Monday, August 13, 2012

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ??

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.


Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.


Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.


Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.


Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.


Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.


Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya. 

Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka. Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Sunday, August 12, 2012

Edaran Risalah 500 Ribu Bongkar Rahsia Krisis Air Selangor

Batu Caves, 13 Ogos  : Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif mencetak lebih 500 ribu risalah bertajuk “Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor”.
Amiruddin Shaarid (ADUN Bt Caves) edar risalah Krisis Air

ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, langkah ini sebahagian usaha penerangan kepada rakyat Selangor terhadap isu  air yang sering di putar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Risalah  diedar kepada orangramai melalui ‘networking’ ketua-ketua kampung  di sekitar DUN Batu Caves (Bazar Kampung Laksamana, Bazar Kampung Nakhoda) bermula petang semalam.

Insya-Allah edaran ini akan berterusan dilakukan di semua kawasan DUN Batu Caves walaupun berpuasa namun kerja amal ini kita teruskan sebagai satu peperangan perang saraf kepada pihak lawan.    

Selain ia juga diedarkan melalui 56 Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri.

Menurut Amiruddin,  selain diedar oleh beberapa buah NGO kemasyarakatan dan organisasi mahasiswa yang mengambil inisiatif untuk mengedarkannya di beberapa buah pasar-pasar ramadan, stesyen komuter dan LRT, kompleks membeli belah serta tempat-tempat tumpuan orang ramai.

“Dengan mengedarkan terus kepada rakyat di akar umbi, Kerajaan Negeri berharap rakyat Selangor mendapat penerangan yang tepat terhadap tindakan dan langkah-langkah Kerajaan Negeri mempertahankan hak air untuk rakyat Selangor dan isu-isu melibatkan pembinaan loji air Langat 2 yang sedang hebat diperkatakan sejak kebelakangan ini,” katanya dalam  sidang media petang semalam selepas edaran bubur lambuk di Bazar Ramadhan Kampung Laksamana petang semalam.
Sambil Edar Risalah, sambil beli belah. Dekati Hati rakyat.
Beliau merangkap Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat menambah lagi, “masalah air di Selangor muncul apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) enggan menyerahkan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri sebaliknya berusaha membangunkan Projek Langat 2 iaitu mengambil bekalan air mentah dari Pahang”.

Langkah ini dibimbangi akan membebankan pengguna di mana dijangka pengguna akan menjadi mangsa dengan kenaikan tarif air yang tinggi dan tidak munasabah.

Sejak mentadbir Selangor pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri ini.


Jika langat 2 diteruskan, keuntungan tersebut hanya untuk kroni2 UMNO-BN dan syabas, rakyat selangor akan dibebankan pula dengan kenaikan tarif air..  lu pk sendiri lah..



Click dekat picture risalah tersebut utk baca maklumat ini lebih "details".

Editor : Khaulah Azwar

Lebih 50,000 Belia hadir Sambutan Hari Belia Peringkat Selangor



Lebih 50,000 orang menghadiri majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam  di peringkat Selangor.
 Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak golongan muda di negeri Selangor.

“Saya berpuashati dengan usaha semua pihak terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan.

Pertandingan memasak bubur lambuk dan pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan selebrtiti popular tanahair yang telah berhijrah seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak. Program sesi soal jawab Sejuta Umat bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik katanya  kepada media selepas program tersebut berakhir semalam.

 Dr Ahmad Yunus menambah lagi, Kerajaan Negeri mahu golongan anak muda atau belia turut serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan pemikiran yang bernas.

Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan.

Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus pula berkata, anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka.

“Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang. 

 Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang. Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula sokong,” katanya.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

Thursday, August 9, 2012

Video : Lembaran Aidilfitri, Kesusahan Mereka Apakah Kita Rasa??



Waaahh... sangat menyentuh hati, moga adik-adik, dan kita semua yang hidup mewah rasa kesusahan mereka, dan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Ringan kan hati menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Selamat Menyambut Hari Lembaran Aidilfitri buat semua Umat Islam, Maaf Zahir Batin :P)

Asrama Kota Puteri, Bestari di Sediakan Bagi Penempatan Sementara Pelajar UNISEL



Shah Alam : Isu penempatan asrama pelajar, Universiti Selangor (Unisel) akan diselesaikan segera,  kata  Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam Mesyuarat Exco baru-bari ini.

Menurut Halimah, penginapan sementara ini hanya untuk menempatkan sebilangan kecil pelajar yang mendaftar awal di Unisel sebelum Lembaga Unisel menilai masalah ini secara terperinci. 

Tindakan ini diambil mengambil alternatif dengan menyediakan penginapan sementara di Asrama Kota Puteri, Bestari Jaya, Kuala Selangor.

“Sekiranya syarikat kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) masih lagi tidak membenarkan hostel itu diduduki pelajar selepas menjelangnya cuti Aidilfitri, maka Unisel akan mengadakan mesyuarat untuk selesaikan masalah berkenaan.

Katanya lagi “kita tidak akan biarkan pelajar Unisel ini terganggu pembelajarannya berikutan cara sebuah syarikat membina bangunan (asrama) tujuan pembelajaran tidak memuaskan,”  

Sementara itu, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan isu itu sengaja diada-adakan untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti universiti kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihak pengurusan telah memaklumkan kepada pelajar bahawa tarikh pendaftaran pelajar lama bagi semester ini adalah pada 27 Ogos, iaitu selepas Aidilfitri.

“Jadi tidak timbul isu mengatakan kesemua pelajar ini tidak dibenarkan tinggal di asrama atau dihalau keluar. Saya cukup kecewa dengan isu penginapan yang dimainkan oleh pelbagai pihak.

“Mujurlah pelajar Unisel cukup matang dalam mendepani semua isu sebegini, mereka bukan dari kalangan yang mudah terpengaruh dengan andaian buruk,” katanya.

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan lebih 3,000 pelajar Unisel bakal berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing.

Masalah itu didakwa berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.

 Editor : Khaulah Azwar

Apakhabar Selangor : Isu Berbangkit


Wednesday, August 8, 2012

MB Di Halang Hadir Menyampaikan Sumbangan Sekolah



Shah Alam : Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussain membidas tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menghalang Menteri Besar, menghadiri majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya baru baru ini. 

Tindakan itu menindas wakil rakyat Pakatan Rakyat kerana jabatan itu tidak pernah menghalang mana-mana wakil rakyat Umno-BN menghadiri program sekolah.

“Jika benar mahu melaksanakan peraturan yang tidak membenarkan ahli politik menghadiri program di sekolah, kuatkuasa kepada semua wakil rakyat dan ahli politik.

“Namun ini tidak berlaku. Sekatan ini hanya dikenakan kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan Jabatan Pendidikan telah lari dari tanggungjawab penubuhannya dan lebih berminat bermain politik,” katanya.

Menurut Faekah, minggu lepas Abdul Khalid, sebagai ADUN Ijok tidak dibenarkan untuk menyertai majlis sumbangan ke SMK Sultan Sulaiman di Bestari Jaya walaupun beliau dijemput oleh syarikat yang mahu memberi sumbangan tersebut.

Abdul Khalid juga menyumbang RM 24,000 dari Kerajaan Negeri.

Tindakan ini membuktikan mereka tidak menghormati tugas dan tanggungjawab Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang wakil rakyat iaitu Adun Ijok.

Ia juga menunjukkan sikap tidak malu JPN yang menerima sumbangan RM 24,000 dari Kerajaan Negeri tetapi tidak sudi Abdul Khalid menghadiri majlis pemberian sumbangan itu.

Halangan tersebut dikeluarkan melalui satu pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangan pejabat DUN Ijok.

Menurut SMS itu, Menteri Besar atau mana-mana wakilnya dihalang menghadiri majlis penyerahan sumbangan.

Faekah berkata, Abdul Khalid selaku wakil rakyat Ijok sewajarnya dijemput menghadiri program berkenaan kerana beliau turut memberi sumbangan.

Jelas beliau, program tersebut bukan bermotifkan politik sebaliknya program tanggungjawab sosial.
Beliau berkata, sekatan ini langsung tidak dikenakan terhadap ahli politik UMNO-BN yang secara terang-terangan menghadiri atau menganjurkan program berbaur politik di sekolah.

“Saya juga dimaklumkan pemimpin UMNO di Selangor bebas keluar masuk ke sekolah  untuk menghadiri program. Malah, (Ketua Umno Selangor) Datuk Seri Noh Omar juga mengadakan lawatan ke Jabatan Pendidikan Negeri baru-baru tanpa diketahui atas kapasiti apa.

“Adakah  UMNO-BN tidak lagi mempercayai KEMAS sehinggakan terpaksa mempergunakan Jabatan Pendidikan sebagai mata dan telinga?,”  katanya di Pejabat SUK, Shah Alam.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI