Monday, October 26, 2009

Bina Insan Keluarga bahagia Masyarakat Sentosa JKP Zon 11



25hb Oktober, 2009 JKP Zon 11/Ahli Majlis MPS, telah berjaya mengadakan progrm Bina Insan yang bertemakan Keluarga Bahagia Masyarakat Sentosa" dan telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh penduduk kawasan Gombak yang telah diadakan Di Tmn Selasih Fasa 2. Progran ini telah dianjurkan JKP Zon 11 (MPS) dah kawasan yg terlibat adalah Tmn Samudera, Tmn Selasih Fasa 2, Pangsapuri Casmaria, Pangsapuri Fiona, FlAt Samudera dan telah dirasmikan oleh ustazah khatifah zamani binti sulong.

Tujuan mengadakan program Bina insan ini adalah utk

i) Memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan ;

ii) Menyatu masyarakat berbilang bangsa dengan sifat kerjasama dan muhibbah ; dan

iii) Membimbing masyarakat agar menjauhi gejala-gejala tidak sihat.


Dan disamping itu untuk memaklumkan kepada penduduk apakah fungsi dan penubuhan JKP setiap kawasan .Objektif penubuhan JKP ini ialah :-


i) Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman diantara penduduk dengan MPS.

ii) Mendapatkan maklumat tentang permasaalahan dan aduan penduduk yang berkaitan untuk diselesaikan di peringkat MPS.

iii) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di peringkat MPS.


Untuk memeriahkan program ini peganjur telah menyediakan berbagai aktiviti iaitu senamrobik bersama masyarakat, pertandingan melukis yang diadili oleh kartunis Zunar, ceramah motivasi daripada IPP Daerah Gombak, SIDIM, AADK, bertandingan bola sepak dan juga cabutan bertuah.


Semoga usaha yang murni ini diberkati oleh ALLAH swt dan amalan kita semua di terima olehNya bagi membangun genarasi muda yang bertaqwa, bermaruah dan membina masyarakat yang harmoni.


Alhamdulilah terhasil jg video klip ana ni aktiviti sepanjang bersama dgn K.Pah 2008-2009 dibwh JKP..tp msh ada yg tak masukk lagi..i.allah akan usaha esk pula.Buat tatapan generasi ana akan dtg insya-ALLAH.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI