Monday, September 28, 2009

Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kulit

KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.

Image

Menyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya.-mks/mna_


Bagan Pinang: Pengundi bukan Melayu bersedia buat perubahan

BAGAN PINANG, 29 Sept: Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan.

Masyarakat tionghua dan India pula telah bersedia membuat perubahan dan diharapkan para pengundi Melayu turut serta menolak Umno-BN dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata 52 tahun BN memerintah gagal membela rakyat.

Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat.

"Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan 'PAS For All' dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional memerintah Negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah," ujarnya yang dipetik Buletin Online ketika ditemui, semalam.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkan tidak banyak berubah.

"Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS.

"Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

"Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah 'berani' (berubah),"jelasnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan �hudud� kerana telah diberi penjelasan.

Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini. - mks._

Saturday, September 19, 2009

Zionis Kejam..Bagaimankah kematian kita pula?? apakah persediaan kita utk berhadapan dgn ALLAH swt???

Salam'alaik., Catatan in idaripada blog adk j ana, yan..dah lama tak jenguk adk2 punya blog, so ana tertarik dgn apa yg dicatatkan, Al-Fatiha buat shbt kita yg telah pulang ke rahmatuallah. Semoga ditenpat yg mulia disi ALLAh swt, insya-ALLAH.

Beberapa hari lepas, aku menerima perkhabaran kematian. Paling mengejutkan adalah kerana dia mati ditembak Yahudi. Subhanallah. Dia syahid, kematian yang diimpi setiap pejuang di jalan Allah.

'Salam. Al-Fatihah buat seorang pelajar UIA warga Palestin, Ubaida yang juga ahli aktif al-Aqsa Society kerana telah syahid. Dia telah ditahan sebelum ditembak 6 das tembakan oleh Yahudi laknatullah sewaktu dia ingin masuk ke masjid untuk solat. Khabarnya dia pulang ke Palestin untuk menziarah ibubapanya, tapi, Allah telah memilihnya sebagai syuhada. Subhanallah. Al-Fatihah.'

Tidak kukenali siapa dia, tapi, aku cuba mencari lebih lanjut mengenainya. Dan aku jumpa beberapa blog yang menulis tentangnya.

Seorang pelajar UIA Gombak mati dibunuh oleh tentera Israel.Keluarga al-Qudsi ad-Duwaik telah mengumumkan pada pagi ini tentang kesyahidan anak mereka Ubaidah Mahir Abdul Mu'ti al-Qudsi ad-Duwaik yang berumur 25 tahun yang telah tercedera dan meninggal di salah satu hospital Israel.


Kerajaan penceroboh Israel telah menembak Ubaidah ketika di pintu jalan asy-Syuhada di tengah-tengah bandar al-Khalil (Hebron) pada 26/8/2009.


Dia telah ditembak dengan beberapa das tembakan, dan dia telah dibawa ke salah satu hospital Israel dan beliau ditahan di sana.Pihak penceroboh Israel telah menuduh asy-Syahid Ubaidah dengan cubaan menikam salah seorang tentera Israel yang sedang menjaga sekatan di jalan asy-Syuhada'.

Maklumat tambahan (daripada rakan rapat Ubaidah di UIA):


* Ubaidah memang terkenal sejak kecil aktif dengan program-program Islami di masjid, dan popular dengan nasyid dan syair-syair Arab berkaitan pembebasan Palestin.

* Ketika di jalan Syuhada, beliau dalam perjalanan ke tempat kerja, dan jalan itu memang terkenal sebagai tempat ramai orang dibunuh oleh tentera Israel kerana pihak Israel menguasai jalan tersebut dan sering mengadakan sekatan jalan raya.

* Pihak Israel tiada bukti menyatakan penglibatan Ubaidah di dalam kumpulan militan atau aktiviti keganasan, jadi pihak Israel mengada-adakan tuduhan kononnya beliau cuba menikam pihak Israel, supaya menghalalkan pembunuhan tentera Israel ke atas Ubaidah.

* Selepas ditembak, beliau masih hidup dan dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, dan beliau dibelasah.

* Di hospital, pihak Israel menghalang orang Palestin daripada melawat Ubaidah.

* Beliau koma selama 19 hari.

* Beliau merupakan tahanan yang ke 1167 atau 1168 yang mati di dalam tahanan Israel.

sumber :
WebHarapan

Subhanallah, kematian yang sangat indah apabila syahid di jalan Allah. Semoga rohnya tenang di sana bersama para syuhada. Amiin.

Dan kita... Bagaimana kesudahan kita kelak? Semoga pengakhiran hidup kita adalah sebuah pengakhiran yang baik juga. Husnul khatimah hendaknya. Amiin.

Friday, September 18, 2009

Forum Berpaut Di Dahan Cinta dngrlah mg kita perbaikikan diri..


Forum Berpaut Di dahan cinta.mp3 - Ustaz Hasrizal, Dr. Rubiah, Dayangku Intan

salam.. alhamdulilah ana dapat juga link ini krn saat2 akhir ni berjumpa dgn shbt2 sekuliah tiba2 ada adkjemaah tanya pada ana

Adk j: Kak,ana nk tnya sesuatu mcm mana kita nak bg teguran kpd seorg shbt sekerja dgn ana sering je berjumpa dgn utznya.

Khaulah : Erm, alamak soalan cepu mas, cana nk jwb? pk sejenak.. ginile.. sbnrnya mmg selemah iman kita ni bila melihat kemungkaran berlaku didepan mata kita, kita benci melihat maksiat didepan kita, nak tegah dgn teguran kita rasa mcm tak mampu sbb yg kita nak tegur tu pun adalah seorg utz so sebaiknya kalau blh kita elakkan dpd berada tempat tersebut dan dlm hati kita bila dh ada perasaan benci dgn apa yg berlaku itulah selemah iman kita. Dan teringat seorg imam berckp dgn akak dulu, kalu kita tak mampu nak bg teguran pada dia memadai dgn kita cuba boikot skp dia, buat le mcm krg senang nak bicara dgn dia, kalau hati dia terdetik, ei kenapa dia cam ni, kalau dulu nak berckp dgn kita tp skrg mcm nak taknak dan cuba nak elak berjumpa/berbicara dgn kita, so masa tu kalu ada ruang kita mulakan bicara dgn berhikmah.. bgtahu sbnrnya ana kurang senang skp antum, berjumpa yg bukan muhrim berdua2an,tahukan hukumnya, dan masa 2 siapa yg ada ditengah?? bertentangan mata dgn yg bukan muhrim kita, yg org pej ni nak buat kerja pun kurang senang, seolah mcm kami ni jd pak guard dan mak guard antum berdua dgn melihat apa yg berlaku., ada ilmu, sbg seorg utz sepatutnya perkara ini tak berlaku, so kalau boleh perbaikanlah apa yg berlaku. Takutkan ALLAH, jgn sampai org sekeliling asyik berkata2 dgn free je dpt dosa bila asyik bicara tentang antum. Kalu rasa tak boleh kawal maka lebih baik bernikah itu jln yg terbaik, jgn terus menerus membuat dosa..Takutkan ALLAH...

Khaulah : Lagi 1 pk le kalau mcm ni skp kita pandangan org pd kita bgmana? ingatlah skp kita akan dilakukan oleh anak2 kita, nauzubillah..kalau skrg dh berjumpa, kerap berhubung maka kemanisannya tidak akan ada lg bila sdh berkhwn sbb dh rasa masa kita blm diakadkan terlebih dahulu (Bujang).. so mana yg kita nak, nikmat ksh syg semasa bujang /perkahwinan yg kita hrpkan kekal selamanya dgn ksh syg itu mendapat keredhaan ALLAH..

Adk j : ye le kak.. betul jg apa akak ckp, ana rasa mmg tak mampu nak bg terguran tp hati ana amat benci melihat apa yg berlaku didepan mata kita..hilang respect ana pd mereka.. Ana mhn pd ALLAH agar jauhkan itu semua dlm hidup ana krn ana nak ksh syg pd bakal ana adalah utk selamanya biarlah ksh syg tu dpt rasa slps perkahwinan yg sah dan dpt redha ILAHI, akak doakan ana ye.. dan kalu ana terlupa tlg sgt2 ingatkan ana.. bimbang ALLAH bg ujian pd kita pula.

Khaulah : insya-ALLAH kita sama2 mohon pada ALLAH agar pelihara melakukan dosa dan maksiat, sekira kita terlupa mhn diberi peringatan agar kita tak melakukan perkara tersebut hingga berlakunya maksiat, nauzubillah..

Khaulah : 2 org tu org j ke?

adk J: Erm utz tu mmg org kuat j, tp td bdk tu tak nampak dia org j, mgkn baru nak belajar bersama kehidupan j.

Khaulah : Erm.ssh jg ye, kalau utz tu j, tp kalau dia pilih yg bukan j bimbang akan diuji, ramai shbt2 kita yg memilih pasangan kdg2 buat kesilapan yg besar bgmana nak melahirkan JUNDUALLAH generasi pelapis kita?? tapi hrp kalau utz tu kuat pegangangnya semoga dia dpt membantu budak tu masuk j. Moga dia jd muslimat 1 hari nanti, kita doakan mereka...tp bimbang dia pula yg terhanyut... Ujian2...

Adk j.: yele kak mmg selalu shbt2 kita buat kesilapan dlm pemilihan Jodoh ni.. dah tahu konsep jemaah, utk melahirkan pelapis keluarga pejuang dan ansaruallah tapi kita buat kesilapan dgn pemilihan yg salah.. dan disitulah ALLAH beri ujian pd kehidupan mereka, dan makin lama makin ramai yg terhanyut sebb pasangan tak fhm kehidupan dalam jemaah.. ei.. pening nak pk ye kak.. Khaulah: 2 yg penting sbnrnya dlm pemilihan jodoh. kalau kt main rembat je.. ssh jg..jgn mimpi kita nak melahirkan keluarga jemaah pelapis kita semakin terpupus, sdh tentu kemurkaan ALLAH akan hdr.. kita dh tahu duri dijalanan dan pisau ditangan tp kita nak juga teruskan.. so pk sendiri le.. Biar lambat asalkan kita tak salah dalam buat pemilihan.. Erm akak selalu teringat Naqib & Naqibah pimpinan akak ckp Ustzah Khatifah, Ustazah Zarahwani.. akak suka dngr pengalaman kakak2 ni.. mcm2 mereka tempuhi.. dan disitu akak ambil mana yg terbaik. Betul jg kata k.pah dan k.wani.. kena buat pemilihan yg tepat apabila kita berada dlm j, dan jgn kita kata kita hebat selagi kita tidak diuji dlm alam perkahwinan utk berada dalam gerakan jemaah, kdg2 kita diuji dgn sifat suami/isteri dan anak2 kalau kita tak amalkan ilmu yg kita dpt dalam tarbiyah,.. so mg kita pk sama2 dan jgn salah langkah..Janji ALLAH pasti berlaku dan setiap org ALLAH dh tentukan jodohnya.. minta le yg terbaik pd ALLAH agar pasangan kita adalah org yg sefkirah dgn kita agar kita tidak terhanyut selepas perkahwinan.. semuanya dah termaktub dalam AL-Quran..isteri suami anak2 , peniagaan adalah ujian. dan ALLAH bg amaran org2 yg keluar dpd jemaah.. so kena le beringat...

K le.. dh nak berbuka ni shbt2 lain tentu tunggu kita.. doakan yg terbaik utk mereka agar ALLAH buka pintu kemudahan mg mereka dipermudahkan urusan jodoh mereka.. insya-ALLAH.. so inilah perbualan kami dan membuatkan ana kdg2 tertanya jg..mmg sukar nak mengawali nafsu hatta org tu utz /ustzh pun kalau iman tidak dijaga pasti syaitan akan menghasut kita, betapa tipisnya iman kita spt kulit bwg.

"Ya-ALLAH peliharakan diriku dpd melakukan kemungkaran.. kurniakan aku iman dan berilah aku peringatan sekiranya habamu terlupa.. jdkanlah aku hamba yg takut kpd azab api nerakamu.. amiiin ya rab.."

Semoga shbt2 kita sama2lah fikir jgn kita melakukan perkara yg dimurkai ALLAH, apatah lg sekrg ni kt berdepan dgn bulan Ramadhan, jgn jdkan ibadat puasa kita dpt penat saja bila kita buat perkara yg dimurkai ALLAH., kalu dh buat maksiat dlm bulan ramadhan kata utz puasa mereka tidak membantu mereka menjad org yg beriman dan tidak merasa kemanisan dlm beribadah setelah membuat perkara2 yg dimurkai ALLAH... penatkan puasa mcm ni??

Jadikan bulan Ramadhan ini adalah bulan tarbiyah yg baik utk kita, didik nafsu kita supaya jgn terus menerus melakukan perkara yg dimurkai ALLAH, tepuk dada tanya iman kita k..waalllhualam.. mhn maf sekiranya ada yg terasa hati jika penulisan ana kali ini ibarat spt menyindir.. tp demi ALLAH ana tak niat itu semua cuma hnya membetulkan keadaan dan menjwb soalan adk j ana sorg ni..kalau btl pun berlaku pd sekeling ana.. mgkn ini jg 1 peringatan utk diri ana... semoga kita sama2 dpt peringatan dgn pertanyaan adk j ni dan mungkin ada shbt2 blh bg idea yg bernas utk kita atasi masalah ini apabila maksiat berlaku di depan mata, apa tindakan kita, membiarkan, atau sebaliknya???sama2 pkkan...

Tadarus Nisa& Khatam Al-Quran Anjuran Mslmt & Nisa Gombak





Nisa' Gombak BERJAYA mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Remaja pada 13 September, 2009 di Masjid Zakaria Bt 8. Majlis ini menggabungkan semua remaja Tadarus 3D Nisa' yang diadakan sepajang Ramadhan 1430 ini.

Insyallah dengan pengajuran program Khatam bersama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim semua peserta tadarus antara satu sama lain dan ibu bapa bersama Nisa' Gombak.


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. .bersabda:

"Tiada suatu kaum pun yang sama berkumpul dalam salah satu rumah dari rumah-rumah Allah - yakni masjid - sambil membaca Kitabullah dan saling bertadarus di antara mereka itu, melainkan turunlah ketenangan di atas mereka, serta mereka akan diliputi oleh kerahmatan dan diliputi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebutkan mereka itu kepada makhluk-makhluk yang ada di sisiNya - yakni para malaikat."

(Riwayat Muslim)


Dengan Nama ALLAH yg maha pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi ALLAH, TUHAN yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian org2 yg bersyukur & kesudahan yg baik bg org2 yg bertaqwa. Selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dari juga keatas keluarganya dan shbt2nya.

Ya-ALLAH, TUHAN kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yg maha mendengar lagi maha mengetahui, Terimalah taubat kami, ssghnya Engkaulah maha penerima taubat lagi mangasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jln yg lurus berkat Al-Quran. Ya-ALLAH, kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran & jdkannya , cahaya, petunjuk, & rahmat utk kami. Ya-ALLAH ingatkan kami apa yg kami lupa dari Al-Quran , dan ajarlah kami apa yg kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, & Kurniakan kami keupayaan utk membacanya pd waktu mlm & siang, & jdkan Al-Quran itu sbg hujah utk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya-ALLAH, hiasilah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran, serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, & pakaikanlah kami dgn pakaian permata Al-Quran. Masukkanlah kami ke dlm syurga dgn syafaat Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia & azab hari akhirat dgn berkat kehormatan Al-Quran.

Ya-ALLAH jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami didunia sbg rakan & dialam kubur sbg kwn yg mesra pd hr kiamat sbg pembantu sbg cahaya penyuluh semasa menuju ke syurga sbg teman & sbg penghadang & pendinding api neraka, & jdkanlah Al-Quran utk kami sbg panduan & ikutan kpd segala kebaikan , dgn limpah kurnia kemurahan & kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan yg Maha Pemurah.

Ya-ALLAH tunjukilah kami dgn petunjuk Al-Quran , slmtkan kami daripada api neraka dgn sbb kemulian Al-Quran. Tinggikanlah darjat & martabat kami dgn sbb kelebihan Al-Quran, & hapuskanlah dosa kejahatan kami dgn sbb membaca Al-Quran. Ya-ALLAH, Tuhan yg mempunyai segala mcm kelebihan & Ehsan. Wahai Tuhan kami , berilah kami kebaikan di dunia & kebaikan di akhirat , & peliharalah kami dari azab api neraka.

ALLAH mencucuri rahmat & slm sejahtera keatas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga & shbt2 baginda sekalian. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yg mempunyai keagungan & kekuasaan dari apa yg mereka katakan & salam sejahtera kpd sekalian Rasul. Segala puji tertentu bg ALLAH, TUHAN yg Memelihara dan Mentadbir seluruh ALAM. AMIIN YA RAB.




Thursday, September 17, 2009

Jika memerintah, PAS jamin beri keadilan untuk semua

TELOK KEMANG, 18 Sept: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.

"Islam memberi hak kepada orang Islam dan bukan Islam. Sesuatu yang tidak dilarang oleh agama lain, jika PAS memerintah, maka PAS tidak akan haramkan," katanya.

"Tetapi, seperti babi, arak, rasuah, maksiat yang ditegah ke atas orang-orang Islam, maka tidak boleh dijual kepada orang Islam. PAS mahu mendidik umat Islam supaya menjauhinya," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyentuh isu bantahan pemindahan kuil ke Seksyen 23; dan kes pemindahan kandang babi yang dipercayai khalayak sebelum ini didalangi Umno.

Image

"Di Selangor, Umno nak tunjuk merekalah yang mempertahankan Islam walhal kerajaan Umno lalu menipu orang Islam sendiri dengan membina taman perumahan tanpa ditunjukkan wujudnya kuil berusia 150 tahun dalam plan kepada pembeli-pembeli rumah (di Seksyen 19).

"Mengarak kepala lembu, bukan sahaja menjadikan mereka menghina kepercayaan penganut Hindu, tetapi menunjukkan mereka tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

"Umno sanggup tidak menyelesaikan kes kandang babi di kawasan awam di Kedah berpuluh tahun, kerana nak jaga hati orang Cina. PAS difitnah khianat Melayu (dan) pentingkan Cina, walhal kerajaan Pakatan di Kedah sebenarnya hanya pindah kandang itu ke suatu kawasan yang lebih sesuai untuk orang Melayu dan Cina sendiri,"jelasnya dalam Majlis Perlancaran Jentera PAS N31 semalam.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan PAS bertepatan dengan ayat al-Quran, Surah an-Nisa' ayat 58. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kami menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya secara adil.

Image

Bercakap di pentas yang sama,Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Umno sekarang dikatakan kian terdesak apabila Presidennya Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan parti perkauman itu juga melaksanakan Islam.

"Dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Umno lihat PAS terus mendapat sokongan orang Melayu, Cina dan India. Akhirnya, mereka terdesak dan Najib terpaksa isytihar Umno juga parti (pelaksana) Islam (seperti PAS).

"Politik Islam yang diperkenalkan PAS mengajak manusia jadi baik. Politik yang ditegakkan Pakatan Rakyat mahu tolak apa juga kezaliman, rasuah dan penyelewengan. Itulah yang Umno bimbang, itulah yang rakyat lihat,"tegasnya.

Turut menyertai majlis itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Majlis yang disertai lebih 500 sukarelawan PAS tempatan itu berakhir dengan perlancaran portal rasmi Bagan Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat dijangka mengumumkan calon mereka pada 29 September depan.

Selain berdepan dengan parti perkauman Umno, PAS dijangka berdepan calon bebas Shahruddin Abdul Hamid yang mahu membangunkan aktiviti pelancongan setempat. - mks. _

Selipar tulisan ALLAh Muhammad di TESCO ISU HANGAT.TAKE NOTE SHBT2 SEISLAM






Dari inbox admin,

Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2) kat TESCO KAMPAR PERAK semalam.
Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan.
Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and aku buat report pada customer service depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga.
Depa tarik balik penjualan selipar tu...

Then semlm aku terjumpa lagi sekali then aku buat report suruh depa tarik balik...
Kali ni aku ambil gmbr sebagai bukti dan aku percaya akan ada lagi kejadian ni akan datang...

Jadi aku minta pada korang semua, tolong siasat benda ni kat TESCO tempat korang. Aku rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan "ALLAH & MUHAMMAD" tu.

Astaghfirullah Halazim....

p/s : Kerap Khaulah Azwar ingatkan pd shbt2 jgn beli barangan TESCO waalapun gile2 promosi tp itu pemikiran mereka utk cuba menghasut pemikiran org ISLAM..SELAMATKAN BARANGAN ISLAM.. depa ni sudah tentu daripada org2 KRISTIAN DAN YAHUDI.. SO PK2 lAH SENDIRI..BOIKOT BRGN DEPA...


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI