Sunday, December 15, 2013
Anwar- Kenapa Tidak Dakwa Saya Syiah ????
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak lebih sebagai agenda Umno BN untuk menjatuhkan musuh politik mereka.
Lebih malang katanya, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) juga dilihat cuba dijadikan boneka oleh pemimpin politik BN bagi mencapai matlamat itu.
Menurut Anwar, sekiranya kerajaan sudah cukup bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya dipetik The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya semalam.
KDN sebelum ini mendedahkan '10 bukti' yang mengaitkan Mohamad terlibat ajaran Syiah yang salh satunya mendakwa kerana Mohamad mengagumi Khomeini.
Bagaimanapun bukti itu dilihat banyak pihak sebagai dangkal dan ramai dikalangan pemimpin politik termasuk dari Umno sendiri memperlekeh pendedahan itu.
Mengulas bukti itu Anwar berkata, semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah melawat Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Khomeini.
Kelmarin KDN tampil dengan kenyataan terbaru menggesa Mohamad sebagai individu yang dituduh, untuk mengemukakan bukti menafikan tuduhan yang dibuat mereka.
Mereka juga mendakwa akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah kepada Jakim untuk tindakan lanjut.
Selangor capai sasaran pengeluaran kelapa
Shah Alam : Selangor telah berjaya melepasi sasaran pengeluaran kelapa sawit. Sehingga Ogos lalu sebanyak 104, 421` metrik tan pengeluaran kelapa sawit telah berjaya di keluarkan ,kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.
Jumlah pengeluaran kelapa sawit tersebut bernilai RM 80.12 Juta yang di perolehi itu melepasi sasaran negeri berbanding keperluan penggunaan 100.454 metrik tan kelapa pada tahun ini.
Menurut beliau, Jabatan Pertanian Selangor melaksanakan Program Pemulihan dan Penanaman Semula kelapa sejak 1998 yang memberi tumpuan kepada kaedah integrasi tanaman bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa.
Katanya, Kerajaan negeri mempertuntukkan RM300,000 untuk program itu, Kita beri galakan kaedah pertanian semula kerana tidak menggunakan racun merbahaya dan dapat menjaga alam sekitar dan dapat meningkatkan pendapatan petani.
Beliau kata demikian dalam progam pelancaran kempen pengawalan perosak tanaman kelapa perinkat negeri selangor yang telah dihadiri oleh Pengarah Pertanian Selngor, Mohammad Idrus Ab Hamid.
Kempen itu dilancarkan serentak seluruh negeri bertujuan memberi penerangan berkenaan perosak utama antaranya kumbang tanduk, kumbang jalur merah, ulat artona, ulat beluncas yang boleh menjejaskan tanaman kelapa.
Majlis itu telah dihadiri seramai 200 pekebun kecil sekitar selangor, disini.
Editor : Khaulah Azwar
Wednesday, December 11, 2013
Sallehen Gesa Kerajan Pusat dan Pengusaha Perikanan selesai Isu Ukuran Jala Dengan Baik
SHAH ALAM : Exco Hal Ehwal
Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menggesa kerajaan
Pusat dan persatuan pengusaha perikanan menyelesaikan isu ukuran jala dan
larangan penggajian tenaga asing dengan kadar segera, sebelum pengguna terjejas
akibat dari protes nelayan yang berterusan sejak 1 November lalu.
Beliau
berkata demikian selepas mendapati pihak Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani enggan berganjak dan komuniti nelayan tekad meneruskan protes tidak
turun ke laut sehingga penguatkuasaan peruntukan tertentu dalam Akta Perikanan
1985 ditarik-balik.
Saya sedang
giat memantau situasi melalui pertemuan dengan komuniti nelayan. Pihak saya sedia membantu agar perbincangan antara
kedua-dua pihak dimuktamadkan.
“Kita
tidak kata penguatkuasaan itu tidak betul dan kita juga tidak kata tindakan
nelayan itu tidak betul, tetapi bagi saya untuk memurnikan keadaan, perlu
diadakan pendengaran awam.
“Pandangan
golongan nelayan dan semua pihak terbabit perlu diambil kira dan jalan
penyelesaian dicari menerusi situasi menang-menang,” katanya.
Sallehen
yang juga merupakan YDP PAS Sabak Bernam menjelaskan lagi, pada 1 November lalu, pihak
Kementerian menguatkuasakan undang-undang menetapkan saiz lubang pukat
diperbesarkan dari 25 milimeter kepada 38 milimeter. Saiz keseluruhan pukat
juga dipendekkan kepada 3 meter sahaja.
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata saiz
lubang kecil sedia-ada turut memukat anak-anak ikan lantas menyebabkan bekalan
ikan secara keseluruhannya terjejas.
Nelayan
bagaimanapun berkata saiz lubang yang besar menyebabkan hasil tangkapan
berkurangan sehingga 60 peratus. Nelayan turut berkata anak-anak ikan yang
terperangkap dijual sebagai kudapan untuk budidaya perikanan dan baja.
Dasar
baru itu juga menetapkan nelayan sehingga Zon B (lima batu nautika dari pantai)
tidak dibenarkan menggunakan khidmat warga asing.
Khidmat
warga asing hanya dibenarkan bagi nelayan di Zon C (12 batu nautika dari pandai
dan lebih). Pemegang lesen harus berada diatas kapal yang berlayar di laut.
Selangor Melahirkan Ramai Tokoh Pendakwah Muda Dari Pelbagai Lapisan
SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal
Islam Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi menyifatkan perkembangan Islam di
Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai menakjubkan berikutan
kerancakkan penganjuran program-program bercorak keagamaan di negeri ini
samdada di dilakukan aktiviti tarbiyah dan dakwah di masjid atau di surau-surau.
Jelasnya,
keadaan itu didorong oleh kesungguhan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan semua pihak terlibat
dalam menyebarkan kefahaman sebenar Islam.
“Alhamdullilah
saya lihat perkembangan Islam di Selangor khususnya lebih lima tahun ini adalah
satu perkembangan yang cukup baik dengan program yang disusun (JAIS), (MAIS),
Jabatan Mufti dan sebagainya.
“Saya
kira kader - kader baru perlu diberi banyak latihan sebagai satu program yang menyeluruh, malah
mereka perlu mempunyai pelan tindakan untuk lima tahun akan datang. Perkara ini
perlu dilakukan bagi menguji seseorang sebelum di lantik secara rasmi. Ini adalah bertujuan bagi menghasilkan
kader-kader yang berkualiti dan bertauliah.
Secara
jujur saya lihat Selangor telah Berjaya melahirkan ramai tokoh pendakwah muda dari Pelbagai Lapisan
”, kata Sallehen.
Beliau
yang juga merangkap DUN Sabak Bernam menambah lagi “Program dakwah di Selangor
juga dijalankan dengan mempunyai wawasannya, bukan sekadar memenuhi syarat,
saya amat terharu dan gembira dengan perkembangan ini,” ujarnya selepas
menyampaikan anugerah Tokoh Pendakwah Selangor 2013 di Dalam Program Muzakarah
Pendakwah dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor yang diadakan di Dewan
Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Program yanga di adakan itu seramai
tiga orang menerima anugerah Tokoh Pendakwah iaitu, Shah
Kirit yang memeluk Islam pada 1996.
Shah
Kirit ketika di temubual oleh wartawan beliau berkata, Selangor juga semakin
banyak melahirkan tokoh pendakwah muda dari pelbagai lapisan dari Institusi
Pengajian Tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan di kalangan
saudara baru.
Ini menunjukkan generasi
islam kini semakin mantap dan berwawasan dan perlu di contohi di Negara-negara
lain bagi melahirkan generasi ilmuan yang bermanfaat kepada orang lain.
Shah Kirit yang mempunyai
pengalaman berdakwah di serata dunia merupakan Duta Dakwah Saba Islamic Media
Sdn Bhd dan beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan
2012, Tokoh Saudara Muslim Muslimin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) pada 2010 dan Tokoh Saudara Kita Maal Hijrah 2011 Negeri Selangor.
![]() |
| Sallehen Exco Agama menyampaikan anugerah kepada shah kirit |
Sementara
itu, Penerima Anugerah Tokoh Pendakwah Wanita, Datin Aminah Zakaria pula
berkata usaha gigih Kerajaan Negeri bagi memperbanyakkan program keIslaman
wajar dicontohi negeri-negeri lain.
“Saya
harap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan usaha mengilmukan masyarakat Selangor
ini dan saya doakan segala langkah, perbelanjaan yang digunakan Kerajaan Negeri
untuk menyebar dakwah ini mendapat ganjaran maksima dari Allah dan minta Allah
terima segala amal pihak pentadbir Kerajaan Negeri, pegawai, kakitangan dan
rakyat Selangor semua, semuga dapat keberkatan Allah,” kata beliau.
Aminah
yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Muslimah Malaysia (Salimah) juga turut
terkenal sebagai penyampai ceramah mengenai ‘Fiqh Wanita’ di stesen radio Ikim
fm dan beberapa slot bimbingan wanita dalam rancangan Al-Hidayah di TV3.
Beliau
juga kerap mendapat undangan untuk menyampaikan ceramah agama di serata dunia
termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Brunei dan Singapura.
Manakala
penerima anugerah Tokoh Penolong Pendaftar Nikah Selangor, Aziz Mahmood
merupakan seorang bekas Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Seri Lanang.
Beliau
yang juga memegangan jawatan Timbalan Nazir di Masjid At-Tawqwa, Pekan Banting
kini juga aktif sebagai penceramah kursus Haji.
Ketiga-tiga
tokoh terbabit masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil, piala
iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen
Mukhyi .
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

