Sunday, November 18, 2012
MB : Teliti Kelulusan Projek Kondo Batu Caves Sebelum Ambil Keputusan - INFO 12
Inilah dia kebodohan UMNO laknatuallah, nak main isu terkena batang hidung sendiri. Tak teliti betul-betul.
Dalam mereka merancang kerja jahat, Allah juga merancang setiap kerja hambanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Ya-Allah bantulah kami dalam menegak kebenaran, amiin ya rab.
PM, SPA Di Gesa Pejabat Awam Bebas politik
SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digesa mengambil tindakan segera
bagi memastikan penjawat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bebas daripada
campurtangan politik.
Gesaan tersebut dibuat Ahli Parlimen Selayang, William Leong
berikutan tindakan terbaru JPA mengeluarkan notis pemindahan 24 jam
kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal
Abidin Aala yang ditukarkan ke INTAN.
“Tindakan ini bukan saja tidak professional tetapi juga secara
langsung menyekat penjawat awam daripada melakukan kerja mereka dengan
bebas, telus dan amanah.
“Ia akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pentadbiran
Kerajaan Negeri, kredibiliti Kerajaan Pusat malah lebih teruk lagi
adalah kesan kepada rakyat,” tegas beliau dalam satu kenyataan medianya.
Baru-baru ini, Zainal mendedahkan kelulusan bagi Projek Dolomite Park
Avenue bersebelahan dengan Kuil Batu Caves diberikan pada 30 November
2007 ketika pemerintahan Umno-BN.
Beliau juga melepaskan minit Mesyuarat Penuh MPS yang mendedahkan
tiga Ahli Majlis MIC, Rajakupal Sinnathamby, Jayakumaran Govindasamy dan
Rajandran Muniandy dan A. Kohilan Pillay (kini Senator dan Timbalan
Menteri Luar) merupakan antara ahli majlis yang meluluskan projek
tersebut.
Sebelum ini, pihak JPA juga didapati membuat lantikan dan pertukaran tanpa berbincang dahulu dengan Kerajaan Negeri.
Awal Oktober lalu, JPA mengumumkan pemindahan Datuk Bandar Petaling
Jaya, Datuk Mohamad
Roslan Sakiman tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.
Selain itu, pada 2011 perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri juga dibuat JPA tanpa persetujuan Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Justeru, saya menyeru agar Perdana Menteri dan SPA mengambil tindakan segera membetulkan keadaan ini.
“Jika mereka gagal, ini akan mengesahkan bahawa Program Transformasi
Kerajaan sememangnya satu slogan kosong dan lebih teruk lagi ianya juga
satu penghinaan kepada laungan janji Perdana Menteri sendiri,” tegas
beliau.
Thursday, November 15, 2012
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Kecam Kerajaan Pusat Tukar Penjawat Awam khususnya di negeri Selangor
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak profesional
Kerajaan Pusat yang telah menggunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
untuk melakukan pertukaran penjawat awam khususnya di negeri Selangor
secara mengejut dan terburu-buru.
Terbaru adalah kes Datuk Zainal Abidin A’ala, Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Selayang (MPS), yang telah diarahkan bertukar secara serta
merta ke Institut Tadbir Negara (Intan) bermula hari ini.
Sebelum ini kes pertukaran Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Datuk Bandar Petaling Jaya juga mengalami situasi yang sama.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata
pihaknya berasa kesal dan mempersoalkan motif sebenar tindakan
pertukaran ini yang mana ianya dilakukan di dalam situasi yang cukup
mengejutkan dan terburu-buru serta tidak mendapat pandangan dan maklum
balas daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu.
“Isu pertukaran secara mengejut penjawat awam itu telah menjadi
tragedi hitam di dalam sejarah hubungan baik di antara kerajaan Negeri
Selangor dengan JPA,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, katanya tidak menolak kemungkinan
pertukaran itu adalah disebabkan oleh keberanian Datuk Zainal Abidin
mempertahankan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Selangor di dalam
isu kondominium di Batu Caves yang diluluskan oleh MPS pada tahun 2007
iaitu semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional di Selangor.
Turut berada di dalam mesyuarat yang meluluskan projek tersebut
adalah Timbalan Menteri Luar sekarang, Kohilan dan tiga orang ahli
Majlis daripada MIC.
Hasbullah merangkap Ahli Majlis MPS Zon 13 menambah lagi, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan yang
menyatakan bahawa tindakan JPA untuk melakukan pertukaran secara
mengejut ini adalah sebagai satu ancaman dan ugutan yang didalangi oleh
kerajaan pusat bagi memastikan penjawat-penjawat awam yang bekerja
secara jujur, amanah dan berintegriti tidak memberikan sokongan dan
dukungan kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Kerajaan pusat telah secara tidak langsung mengkhianati dan tidak
menghormati prinsip ‘Kerajaan Memerintah Masa Kini (Government Today)’,”
katanya lagi.
Oleh itu, ujar beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengajak
seluruh penjawat awam di seluruh negara supaya menolak budaya politik
ugut dan ancam yang dilakukan oleh kerajaan pusat dengan menolak mereka
daripada tampuk pemerintahan negara dengan undi protes terhadap Barisan
Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Tegasnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengamalkan sebarang politik
balas dendam sekiranya diberikan peluang untuk memerintah negara ini
malah akan memberikan penghormatan yang sewajarnya kepada
penjawat-penjawat awam yang berdedikasi dan profesional di dalam
melakukan tugasan mereka.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga meminta kerajaan Negeri
Selangor supaya mengambil cakna terhadap perkara ini dan mengambail
langkah yang sewajarnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri supaya
ianya tidak akan berlaku lagi di masa hadapan,” ujarnya lagi.
Awasi usaha lagakan sesama parti Pakatan - Presiden
Beliau berkata, ahli biasa mahupun pimpinan di setiap peringkat harus berada dalam keadaan bersedia kerana mereka akan berhadapan dengan provokasi media dan BN yang mahu memporak perandakan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita.
"Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-58 yang bertema 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Putik, dekat sini, hari ini.
"Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting," katanya.
Ustaz Hadi juga menyeru semua pihak dalam parti melaksanakan tugas pilihan raya dengan penuh hikmah dan tertib agar rakyat mudah memahami dan menerima perjuangan PAS.
"Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah, bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT," katanya lagi.
Selain itu beliau turut membuat seruan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat agar menggunakan menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan urusan rakyat, meneruskan kerja kebajikan tanpa meninggalkan gerak kerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.
"Saya mengarahkan agar semua jentera parti, dewan-dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihan raya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan pusat," katanya.
Turut diingatkan beliau agar semua peringkat dalam parti menjaga hubungan sesama sendiri dan memperbaiki hubungan dengan Allah supaya segala urusan tidak tergendala.
"Saya mengarahkan semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada-Nya.
"Suasana menghadapi pilihan raya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT," katanya.
Rakan pena : Hazyani.
Pilihanraya nak dekat, Manfaatkan Muktamar
Berucap memberikan aluan pada muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini beliau berkata, para perwakilan harus menggunakan peluang muktamar ini sebaik mungkin kerana PAS sudah tidak banyak masa untuk menghadapi PRU13.
Justeru katanya, muktamar ini adalah masa paling penting yang ada untuk melakukan penambahbaikan dan persediaan untuk parti.
"Muktamar ini mesti digunakan untuk memberi kritikan membina kerana kita sudah tidak banyak masa untuk PRU13," tegasnya.
Menurt beliau lagi, semua pihak meyakini bahawa pilihan raya akan datang ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negara ini.
Ianya boleh dilihat dari kenyataan pemimpin-pemimpin Umno BN yang mendakwa pilihan raya kali ini adalah hidup mati bagi mereka.
"Sabab itu kita meyakini bahawa Umno BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka," tegasnya lagi.
Sehubungan itu gesanya, semua pihak dalam parti perlu bersiap sedia pada taham paling tinggi berdepan segala manipulasi yang akan berlaku.
Beliau juga memberi peringatan bahawa menawan Putrajaya 'bukan matlamat akhir' PAS dalam menyertai politik negara ini.
Namun ujarnya, matlamat lebih besar adalah mengisi kemenangan selepas itu dengan perinsip keadilan Islam dalam pemerintahan.
Selain pemimpin PAS, pimpinan Pakatan Rakyat lain yang hadir termasuklah Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw.
Turut hadir wakil-wakil gerakan Islam dari luar Negara, antaranya Hamas diwakili Ibrahim Yussof, Ahmad Kassir, Muslim Abu Omar, manakala Ikhwan Muslimin Syria diwakili, Dr Mohd Walid, Dr Riduan Alami, Dr Asalam Alamah.
Muktamar kali ini juga turut dihadiri ahli baru PAS khususnya dari kalangan bekas pegawai kerajaan, seniman dan artis, ahli kademik dan aktivis masyarakat.
Pada sesi pagi ini akan berlangsung Ucapan Dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dijangka memberi fokus khusus kepada beberapa isu termasuk persiapan PRU13.
SELAMAT BERMUKTAMAR ANSARUALLAH: Siap Sedia Hadapi Taufan Wang
KOTA
BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa
ahli parti melakukan tindakan secara terancang bagi melawan serangan
"taufan wang" yang bakal digunakan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Beliau berkata, PAS akan berdepan dengan ujian getir
iaitu rakyat dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain daripada
pelbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama Umno BN.
"Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.
"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno BN. Teguhlah dengan jemaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," katanya.
Beliau berkata, PAS akan berdepan dengan ujian getir
iaitu rakyat dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain daripada
pelbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama Umno BN."Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.
"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno BN. Teguhlah dengan jemaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," katanya.
![]() |
| Saf pimpinan Dewan Muslimat sedang bermuktamar |
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-58 yang bertema 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Putik, dekat sini, hari ini.
Dewan Putik penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh negara untuk mengikut dan menyertai muktamar terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.
Terdahulu, Ustaz Hadi menerima tabik hormat dari pasukan Unit Amal serta dipersembahkan dengan kawad kaki dari Briged Amal.
Doakanlah Untuk Umat ISLAM di Gaza, Ya-Allah Hantarkan Jenteramu.
Zionis Semakin Mengganas, Namun Umat Masih Ketiduran.
Kita akan dipersoalkan di depan Allah nanti apakah tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita yang berada disana?
Sekurang-kurangnya kita berdoalah untuk mereka.
SABDA NABI "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain.
Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)." (Muttafaq alaihi)
Kita akan dipersoalkan di depan Allah nanti apakah tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita yang berada disana?
Sekurang-kurangnya kita berdoalah untuk mereka.
SABDA NABI "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain.
Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)." (Muttafaq alaihi)
Subscribe to:
Posts (Atom)



