Sunday, December 29, 2013

Kami Benar-Benar Taubat Tinggal Al Qrqam -HatijahAam:


SHAH ALAM: Hatijah Aam,  Pengerusi Eksekutif, Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) berharap masyarakat tidak meragui taubat yang dilafazkan beliau bersama bekas pengikut Al-Arqam.


“Ikrar taubat yang  saya lafazkan bersama kira-kira 400 pengikut ajaran yang diasaskan Ashaari Muhammad itu lahir daripada kesedaran  kami  terhadap kesilapan lalu.

Dana anak yatim yang sebelum ini didakwa diselewengkan, saya dalam proses untuk dikembalikan semula kepada penerima sebenar setakat mana termampu , kata Hatijah  pada sidang media Majlis Istitabah Pengikut Al-Arqam, di Hotel Concorde, di sini baru-baru ini.

Ketika menjawab satu soalan, Hatijah berkata, kini tidak ada individu yang masih ‘ditahan’ beliau seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Hatijah turut mempelawa pihak yang berminat untuk melihat sendiri perubahan cara hidup dan tempat ibadah bekas pengikut Al-Arqam di Bandar Country Homes Rawang.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi; kami hari ini bertaubat dan menyesal dengan sebenar taubat dan kami begitu hina dan menyesal dengan perbuatan lalu kami.
Hatijah dan beberapa pengikut Al Arqam tandatangi surat sumpah 

“Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan selayaknya (wajib) atas kami untuk tidak akan memberi sebarang ruang walau sebesar zarah kepada tempias dan sisa fahaman juga pegangan untuk berdetik serta berlegar di hati kami, apatah lagi kepada insan sesama Islam yang lain,” katanya.

Dalam majlis taubat itu, Hajijah melafazkan persiytiharan taubat di hadapan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin; Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Profesor Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussein.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI