Wednesday, September 11, 2013

Pendafatran Tuisyen LASAK Darjah 3-5

Salam sejahtera insyaallah tuisyen latih tubi subjek kritikal (lasak) akan di buka untuk darjah 1_5 di  Sekolah Sri Al-Huda, Gombak (Dekat Sekolah Kebangsaan Sg Pusu dan UIA).  

Ibubapa di jemput daftar anak-anak ikuti tuisyen lasak.

Berikut adalah subjek kritikal :

Matematik, B. Inggeris, Dunia Sains Teknologi dan Bahasa Arab.

Yuran : Pendaftaran : RM50
Yuran Setiap Subjek : RM50
Buku Latihan dan Kertas Exam Setiap bulan per subjek : RM30
Yuran Makan sebulan RM20.
Kenangan bersama  3000 pelajar di Dewan Jubli Saat Akhir Exam


Bagi anak-anak yang masih tidak boleh membaca umur 4 _7 tahun , Tuisyen lasak sedia membantu dengan ikuti kelas intensif membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Yuran Setiap subjek RM60. Pendaftaran RM50. 

Sebarang pertanyaan hubungi talian 0136893185.

Pendaftaran sentiasa dibuka tiada tarikh tutup.Terima kasih.

Jom Heret Motor Protes Harga Kenaikan Minyak


1. Insyaallah, pada hari jumaat ini 13 Sept 2013 jam 5.00 petang akan diadakan satu gimik PROTES kenaikan harga minyak dengan mengheret motor sejauh 1 Kilometer.


2. Bermula dari R & R Sungai Buloh ke utara. Insyaallah protes ini akan dipimpin oleh Timbalan Presiden GESA al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad. 

3. Sementara saya sendiri selaku Presiden GESA bersama rakan - rakan Jabatan AMAL Kawasan Temerloh akan berkumpul di Padang Awam Kubang Gajah pada hari dan masa yang sama sebelum mengheret motor sejarak 1 kilometer sebagai gimik bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

4. Semua warga prihatin dijemput hadir bersama menyertai gimik bantahan ini dengan motor masing - masing. Kepada mereka yang tiada motor juga boleh hadir dengan berjalan bersama kami sambil membawa banner bantahan. Insyaallah rakan - rakan DACS dan ARC tempatan akan turut bersama.

5. Sebarkan pada semua.

Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Terbongkar Gaji Fathul Bahri di Bayar UMNO


Dr. Asri telah mendakwa dalam tweeternya berkenaan gaji individu yang di katakan Fathul Bari. Jikalau benar dakwaan Dr. Asri, maka terjawablah kenapa Fathul Bari beria-ria benar mempertahankan Umno dan pemimpinnya dalam isu-isu yang membangkitkan kemarahan rakyat.



Terbaru, Fathul Bari mengeluarkan 'fatwa' kenaikan harga barang adalah ketentuan Allah ekoran pengumuman kerajaan memotong subsidi 20 sen petrol RON95 dan diesel. 


'Fatwa' tersebut telah mengundang kritikan hebat dari ahli akademik, pemimpin politik dan orang ramai..

Sunday, September 8, 2013

Dr Zaharuddin- Price Lifting. Ulama UMNO Berhati-hati keluar statement


Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun menyandarkannya terus kepada Allah sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha memotong unsur kezaliman yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. 

Lihat Allah swt mengharamkan Riba. Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). 

Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :

بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال 

Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013

Tahniah Pelajar LASAK perolehi 100% Ujian Gerak Gempur Ogos.

Alhamdulilah tahniah kepada pelajar tuisyen LASAK yang hadir setelah sebulan tak bersua.


Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dapat keputusan cemerlang dalam ujian gerak gempur bulan ogos dengan perolehi keputusan 100%.


Teruskan usaha anda. Terima kasih kepada semua guru-guru tuisyen LASAK dan Sriah Al Huda atas kerjasama anda semua. Mabrook









Sebarang pertanyaan pendaftaran kemasukan tuisyen LASAK darjah 1-5 subjek kritikal Matematik, Sains, Bahaasa Inggeris dan Bahasa Arab hubungi di talian 013-6893185. 

Semoga sedikut usaha kecil ini diterima Allah SWT. 

Khas Untuk Rakyat Malaysia Akibat Kenaikan Barang semua jadi perit.

Khas untuk semua rakyat malaysia.. ye cita2 ku nak pakai kereta besar, rumah besar tapi semua terbantut akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan dapur.. semua hanya tinggal harapan.. semua angkara pemimpin yang hanya penting diri sendiri tanpa peduli rakyat yang hidup susah. 

Moga terhibur walaupun pahit nak menelan.. walaupun aku tak undi UMNO tapi terkena juga bahana nya..  


Friday, September 6, 2013

Kesan Naik Minyak RON95 20 Sen Harga Rumah Bakal Naik 10%. Orang Muda Harus Sedar

SHAH ALAM, 6 SEPT – Berikutan dengan Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.
rumah
Laporan The Star yang memetik kenyataan wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.
Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.
Datuk Seri Michael Yam Kong Choy,  Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.
“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu,”katanya.
Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.
Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.
Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.
Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI