KUALA LUMPUR, 22 MEI: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mendakwa dakwaan terhadap pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan
BERSIH 3.O pada 28 April lalu merupakan tindakan bermotif politik.
“ Ini adalah satu tuduhan politik
dan saya minta dibicarakan isu ini,” kata Anwar di depan Hakim Mahmud Abdullah.
Pertuduhan pertama, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Di bawah seksyen berkenaan, seorang melakukan kesalahan jika
beliau menganjurkan atau menyertai protes jalanan. Tuduhan tersebut membawa
denda maksima RM10,000 jika sabit kesalahan.
Mereka masing-masing diikat jamin RM500 setiap seorang dengan
seorang penjamin setelah mahkamah menolak permohonan dari pendakwaraya Hanafiah
Zakaria bagi menetapkan RM2,000 untuk setiap seorang.
Jumlah RM2,000 tersebut dibantah oleh peguam-peguam yang mewakili
ketiga-tiga tertuduh, kerana anak guam masing-masing adalah ahli politik dan
tiada sebab untuk melarikan diri.
Bagi pertuduhan kedua, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham dituduh di
bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.
Tuduhan itu mengatakan mereka bersama penyokong BERSIH 3.0 yang
melebihi lima orang yang masih bebas, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan
Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah oleh Majistret Zaki
Asyraf Zubir pada 26 April.
Perintah majistret itu adalah larangan kepada orang awam untuk
berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada April 28.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan
3 petang pada 28 April.
Anwar, Azmin dan Badrul Hisham sekali lagi mengaku tidak bersalah
setelah tuduhan kedua dibacakan.
“Tidak bersalah, buang masa mahkamah sahaja,” jawab Anwar ketika
tuduhan kedua dibacakan.
Mahmud menetapkan ketiga-tiga mereka dikenakan bon peribadi bagi
tuduhan kedua.
Peguam terkemuka, Karpal Singh telah bertindak selaku peguambela
bagi Anwar dan Azmin pula diwakili oleh Sivarasa Rasiah dan dan Gurcharan
Singh.
Manakala Badrul Hisham pula diwakili oleh Latheefa Koya.
Pasukan pembelaan Anwar juga melibatkan bekas pendakwaraya Yusuf
Zainal Abiden yang pernah terlibat di dalam kes liwat Anwar yang kedua.
Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir
perbicaraan kes liwat itu.
Media tidak puas hati, polis halang semua petugas media |
Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tuduhan
dibacakan kepada beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta pagi tadi.
Anwar dihadapkan ke mahkamah hari bersama Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atas dua tuduhan.
Hadir sama saf pimpinan PAKATAN Rakyat, Nurul Izzah Anwar, Datuk
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dr Hatta Ramly, Datuk Mahfuz Omar.
No comments:
Post a Comment