“Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran {Surah Al-Asry}.
Begitulah kehidupan seorang YB walaupun rutin kehidupan sentiasa dipenuhi dengan menjalankan tanggungjawabnya dalam Exco Negeri Selangor dan Adun Gombak Setia namun pun begitu beliau tidak akan menghampakan permintaan daripada masyarakat untuk Memenuhi undangan didalam majlis perkahwinan atau apa juga majlis dan aktiviti yang diadakan. Kalau tidak diuruskan masa dengan sebaiknya sebagai khalifah sudah pasti kita akan menjadi manusia yang sentiasa di dalam kerugian dan hidup seperti tiada arah tujuan seperti mana ALLAH swt turunkan surah al-asry dimana adalah peringatan ALLAH swt pada kita. Begitu indah susunan ALLAH swt dengan menurunkan kitab iaitu Al-Quran untuk kita rujuk agar tidak sesat selamanya. Jika kita tidak temui apa tujuan ALLAH swt ciptakan kita maka hendaklah kita kembali kepada fitrahnya, Apa tujuan kita hidup dimuka bumi ini, melainkan sebagai khalifah dengan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.. Maka sebagai orang mukmin dan beriman apabila kita bangun daripada tidur sehingga tiba pada waktu malamnya untuk kita berihat (tidur) semuanya dianggap 1 ibadah dan dicatitkan amalan kita samada baik/buruk dan perlu ada muhasabah diri sebelum kita tidur dengan persoalan Apakah yang telah aku lakukan hari ini?? Baik/ buruk, pahala, dosa yang aku dapat…dan perlu setkan minda kita pada esok hari apakah pekerjaan yang hendak aku lakukan..(Mind Set) Maka perlu ada perancangan dalam kehidupan agar rutin kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Semoga perancangan gerak kerja yang hendak dilakukan dapat dilakukan dengan terbaik.
Begitulah rutin hidup Yb Dato’ setiap hari dipenuhi dengan dengan kerjaya dan dihujung minggunya pula jika tidak ada tugasan yang lebih penting dan aktiviti DUN Gombak Setia beliau akan penuhi masa dengan menghadirkan diri didalam semua undangan majlis perkahwinan atau sebarang aktiviti untuk majlis perasmian / majlis penutup.
Pada 7hb November, 2009 beliau telah dijemput oleh seorang penduduk di Batu 8, Gombak dalam majlis perkahwinan.Turut bersama beliau adalah isterinya. Semoga dengan kunjungan YB akan dapat mengeratkan siraturrahim antara seorang pemimpin dan masyarakat. Semoga sedikit suntikan tazkirah akan dapat dimanfaatkan kepada kita semua utk peribaikikan diri kearah yang lebih baik, insya-ALLAH..
KOLEKSI FOTO
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment