Tuesday, October 27, 2009
Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin
Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas
Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.
"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.
Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.
Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.
PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.
Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.
Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.
Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _
Keperihatinan Seorang Adun
YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali turun padang Meninjau projek menaik taraf sistem saliran di Tmn Greenwood yang dilaksanakan oleh pihak JPS. Terima Kasih kepada pihak JBS Gombak.
Terdapat lokasi pembinaan yang belum disempurnakan dengan sepenuhnya dan mengundang bahaya kepada keselamatan kanak-kanak dilokasi Jln 9, Tmn Greenwood. YB Dato’ akan memanjangkan perkara tersebut kepada JPS Gombak untuk tindakan selanjutnya.
KOLEKSI FOTO
Mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang bermain di lokasi tersebut.
Editor : Khaulah Azwar
Memenuhi Jemputan Perkahwinan Rakyat di Kg Changkat, Bt 9 Gombak, Kg. Sri Gombak Indah Tmn Bolton, Kg. Tengah, Padang Bola Sepak Tmn Greenwood.
25 Okt 09 – YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Adun Gombak Setia di dalam kesibukan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menghadirkan diri kesemua jemputan kenduri perkahwinan yang diundang oleh rakyat.
Koleksi Foto jemputan kahwin di Kg Changkat, Bt 9 Gombak, Kg. Sri Gombak Indah Tmn Bolton, Kg. Tengah, Padang Bola Sepak Tmn Greenwood.
YB Dato’ di majlis Perkahwinan Rakyat Di Batu 9, Gombak
Kedatangan YB Dato’ Hasan yang dinantikan oleh rakyat di Kg Sri Gombak Indah, Tmn Bolton
Generasi Muda & Tua mudah mendekati beliau, Sifat kemesraannya mudah didekati oleh setiap insan.
Walaupun dijemput sebagai tetamu undangan VIP tetapi tidak membuatkan dirinya untuk duduk berasing dengan orang lain. Salah satu sifat yang ada pada diri beliau adalah ringan tulang, beliau juga turut membantu mengacau masakan didapur.
Majlis perkahwinan di Kg Tengah Gombak
Majlis Perkahwinan di Padang Bola Tmn Greenwood
Masih sempat lagi mendengar masaalah penduduk dimeja makan.
Editor : Khaulah Azwar
Monday, October 26, 2009
Bina Insan Keluarga bahagia Masyarakat Sentosa JKP Zon 11
|
PERGI TAKKAN KEMBALI-AYAHANDA Ustazah W. Hasrinah W. hasan
24hb oktober, 2009 - Lawatan Ziarah oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia kepada arwah Ayah seorang pimpinan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Hjh. Wan Hasrinah yang setiap insan mengenalinya panggilan K. Wan. Pemergian allahyarhum telah di solatkan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali.
Lawatan Ziarah kematian seorang penduduk di Batu 8 & Bt 12 , Gombak. Dato’ mengiringi salah seorang waris simati.
Semoga solat dan bacaan doa disampaikan sedikit memberi peringatan pada kita yang hidup pasti akan mati juga, hanya doa anak yang solih dan amal jariah yang akan membawa kita untuk bertemu dengan ALLAH swt.
Hari Kesihatan
25hb Oktober, 2009 – Hari Kesihatan anjuran surau Khafi dengan Jabatan Kesihatan Gombak, sokongan bersama Adun Gombak Setia, MPS Surau Hidayah, Persatuan penduduk F2, JKP 9, Persatuan Penduduk Sri Temenggung & Penduduk Astana Gemilang.
Tujuan adanya program hari kesihatan ini adalah untuk meningkatkan daya mutu kebersihan di persekitaran penduduk Gombak bagi mengelaknya berbagai penyakit disamping itu merapatkan ukhwwah sesama penduduk dengan pimpinan dan MPS.
KOLEKSI FOTO
Perbincangan Yb Dato’ dengan beberapa kakitangan dan pihak penganjur
Lawatan Yb Dato’ daripada 1 khemah ke khemah untuk melihat bahan pameran Hari Kesihatan
Editor : Khaulah Azwar