Monday, December 30, 2013

Awas fitnah malam . jom turun malam tahun baru


Risalah Dakwah 003

Awasi Fitnah Malam

1. Hari ini pasti sahaja ramai yang akan bergegas ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Aman TURUN dengan maksud untuk mendesak kerajaan supaya TURUNkan harga barang dan keperluan asas rakyat agar mereka tidak terus dihimpit sengsara. Ertinya himpunan ini mempunyai matlamat yang suci dan murni.

2. Namun kita semua tahu bahawa :

الغاية لا تبرر الوسيلة

Matlamat (yang baik) tidak menghalalkan cara (yang salah).

maka semua bentuk cara berhimpun yang salah dan tidak menepati syara' mestilah dihindari agar matlamat yang suci itu tidak dicemari dengan cara yang salah. Sebalik para peserta himpunan mestilah menunjukkan satu sikap dan akhlak yang baik.

3. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah :

a) Para peserta yang beragama Islam mestilah jaga waktu solat. Sebaiknya solat jamaah di tapak himpunan tersebut atau di masjid berdekatan. Seterusnya diiringi doa dan munajat mohon Allah buka pintu hati para pemimpin negara untuk laksanakan Islam dan juga mohon ekonomi dan politik negara stabil dan rakyat sejahtera.

b) Elakkan sama sekali pergaulan bebas dan keadaan bersesak - sesak lelaki dan perempuan kerana ini akan mencetuskan fitnah pada agama dan diri kita semua. Pada setiap kali perhimpunan, muslimah atau kaum wanita wajib berjalan dalam kelompok mereka sendiri dan jangan sekali - kali masuk berhimpit di kelompok kaum lelaki.

c) Oleh kerana Himpunan kali ini diadakan pada waktu malam, selayak muslimah tidak keluar menyertai himpunan tersebut kecuali ditemani atau diiringi mahram. ( Bahkan himpunan di siang hari pun sayugianya muslimah ditemani mahram atau bergerak dalam kumpulan mereka yang ramai sekira - kira diri mereka selamat dari pelbagai fitnah). Awasi fitnah malam. Pelihara maruah dan kesucian wanita muslimah. Saya kira memadai dengan kaum lelaki keluar beramai - ramai di malam hari sebegitu untuk nyatakan sikap, perasaan dan suara mewakili rakyat agar kerajaan segera TURUN kan kos sara hidup yang kian tinggi.

d) Muslimah boleh menyertai semangat himpunan TURUN ini dengan menganjurkan solat dan munajat di rumah atau markaz masing - masing agar TURUN berjaya mencapai objektif dan kerajaan pula segera berbuat sesuatu untuk kebaikan rakyat.

e) Peserta hadir dengan aman tanpa sebarang provokasi. Jangan membawa sebarang alat merbahaya. Jangan rosakkan harta awam dan jangan mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jaga kebersihan, berikan hak lalu lintas dengan tertib dan gembirakan masyarakat sekitar dengan memberi salam dan melemparkan senyuman termasuk kepada pihak polis yang diarah berkawal. Saya harap pihak polis juga jangan keterlaluan dan mencetus provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan water canon. Benarkan lah rakyat dengan aman secara tertib dan harmoni.

4. Alhamdulillah tajuk akhbar hari telah mula menampakkan kesan langsung dari kebangkitan rakyat apabila kerajaan mengumumkan pelbagai langkah penjimatan termasuk memotong elaun keraian menteri. Tahniah TURUN. Tahniah kepada pengerusi atau penyelarasnya adinda saya Sdr Azan Safar. Meskipun baru - baru beliau ditangkap polis, namun pengorbanan beliau menarik perhatian dan membuka mata sebahagian besar rakyat agar berani bertindak dan bangkit mendesak kerajaan agar tidak menindas rakyat.

5. Hanya ada dua pilihan bagi kerajaan dalam mendepani kemelut ini dan ia sangat penting. 

Pertama : TURUNkan harga barang juga pelbagai keperluan asas rakyat supaya rakyat tidak sengsara dengan kos yang mencanak naik

Kedua : Jika kerajaan bertegas dengan sikap terus NAIKkan segalanya sehingga rakyat terbanyak terus dibebani kos sara hidup yang tinggi maka pilihan yang ada ialah kerajaan mesti TURUN atau bersedia untuk di TURUNkan (bukan diGULINGkan) dalam pilihanraya umum yang akan datang Insyaallah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Mahad Tahfiz Sains Teknologi Bakal Dibina

Shah Alam : Sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi akan bakal dibina semua daerah di .
seluruh Selangor , kata Exco Hal Ehwal Islam, Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

"Tujuan ditubuhkan sekolah Maahad  Tahfiz Sains untuk melahirkan pelajar berhati luhur dan mempunyai kefahaman Al -Quran yang mantap. 

Insya-Allah usaha ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia le 10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke 11 agar permintaan terhadap pendidikan agama dapat dipenuhi", katanya.

Menurut Sallehen perkara ini akan diteliti sebaiknya untuk mencapai tahap kepuasan hati dan kecemerlangan agar segala pencapaian yang di tetapkan terhadap kualiti pelajar dapat di capai. 

Beliau kata demikian dalam Majlis Graduasi Qurra Pelajar MITST Negeri Selangor 2013 di Dewan Jubli Perak baru-baru ini dengan menyampaikan sijil  kepada 172 pelajar yang telah tamat tamat pengajian hafazan 30 Juzuk Al - Quran.

Sallehen yang juga merupakan YDP PAS DUN Sabak menambah lagi, permintaan terhadap pendidikan agama khususnya Maahad Tahfiz semakin tinggi ekoran kesedaran masyarakat semakin tinggi betapa pentingnya pendidikan agama. 

Hadir sama dalam majlis tersebut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, December 29, 2013

Kami Benar-Benar Taubat Tinggal Al Qrqam -HatijahAam:


SHAH ALAM: Hatijah Aam,  Pengerusi Eksekutif, Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) berharap masyarakat tidak meragui taubat yang dilafazkan beliau bersama bekas pengikut Al-Arqam.


“Ikrar taubat yang  saya lafazkan bersama kira-kira 400 pengikut ajaran yang diasaskan Ashaari Muhammad itu lahir daripada kesedaran  kami  terhadap kesilapan lalu.

Dana anak yatim yang sebelum ini didakwa diselewengkan, saya dalam proses untuk dikembalikan semula kepada penerima sebenar setakat mana termampu , kata Hatijah  pada sidang media Majlis Istitabah Pengikut Al-Arqam, di Hotel Concorde, di sini baru-baru ini.

Ketika menjawab satu soalan, Hatijah berkata, kini tidak ada individu yang masih ‘ditahan’ beliau seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Hatijah turut mempelawa pihak yang berminat untuk melihat sendiri perubahan cara hidup dan tempat ibadah bekas pengikut Al-Arqam di Bandar Country Homes Rawang.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi; kami hari ini bertaubat dan menyesal dengan sebenar taubat dan kami begitu hina dan menyesal dengan perbuatan lalu kami.
Hatijah dan beberapa pengikut Al Arqam tandatangi surat sumpah 

“Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan selayaknya (wajib) atas kami untuk tidak akan memberi sebarang ruang walau sebesar zarah kepada tempias dan sisa fahaman juga pegangan untuk berdetik serta berlegar di hati kami, apatah lagi kepada insan sesama Islam yang lain,” katanya.

Dalam majlis taubat itu, Hajijah melafazkan persiytiharan taubat di hadapan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin; Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Profesor Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussein.

Editor : Khaulah Azwar

Jingga 13 Tekad mahu saman Amar Singh



Jingga13Shah Alam : Amizudin Ahmat,  Timbalan Koordinator Jingga 13,  berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang.
“Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan,” katanya dipetikMalaysiakini.
Polis SAMMAmizudin berkata kami tidak teagak-agak untuk ambil tindakan saman yang akan diberikan kepada akhbar Utusan Malaysia dan stesen TV3, yang menyiarkan tuduhan tersebut, sekiranya Amar Singh tidak menarik kembali dakwaan terhadap Jingga 13.
“Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan kami adalah berupa fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan,” kata beliau.

Selamat Kembali ke Sekolah Walaupun Semua Harga Naik.

salam apakhabar semua,semoga semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. 


Lagi beberapa semua pelajar akan memasuki alam persekolahan. Ibubapa paling sibuk buat persiapan anak-anak walapun pahit menelan dengan harga kenaikan yuran, barang-barnag keperluan anak-anak. 

Sabar teruskan berfikir bagaimana untuk turunkan harga barang.. dan turunkan pemimpin yang zalim.. 


Semoga semua persiapan fizikal, mental rohani dan jasmani juga telah siap. Bukan sekadar membuat persiapan barang2 keperluan anak2 belajar sahaja. 

Untuk pelajar semoga sudah pasang niat belajar dengan betul untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia akhirat. Lihat keperitan ayah ibu kita yang bersusah payah mencari wang untuk bayar yuran, beli barang keperluan. Mungkin ayah ibu ada yangs ampai ikat perut menahan  lapar untuk berjimat cermat.


Ibubapa yang ingin daftar anak-anak ke tuisyen LASAK sila hubungi kami di talian 013-6893185- 017-2436875. 

Insya-Allah kawasan batu caves akan diadakan pada hari ahad jam 9.00 pagi- 2.30 ptg. semoga usaha kecil kami diterima Allah SWT dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat.

Sunday, December 22, 2013

Final KEM KEMUDI Bersama Mantop Training

salam,  Masih ada kekosongan untuk mereka yang berminat menghantar anak-anak ikuti kem kemudi bersama mantop training. 

Tarikh : 28-30 Disember, 2013
Tempat : Kem Raudhah Bt 12 Gombak.
Yuran : RM 180 

sIla download file borang, proposal kem kemudi untuk tindakan segera.

Aktiviti tahan lasak, ceramah motivasi, LDK, Smart Solat , Explorance, dan banyak lagi .. 

Sehubungan itu, sukacitanya pihak kami menawarkan jika tuan / puan berjaya mengumpul peserta 50 orang, potongan diberi RM50. wawarkan kepada saudara mara, kenalan, anak-anak kakitangan syarikat tuan / puan. 

Mohon sebaran ke group dan kenalan.,kerjasama semua pihak diharapkan. sekian terima kasih

Berminat hubungi : 013-6893185, 017-2436875

Sunday, December 15, 2013

Tazkirah : Jika Allah Tidak Perlu Kita lagi

Tazkirah

Apakah Kita semua sedar, Moga di jauhkan dari kesibukan dunia hingga lupa bekalan akhirat.. moga allah pelihara kita semua agar tidak dijauhkan dengan Allah SWT..


Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan jalankan perniagaan
Allah akan sibukkan kita dengan urusan tambahkan harta
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

🚫Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

✅Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka pilih utk tidak akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia

✅kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

✅tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.🏡💶

Kenapa kita tidak cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

kita tidak cemburu melihat orang lain lebih amalan daripada kita
kita tidak cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali... Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman
apabila duit, harta dan pangkat atasi segala- galanya..
setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin. tetapi kita telah lupa dengan bertambah umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...
kita patut muhasabah mengenai bekalan.
ke satu perjalanan yang jauh.
yang tidak akan kembali..buat selama-lamanya.

sesungguhnya mati itu benar.

Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...

Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg membawa kesedaran dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Selamat beramal.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI