Wednesday, May 23, 2012
Pantun Untuk Yb2 Yang mudah Di jual Beli
Haha.. pls.. tlg terbalik laptop anda untuk tengok youtube ni..
Dasyatnya pengorbanan seorang ibu
Wahai anak, adakah engkau tahu pengorbanan seorang ibu yang sanggup susah payah melahirkan kita??
Hayatilah video ini, moga
kesinsafan terbit di dalam hati kita. yang rasa buang emak, ayah, tak
kisah kehidupannya lagi.. moga Allah ketuk pintu hati untuk bertaubat.
carilah ibu dan ayahmu. kalau susah
nak telefon, tak de masa balik kampung kerana terlalu sibuk..ingatlah
jangan sampai air mata ibu mu mengalir. Tak masuk syurga jika menitiskan
air mata ibumu walaupun setitis..
Peringatan buat diri yang lupa.
Awak Hari Ni Saya Terlalu Rindukan Awak:(
Sedih, sukar digambarkan apabila orang yang kita sayang tinggalkan kita.. Al-fatiha buat insan2 yang telah meniggalkan saya.mungkin saya juga akan dijemput bertemu Ilhahi, Maafkan saya buat semua insan mengenali insan dhaif ini
Tuesday, May 22, 2012
Kemewahan Hidup Pengerusi Bersih 4.0 (Upahan UMNO Laknatuallah)

Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0.
Katanya: "kami terdiri daripada peniaga-peniaga. saya menjual nasi lemak. Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.
Jangan kacau periuk nasi kami, Kami
mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3.
Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?" Namun, dia terlupa
sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai
tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.
Malah gambar yang dipetik dari sebuah
blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah
hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk
artis dan selebriti TV.

| Gambar lain di sini. |
Usahlah
bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi
maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, mamat
nih ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan.
Walaupun
rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran
milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetap maintain pandu
Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani
kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR?
Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?
Isteri ISA terima Anugerah Amalnita
SHAH ALAM: Kesetiaan dan kesabaran Norlaila Othman
menuntut pembebasan suaminya Mat Sah Mohd Satray yang pernah ditahan
selama lapan tahun lalu di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) mendapat perhartian Amalnita.
Beliau yang diberikan Anugerah Isteri Setia merupakan seorang guru di
sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang
berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.
Norlaila berkata, walaupun suaminya dibebaskan namun dia akan terus
bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta kejam
tersebut.
“Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini,” katanya ketika ditemubual.
Anugerah itu merupakan penghargaan daripada Amalnita yang bernaung di
bawah Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang disampaikan oleh Exco
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah
Ali bersama Presiden Amal, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran Amalnita
di Kompleks PKNS, di sini kelmarin.
(Gambar: Dr Halimah dan Husin bersama penerima anugerah daripada Amalnita.)
|
Selain pelancaran Amalnita, majlis itu turut mengumpulkan sukarelawan
untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan pada
masa akan datang.
Selain Norlaila, warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima
Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan
kerja dakwah dan kemasyarakatan.
Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan banyak menginfakkan harta
untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.
Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.
Wanita gigih itu membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak
orang kurang upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa
anak-anaknya masih kecil.
Editor : Khaulah Azwar
Hadap Ke Mahkamah Motif Politik-DSAI
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendakwa dakwaan terhadap pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan
BERSIH 3.O pada 28 April lalu merupakan tindakan bermotif politik.
“ Ini adalah satu tuduhan politik
dan saya minta dibicarakan isu ini,” kata Anwar di depan Hakim Mahmud Abdullah.
Pertuduhan pertama, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Di bawah seksyen berkenaan, seorang melakukan kesalahan jika
beliau menganjurkan atau menyertai protes jalanan. Tuduhan tersebut membawa
denda maksima RM10,000 jika sabit kesalahan.
Mereka masing-masing diikat jamin RM500 setiap seorang dengan
seorang penjamin setelah mahkamah menolak permohonan dari pendakwaraya Hanafiah
Zakaria bagi menetapkan RM2,000 untuk setiap seorang.
Jumlah RM2,000 tersebut dibantah oleh peguam-peguam yang mewakili
ketiga-tiga tertuduh, kerana anak guam masing-masing adalah ahli politik dan
tiada sebab untuk melarikan diri.
Bagi pertuduhan kedua, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham dituduh di
bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.
Tuduhan itu mengatakan mereka bersama penyokong BERSIH 3.0 yang
melebihi lima orang yang masih bebas, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan
Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah oleh Majistret Zaki
Asyraf Zubir pada 26 April.
Perintah majistret itu adalah larangan kepada orang awam untuk
berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada April 28.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan
3 petang pada 28 April.
Anwar, Azmin dan Badrul Hisham sekali lagi mengaku tidak bersalah
setelah tuduhan kedua dibacakan.
“Tidak bersalah, buang masa mahkamah sahaja,” jawab Anwar ketika
tuduhan kedua dibacakan.
Mahmud menetapkan ketiga-tiga mereka dikenakan bon peribadi bagi
tuduhan kedua.
Peguam terkemuka, Karpal Singh telah bertindak selaku peguambela
bagi Anwar dan Azmin pula diwakili oleh Sivarasa Rasiah dan dan Gurcharan
Singh.
Manakala Badrul Hisham pula diwakili oleh Latheefa Koya.
Pasukan pembelaan Anwar juga melibatkan bekas pendakwaraya Yusuf
Zainal Abiden yang pernah terlibat di dalam kes liwat Anwar yang kedua.
Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir
perbicaraan kes liwat itu.
![]() |
| Media tidak puas hati, polis halang semua petugas media |
Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tuduhan
dibacakan kepada beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta pagi tadi.
Anwar dihadapkan ke mahkamah hari bersama Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atas dua tuduhan.
Hadir sama saf pimpinan PAKATAN Rakyat, Nurul Izzah Anwar, Datuk
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dr Hatta Ramly, Datuk Mahfuz Omar.
Monday, May 21, 2012
Rejab Di Nantikan
Subscribe to:
Posts (Atom)


