Monday, January 28, 2013
Kematian Adik William Yau Ambil Iktibar -Wan Azizah
KUALA LUMPUR 28 JAN: Tragedis kematian adik William Yau Zhen Zhon harus menjadi iktibar agar kejadian sedemikian tidak berulang lagi, saran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, masyarakat setempat, ibu bapa dan penjaga haruslah lebih berwaspada serta sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat terutamanya di tempat-tempat yang sesak, taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.
Wan Azizah berkata demikian merujuk tragedi menyayat hati menimpa Wiliam,6, yang ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu selepas seminggu hilang dari rumahnya di Putra Heights, Subang.
Ujarnya “sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita,” kata Wan Azizah dalam kenyataan medianya.
"Negara pernah bersedih dengan berita kematian Nurin Jazlin (2007), Sharlini (2008) dan terbaru, kematian ngeri Dirang yang dibakar di Johor baru-baru ini.
“Mengenang kepada tiga peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama,” Katanya.
Sehubungan itu, Wan Azizah menggesa pihak polis wajar memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak.
“Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tekad untuk membanteras.
“Marilah kita bersama-sama berpegang tangan, berganding bahu untuk terlibat secara total dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam melindungi kanak-kanak,” katanya.
Editor : Khaulah Azwar
Sunday, January 20, 2013
Anwar Menang Saman Utusan Malaysia
K.Lumpur, 21 Jan : Setelah berkali-kali disahkan menyebar fitnah.. hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO atau Utusan Malaysia media kebanggan pencacai UMNO disahkan sekali lagi menyiarkan fitnah..
Mahkamah Tinggi hai ini memutuskan Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Hakim Datuk VT Singham juga berkata ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.
“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” Hakim Singham memberitahu mahkamah.
“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif.”
Saturday, January 19, 2013
Penduduk Kesal Curi Air Berlaku
Gombak : Saat kerajaan negeri
Selangor berusaha mengatasi kemelut masalah air di negeri ini yang tidak
mendapat kerjasama Syabas dan Kerajan Pusat terdapat pula pengunaan curi
saluran air di kawasan perumahan Taman Desa Minang, Gombak disini.
| Penduduk menemui saluran getah disambung kawasan rumah |
Norlina
Kassim menetap di Lorong 5 berkata, semenjak kilang-kilang di bina di
tapak tanah pertanian milik tanah kerajaan kami dapati tekanan air di kawasan
rumah penduduk semakin kecil, dan kotor. Hal ini bukan berlaku di Lorong 5
sahaja bahkan setiap lorang kawasan perumahan taman ini.
Saya menyedari apabila setiap bulan penapis air di rumah saya
terpaksa ditukar dan tekanan air semakin kecil. Apabila di siasat saya menemui
beberapa saluran paip getah telah di tanam bawah tanah dan terus di salurkan di
kawasan semua kilang.
Justeru, saya amat berharap pihak berwajib, Syabas, Majlis
Perbadandaran Selayang (MPS), Polis membuat siasatan bagaimana perkara ini
boleh berlaku. Boleh dikatakan Kilang-kilang telah curi air di kawasan
perumahan kami, katanya.
Yap Yin Sang, rata-rata penduduk disini
meragui bagaimana kerja-kerja pemasangan paip getah di bawah tanah dilakukan
tanpa pengetahuan penduduk.
“Patutlah bil air rumah semakin tinggi dan air yang kami
terima kecil, kotor dan berbau busuk. Pihak kilang mengaut keuntungan dengan
menggunakan saluran air penduduk sekitar disini, dan menjadi mangsa adalah
penduduk.
| Saluran Paip getah air di tanam bwh tanah ditemui disalur ke Kilang |
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak sewajarnya
kerajaan pusat, syabas menyalahkan kerajaan negeri Selangor tidak memberi kerjasama
berusaha atasi masalah air sedangkan telah terbukti ada tangan ghaib yang
menukarkan meter dan paip air sehingga memberi tekanan kepada penduduk”.
Pengurus Kilang TH Cycling, Chin Chee Keong ketika di temubual oleh wartawan telah menegaskan
bahawa syarikatnya telah berdaftar dan
mempunyai bil air dan elektrik.
Namun apabila wartawan minta bukti bil air, pihak kilang
gagal membuktikan bil air seperti yang dikatakan. Hal ini telah di tunggu
wartawan hampir setengah jam di pejabat TH Cycling untuk mendapat kepastian bil
air yang dinyatakan oleh kilang.
Selain itu, didapati terdapat banyak tangki air setiap kilang,
saluran paip getah yang bermula di kawasan perumahan Taman Desa Minang dan disalurkan ke kawasan kilang.
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Desa Minang Dato’
Haji Wan Mohd Safiain Haji Wan Hasan pula berkata, perkara ini disedari apabila
kita membuat lawatan turun padang bersama penduduk yang sedang membuat bantahan terhadap
Kilang-kilang yang dibina disini kerana memberi gangguan bising.
Apabila kita berhimpun didapati terdapat kesan saluran air
mengalir dan telah disedari beberapa penduduk.
| Penduduk Bantah Curi Air oleh Kilang |
Saya ingat paip air bocor tetapi tidak. Penduduk mengadu
terdapat air kotor, tekanan air rendah berlaku dan apabila disiasat boleh
dikatakan setiap lorong kawasan perumahan ini mempunyai saluran paip getah yang
ditanam bawah tanah. Terdapat getah-getah yang telah rosak telah terkeluar dan
diganti dengan getah baru.
Justeru, saya amat berharap pihak berwajib Ahli Majlis
Perbadanran Selayang (MPS) Zon 7, Maznah Abdul Aziz , Penyelaras Pusat Khidmat
Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Sallehudin Nasir, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dapat membantu
penduduk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan.
Masalah air harus diselesaikan sebaiknya dengan mendapat
kerjsama Syabas, dan Kerajaan Pusat, katanya.
Menurut Dato’ Haji Wan, kerja –kerja yang dilakukan oleh
pihak berkenaan menggambarkan mereka terdiri golongan professional sehingga tidak dapat dikesan
penduduk sebelum ini.
Editor : Khaulah Azwar
Tazkirah : Jangan Mati Dalam Kemaksiatan Kepada Allah
Mati dalam kemaksiatan selalunya digambarkan apabila
seseorang itu mati di disko, mati ketika minum arak, mati ketika menagih dadah,
mati ketika berzina, dan lain-lain.
Tetapi tahukah anda bahawa mati ketika mendedahkan aurat di
hadapan ajnabi (free hair, pakaian ketat, berseluar pendek, pakai tudung
singkat, dan lain-lain) juga adalah mati dalam kemaksiatan kepada Allah.
Maka bagi muslimat peliharakan iman mu. Semakin berusia, semakin senjanya umur kita, perlulah ubah diri kearah kebaikan.
Jika dahulu tudung
labuh menutupi bentuk tubuhmu, maka peliharakanlah jangan di buka sedikit demi
sedikit sehingga orang lain mampu membayangkan bentuk tubuh badanmu. Janglah
sampai Allah tarik sifat malu dalam diri kita. Moga istiqama dalam apa yang
kita lakukan sehingga akhir hayat.
Begitu juga mati dalam keadaan kita membenarkan kemungkaran
tanpa ade sebarang perasaan marah sedikit pun di dalam hati...
10 Tahun Alami Gangguan Bising, Desak Kementerian Kesihatan, MPS ambil tindakan
Desa Minang, Gombak, 19 Jan : Seramai 30 orang penduduk berhimpun membuat bantahan terhadap Kilang TH Cycling yang telah mengganggu ketenteraman penduduk sekitar di situ kerana memberi gangguan bising sehingga lewat 12 malam.
TH Cycling adalah sebuah Kilang pembuangan sisa bahan plastik, peralatan kereta rosak telah di tubuhkan 10 tahun lalu di kawasan itu.
Yap Yin Sang selama 28 tahun tinggal di kawasan Lorong 6, melahirkan rasa marahnya apabila pihak Kilang tidak ambil perhatian dengan aduan penduduk.
Katanya, semenjak kilang ditubuhkan gangguan bising telah menjejaskan tidur semua penduduk disini. Penduduk sekitar sering merungut apabila tidak cukup tidur akibat gangguan bising yang berpunca daripada kilang berkenaan.
Saya mengalami sakit tua hendak berehatpun tidak menyenangkan hati lebih-lebih lagi apabila kilang tersebut operasi sehingga 12 malam.
| Yap Yin Sang |
Menurut Yap, Lima tahun lalu kilang tersebut ikut waktu operasi tetapi selepas itu kilang berkenaan bekerja tujuh hari sehingga lewat malam.
Norlina Kassim menetap di Lorong 5, turut tidak berpuas hati dengan kilang tersebut.
Katanya, semenjak Kilang ini di tubuhkan, kawasan perumahan kami berbau busuk terutamanya rumah-rumah yang berhampiran Kilang. Tapak kawasan Kilang yang di tubuhkan disini dikenal pasti adalah tapak pertanian milik kerajaan kini begitu semak tanpa pengurusan berkala sehingga di dapati nyamuk begitu banyak di kawasan perumahan penduduk.
Akibat daripada itu, ramai penduduk sering mengalami demam denggi. Setiap bulan kita sering menerima aduan ada sahaja penduduk yang masuk Hospital kerana mengalamai demam denggi.
Gangguan bising diberi oleh Kilang bukan sahaja menjejaskan kepada golongan warga emas tetapi ibubapa dan pelajar juga.Anak-anak saya masih belajar di peringkat Sekolah Menengah dan Universiti, mereka tidak dapat beri tumpuan belajar dan kurang tidur sebab gangguan bising, ujarnya dengan kesal.
John Muthya, Kawasan Lorong 6, telah menetap selama 38 tahun, akibat sikap tidak bertanggungjawab Kilang tersebut saya amat berharap agar isu ini mendapat perhatian daripada pimpinan setempat seperti Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Ahli Majlis Zon 7 dan Kerajaan negeri Selangor dan kementerian kesihatan.
Kami sebagai penduduk merayu agar semua pihak berwajib dapat atasi kemelut yang kami alami selama sepuluh. Kami sudah tidak tahan dengan keadaan bising, nyamuk, dan sebagainya yang berpunca daripada Kilang –kilang yang dibina disini.
Dan kami juga mempertikaikan bagaimana semua Kilang ini mendapat kelulusan daripada kerajaan terdahulu, MPS kerana ini kawasan perumahan bukan kawasan kilang, soal John pada media.
Justeru, kami berharap Kementerian Kesihatan, kerajaan negeri dan pimpinan setempat dapat mengambil perhatian aduan penduduk disni, katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan di kawasan tapak seluas 2 ekar didapati empat buah kilang antaranya Kilang Papan, Kilang Besi, Kilang Kosong tetapi ada beberapa bungkusan pasir dan simen, dan Kilang TH Cycling. Didapati gangguan bising berpunca daripada TH Cycling dan tiga buah kilang lagi tidak memberi gangguan bising.
Chin Chee Keong, Pengurus TH Cycling ketika di temubual wartawan beliau menjelaskan Kilang ini telah beroperasi 10 tahun lalu dengan mendapat permit sementara daripada (MPS), mengikut operasi waktu bekerja iaitu Isnin- Sabtu 8.30 pagi sehingga 6.30 petang, dan Ahad 9.00 pagi-5 petang.
| Chin Pengurus TH Cycling |
Pihaknya berkata, memang saya akui kilang pernah operasi daripada waktu yang telah ditetapkan tetapi kami berhenti apabila penduduk buat bantahan. Mungkin kilang lain yang beroperasi tidak ikut jadual yang ditetapkan.
Pihak wartawan juga telah mendapati lesen sementara (MPS) yang di miliki oleh TH Cycling telah tamat tempohnya dan bil air di minta tidak diberi oleh syarikat terbabit.
Sehubungan itu, Ahli Majlis MPS Zon 7 Maznah Abdul Aziz pula berkata, pihak kita telah menerima aduan penduduk bulan lepas dan telah di usulkan dalam mesyuarat (MPS) tetapi saya tidak dapat hadir kerana bercuti melawat anak di luar negara.
Insya-Allah dalam masa terdekat, mesyuarat pembangunan dan perlesenenan akan diadakan dan saya akan minta penjelasan pihak MPS apakah tindakan yang telah dilakukan, katanya dalam sidang media.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)


