Saturday, January 19, 2013

10 Tahun Alami Gangguan Bising, Desak Kementerian Kesihatan, MPS ambil tindakan



Desa Minang, Gombak, 19 Jan :  Seramai  30 orang penduduk  berhimpun membuat bantahan terhadap Kilang TH Cycling  yang telah  mengganggu ketenteraman  penduduk sekitar di situ kerana memberi gangguan bising sehingga  lewat 12 malam.
Antara Penduduk bantah terhadap kilang TH Cycling
TH Cycling adalah sebuah Kilang pembuangan sisa bahan plastik, peralatan kereta rosak telah di tubuhkan 10 tahun  lalu di kawasan itu.

Yap Yin Sang  selama 28 tahun tinggal di kawasan Lorong 6, melahirkan rasa marahnya apabila pihak Kilang tidak ambil perhatian dengan aduan penduduk.

Katanya, semenjak kilang ditubuhkan gangguan bising telah menjejaskan tidur semua penduduk disini. Penduduk sekitar sering merungut apabila tidak cukup tidur akibat gangguan bising yang berpunca daripada kilang berkenaan.

Saya mengalami sakit tua hendak berehatpun tidak menyenangkan hati lebih-lebih lagi apabila kilang tersebut operasi sehingga 12 malam.

Yap Yin Sang
Jarak rumah saya dan kilang 40 kaki begitu  memberi tekanan kepada saya  kerana bunyi bising yang sangat kuat. Selain itu, di dapati tanah disini juga telah runtuh dan batu-bata daripada Kilang Batu telah jatuh hampir rumah saya. Keadaan ini amat membimbangkan saya dan keluarga jika semua kilang ini terus beroperasi disini. Apakah akan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang, soal Yap.

Menurut Yap, Lima tahun lalu kilang tersebut ikut waktu operasi tetapi  selepas itu  kilang berkenaan bekerja  tujuh hari sehingga lewat malam.

Norlina Kassim menetap di Lorong 5,  turut tidak berpuas hati dengan kilang tersebut.

Katanya, semenjak Kilang ini di tubuhkan, kawasan perumahan kami berbau busuk terutamanya rumah-rumah yang berhampiran Kilang.  Tapak kawasan Kilang yang di tubuhkan disini dikenal pasti adalah tapak pertanian milik kerajaan kini begitu semak  tanpa pengurusan berkala sehingga di dapati nyamuk begitu banyak di kawasan perumahan penduduk.  

Akibat daripada itu, ramai penduduk sering mengalami  demam denggi. Setiap bulan kita sering menerima aduan ada sahaja penduduk yang masuk Hospital kerana  mengalamai demam denggi.    

Gangguan bising diberi oleh Kilang bukan  sahaja menjejaskan kepada golongan warga emas tetapi ibubapa dan pelajar juga.Anak-anak saya masih belajar di peringkat Sekolah Menengah dan Universiti, mereka tidak dapat beri tumpuan belajar dan kurang tidur sebab gangguan bising,  ujarnya dengan kesal.

John Muthya, Kawasan Lorong 6, telah menetap selama 38 tahun, akibat sikap tidak bertanggungjawab Kilang tersebut saya amat berharap agar isu ini mendapat perhatian daripada pimpinan setempat seperti Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Ahli Majlis Zon 7 dan Kerajaan negeri Selangor dan kementerian kesihatan.
Batu Bata dan Tanah runtuh di kawasan rumah penduduk

Kami sebagai penduduk merayu agar semua pihak berwajib dapat atasi kemelut yang kami alami selama sepuluh. Kami sudah tidak tahan dengan keadaan bising, nyamuk, dan sebagainya yang berpunca daripada Kilang –kilang yang dibina disini.

Dan kami juga mempertikaikan bagaimana semua Kilang ini mendapat kelulusan daripada kerajaan terdahulu, MPS kerana ini kawasan perumahan bukan kawasan kilang, soal John pada media.

Justeru, kami berharap Kementerian Kesihatan,  kerajaan negeri dan pimpinan setempat dapat mengambil perhatian aduan penduduk disni, katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di kawasan tapak seluas 2 ekar didapati empat buah kilang antaranya Kilang Papan, Kilang Besi, Kilang Kosong tetapi ada beberapa bungkusan pasir dan simen, dan Kilang TH Cycling. Didapati gangguan bising berpunca daripada TH Cycling dan tiga buah kilang lagi tidak memberi gangguan bising.

Chin Chee Keong, Pengurus TH Cycling ketika di temubual wartawan  beliau menjelaskan Kilang ini telah beroperasi  10 tahun lalu dengan mendapat permit sementara daripada (MPS),  mengikut  operasi waktu bekerja  iaitu  Isnin- Sabtu  8.30 pagi sehingga 6.30 petang, dan  Ahad 9.00 pagi-5 petang.  

Chin Pengurus TH Cycling 
Apabila di soal lagi oleh  pihak  wartawan kepada Chin, Pengurus TH Cycling , penduduk sekitar  telah memaklumkan bahawa waktu operasi adalah 8.00 pagi sehingga 12 malam yang sekaligus memberi gangguan kepada penduduk. Jika kilang ini telah mendapat permit daripada MPS, saya mahu lihat lesen tersebut.

Pihaknya berkata, memang saya akui kilang pernah operasi daripada waktu yang telah ditetapkan tetapi kami berhenti apabila penduduk buat bantahan. Mungkin kilang lain yang beroperasi tidak ikut jadual yang ditetapkan.

Pihak wartawan juga telah mendapati lesen sementara (MPS) yang di miliki oleh TH Cycling telah tamat tempohnya dan bil air di minta tidak diberi oleh syarikat terbabit.

Sehubungan itu, Ahli Majlis MPS Zon 7 Maznah Abdul Aziz pula berkata, pihak kita telah menerima aduan penduduk bulan lepas dan telah di usulkan  dalam mesyuarat (MPS) tetapi saya tidak dapat hadir kerana bercuti melawat anak di luar negara. 

Insya-Allah dalam masa terdekat, mesyuarat pembangunan dan perlesenenan akan diadakan dan saya akan minta penjelasan pihak MPS apakah tindakan yang telah dilakukan, katanya dalam sidang media.

 Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI