masyitah Bt Samsury yang merupakan Ketua Nisa' Selangor dan Penasihat program berkata `NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat.


MISI NISA' adalah berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Ia akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan. KEAHLIAN NISA' Wanita berusia 13 - 40 tahun.



Cik Nurul Ashidah Binti Johari merupakan pengarah program, ketika ditemubual mengenai program yanng berjaya diadakan beliau terasa terharu diatas kerjasama semua ahli Nisa' seluruh kawasan Negeri Selangor yang bertungkus lumus dengan memberi kerjasama untuk menjayakan program ini. Dan beliau tidak menduga sama sekali kehadiran peserta didalam golongan remaja begitu ramai kerana anggaran beliau hanya seramai 300 peserta tetapi saat-saat akhir pendaftaran masih ada lagi ibubapa/penjaga menghubungi pihak kami selepas waktu Isya'. Terdapat juga ibubapa yang merayu dan ingin membawa anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam perkhemahan Jambori Nisa' Selangor. Tetapi bagi pihak kami tidak dapat menerima peserta yang begitu ramai bimbang tidak memberi keberkesanan kepada peserta yang lain walaubagaimanapun beliau berjanji isnya-ALLAH akan diadakan program ini untuk kali ke 3 pada tahun hadapan.

Ini merupakan perkara yang amat baik kerana bukan begitu mudah untuk saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan untuk mengumpulkan peserta kerana saat cuti persekolahan yang terakhir ini terdapat berbagai program yang telah direncanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat Selangor Seperti Kem Belia Spies, Smart Solat dan lain-lain. Kami mengjangkakan berkemungkinan besar program ini tidak mendapat sambutan ramai disebabkan berbagai program telah disusunkan oleh berbagai badan kerajaan tetapi pihak kami rasa terkejut dengan kehadiran peserta daripada berbagai kelompok dan kawasan yang hadir untuk mengikuti program kami.



Beliau berkata lagi untuk mengadakan program Jambori Nisa' Selangor mengambil masa yang lama bukan masa yang singkat untuk merancang mengadakan program ini tetapi selama 2bulan bagi memastikan segala perancangan gerak kerja kami tersusun dengan rapi dan mendapat kepuasan dan kebaikan kepada peserta yang hadir . Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada ALLAH swt yang telah memberi kekuatan pada kami untuk menjalankan tanggungjawab kami kepada generasi muda dengan memudahkan urusan kami dalam menyusun segala perancangan yang terbaik untuk kami laksanakan Impian bersama bagi melahirkan Generasi yang beriman kerana mereka inilah merupakan generasi yang akan membawa pimpinan akan datang, isnya-ALLAH.




Harapan beliau semoga peserta yang telah mengikut program Jambori Nisa' Selangor '09 akan mendapat input semaxsima yang mungkin dan memperbaikikan diri, akhlak mereka kearah yang lebih baik. Bagi perancangan program akan datang beliau bersama Nisa' seluruh kawasan selangor akan terus memainkan peranan dengan mengadakan berbagai aktiviti remaja agar para pelajar yang telah mengikuti program ini tidak dibiarkan begitu sahaja malahan mereka akan sentiasa dihubungi oleh unit kami insya-ALLAH kerana mereka dibawah tanggungjawab kami bagi membantu kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan gejala sosial di Negeri Selangor ini semakin berkurangan.


Sepanjang perkhemahan ini diadakan cuaca begitu baik walaubagimanapun sebelah petang cuaca bertukar menjadi hujan namunpun begitu tidak mematahkan semangat kami dan para peserta untuk meneruskan aktiviti, malahan inilah saat-saat yang baik untuk mendidik peserta bagaimana hendak mengambil wudhuk dalam keadaan hujan kerana bilik air amat jauh daripada dewan. Maka disini para peserta diajar cara mengambil air wudhu dengan menggunakan air hujan dalam keadaan darurat. Jangan jadikan alasan jika berlaku darurat sedemikian kita tidak menunaikan solat.

Turut memberi kerjasama menjayakan Jambori Nisa' Selangor adalah Ustaz Zamri, Mari Mengaji, Pusat Zakat Selangor, Exco Kerajaan Negeri Selangor Perbadanan Adat Istiadat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Nisa' Educare, I LUV ISLAM.COM, DMPS DPPK, ADUN Gombak Setia YB. Dato' Hasan Bin Mohamed Ali, ADUN Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar, Poliklinik Hidayah, Ahli Majlis MPS/Pengerusi JKP Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Nisa' Kawasan, DMP Kawasan, Yayasan Amal Kawasan dan individu-individu yang terlibat dalam memberi sumbangan menjayakan program tersebut.



Majlis penutup telah dhadiri oleh Ustzah W. Hasrinah W. Hassan yang merupakan Pengerusi Bakewanis dan Ahli Majlis MPAJ. Beliau telah menyampaikan siji penyertaan untuks emua kawasan Nisa' Selangor.





KOLEKSI FOTO Jambori Nisa' Selangor


Urusetia begitu sibuk membuat preparation tempat


Faci membuat persiapan modul dan tag peserta


wah..semput..semput ramai sungguh peserta yang hadir.. kedatanganmu adik2 ku sangat diantikan.Selamat menempuh dunia tarbiyah..




Hehe.. dah lama tak pasang khemah ni..hrp2 jgn khemah naik atas pokok Sdh le..

Alhamdulilah setled.. pandai gak kami pasang khemah...10m' je



Faci & Urusetia menanti adik2 masuk ke station rempuh halangan.. sempat lagi kakak2 Nisa' ni berposing..kenangan bersama sahabat2 Nisa' selangor..
Hehe.. kami dah selamat station rempuh halangan.. Memang best & mencabar..

Nasib badan le.. dah lama tak masuk terowong hari ini kami kena merangkak..adui..letih2..

Cak..hehe.. alhamdulilah lepas juga masuk terowong gelap ni..nak cuba ke??mai le..


Dah merangkak dalam terowong kena pula memanjat.. betul2 menguji otot2 kami..

huhu...I'M A super Muslim.. power renger.. heh.. adui nasib baik saya tak masuk dalam kolam ni kalu tak sah kena mandi air minyak wangi.. dengan keadaan berhujan...


Gelagat teman2 mencuit hatiku


Teen-Circle bersama adik2 disini tautan kasih bersemi


Menanti sahabat2 dalam meniti rempuh halangan


Apa yang mereka tengok diatas tu ye.


.Gurau sendamu teman tidak mudah kulupakan..
Melepaskan penat seketika selepas habis program outdoors Games
Tengok betul2 macammana nak lepas daripada kolam renang ni..





Seiring bersama dalam apa juga, solat dan makan berjemaah tidak ditinggalkan bagi merapatkan ukhwwah fillah



Faci & Urusetia membuat persembahan untuk membakar semangat kepada peserta tanggungjawab sebagai mukmin.

Sembahan istimewa daripada semua AJK , faci untuk disembahkan kepada semua peserta sebelum berakhirnya program..Salam perspisahan..ILLALIQA'..

"Tangan yang menghayunkan Buaian Menggegarkan Dunia.."


Beratnya hati ingin meninggalkan sahabat-sahabat.."Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan pasti ada tangisan. Bertemu & Berpisah kerana ALLAH"


Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta mengikut kawasan

Salah seorang peserta menyatakan merasa gembira dengan mengikuti program Jambori Nisa' yang tidak pernah ditinggalkan sejak tahun lepas.

Urusetia bersama peserta menunjukkan sijil penyertaan dengan gembira setelah tamat mengikuti Jambori Nisa' Selangor







"Tak Siapa yang dapat memulangkan Hari Semalam.."






Koleksi Foto Jambori Nisa' Selangor 09'

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI