Wednesday, December 11, 2013

Sallehen Gesa Kerajan Pusat dan Pengusaha Perikanan selesai Isu Ukuran Jala Dengan Baik


 SHAH ALAM : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menggesa kerajaan Pusat dan persatuan pengusaha perikanan menyelesaikan isu ukuran jala dan larangan penggajian tenaga asing dengan kadar segera, sebelum pengguna terjejas akibat dari protes nelayan yang berterusan sejak 1 November lalu.

Beliau berkata demikian selepas mendapati pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani enggan berganjak dan komuniti nelayan tekad meneruskan protes tidak turun ke laut sehingga penguatkuasaan peruntukan tertentu dalam Akta Perikanan 1985 ditarik-balik.
Saya sedang giat memantau situasi melalui pertemuan dengan komuniti nelayan.  Pihak saya  sedia membantu agar perbincangan antara kedua-dua pihak dimuktamadkan.
“Kita tidak kata penguatkuasaan itu tidak betul dan kita juga tidak kata tindakan nelayan itu tidak betul, tetapi bagi saya untuk memurnikan keadaan, perlu diadakan pendengaran awam.
“Pandangan golongan nelayan dan semua pihak terbabit perlu diambil kira dan jalan penyelesaian dicari menerusi situasi menang-menang,” katanya.

Sallehen yang juga merupakan YDP PAS Sabak Bernam  menjelaskan lagi, pada 1 November lalu, pihak Kementerian menguatkuasakan undang-undang menetapkan saiz lubang pukat diperbesarkan dari 25 milimeter kepada 38 milimeter. Saiz keseluruhan pukat juga dipendekkan kepada 3 meter sahaja.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata saiz lubang kecil sedia-ada turut memukat anak-anak ikan lantas menyebabkan bekalan ikan secara keseluruhannya terjejas.
Nelayan bagaimanapun berkata saiz lubang yang besar menyebabkan hasil tangkapan berkurangan sehingga 60 peratus. Nelayan turut berkata anak-anak ikan yang terperangkap dijual sebagai kudapan untuk budidaya perikanan dan baja.
Dasar baru itu juga menetapkan nelayan sehingga Zon B (lima batu nautika dari pantai) tidak dibenarkan menggunakan khidmat warga asing.
Khidmat warga asing hanya dibenarkan bagi nelayan di Zon C (12 batu nautika dari pandai dan lebih). Pemegang lesen harus berada diatas kapal yang berlayar di laut.



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI