Friday, September 18, 2009

Tadarus Nisa& Khatam Al-Quran Anjuran Mslmt & Nisa Gombak





Nisa' Gombak BERJAYA mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Remaja pada 13 September, 2009 di Masjid Zakaria Bt 8. Majlis ini menggabungkan semua remaja Tadarus 3D Nisa' yang diadakan sepajang Ramadhan 1430 ini.

Insyallah dengan pengajuran program Khatam bersama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim semua peserta tadarus antara satu sama lain dan ibu bapa bersama Nisa' Gombak.


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. .bersabda:

"Tiada suatu kaum pun yang sama berkumpul dalam salah satu rumah dari rumah-rumah Allah - yakni masjid - sambil membaca Kitabullah dan saling bertadarus di antara mereka itu, melainkan turunlah ketenangan di atas mereka, serta mereka akan diliputi oleh kerahmatan dan diliputi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebutkan mereka itu kepada makhluk-makhluk yang ada di sisiNya - yakni para malaikat."

(Riwayat Muslim)


Dengan Nama ALLAH yg maha pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi ALLAH, TUHAN yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian org2 yg bersyukur & kesudahan yg baik bg org2 yg bertaqwa. Selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dari juga keatas keluarganya dan shbt2nya.

Ya-ALLAH, TUHAN kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yg maha mendengar lagi maha mengetahui, Terimalah taubat kami, ssghnya Engkaulah maha penerima taubat lagi mangasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jln yg lurus berkat Al-Quran. Ya-ALLAH, kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran & jdkannya , cahaya, petunjuk, & rahmat utk kami. Ya-ALLAH ingatkan kami apa yg kami lupa dari Al-Quran , dan ajarlah kami apa yg kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, & Kurniakan kami keupayaan utk membacanya pd waktu mlm & siang, & jdkan Al-Quran itu sbg hujah utk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya-ALLAH, hiasilah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran, serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, & pakaikanlah kami dgn pakaian permata Al-Quran. Masukkanlah kami ke dlm syurga dgn syafaat Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia & azab hari akhirat dgn berkat kehormatan Al-Quran.

Ya-ALLAH jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami didunia sbg rakan & dialam kubur sbg kwn yg mesra pd hr kiamat sbg pembantu sbg cahaya penyuluh semasa menuju ke syurga sbg teman & sbg penghadang & pendinding api neraka, & jdkanlah Al-Quran utk kami sbg panduan & ikutan kpd segala kebaikan , dgn limpah kurnia kemurahan & kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan yg Maha Pemurah.

Ya-ALLAH tunjukilah kami dgn petunjuk Al-Quran , slmtkan kami daripada api neraka dgn sbb kemulian Al-Quran. Tinggikanlah darjat & martabat kami dgn sbb kelebihan Al-Quran, & hapuskanlah dosa kejahatan kami dgn sbb membaca Al-Quran. Ya-ALLAH, Tuhan yg mempunyai segala mcm kelebihan & Ehsan. Wahai Tuhan kami , berilah kami kebaikan di dunia & kebaikan di akhirat , & peliharalah kami dari azab api neraka.

ALLAH mencucuri rahmat & slm sejahtera keatas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga & shbt2 baginda sekalian. Maha suci Tuhanmu, Tuhan yg mempunyai keagungan & kekuasaan dari apa yg mereka katakan & salam sejahtera kpd sekalian Rasul. Segala puji tertentu bg ALLAH, TUHAN yg Memelihara dan Mentadbir seluruh ALAM. AMIIN YA RAB.




No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI