Wednesday, May 13, 2009

Seronoknya MEntarbiyah & Sdh sediakah diri Di TARBiYAHKAN




JIWA TARBAWI NUQABA
” Akak, ana kalau akak ada ana rasa kuat, ada ruh. Kalau orang lain yang ajak pegi program ni, ana tak pegi. Tapi sebab akak ajak, ana bersemangat nak pegi”. Ujar adik usrah saya satu ketika- adik usrah yang sudah terikat janjinya dengan organisasi Islam sekian lama.
Lantas jawab saya ” Anti tak boleh bergantung pada ana je. Anti pulak yang perlu terus tarbiyyah orang lain dan enti la yang patut jadi pendorong orang lain pulak”. Dia mengangguk tanda faham, dan wajah bersemangatnya dapat saya kesan.

Tersentuh juga hati tatkala ungkapan ini terungkap oleh adinda ini setelah lama tidak bersua muka, bertentang mata. Mungkin ini buahnya tarbiyyah. Sering kali saya mengingatkan adik-adik saya di kampus- ” Sebagai naqibah, jiwailah jiwa tarbawi. Optimislah pada orang yang kamu didik”.Jiwa tarbawi seorang nuqaba bisa teruji dengan kerenah anak usrahnya. Sebagai bapa atau ibu usrah, falsafah sebuah keluarga harus di fahami dengan baik oleh naqib/ah.
Seorang ibu tanpa syarat menumpahkan kasih sayang kepada anak-anaknya, seorang bapa tanpa rungutan membanting tulang menyara keluarga, bahkan ibu mahupun bapa cukup sifatnya memaafkan segala salah silap anaknya.
Kadangkala kedegilan anak di balas senyum, tangisan anak dibalas dengan suapan kasih sayang. Bahkan walau seteruk manapun anaknya, dihati seorang ibu, seorang ayah, mereka tetap anak-anak yang bertakhta di hati. Ternukil juga dalam sirah kisah Al-Qamah yang diberi maaf oleh ibunya setelah sekian lama diguris hati si ibu tua.
Idealistikkah sifat itu untuk di pasakkan ke dalam hati para nuqaba’?

KONFLIK ‘ANAK-ANAK’
Dalam keluarga, bila anak-anak bermasalah ibu bapalah yang paling resah, paling gelisah. Bagi yang punya jiwa pentarbiah,jiwa pendidik, jiwa murabbi, kegelisahannya HARUS terpancar tatkala ‘anak-anak’ didiknya di rundum permasalahan. Masalah akademik, masalah inferior, masalah keluarga, masalah ekonomi, masalah sosial, masalah peribadi. Boleh jadi antara mereka ‘terpaksa’ menerima hakikat masalah yang membelenggu kerana tiada belaian kepedulian dari seorang yang bernama NAQIB/NAQIBAH.

Jiwa naqib/Naqibah akan teruji bila datangnya konflik,begitu juga dengan pemimpin. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang MAMPU mengurangkan peratusan konflik dalam organisasinya. Ingin menghapuskan langsung, ianya bercanggah dengan dengan sunnatuLLAH. Nuqaba’ akan diuji sifat optimistiknya, di uji egonya, diuji kesabaran dan lain-lain sudut.
Sebagai kajian kes, si A didalam organisasinya agak kerap bersifat menongkah arus,dilihat memakai ‘topi hitam’ (Rujuk 6 topi berfikir De Bono),bahkan dilabel sebagai ‘anti-establishment’ oleh pimpinan. Nampaknya si A ini individu berkontroversi. Malahan, sifat lantangnya dan critical thinkingnya, sering menjadi modal sebahagian ahli organisasi bercerita bahkan mungkin mereka-reka cerita. Jika anda naqib/naqibah kepada si A, apa tindakan anda?Adakah anda berkata :
Jawapan 1: Sia-sia saja aku usrahkan budak ni, last sekali tak reti nak hormat orang lain. Banyak bebenor cerita teruk pasal dia ni. Ah, aku tak nak redha la ilmu-ilmu yang aku bagi kat dia ni!Lantak dialah! ATAU
Jawapan 2: Aku naqibnya. Aku mesti jumpa dan bincang dengannya. Yang pasti aku optimis dengannya, baik aku ‘Fatabayyanu’ dulu dan dengar hujahnya dulu. Bukannya dengar cerita-cerita orang je. Islam ni tertegak dengan hujah bukannya individu. Aku mesti jumpa dia!
Jawapan mana yang banyak mencenderungkan anda? Mahu dengar kata pimpinan atau mahu bersemuka dan berbicara ‘heart by heart’ dengan adik usrah? Disini kemampuan anda menekan butang PAUSE amat penting, kesediaan mengamalkan WIN-WIN situation amat diperlukan.
TENANGLAH PARA NUQABA/NAQUBAH

Hassan Al-Banna pernah menyebut tentang hak-hak ahli kepada pemimpin, yang dinukilkan oleh Sheikh Mustafa Masyhur dalam Kitabnya ‘Thariqudda’wah Baina Qiadah Wa Jundiyyah’ (Jalan Dakwah: Antara pemimpin dan pengikut). Nada yang sama boleh digunakan untuk menghuraikan hubungan nuqaba’- mad’u. Memetik kata Al-Banna :
” Dalam seorang guru di sudut memberi ilmu , hak seorang sheikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah polisi umum dakwah . Dakwah Ikhwan merangkumi semua makna ini”.
Naqib/Naqibah yang baik adalah naqib yang mampu melaksanakan hak di atas secara konsisten; sebagai bapa, sebagai guru, sebagai sheikh dan sebagai pemimpin. Ketenangan, kemahiran, kemampuan jiwa tarbawi amat perlu di bina dalam diri sang pentarbiyyah. Tidak reaktif namun proaktif adalah sifat penting pentarbiah dakwah Islam.

MENVISI DAN MEMISIKAN MAD’U
Menepati dari sasaran atau goal Ikhwanul Muslimin dalam matlamat khususnya yang lima iaitu :
Bina’ Fardhul Musleem
Bina’ Bait Musleem
Bina’ Mujtama’ Musleem
Bina’ Daulah Islamiyyah
Bina’ Ustaziatul Alam - Khilafah
Jiwa pentarbiyyah yang baik adalah pentarbiah yang mendidik dan memandu. Melorong jalan dan membuka ruang, ke arah melahirkan individu yang berdikari perlu menjadi modus operandi pentarbiyyah. Bukan sifat pentarbiyyah, jika tidak menerima hakikat kalau anak didiknya menjadi terdidik dan terlatih melebihi dirinya.
“Nampaknya dia ni dah lebih dari aku ni, lawan taukeh ni!” Getus hati seorang ‘naqib’. Tidak puas hati agaknya.Alangkah buruknya sifat begini.Malang sungguh kalau punya ‘naqib/Naqibah’ begini.Syadid dan mensyadidkan.

Melorongkan jalan kepada adik usrah contohnya membantu diri mereka melengkapkan diri dengan muwasafat tarbiyyah yang 10 ini (lihat gambar sebelah). Sepuluh elemen ini saya kira melengkapkan empat elemen asas PQ-SQ-EQ-IQ. Pakej lengkap yang perlu bagi bakal-bakal daei. Tunjukkan GOAL yang jelas pada mad’umu, supaya mereka mampu ‘Begin With The End In The Mind’.
BACALAH, ADIKKU..
Naqib/Naqibah mesti menggalakkan adik-adiknya membaca, adakan diskusi buku, susun marhalah supaya ada peningkatan mutu pembacaan dan brain storming. Semestinya, naqiblah yang mula-mula mesti rajin membaca. Baru disuruh adik-adiknya. Walk your talk!
Saya mencadangkan nuqaba’ menyediakan Online Book Shelf untuk tatapan adik usrahnya. Boleh juga di lontarkan perbincangan melaluinya, atau sekurang-kurangnya sinopsis ringkas sebagai rujukan. Tool menarik ini saya temui beberapa minggu yang lepas.Menarik untuk dibina bagi peminat buku tegar. Mudah saja sign in, upload buku, dan update perkongsian. Tool yang saya maksudkan ialah GOODREADS. Dapatkan book shelf anda di alamat dibawah, juga saya sertakan Book Shelf shbt ana untuk perkongsian.
Goodreads application
Book Shelf Ahmad Asyraf Shari

Sungguh tool ini amat menarik dan sesuai digunakan oleh penggemar buku. Seronok melihat book shelf online, di rumah secara live, diluar rumah secara maya. Penggunaan yang boleh memaparkan buku yang telah dibaca, sedang dibaca atau akan dibaca. Terpulang pada anda untuk menamakan apa sahaja, tetapi bagi saya ia medium yang baik untuk proses controlling dan follow up pembacaan kita. Ayuh mencubanya!
SERONOKKAH MENTARBIYYAH?
Soalan ini hanya boleh di jawab oleh para pentarbiyyah. Jika mereka berdisiplin dan menghayati falsafah pendidikan dalam gerakan Islam, mereka akan seronok. Saya juga berkongsi rasa yang sama, seronok di tarbiyyah kemudian mentarbiyyah. Hanya orang yang ditarbiyyah layak mentarbiyyah - pesan murabbi saya. Rela di tarbiyyah untuk mentarbiyah sudah menjadi pegangan hidup saya sekian lama.
Mentarbiyyah membawa nilai memBERI, bahkan memberi tanpa sebab untuk menerima. Boleh juga dikatakan memberi tanpa syarat. Jika ia diserapi didalam sanubari pentarbiyah dan nuqaba, nescaya ia membuahkan keseronokan. Seronok kerana hanya mengharap reward di ’sana’ bukan disini. Ameen.

“Jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya” - Hasan AlBanna
Sabda Rasulullah Sallahu alayhi wasallam: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. (Hadis Riwayat Jabir bin ‘Abdullah radiallahu ‘anha)
Seronokkah mentarbiyyah?
Selamat mentarbiyyah.

Tuesday, May 12, 2009

TARBIYAH ISA-Libatkan keluarga dlm proses PENTARBIYAHAN











Tarbiyah Tapol adalah seorang yang sudah berkeluarga, satu lagi aspek tarbiyyah yang mesti dilonjakkan dalam penjara adalah tarbiyyah isteri, anak-anak dan ahli keluarga.

Isteri dan anak-anak mesti terus diyakinkan bahawa da'ie Tapol tidak bersalah tetapi sebaliknya ia dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang rakuskan kuasa.


Isteri dan anak-anak mesti berdiri teguh dan bangga kerana memiliki seorang pemimpin keluarga yang cekal menghadapi tribulasi dan ujian. Bahkan, isteri dan anak-anak juga mesti disanjung kerana turut tabah menghadapi penyeksaan emosi dipisahkan secara paksa dengan orang yang mereka kasihi.
unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga adalah seperti kut:
1) Adakan pertemuan keluarga
2) Pastikan isteri dan anak-anak anda menziarahi anda pada setiap kesempatan yang ada diberi oleh pihak penjara. Sebaik-baik setiap minggu.

3) Wujudkan sistem sokongan untuk memudahkan perjalanan dan perbelanjaan mereka
menziarahi anda sekerap mungkin. Dalam konteks kempen mansuhkan ISA, Gerakan
Mansuhkan ISA atau GMI akan membantu.

1) Memberi persetujuan agar GMI membantu keluarga anda.
2) Anda juga mesti beri galakan dan sokongan agar isteri dan anak-anak anda menghubungi dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada GMI.

Tujuan utama lawatan keluarga adalah untuk membolehkan anda mengetahui perkembangan di luar secara langsung daripada isteri dan anak-anak. Pada masa yang sama juga, isteri dan anak-anak anda juga mesti dimaklumkan secara langsung tentang perkembangan yang berlaku kepada anda di dalam penjara.

First hand news adalah mustahak. Ia menyuntik kekuatan dan keyakinan untuk terus bangkit menentang kezaliman. Lawatan keluarga mesti dijadikan medan bagi senaikkan semangat anda dan isteri serta anak-anak anda.

Unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga mesti diserlahkan dalam lawatan keluarga.
Bahkan dengan memasuki kawasan penjara, khasnya kem tahanan seperti Kem Kamunting dapat menimbulkan satu perasaan yang lain daripada lain dalam diri isteri dan anak-anak!


Kem Kamunting yang merupakan sebuah kandang menahan orang tanpa bicara adalah satu simbol kezaliman dan kemunkaran yang besar di negara ini. Jiwa muda anak-anak yang memasuki tempat yang menjadi simbol kezaliman tersebut sudah pasti akan ditarbiyyahkan untuk terus berazam sepanjang hayat mereka menentang dan menghapuskan kezaliman!


Manfaatkan pertemuan keluarga untuk membakar semangat pengorbanan dan semangat perjuangan anda, isteri, anak-anak dan anggota-anggota keluarga anda. Dalam pertemuan keluarga bincang dan cakaplah apa yang anda sekeluarga mahu! Mintalah isteri dan anak-anak bercerita tentang penyelewengan, rasuah, penipuan dan pembohongan yang sedang dilakukan oleh pemerintah!

Usah hiraukan pengawal yang memantau dan mencatatkan perbualan anda! Anggaplah mereka tidak wujud! Proses sedemikian adalah satu pentarbiyyahan bagi isteri dan anak-anak anda untuk berani demi mempertahankan hak kebebasan mereka untuk bersuara.


1) Semarakkan lagi pertemuan keluarga dengan meminta anak-anak anda menyanyikan lagu- lagu atau nasyid yang menaikkan semangat! Minta juga mereka buat persembahan dan lakonan yang bertemakan kezaliman dan penindasan serta perjuangan melawan kezaliman dan penindasan!
2) Selaraskan tindakan menentang kezaliman -Apa yang anda fikir, rancang dan lakukan mesti seiring, sehaluan dan seragam dengan apa yang difikir, dirancang dan dilakukan oleh isteri, anak-anak serta rakan-rakan anda di luar.

3) Keselarasan dan keseragaman tindakan di dalam dan di luar penjara dalam kempen menentang kezaliman akan membawa hasil yang lebih berkesan.
Pertama sekali, anda mesti menjadikan lawatan keluarga sebagai saluran paling utama bagi menyelaraskan sikap, semangat dan keazaman antara anda dengan isteri dan anak-anak anda.
Proses ini mesti dikekalkan sepanjang mana anda berada dalam penjara. Jika dua tahun, sepanjang dua tahunlah anda mesti menyelaras dan menseragamkan sikap, pendirian dan tindakan bersama.

Jika empat tahun?...mesti juga seragam! Jika lapan tahun? ... mesti terus seragam!! Insya'Allah jika anda, isteri, anak-anak dan rakan-rakan di luar berjalan seia-sekata serta bertindak secara strategik bersama-sama, penahanan anda akan menjadi terlalu panas bagi pemerintah jika mereka sambung melebihi dari dua tahun!
urat setiap minggu
Pastikan anda menulis surat berunsur tarbiyyah setiap minggu kepada isteri dan anak-anak.
Gunakan sepenuhnya peluang menulis surat yang diperuntukkan oleh penjara. Surat anda akan dibaca dan ditapis oleh pihak penjara. Tiada apa yang perlu anda gusarkan jika apa yang anda tulis hanyalah kebenaran.

Tulis sejelas-jelasnya perasaan hati serta pemikiran anda. Tumpukan penulisan surat untuk anak-anak agar mereka sentiasa teguh pendirian dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Mereka mesti ditarbiyyah untuk terus sabar dan tabah dalam mendukung keyakinan.
Kongsi pengalaman dan bacaan Kongsi pengalaman dan tarbiyyah yang anda dapati sepanjang menjalani kehidupan dalam penjara dengan isteri dan anak-anak anda. Kongsi juga pengetahuan dan ilmu yang anda perolehi daripada buku-buku yang dibaca dalam penjara dengan isteri dan anak-anak.

Sampaikan pengalaman serta ilmu pengetahuan ini kepada mereka semasa lawatan keluarga. Lebih-lebih bagus jika anda kongsi perkara-perkara ini melalui penulisan surat yang anda kirim setiap minggu kepada mereka.
Surat-surat itu kemudian akan dibaca oleh anak-anak kepada anak-anak anda pada suatu hari kelak. Tarbiyyah anda untuk anak-anak anda akan menjadi bahan tarbiyyah bagi cucu-cucu anda juga!
rkan jaringan lawatan keluarga
Lebarkan tarbiyyah keluarga kepada anggota-anggota keluarga anda yang lebih besar. Aturkan agar bapa, ibu, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ahli-ahli keluarga yang lain datang menziarahi anda di penjara.
Langkah ini akan menjadikan mereka lebih memahami perjuangan anda. Mereka juga dapat menyaksikan bagaimana anda dizalimi dan dianiaya secara live oleh Umno-BN!_

Memperingati 13mei, Tok Guru Nik Aziz sampaikan amanat pagi ni

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia, jam 11.30 pagi ini.

Menurut laman web Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan beberapa blog yang lain, intipati amanat Menteri Besar Kelantan itu ialah mengenai peristiwa 13 Mei dari perspektif baru termasuk kegagalan Umno yang menerajui negara sehingga tercetusnya peristiwa hitam itu.
Difahamkan Pejabat Menteri Besar Kelantan turut menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk mendengar amanat penting itu di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim pagi ini.
Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun dijangka akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.
Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi www.kelantan.tv
Sementara itu menurut laporan agensi berita Nik Aziz mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.
Katanya, peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita semalam.
Nik Aziz berkata, rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian.
"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.
Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain. - azm/mks. _

mahkamah uMPAMA gELANGGANG sarkas dIGUNA bn SESUKA HT


Wan Nordin Wan Yaacob Wed May 13, 09 7:08:18 am MYT
IPOH, 13 Mei (Hrkh)
- Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.
Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.
Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pengesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.
Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.
Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.
"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yang amat singkat ini mengejutkan,"katanya.
Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.
Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.
Walhal,Nizar sudah tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.
Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah. Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.
Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.
Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.
Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya. Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.
Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya
menambah benci rakyat kepada BN./wann_

Monday, May 11, 2009

PERHEBATKAN AKTIVITI USRAH BARU ROHANI KITA KUAT JEMAAH JD KUAT


Doa seorg abid, Ya-ALLAH hdp dan matikanlah kami dlm landasan agamamu,m masukkan kami dlm golongan org2 yg telah kau pilih utk membantu agamamu, masukkanlah kami dlm golongan yg paling sedikit, amiin ya rab.
Melibatkan diri ke dlm sebuah jamaah Islam merupakan satu tuntutan ke atas seorang individu muslim..
Jamaah ini akan membimbing kita,membimbing diri,keluarga,masyarakat,negara dan akhirnya akan membimbing dunia agar sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan utama dalam setiap tindak-tanduk seharian.
Tapi,ramai yg tersalah anggap setelah menyertai jamaah..Mereka fikir hidup mereka akan menjadi lebih tenang,lebih kuat dan lebih mudah memperoleh kesenangan hidup kerana telah dianggap membantu agama Allah,jadi Allah juga akan mudah membantu mereka..Inilah satu penafsiran yg sering disalah anggap.
Apabila kesalah tanggapan ini sering terjadi,maka inilah yg mencetuskan masalah dan akhirnya ramai yg akan lari dari jalan jamaah ini akibat tidak faham dgn apa yg dibawa.Bagaimana untuk faham? Di sinilah pentingnya usrah!Once kita telah melibatkan diri dgn jamaah,jgn diletakkan usrah pada posisi yg terkebelakang,tetapi usrahlah yg wajib diletakkan di hadapan.Usrah akan mengajar kita erti sebenar hidup berjamaah.Usrah diibaratkan seperti keluarga, kita lebih kenali hati shbt2 kita, 1 minggu kalau tak berjumpa shbt, kita akan merindui mereka krn hubungan hati dan doa sentiasa bersama, kdgkala ukhwah dlm jemaah lebih rapat dgn keluarga kita coz... Usrah yg kerap kali bertemu membuat kita lebih terbuka berkongsi sesuatu dgn shbt2 berbanding dgn famly kita sendiri yg kdgkala kita sukar untuk bercerita lebih2 kalu keluarga kita bukan org jemaah.. so dgn ada ada usrah inilah kita merapatkan ukhwwah fillah, ksh syg dlm jemaah semakin kuat..


Usrah akan mendidik kita erti sebenar perjuangan Islam.Usrah akan menguji tahap keimanan kita.Usrah akan menambahkan ilmu di dlm diri kita.Usrah akan menjadi panduan utk kita faham jalan perjuangan Islam through jamaah.Segalanya di dlm jamaah adalah bermula dgn usrah.

Utk kita faham ttg perjuangan Islam,kita perlu berusrah.Utk kita kuat jati diri,kuat keimanan,tetap pendirian dgn jamaah adalah melalui usrah..Jadi,perkukuhlah usrah kerana cara ini adalah cara terbaik untuk kita berikan kefahaman tentang perjuangan Islam.Perhebatkan aktiviti usrah.Barulah kita akan kuat!Barulah jamaah kita akan kuat! Hidupkan usrah dgn berbagai cara jgn jdkan usrah itu menjadi hambar, murung dll.. Ini sekadar peringatan buat kita semua.Ambillah apa yg baik drpd penulisan ini utk kita sama-sama fikirkannya..Wallahu'alam

ALHAMDULILAH NIZAR DISAHKAN MENJADI MB BESAR PERAK.TAKBIR!!!

Nizar Menteri Besar Perak^^ kepimpinan dan pentadbiran 4:38 PM
dari berita harian online... Note :Ceramah perdana 16/5/2009 Bersama MB Nizar , Utz Nasharuddin Md Isa, YB Siva Kumar di Stadium Melawati S.ALAM.. datang beramai2 untuk sokongan....

Kenangan bersama adk2 ku di Bukit Gantang, Minda dan pandangan ku beliau merupakan org yg berkelibier dlm semua bidang samada politik, agama dll.ada harapan jd PM.. Nyah BN.. Sebut betul....Tanda dengung & sabdu sebut betul2 dgn makrajnya... UMMMNO... Insya-ALLAH doa sentiasa bersama buat insan bergelar Pejuang ISLAM, AMANAH & HARAPAN RAKYAT.

Ya-ALLAH bantu kami dlm membawa & menyebarkan dakwahmu kurniakan kami pemimpin yg bertanggungjwb, berpandukan alquran dan alsunah,,, jauh dpd sifat2 tercel, amin ya rab..

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.

alhamdulullah....kuasa Allah..membantu pentadbiran islam..

Jom sertai kami PERTANDINGAN BOWLING NISA'09,


Salam Ukhwwah buat semu pengujung yg ziarah blog ana.. disini ana wakil dpd Nisa Gombak menjemput semua shbt sahabiah utk bersama bowling Nisa. berbagai acara diadakan yg akan dirasmikanoleh Yb Dato' Dr. Hasan Ali..
Sila hubungi kami ditalian 013-6893185, Azwar untuk sebarang pertanyaan. Masih terbuka kepada yg berminat masukkan bola dlm longkang,.he,he, rapatkan ukhwwah dgn rabitah hati dgn adanya prg2 jemaah. EVERYBODY CAN PLAY.. BUT ONLY MUSLIMAH.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI