Tuesday, November 17, 2009

Berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW.. Kisah Benar seorang pelajar..







assalamu'alaikum warahmatullah. ..

us, maaf lambt send lg. biiznillah jua...mudah2 dapat natijah ygb baik dr cerita benar ni. "sepanjang perjalanan hidup ini merupakan tarbiyah dr 4JJl swt"

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan,
"Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan,
"Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata:
QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan,
"Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
"Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan
"Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan,
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.
"Ya Allah, penyakit ana dah sembuh". Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".

Beliau katakan pada kami,
"Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.



"Ya-ALLAH sekiranya diberi peluang utk hambamu bertemu dengan Nabi saw ingin sekali hambamu bertemu dgnnya ttp hambamu sedar bahawa diri ini terlalu kerdil dan tidak selayak itu utk berhadapan dan bertemu dengannya krn amalan hambamu tidak terlalu bnyk utk bertemu dgn kekasihmu.. walaubagaimanapun hambamu sentiasa mengharap agar diberi kesemaptan utk bertemu dgnnya 1 hari nanti, insya-ALLAH...


Monday, November 16, 2009

Lawatan Ziarah warga Emas En Ismail B. Kaulan Kg Tengah 2, Bt 6 Gombak



DSCN0702

15hb Oktober, 2009 – Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali meneruskan tanggungjawab beliau untuk membuat lawatan ziarah warga emas di Kg. Tengah 2, Bt 6 Gombak.

Beliau telah menziarahi En. Ismail Bin Kaulan berusia 70thn merupakan Bekas Pengerusi JKKK. Kini beliau menghadapi sakit tua . Semasa usia mudanya En. Ismail juga merupakan orang yang aktif dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan memegang jawatan sebagai Ketua Kg. selama 25thn. Selain memegang jawatan Ketua Kg. beliau juga merupakan Penyelia Kemas dan telah berkhidmat selama 15thn. Beliau juga merupakan pembantu peribadi kepada Yb Dato’ Kaharudin Bin Mokmin, Bekas Exco Ahmad Razali semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN). Semoga kunjungan YB Dato’ Hasan kepada warga Emas di Kg Tengah 2, Bt. 6 Gombak akan mengeratkan siraturrahim antara rakyat dan pimpinan tidak kira bangsa agama & parti.

Sedikit sentuhan rasa santapan rohani daripada penulis untuk kita perbaiki diri kita kearah kebaikan dengan ingin mengingati antara satu sama lain iaitu sentiasa mengadakan sesi muhasabah diri Marilah kita didik diri kita, anak-anak dengan belajar daripada KEHIDUPAN. Cuba kita tanyakan pada diri kita, bilakah masanya kita berasa terlalu banyak melakukan KESALAHAN & KESILAPAN?? Bilakah pula kita melakukan KEBAIKAN dan segala Amal Kebajikan? Hati kecil kita sudah pasti akan menjawab” Semasa kita remaja.”Ya, apabila kita menoleh kebelakang, terasa diri terlalu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak kita buat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat telah dibuat. Sayangnya, kita tidak menyedari hakikat ini sehinggalah usia kita semakin meningkat menuju usia emas..lalu atas kealpaan itulah kita akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh ibubapa kita, datuk nenek moyang pada zaman remaja. Maka dengan itulah kita harus menyedarkan setiap insan didunia ini, bahawa alam ini hakikatnya adalah sebuah sekolah. Setiap kita adalah para pelajar. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Dan berbuatlah kebaikan dimuka bumi ini dengan memberi kebaikan dan menyeru orang lain juga sentiasa membuat kebaikan kepada orang lain dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH swt..Jika orang lain mengikuti apa yang kita buat maka ganjaran pahalanya amatlah besar, maka rebutlah wahai sahabat-sahabat semua ganjaran pahala yang ALLAH swt berikan pada hambanya.. Semoga usia kita lalui daripada muda hingga dimamah usia akan diisi dengan kebaikan dan mendapat keredhaan ALLAH swt sebagai bekalan kita di alam barzakh.


DSCN0696

Buat semua insan yg ALLAH swt telah pilih untuk diberi amanah dalam kerjaya, tugasan atau seorang pimpinan apabila diamanahkan sesuatu perkara dengan memegang jawatan hendaklah kita laksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya dengan penuh jujur agar bila tibanya di padang masyar untuk kita bertemu dengan ALLAH swt adalah begitu mudah untuk kita menjawabnya. Setiap amalan kita akan dicatit walaupun sekecil zarah. Mungkin didunia kita boleh berlakon dengan apa cara sekalipun tanpa pengetahuan orang lain sehingga orang lain tertipu dengan permainan & lakonan kita. Tetapi harus kita ingat dengan ALLAH tidak sama sekali kita boleh menipu dan menyorok walaupun dalam hati kecil kita berkata-kata. ALLAH sentiasa perhatikan gerak geri kita. Sesungguhnnya ALLAH swt amat mengetahui. Maka sebagai orang yang beriman haruslah kita adakan sifat bertuhan dalam diri. Apabila kita rasa TUHAN itu ada disisi kita, ada dalam hati kita insya-ALLAH kita akan menjadi hamba yang baik dan mentaati segala urusan yang diamanahkan dengan menjalankan dengan baik. Tetapi sekiranya kita tidak ada sifat ketuhanan dalam diri maka berbagai perkara kita lakukan, tanpa menyedari kita diperhatikan oleh ALLAH swt.. Tetapi ALLAH swt mempunyai sifat Al-Rahman (Pengasih) beri peluang pada kita dan dia amat menyayangi hambanya dengan beri peringatan melalui ujian samaada senang / susah agar hambanya tidak terpesong terlalu jauh dengan apa yang dia lakukan.. melalui ujian itulah hambanya akan mengingat kepada penciptaNya dan kembali kepada fitrahnya. Semoga amalan kita diterima oleh ALLAH apabila semua pekerjaan kita lakukan keranaNya..waallahhualam.


KOLEKSI FOTO


DSCN0695











DSCN0696










Ketibaan YB Dato’ disambut oleh Keluarga En Ismail Bin Kaulan dan bertanyakan khabar kepada penduduk.



DSCN0704










DSCN0706










Sebelum pulang anak dan cucu En. Ismail sempat mengambil foto bersama Yb Dato’ Hasan yang mungkin mereka merasakan insan ini adalah Idola hati mereka dalam memberi motivasi pelajar.

sila layari menjadi members http://jkpzon11gombak.blogspot.com/



Editor : Khaulah Azwar

Thursday, November 12, 2009

Pendedahan amalan Bai'ah berniat JAHAT..

Bai’ah dalam bahasa Melayu moden bolehlah diterjemahkan sebagai akujanji. Semasa Rasulullah di Makkah lagi, ada beberapa penduduk Yasrib (Madinah) melakukan akujanji untuk mempertahankan Islam dan Rasulullah. Semasa Rasulullah sampai di Madinah, orang Muhajirin dan Ansur member bai’ah terhadap kepimpinan Baginda.


Selepas itu setiap kali berlaku perlantikan khalifah selepas wafat nabi Muhammad, rakyat terutama pemimpin tempatan keluar memberi bai’ah. Akujanji taat setia itu memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang dipilih itu. Dengan ini mereka boleh menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Tiba-tiba timbul pula pada akhir-akhir ini bai’ah ADUN PAS yang mereka bersedia menceraikan isteri masing-masing jika mereka melompat parti. Walaupun dengar seperti janggal, tetapi bai’ah seperti sah. Kedudukannya adalah takliq yang boleh menjaga kelangsungan rumah tangga. Logiknya, kalau suami itu sayang kepada isteri dia tidak akan keluar parti atau apabila dia berkira-kira untuk lompat parti akan difikirkan berkali-kali, mana lebih penting; isteri atau parti baru. Kalau lompat parti, bolehkah dapat isteri lain sebaik bekas isterinya? Jadi, dia akan pilih mempertahankan isteri dan partinya.

Kalau berdasarkan itu, mengapa ada mufti yang kata bai’ah itu haram? Mengapa ada orang yang kata bai’ah itu zalim? Jawapan mereka kepada masyarakat itu bukan berdasarkan ilmu tetapi kerana kepentingan orang tertentu atau jahil.

Takliq dalam Islam boleh datang dalam pelbagai keadaan bagi tujuan menyelamatkan rumah tangga daripada bercerai berai , bukan sebaliknya, mempurak purandakan rumah tangga yang sedia ada. Sebagai bukti, bukankah selepas majlis akad nikah ada takliq yang dibacakan suami walaupun sesetengahnya tidak diketahui isteri?

Selain isteri juga boleh buat takliq dengan syarat dipersetujui suami. Ini bermakna setelah isteri membuat draf takliq dan suami bersetuju dengan takliq itu, mereka takliq itu sah. Maka dengan itu mereka akan saling berusaha mengekalkan rumah tangga mereka.

Takliq ini boleh diamalkan oleh sesiapa, individu ataupun ahli mana-mana persatuan. Sama ada orang politik atau tidak, parti pemerintah atau pembangkang. Boleh juga secara paksa atau sukarela. Yang penting tujuannya untuk kebaikan rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun rencana ini bukan menyokong apa yang dilakukan oleh ADUN PAS kerana apa yang didakwa itu masih tidak jelas pada saya. Sekali pandang seperti fitnah yang sengaja dibesar-besarkan oleh musuh politik. Hal ini kerana Menteri Besar dan sebahagian besar ahli PAS terkejut dengan berita itu.

Saya mencari-cari juga kenyataan YB Khalid Samad yang kononnya mengesahkan kejadian bai’ah itu. Tetapi yang saya dapati beliau mengesahkan wujud satu blog yang mendedahkan kejadian itu. Alhamdulillah saya berkesempatan melayari blog itu dan setelah membacanya, ternyata ia seperti satu cerita yang direka oleh penulis blog itu.

Saya tidak kenal dengan penulis blog itu, mungkinkah dia YB yang dimaksudkan. Saya tidak pasti. Tetapi saya hairan kalau dia wakil rakyat PAS mengapa dia membuat kenyataan itu kepada umum, apakah motifnya. Pendedahan itu yang pada saya amat bodoh sebagai seorang Islam apatah lagi sebagai wakil rakyat.


Jika benar dia adalah wakil rakyat, sememangnya dia tidak layak. Hal ini kerana orang politik ada perkara yang boleh didedahkan dan ada yang tidak boleh didedahkan. Dalam perjuangan ada rahsia dan ada sterategi yang perlu dibuat dengan berhati-hati.

Walau apapun saya berharap setiap umat Islam sama ada pemimpin atau rakyat biasa, jadilah orang yang cerdik dalam melayari bahtera hidup yang berliku ini.


Editor :Ahmad Baei Jaafar

Note: Khaulah Azwar said : Orang yg sedemikian mmg menjadi kemurkaan ALLAH swt menyebarkan hal2 dalaman parti kepada org yg tidak berapa fhm tentang apa yg berlaku memburukkan imej ISLAM sendiri kepada Non Muslim.. Jgn disebabkan parti dan menjaga periuk nasi sendiri kita sanggup gadaikan maruah ISLAM.. lebih2 kita sebagai pihak PAS & PKR tidak diberi peluang utk bersuara, ttp yakinlah janji ALLAH dan hrpkan pertolongan ALLAH swt agar pertolongan diberi dan kebenaran akan terbukti jg Qun Fa Ya KUN... Mereka yg cuba merosakkan imej ISLAM menyebarkan fitnah akan terima sebaik2 pembalasan. Semoga setiap perbuatan dilakukan walaupun sekecil zarah akan dibalas oleh ALLAH swt..



Andainya ku pergi dulu, semoga ISLAM akan perolehi kemenangan dan KEADILAN akan terbukti pd perjuangan ISLAM (PAS)

Alhamdulilah setelah hampir 2minggu diuji dengan kesakitan kini sedikit demi sedikit diberi keafiatan utk meneruskan tgjwb sbg khalifah dan meneruskan pena ini yang telah terhenti seketika. Mohon maaf buat yan, wani yg mungkin tertunggu2 catatan daripada ana mengenai Seminar memperkasakan parti.

Sungguh ana rasa tidak dapat menguraikan satu persatu isu utk kita kongsikan bersama krn kesihatan ana yg krg memuaskan dan tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya. Tetapi ana akan simpankan setiap perkara itu dgn baik walaupun tidak dapat terima 100% utk memahaminya krn tidak memberi tumpuan yg baik ketika itu.. Tetapi ketahui lah wahai adk2 ku.. sepanjang bertugas itulah walaupun kalian nampak ana seperti gah berdiri di dalam dewan itu ttp hakikatnya ALLAH swt sahaja yang tahu betapa hampir2 ana tumbang ttp ana tidak tahu daripada mana kekuatan itu ada mgkn dengan himpunan bersama sahabat2 seperjuangan dan apabila melihat kedatangan Ayahanda2 yang dikasihi (Tok Guru Nik Aziz, & Tok Guru Hadi Awang). Ketibaan mereka didalam dewan memberi sedikit suntikan pada ana meneruskan tanggungjawab disini meskipun tidak dapat berdiri lama bersama kalian.. ttp ana duduk utk mengawal keadaan.

Disini ana bersama shbt2 saf pimpinan Negeri dan Datin Sabariah. Hati ana begitu sayu apabila melihat Tok Guru Nik Aziz & Tok Guru Hadi Awang. Setiap percakapan ucapan mereka diperingkat permulaan apabila ucapan dasar diberi Tok Guru Hadi Awang dengan suara yang terketar2 seolah2 menahan sebak apa yang berlaku.. Disitu jg airmata ana mengalir & diperasani oleh shbt2 pimpinan Negeri yang duduk dibarisan ana.. Masya-ALLAH.. tuhan berilah hambamu kekuatan dalam menghadapi tribulasi mehnah perjuangan ini yg banyak ujian dan mehnahnya.. Ya-ALLAH satukanlah hati2 kami lapangkan hati2 kami dalam menyelesaikan kemelut yg berlaku yang ditimbulkan musuh2 mu.. amiin.. itulah doa2 yg ana terlahir apabila melihat satu persatu pimpinan PAS yg berada di hadapan..

Dalam menuju dewan Tmn Melewar yg banyak sejarahnya membuat ana mengimbau kembali sejarah perjuangan oleh pimpinan2 yg datang dan pergi.. berbagai ujian mereka tempuhi dgn tenang dalam menjanlankan tanggungjawab ini. Semoga ALLAH bukakan pintu kemudah bagi kami dan segala masalah yg timbul oleh musuh2 ISLAM akan selesai pada hari ini, insya-allah..Dan moga rakayt yg hadir didlam dewwan ini tahu siapkah yg benar & salah dalam perkara yg mereka sering timbulkan kepada pihak PAS. Semoga kekusutan berlaku akan ditemui jln penyelesaian yg terbaik, insya-allah...

Menanti waktu kemuncak itulah ana begitu kagum dgn ucapan tok guru apabila ucapan sejarah silam perjuangn ISLAM diungkapkan sedikit sebanyak memberi suntikan pd setiap yg mendengar dan hadir dalam majlis tersebut. Setiap Negeri diberi peluang berhujah dan memberi cadangan utk kebaikan parti. Selepas waktu zohor ana bersam adk2 j yang lain siapkan diri utk mkn tengahari dan solat.. ttp.. ana tertewas apabila kepala ana begitu sakit. Ana tak sedar boleh tertidur dlm dewan solat. ya-ALLAH 3ptg.. apabila isu semakin hangat dan melibatkan Exco Selangor. Ana kuatkan semangat utk turun di dewan. Menghampir shbt2 pimpinan lain. Sungguh ana rasa ingin sahaja ana tempelak pd org2 yg menaburkan fitnah pd pimpinan yg tidak bersalah. Tiada bukti kukuh menyatakan YB Dato' Hasan ingin mengumnokan ahli PAS. terang2 ALLAH turunkan Al-Quran dimana ALLAH ingatkan kita semua dalam kita mendengar perkhabar yg tidak ada sahihnya maka hendaklah kita berhati2 krn ini akan membinasakan orang yg diftnah dan akan memburukkan jemaah itu sendiri.. Bersabarlah shbt2 seperjuangan.. dalam kita menyebarkan dakwah dan menjalankan tanggungjawab kita dalam pimpinan dan berada dalam jemaah ISLAM.. musuh ISLAM mmg akan cuba sedaya upaya menjatuhkan perjuangan ISLAM lebih2 apabila orang yg diberi amanah dalam perakara bila dibuat dengan terbaik maka ada sifat irihati. Kini apabila parti kita (PAS) semakin diterima oleh rakyat pihak BN semakin gentar dan sedaya upaya mereka menaburkan fitnah pada parti kita. Sedangkan kita tidak diberi peluang utk berkata2 dalam mana2 media. Memang di M'sia bagi ana sistem politik ini tidak adil sama sekali. Berpolitik hanya sebelah pihak. Jika mereka dipihak yg benar... tlg beri ruang dan peluang utk parti PAS, PKR bersuara di media. Lakukanlah demokrasi yg adil dan saksama.

Jgn kita bersuara lantang dengan menipu semua pihak yg tidak peka dengan apa yg berlaku diluar sana.. hanya bergantung dengan televisyen. Semakin hari dalam ana menahan kesakitan hati ana begitu sakit mendengar berbagai2 isu pihak UMNO mainkan rasa mmg terlalu geram, Fitnah dibuat keterlaluan. Isu Baiah dll?? ana sendiri terkejut isu ini dimainkan semasa 7hb Oktober, 2009 saat PAS utk adakan Seminar memperkasakan PARTI. Ana suarakan isu ini pada adk2 j ana yan & wani. Mereka ckp ana salah dengar.. tp ana cakap betul ini isu yg ana dengar dpd Radio IKIM dan TV awal pagi tadi.. tgk ye mgkn minggu ini isu ini menjadi hangat..

Tidak patut isu baiah dimainkan oleh BN. sebagai dalam 1 parti Bai'ah mmg ada dalam parti ttp tidak pula dinyatakan mana2 pimpinan yg meloncat ke parti lain maka akan jatuh talak 3, masya-ALLAH fitnah yg amat besar, daripada ana study sehingga kini Bai'ah yg kami diajar adalah sumpah setia kami dalam menerima jawatan utk mentaati arahan pimpinan selagi tidak melanggari syariat dalam ISLAM. Dan hendaklah melakukan pekerjaan itu dgn sggh semua krn ALLAH. Tetapi inilah pertama kalinya ana mendengar isu bai'ah akan melepaskan talak 3 pd isteri2 pimpinan jika mereka keluar daripada parti. Sungguh org yg mereka2kan cerita dalam parti doa ana semoga ALLAH berikan hidayah pdnya kembali ke pangkal jln. Tidak ada Rasa perasan bertuhan dan bersalah dengan menaburkan fitnah pada parti & pimpinan lain. Semoga diberi petunjuk oleh ALLAH swt pada kita semua apa yg berlaku sejak akhir-akhir ini isu yg direka oleh pihak yg tidak bertanggungjawab akan ALLAH buktikan semua itu adalah tidak benar. dan semoga rakyat m'sia dan pimpinan semua pejuang ISLAM tidak cepat melatah dengan berbagai perkara ciptaan pihak BN lakukan utk menjatuhkan semagat perjuangan kita.

"Sejauh mana seseorang itu amampu menghadapi tekanan, sebanyak itulah ganjaran pahala yg bakal diperolehinya.Semakin besar tekanan yg dihadapi, semakin besar nilai pahala disisi ALLAH swt."

Ana harap kita semua semakin peka dan bekerja kuat utk hadapi musuh2 ALLAH ini..Semoga kebenaran ini akan tertegak jg.. Insya-ALLAH..

6:30ptg ana, yan , wani hbs bertugas semua peserta keluar suasana di Gombak ujan turuna mat lebat sekali. Ana ajak adk2.. g mkn. mgg terlalu lapar& penat.. kami mkn di reswtoran Taqwa Gombak, lps magrib singgah ke masjid di Gombak. Lps soalat magrib tiba2 yan, wani bgtahu.. depa nk tunggu lps isya sbb ada kakak di masjid minta kami jd saksi kepada seorg saudara baru yg ingin masuk ISLAM..alhamdulilah terima kasih ya-ALLAH krn kau campakkan hidayahmu pd dirinyamg pertolongan diberi pdnya utk mendekati ISLAM dimudahkan.. ana bg ctc no ana insya-ALLAH ana akan bantu dia utk membawa dia ke kelas pengajian utk saudara Baru di masjid area rmh ana.. disitu mmg ada kelas khas..dibimbing beberapa utz yg bertauliah dan imam Rizal jg blh membantunya.. ana hrp semoga dipermudahkan utknya...so lps hbs tanggungjawab kami menjadi saksi pengislamannya kami terus perjalanan kami meneuju ke kampus mengahantar adk2 ana.. kepala ana semkin sakit.. wani belikan ubat utk ana.. sebelum melangkah pergilah adk2 memberi kucupan kasih pd ana.. dan ucapan yg ana tak blh kupa setipa kali berpisah dgn mereka.."Akak, ana sygkan akak..." ana senyum dan ksh mereka ana sambut jg krn ALLAH.. dan ana akan berpisah dgn wani yg tinggal berapa minggu utk tinggalkan dunia Kampus krn pengajiannya sdh tamat. semoga adk2 j ku berjaya dunia akhirat dlm hadapi imtihan terakhir ini... amiin ya rab..

Wani adk yg sgt nakal ana kenalinya 2004 til skrg.. sft dia yg ana tak blh lupa suka berebut sesuatu dgn ana hatta makanan yg adadkt mulut ana.. pasti itu jg dia nak.. erm.. lps ni xde pengganti dia yg nakal mcm tu. Yan pula ana kenal thn lps.. adk yg mengekor ana lps solat magrib di Masjid IIUM.. mana ana pergi dia mengekor mengalah SB. ana jd rimas.. masuk kedai pun dia perhatikan ana.. lama.2 entah mcmmana ana sergah dia.. & kenal lbh dekat lg.. hingga kini.. adk sorg ni mmg terlalu manja.. nak marah pun x blh jd marah.. smmgnya ana pula jenis tak pandai marah org.kalau mrhpun ana lbh suka mendiamkan diri.. bimbang ana tak blh ctrl diri.. itulah sft ana.. & kalau mrh pun sygkan adk2 j ana yg iabarat spt adk2 ana sendiri. merekalah penghibur hati ana.. yg tenggelam timbul... tp semua ana ingat & ksh tak terputus.. lbh2 adk2 generasi wani, Huda, dll... ALLAH sahaja yg tahu..mg ukhwwah sentiasa dipeliharanya.. amiin...


Tuesday, November 10, 2009

Majlis perkahwinan di Batu 8 Hidup perlu ada perancangan


DSCN0665“Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran {Surah Al-Asry}.

Begitulah kehidupan seorang YB walaupun rutin kehidupan sentiasa dipenuhi dengan menjalankan tanggungjawabnya dalam Exco Negeri Selangor dan Adun Gombak Setia namun pun begitu beliau tidak akan menghampakan permintaan daripada masyarakat untuk Memenuhi undangan didalam majlis perkahwinan atau apa juga majlis dan aktiviti yang diadakan. Kalau tidak diuruskan masa dengan sebaiknya sebagai khalifah sudah pasti kita akan menjadi manusia yang sentiasa di dalam kerugian dan hidup seperti tiada arah tujuan seperti mana ALLAH swt turunkan surah al-asry dimana adalah peringatan ALLAH swt pada kita. Begitu indah susunan ALLAH swt dengan menurunkan kitab iaitu Al-Quran untuk kita rujuk agar tidak sesat selamanya. Jika kita tidak temui apa tujuan ALLAH swt ciptakan kita maka hendaklah kita kembali kepada fitrahnya, Apa tujuan kita hidup dimuka bumi ini, melainkan sebagai khalifah dengan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.. Maka sebagai orang mukmin dan beriman apabila kita bangun daripada tidur sehingga tiba pada waktu malamnya untuk kita berihat (tidur) semuanya dianggap 1 ibadah dan dicatitkan amalan kita samada baik/buruk dan perlu ada muhasabah diri sebelum kita tidur dengan persoalan Apakah yang telah aku lakukan hari ini?? Baik/ buruk, pahala, dosa yang aku dapat…dan perlu setkan minda kita pada esok hari apakah pekerjaan yang hendak aku lakukan..(Mind Set) Maka perlu ada perancangan dalam kehidupan agar rutin kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Semoga perancangan gerak kerja yang hendak dilakukan dapat dilakukan dengan terbaik.

DSCN0669

Begitulah rutin hidup Yb Dato’ setiap hari dipenuhi dengan dengan kerjaya dan dihujung minggunya pula jika tidak ada tugasan yang lebih penting dan aktiviti DUN Gombak Setia beliau akan penuhi masa dengan menghadirkan diri didalam semua undangan majlis perkahwinan atau sebarang aktiviti untuk majlis perasmian / majlis penutup.

Pada 7hb November, 2009 beliau telah dijemput oleh seorang penduduk di Batu 8, Gombak dalam majlis perkahwinan.Turut bersama beliau adalah isterinya. Semoga dengan kunjungan YB akan dapat mengeratkan siraturrahim antara seorang pemimpin dan masyarakat. Semoga sedikit suntikan tazkirah akan dapat dimanfaatkan kepada kita semua utk peribaikikan diri kearah yang lebih baik, insya-ALLAH..

KOLEKSI FOTO

DSCN0662DSCN0666

DSCN0663DSCN0664

DSCN0667DSCN0670

DSCN0678DSCN0680





































































Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI