Monday, October 5, 2009

Perang Al-Ahzab berlaku pada bulan Syawal. Semoga Kemenangan ISLAM diberi walapun diuji.

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.


Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban, bani Ghatfan dan hampir seluruh kabilah yang sepakat akan menyerang kaum muslimin di kala itu.

Mereka semua berjumlah tidak kurang daripada 10 ribu orang sedangkan di pihak Islam berjumlah 3000 orang sahaja. Mereka berkumpul dan mengepung dari Utara Madinah. Sementara itu, pakatan Kaum Yahudi Madinah daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah menyaksikan penyatuan golongan yang membenci agama Allah ini dalam memerangi Rasulullah SAW dan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.

Setelah peristiwa pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang yahudi yang menghina Nabi SAW dan Islam pada tahun 4 Hijrah, kebencian golongan Yahudi ini membuak buak sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa agama sesat golongan quraisy Mekah adalah lebih baik daripada Islam sedangkan mereka merupakan golongan yang mengetahui Al Kitab dan beriman dengan Nabi Allah Musa A.S.

Dengan pimpinan Kaab bin Asad yang dihasut oleh Huyayy bin Akhtab, kedua dua pemimpin yahudi laknat ini telah berpakat sesama mereka dan bersatu dengan musyrikin Makkah untuk menyerang Madinah. Salman al farisi telah mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam.

Pada saat kedatangan tentera Ahzab ini, kaum Yahudi menyerang kaum muslimim dari belakang dan tentera musyrikin menyerang dari arah hadapan.Tentera bersekutu Ahzab kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.

Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan:”Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.”

Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur, dengan pertolongan Allah S.W.T bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh kaum tentera muslimin yang sedikit.

Allah S.W.T menggambarkan situasi ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat. (al-Ahzab: 9-11).

Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab. Allah SWT telah menewaskan tentera Ahzab dengan keesaanNya.

Pengajaran perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan kuffar untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Golongan yang menegakkan agama Allah SWT sentiasa akan diuji dengan serangan yang dilakukan oleh pakatan Ahzab moden yang sangat membenci Islam.

Dunia hari ini memperlihatkan golongan kuffar bersepakat dalam melakukan serangan yang dilakukan kepada Negara ummat Islam. Islam, syariat Islam, serta golongan yang memperjuangkan Islam sentiasa menjadi sasaran mereka.

Tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan orang orang beriman dizaman dahulu. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah. Daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya, kebencian golongan kuffar terhadap agama Allah SWT sangat membuak buak dan mereka sentiasa bersedia untuk menghancurkan Islam dan ummatnya pada hari ini.

Tetapi mereka mesti ingat, Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman dan mengazab musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.

Selain dalam peperangan Ahzab, Allah S.W.T juga telah menolong kaum muslimin dalam peperangan-peperangan yang lain seperti yang berlaku didalam peperangan Badar, Uhud dan Khaibar. Sesungguhnya al- Maunah (pertolongan Allah) pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan Islam.

Majlis hari raya Aidilfitri di kediaman Yb Dato' Hasan Ali


0310200913453hb Oktober, 2009 – Yb. Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor /ADUN Gombak Setia telah berjaya melaksanakan Majlis Rumah terbuka di kediamannya di Tmn Tun Dr. Ismail (TTDI).

Majlis ini telah dihadiri oleh Semua berbagai Badan NGO, Exco kerajaan Negeri, Ahli Majlis MPS, VIP-VIP, Kelab Penyokong PAS, dan semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Majlis ini telah mendapat sambutan yang amat baik sekali dengan dikunjungi beribu orang dimana majlis tersebut telah bermula daripada bermula daripada 12tgh sehingga 4ptg tetapi masih lagi dikunjungi oleh orang ramai dengan tidak terputusnya kunjungan.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim tidak kira bangsa dan agama disamping itu untuk meraikan semua insan agar mereka tidak merasa tersisir walaupun kurang berkemampuan/kurang upaya. Insya-ALLAH Majlis Hari Raya Aidilfitri seterusnya akan diadakan pula di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia pada 10hb Oktober, 2009, yang akan bermula pada 12:00 tengahhari- 3ptg, dengan sukacitanya dijemput semua warga tidak kira bangsa dan agama untuk bersama menghadirkan diri didalam Majlis ini. Semoga Majlis mendapat keberkatan ALLAH swt.

KOLEKSI FOTO HARI RAYA AIDILFITRI

031020091338

YB Dato’ Hasan bersama pengunjung yang hadir ke Majlis Hari Raya.







031020091337



Insan yang diibaratkan seperti Ibuku ini yang tidak jemu mendidik diriku dalam hafazan Al-Quran.Semoga ALLAH memberkati dirimu wahai Guruku..





031020091330


Yb Dato’ melayani tetamu di awal pagi yang telah mengunjung ke rumah beliau.






031020091340



Berbagai Mediamasa yang hadir untuk membuat liputan dalam majlis tersebut.





IMG0746A



Kenangan bersama Datin isteri YB Dato’. Walaupun terasa penat tetapi senyum dan kemesraan yang diberi oleh Datin kepada kami amat mengembirakan kami.





IMG0748A



Pengunjung terakhir yang hadir untuk menutup Majlis Raya Aidilfitri dirumah Yb Dato’. Kedatangan yg lewat krn terperangkap di Bagan Pinang..Namun tidak akan mengecewakan permintaan Datin & Dato utk bersama memeriahkan majlis tersebut.

Sunday, October 4, 2009

DOA PRK Bagan Pinang Sesuai utk PAS, BN dan semu ayg mengaku ISLAM..




اَللَّهُمَّ مَنْ أَرَادَ بِالْاِسْلَامِ وَالمُسْلِمِينَ خَيْرًا فَوَفِّقْهُ لِكُلِّ خَيْرٍ, وَمَنْ أَرَادَ بِالْاِسْلامِ وَالمُسْلِمِينَ شَرًّا فَخُذْهُ أَخْذَ عَزِيزٍ مُقْتَدِرٍ يا رَبَّ العالَمين , اللهم وَلِّ أُمُورَنَا "فِي باكن فينغ" خِيَارَنَا وَلَا تُوَلِّ أُمُورَنَا شِرَارَنَا , اللهم أَصْلِحِ الرَّاعِيَ وَالرَّعِيَّةّ يا ربَّ العالمين .



Maksudnya:

Ya Allah ya Tuhan kami! Sesiapa yang inginkan kebaikan kepada Islam dan kaum muslimin (memartabatkan Islam), maka berilah kekuatan baginya untuk melaksanakan setiap kebajikan. Dan sesiapa yang inginkan kejahatan kepada Islam dan kaum muslimin (meruntuhkannya) maka balaslah mereka dengan balasan (yang setimpalnya) dari Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami! Lantiklah orang yang menguruskan urusan kami "DI BAGAN PINANG" dari kalangan orang yang baik dari kalangan kami, dan janganlah Engkau lantik orang-orang yang jahat menguruskan urusan kami. Ya Allah Ya Tuhan kami! Islahkanlah (perbaikkanlah) pemimpin dan rakyat! Wahai Tuhan sekalian alam.



- Doa ini dicadangkan untuk semua masyarakat Islam jika mereka benar-benar ingin melihat Islam menang. Sesuai untuk PAS kerana ia memang merupakan salah satu perjuangan Islam, sesuai untuk UMNO kerana dia juga mendakwa kononnya pejuang Islam (tapi rasanya Umno tak berani nak baca doa ni), sesuai untuk GOLONGAN TIDAK BERPARTI yang juga mendakwa inginkan kebaikan kepada Islam.

iNI lANGKAH kU.. pENAMAAN cALON bAGAN pINANG..sERUAN jihad DTG memanggi:






02hb Oktober, 2009 alhamdulilah hari ini
dan shbt2 jentera daripada Gombak telah menyusunkan jentera untuk membantu p.raya kecil di Bagan Pinang dimana pada 03hb Oktober 2009 penamaan calon akan berlangsung.

Ana dan sahabat2 telah bertolak untuk ke penaman calon pada 2hb Oktober dimana perancangan awalnya kami semua akan berkonvoi dan berkumpul di Pej PAS kaw. Gombak. Membuat ana teringat sirah peperangan yg berlaku pd bulan Syawal iaitu Perang Ahzab walaupun diberi berbagai ujian.Moga kemenangan ISLAM diberi insya-ALLAH.






Tetapi perancangan ALLAH itu adalah yg terbaik krn secara kebetulan pemuda PAS gombak kena bertugas di Tmn Melewar krn mlm tu ada ceramah umum. So tunggu punya tunggu hanya berapa org pemuda yg hadir so.. sementara menanti shbt2 lain kami pun open table.. isi minyak dulu.. sehinggalah jam 1 pagi tak jg sampai akhirnya ana buat keputusan utk bertolak esok dah terlalu mengantuk lbh baik tidur dan bangun 4am utk Qiam. Ana, K. Ju dan Ustazah Noriah ikut ana, 2 kete Nisa ' Gombak dah bertolak dulu utk balik kg mereka disana, dan tinggal le Eifa dan wani yg setia menunggu muslimin mengikut suami2 mereka. Semoga semua shbt2 slmt sampai insya-ALLAH.


4:00 am ana bangun seperti biasa utk mengabdikan diri pada ILAHI mencari keredhaan ALLAH , dan mohon diberi kekuatan hati dlm meneruskan kehidupan yg banyk ujian. Dan alhamdulilah 7am kami bertolak dan sampai di PD jam 8:20am..ya-ALLAH mmg terlalu penat nak drive coz jln terlalu jamed sehingga tersangkut disana. Akhirnya ana & shbt2 buat keputusan parking depan masjid terserempak dgn shbt seperjuangan Utz Yazid & Group Gombak lain.. dia bgthu anti parking sini jele... slmt berjuang 3km je tak jauh.. hampeh rupa2nya bukan 3km kami terpaksa jln kaki dgn jln jamed teruk sehingga hampir 15km.. so ambil masa 30'm kami utk ke tapak penamaan calon.mmg bersemangat bila roh2 shbt2 seperjuangan disatukan..

kelab penyokong BN mulakan provokasi di sini..

Tp buat ana jd kelabu asap bila suasana disana hujan dan mendung sgt.. dan lebih mendung bila tgk beberapa BAS yg didlmnya adalah semua kaum kerabat india.. masya-ALLAH ana tak tahu depa ni dpd Estate mana.. yg nmpk hampir majoriti adalah bilangan umur pelajar2 sek. Dlm hati ana depa ni seolah mcm dah takde ptgs sehingga pelajar jg digunakan..

setiba ditapak penamaan calon..ana lihat terlalu ramai penyokong yg dtg berbagai negeri tidak kira muda, tua & anak2 muda yg kini semakin sedar betapa pentingnya dalam pemilihan calon dalam pimpinan utk menerajui negara... Disini boleh dikatakan terlalu ramai lbh dpd p.raya Bukit Gantang (30ribu lbh org yg hadir bukan 10ribu yg dikatakan oleh Media & BN..)yg dimana kehadiran penyokong tidak dpt dikawal krn terdapat 3 penjuru tlh di duduki oleh semua penyokong tidak kira bangsa & Agama.. ana yg pd mulanya berdepan di Petronas, terus berganjak ke kaw. Sek dan terus mara kehadapan berhampiran dgn Dewan Penamaan calon.

Disini ana terserempak dgn BAS KPBN (KELAB PENYOKONG BN.. erm semua main copy paste terma PAS.. depa ni dah tak blh nak pk idea lagi semua dah berkarat..sehingga curi idea PAS & PKR)..KPBN yg dianggotai oleh India ni telah buat huru hara apabila membuat provok dimana mereka telah masuk kawasan KUBU PAS.. dan bertambah kelam kabut apabila mereka telah menumbuk ptgs PAS & unit amal, ptgs kami mengalami kecederaan bukan spt yg diwawarkan dlm TV mengatakan Si Aziz tu mengalami kecederaan.. kalau btl dia alami kecederaan kenapa fakta dpd TV dan polis hanya menyatakan bahawa msh tiada bukti yg sahih dan tidak tahu siapa yg buat provokasi di tapak penamaan calon. Ternyata fakta yg buat ana begitu bosan mendengarnya.. krn apa yg dikatakan semua adalah tidak benar krn ana berada ditempat kejadian sehingga ada berberapa rakaman yg dpt ana ambil.


PKBN buat huru hara di KUBU PAS, ptgs Unit Amal mempertahankan kubu sehingga ada beberapa ptgs tercedera bila ptgs BN memberi tamparan dan penumbuk kpd ptgs. Shbt2 seperjuangan PAS & PKR cuba tenangkan keadaan.. akhirnya PKBN di halau dan pihak polis minta KPBN berundur dpd tapak KUBU PAS..


Ptgs Unit Amal dan beberapa jentera PAS kena tumbuk oleh ptgs BN.. ana berada disini.. tp alhamdulilah ana blh bawa diri dan mengorak langkah..

Ana sertakan foto dan video klip utk kita saksikan siapa punya angkara. Jgn kita mudah terpedaya dgn media TV yg buat provokasi.. semua adalah tipu daya mrka utk mengkaburkan mata hati rakyat dan pengundi. Provokasi media semakin hebat dan kini mereka banyak mainkan peranan dgn memburukkan imej PKR terutamanya Negeri Selangor..Walau apa pun cara mereka namun semoga ALLAH 1kan hati2 kita yg berjuang ke JLN ALLAH terus istiqama dan tidak cepat melatah dgn apa BN lakukan kini.. mga pertolonagn ALLAh diberi dan menyatakan kebenarannya.. Tlg wawarkan media pd semua kaum keluarga kerabat dan shbt2 dlm blog dll agar mereka tidak tertipu..

Semoga rakyat semua boleh fikir tektik kotor BN selama ini. sama2lah kita sentiasa berdoa, bermunajat kepada ALLAH swt agar dibuka pintu hati pengundi utk memilah perjuangan ISLAM dan ALLAH tunjukan segala perancangan kejahatan yg dilakukan oleh pimpinan BN yg sdh ketandusan idea dan pimpinan mereka semua bermasalah. TERUSKAN USAHA dan sama2 menginfaqkan tenaga, masa, fikiran kita utk membantu perjuangan ISLAM, agar ISLAM terus tertagak dimuka bumi ini.. LAWAN TETAP LAWAN..




kekecohan berlaku di Tapak penamaan calon berdepan dgn petronas.. disini KPBN pecah masuk kubu PAS.. halau2... mereka... 1kan saf.. pertahankan kubu PAS.. ALLAHHUAKBAR..(2 video akan menyusul.. line internet x clear...sorry)

alhamdulilah akhirnya kami selesai menjlnkan tugasan hampir 1tghhari.. trs dan trs melapak, berhujan....tp begitu smgt bila bendera Hijau trs berkibaran..terserempak pula dgn kekanda ana dimana ada ana disitu ada dia.. hehe.. k.ruz dan suaminya..


Ana dan shbt2 bertolak ke KL lps zohor dan terus siap ke majlis mesra aidilfitri Yb Dato' Hasan Ali..dan ada tugasan kena buat disana.. jamed teruk dan sampai KL 4ptg.. rasa nak tercabut kaki dibuatnya press minyak.. alhamdulilah semua dimudahkan uruan slmt sampai ke destinasi seterusnya dan ana pengsan dkt Masjid Al-Gufran dkt rmh Dato' lps Asar.. 6ptg kami bertolak ke Gombak, hntq shbt1 ana sampai magrib.. syukur alhamdulilah dimudahkan segala urusan dan slmt sampai. so kena bersiap sedia utk BERJIHAD ISNIN ni,doakan ana & shbt2 ye.. :)


Kenangan bersama Datin dirumah YB Dato Hasan Ali.Disini org terlalu ramai sehingga 6 lbh msh ramai kunjungan berbagai bangsa dan agama.. ana sempat kenal anak2 dato.. sejuk mata memandang keluarga ini.. Ya-ALLAH barakatilah..


Kenangan bersama YB Dato' Hasan di depan rumah kediaman beliau.




Rakaman PRK penamaan calon Bagan Pinang - provokasi yg dilakukan oleh KPBN

Thursday, October 1, 2009

Jangan jadikan OSA ‘jaket kalis peluru’

PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan jaket kalis peluru iaitu Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dalam projek Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang (PKFZ).Sehubungan itu, Najib diminta agar menyiasat kes penyelewengan itu secara telus dan bukan bertindak ke atas mereka yang mendedahkannya.



Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Yusof Embong, Baru-baru ini sebuah portal berita dalam talian, Malaysia Today yang di bawah kendalian Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan dalam laman webnya sebuah dokumen kertas kabinet setebal 18 muka surat berupa memorandum daripada Menteri Kewangan berhubung dengan skandal PKFZ.

Memorandum ini dikeluarkan dengan nombor rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1, bertarikh 22 Jun 2007 dan diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Akibat dari pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam reaksi balasnya telah mengarahkan polis membuat siasatan dan jika benar dokumen itu adalah kertas kabinet yang tulen maka mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah OSA.

Ketua Polis Negara, Musa Hassan pula dalam kenyataannya berkata akan memanggil beberapa individu termasuk tokoh tertentu bagi membantu siasatan kes pendedahan kertas kabinet tersebut.

Mengulas perkembangan ini, Yusof berkata, jika benar kertas kabinet yang didedahkan Malaysia Today itu adalah tulen, jelas wujudnya unsur penyelewengan dan salah laku yang membabitkan pemimpin dari parti pemerintah.

Raja Petra terpaksa bersembunyi untuk mendedahkan segala kebejatan ini. Andaikata tiada siapa pun berani ke hadapan membuat pendedahan semata-mata kerana takutkan OSA, maka berbilion wang rakyat dan harta negara berisiko untuk diseleweng sesuka hati tanpa diketahui sesiapa pun, ujar Yusof.

Yusof mencabar Najib supaya menunjukkan sikap yang jelas terhadap penyelewengan yang telah berlaku dalam skandal PKFZ.

Untuk itu, Yusof menyeru kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional pimpinan Najib supaya tidak menggunakan OSA bagi menyembunyikan salah laku dan penyelewengan wang kerajaan membabitkan pemimpin politik seperti yang berlaku dalam isu PKFZ ini.

PAS juga, jelas Yusof mendesak kerajaan yang diteraju Najib tidak selamanya menjadikan OSA sebagai jaket kalis peluru buat melindungi pemimpin-pemimpin tertentu dari diheret ke muka pengadilan akibat dari penyelewengan.

Skandal PKFZ telah menjadi minat awam, kerana sebagaimana diterangkan oleh Yusof yang kos perlaksanaannya telah meningkat dengan begitu tinggi dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.The Malaysian Insider.

Bagan Pinang: Muslimat susun strategi dekati pengundi senyap

TELUK KEMANG, 1 Okt: Jentera pilihanraya muslimat (HalWa) Negeri Sembilan akan memberi fokus untuk mendekati pengundi senyap di Bagan Pinang iaitu pengundi yang tidak mempamerkan kecenderungan mereka kepada mana-mana parti.

Pengurus petugas kempen HalWa Negeri Sembilan, Rosenadiah Zainuddin berkata jentera Halwa sedang mengatur strategi supaya pengundi menyedari kehadiran PAS di kawasan itu dengan mengadakan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan agar pengundi berasa lebih dekat dengan PAS.

"Ramai pengundi senyap di kalangan Melayu.Kaji selidik PRU 2008 menunjukkan dua kali peningkatan undi Melayu berbanding pada 2004. Maksudnya sokongan daripada pengundi melayu di Bagan Pinang selain undi pos pada tahun 2008 memang dah meningkat. Yang kita risau sekarang ini ialah pengundi pos."katanya sewaktu ditemui di bilik gerakan HalWa, dekat sini.

Menurut beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS negeri, kempen jentera HalWa juga akan tertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada pengundi di Bagan Pinang agar berani membuat perubahan dengan mengundi PAS pada pilihanraya kecil kali ini.

Image

Ini kerana berdasarkan kaji selidik yang dilakukan jentera HalWa, ramai pengundi khususnya pengundi Melayu menunjukkan kebencian terhadap kepimpinan Umno Barisan Nasional namun tidak bersedia untuk meninggalkan parti itu.

"Daripada kaji selidik yang kami buat, jelas nampak pengundi di sini tidak suka BN tetapi untuk mengalihkan sokongan kepada parti lain, mereka belum bersedia."

"Masalah utama di sini, kesedaran politik sangat kurang baik penyokong BN atau PAS sendiri. Mereka malas nak fikir pasal politik. Walaupun mereka tahu BN salah, mereka tetap undi. Mereka segan nak tukar kepada PAS."Ujarnya.

Beliau berkata, pengundi India menunjukkan sikap yang sebaliknya. Mereka lebih terbuka dalam berfikir mengenai politik dan lebih senang untuk didekati berbanding pengundi Melayu.

Menyentuh mengenai persiapan jentera HalWa negeri , beliau memberitahu jentera HalWa sudah bersedia di setiap unit peti undi (UPU) di kawasan itu dan setakat ini beberapa upu sudah bergerak untuk proses culaan.

"Kami dah siapkan program untuk setiap UPU bermula hari penamaan sehinggalah ke hari hari mengundi. Ada muslimat yang dah datang membantu antaranya daripada Kelantan, dan Terenganu."Ujarnya lagi.

Jentera HalWa juga kata Rosenadiah menyokong penuh Zulkefly Mohd Omar sebagai calon memandangkan pesuruhjaya Negeri Sembilan itu mempunyai hubungan akrab dengan penduduk yang pelbagai kaum.

"Kami sangat setuju beliau jadi calon. Beliau mempunyai hubungan yang sangat bagus antara semua kaum. Kalau beliau pergi mana-mana memang orang suka."Tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Muslimat Negeri Sembilan, Fazilah Abu Samah menyeru agar seluruh muslimat dari setiap negeri turun membantu kempen di Bagan Pinang yang akan bermula selepas proses penamaan calon 3 Oktober ini.

"Besarlah harapan kami agar setiap negeri menghantar petugas mereka dengan kadar yang segera kerana kami di sini masih kekurangan petugas sepenuh masa."

"Kami juga ucap terima kasihlah kepada negeri yang sudah menghantar petugasnya."Tambahnya.

Terdahulu, beberapa ahli jawatankuasa muslimat negeri yang diketuai Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad mengadakan ziarah Aidilfitri ke rumah seorang warga emas berketurunan Tiong Hua di UPU Taman Eastern.


Risalah Keluarga Cemerlang.




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI