Wednesday, September 11, 2013

Jom Heret Motor Protes Harga Kenaikan Minyak


1. Insyaallah, pada hari jumaat ini 13 Sept 2013 jam 5.00 petang akan diadakan satu gimik PROTES kenaikan harga minyak dengan mengheret motor sejauh 1 Kilometer.


2. Bermula dari R & R Sungai Buloh ke utara. Insyaallah protes ini akan dipimpin oleh Timbalan Presiden GESA al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad. 

3. Sementara saya sendiri selaku Presiden GESA bersama rakan - rakan Jabatan AMAL Kawasan Temerloh akan berkumpul di Padang Awam Kubang Gajah pada hari dan masa yang sama sebelum mengheret motor sejarak 1 kilometer sebagai gimik bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.

4. Semua warga prihatin dijemput hadir bersama menyertai gimik bantahan ini dengan motor masing - masing. Kepada mereka yang tiada motor juga boleh hadir dengan berjalan bersama kami sambil membawa banner bantahan. Insyaallah rakan - rakan DACS dan ARC tempatan akan turut bersama.

5. Sebarkan pada semua.

Ketua Pemuda PAS Malaysia.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI