Tuesday, January 17, 2012

Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."

Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."

Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Kerajaan Negeri Selangor peruntuk RM3.45 Juta utk PTRS, SPM




Shah Alam :Kerajaan negeri selangor memperuntukkan RM3.45 Juta setiap tahun bagi menjayakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi , Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, "tujuan kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut adalah bagi memastikan kemajuan negeri di selaraskan dengan dasar melahirkan rakyat cemerlang.Pelaksanaan itu bagi menentukan kejayaan Selangor antara negeri ke depan dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyat".

"Setakat ini, alhamdulilah, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjalankan tuisyen percuma mendapat sambutan yang baik. Kita memang khususkan pelajar daripada keluarga kurang kemampuan, pendapatan ibubapa mereka RM1500 ke bawah".

"Tahun ini kita sasarkan 5000 calon yan bakal menduduki peperiksaan (SPM) untuk mengikuti PTRS percuma", katanya kepada media di SUK, Shah Alam.

Tambahnya lagi, sepanjang (PTRS) di jalankan dalam tempoh tiga tahun, prestasi kecemerlangan pelajar dalam akademik semakin meningkat.

"Sepanjang tiga tahun program ini dijalankan rata-rata ramai ibubapa gembira dengan prestasi pelajaran anak-anak mereka yang mengikuti program ini. Ibubapa sendiri memberitahu saya ada perbezaan sebelum dan selepas anak-anak mereka mengikuti ( PTRS). Bukan sahaja guru-guru mengajar,semua pelajar pelajar ini dibekalkan dengan buku latihan percuma", katanya.

Dr Halimah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang menambahkan lagi, tenaga pengajar yang dibekalkan kebanyakannya guru-guru berpengalaman luas dalam satu-satu subjek.

Setiap DUN akan ada guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar. Gaji mereka akan kita bayar. Setiap DUN kita hadkan seramai 100 pelajar sahaja, namun ada juga terdapat beberapa DUN menghantar 150 pelajar yang mengikuti PTRS.

Menurut Dr Halimah, hal ini berlaku disebabkan keluarga mereka kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka tuisyen di luar yang menelan kos perbelanjaan yang banyak khususnya kawasan pinggir bandar.

Jelasnya lagi, tuisyen yang diadakan hujung minggu memberi pendekatan yang berbeza terutamanya, apabila pelajar boleh bertukar pendapat daripada pelajar-pelajar sekolah lain semasa proses pembelajaan berlangsung.

Selain mengikuti tuisyen, semua pelajar ini akan diberikan ceramah motivasi.

Semua pelajar PTRS akan mengikuti tuisyen PTRS selama tujuh bulan sebelum menghadapai peperiksaan SPM.

Tahun ini, kita sudah mula buka untuk pendaftaran baru sehingga Februari depan, ujarnya.

Editor : Khaulah Azwar

cadangan Bina Sekolah rendah Ramal dalam dalam penelitian


Shah Alam : Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan untuk membina Sekolah Rendah Sungai Ramal Dalam oleh kementerian Pejaran sebelum ini.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, "setiap jabatan kerajaan perlu memohon terlebih dahulu kebenaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum melaksanakan sesuatu projek pembinaan".

Menurutnya, proses yang diutamakan oleh Negeri Selangor berbeza dengan amalan sebelum ini yang hanya tidak memerlukan kelulusan PBT.

"Saya akan bertemu dengan pengarah pelajaran dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk bersama - sama melawat tapak projek yang telah dicadangkan. Kita mahu PBT melihat secara keseluruhan sebelum memberi kelulusan sama ada sesuai atau tidak sekolah ini dibina di kawasan tersebut dalam sidang media di perkarangan SUK, Shah Alam", katanya.

Editor : Khaulah Azwar

PAS Gombak Nafi 101 Ahli PAS Masuk UMNO


Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008 adalah sangat drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.

Editor : Khaulah Azwar



Monday, January 16, 2012

Exco Selangor : Tiga Calon Paling Layak Ganti Hasan Ali


SHAH ALAM - Persoalan siapa yang akan dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam masih menjadi tanda tanya.

Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Hasan sah gugur daripada jawatan setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan tersebut, tiada nama calon pengganti dinyatakan.

Siapakah yang layak dalam kalangan baki lima Adun Pas sebagai pengganti Hasan terus menjadi tumpuan.

Exco baru menggantikan Hasan akan mengangkat sumpah Rabu depan. Berdasarkan sistem kuota, pastinya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abd Rani Osman, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, mendahului carta.

N.42 MERU
DR. ABD. RANI BIN OSMAN

UMUR : 50 TAHUN
ASAL : PELABUHAN KLANG
MENETAP : KAPAR, KLANG
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH PERUBATAN, UNIVERSITY TANTA , MESIR
PEKERJAAN : DOKTOR
PENGALAMAN KERJAYA : HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
JAWATAN DI DALAM PARTI : YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAPAR

Namun, selain Dr Rani, terdapat dua lagi Adun yang dilihat mampu mengisi tanggungjawab dan tugas sebagai Exco mewakili Pas Selangor.

Calon yang dilihat berpotensi adalah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
N.26 BANGI
DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR

UMUR : 66 TAHUN
ASAL : DUNGUN, TERENGGANU
MENETAP : BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
KELAYAKAN AKADEMIK : PH.D DI DALAM SASTERA DAN PEMIKIRAN ISLAM, UKM
PEKERJAAN : AHLI POLITIK
PENGALAMAN KERJAYA : PENSYARAH UKM
JAWATAN DI DALAM PARTI :
KHIDMAT MASYARAKAT YANG DIPERTUA PAS KAWASAN SERDANG
KHIDMAT MASYARAKAT : AUDITOR KOPERASI PENDUDUK BANDAR BARU BANGI


Berdasarkan pengalaman membantu Hasan dalam urusan berkaitan portfolio tersebut, tidak mustahil beliau layak diangkat sebagai pengganti.

Dr Shafie yang juga bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika dihubungi media, enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, keputusan siapa yang lebih layak menjadi Exco adalah terletak di tangan barisan pimpinan Pas Pusat untuk menentukannya.

"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini, terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk pilih siapa yang difikirkan lebih layak," katanya.

Selain Dr Shafie, seorang lagi calon yang dilihat berkemampuan dan layak diangkat menjadi exco adalah Pembantu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang.

N.51 SIJANGKANG
DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

UMUR : 43 TAHUN
ASAL : SIJANGKANG, SELANGOR
MENETAP : TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH SARJANA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN, UNIVERSITI MALAYA
PEKERJAAN : DOKTOR
PENGALAMAN KERJAYA :
HOSPITAL UMUM SARAWAK
HOSPITAL LUNDU SARAWAK,
HOSPITAL SABAK BERNAM,
HOSPITAL PULAU PINANG
JAWATAN DI DALAM PARTI : YDP KUALA LANGAT
KHIDMAT MASYARAKAT :
TIMBALAN YDP SEK REN KG MEDAN,
TIMBALAN YDP SEK REN AGAMA KG MEDAN ,
PENGERUSI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Sekiranya dilihat latar belakang dan pengalaman beliau, Dr Ahmad merupakan pemimpin Pas yang layak yang dilantik sebagai Exco.

Bagaimanapun, Dr Ahmad ketika dihubungi juga menolak andaian bahawa beliau calon berpotensi mengisi jawatan tersebut, sebaliknya menegaskan Dr Rani lebih layak.

“Kita (Pas Selangor) telah membuat ketetapan pada mesyuarat sebelum ini, dengan mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam.

“Keputusan ini dipersetujui oleh kesemua adun Pas di Negeri Selangor termasuk saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, cadangan ini tertakluk kepada keputusan Pas Pusat, yang dijangka akan mengumumkan calon tersebut minggu hadapan.

Sebelum ini, Dr Rani memberitahu media, beliau berharap dirinya tidak dicalonkan dan mahu pemimpin Pas Selangor yang lain menggalas tanggungjawab tersebut.

Walau bagaimanapun menurutnya, Pas Selangor akan terima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat dalam perlantikan tersebut.

Pada 10 Januari lalu, Pas Selangor telah sebulat suara mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman menegaskan cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan rasmi Pas Pusat, sama ada mahu melantik Dr Rani atau orang lain.

Editor : Khaulah Azwar


Sunday, January 15, 2012

Guru Kontrak KAFAI Dakwa Jadi Mangsa SBPA




BANGI : Seramai tujuh orang guru sekolah KAFAI Bandar Baru Bangi mendakwa menjadi mangsa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang di perkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baharu-baharu ini.

Kesemua guru terbabit melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa ada di antara kontrak mereka sebagai guru di sekolah berkenaan tidak disambung kesan daripada SBPA.

Sekolah KAFAI Bandar Baru Bangi mempunyai 79 guru, 16 daripada mereka adalah guru kontrak yang ditawarkan kerja selama dua tahun dengan kontrak mereka diperbaharui apabila tamat dua tahun.

Kebanyakan guru terlibat berkhidmat lebih dari lima tahun. Mereka diletak di bawah kategori DB27, iaitu guru SPM, STPM yang tidak mempunyai diploma pendidikan yang tangga gaji P1T1: RM1204.55 dan meningkat hingga P1T7: RM1603.85.

Terdapat empat orang yang berkategori sedemikain, manakala dua orang di bawah DB17 yang mempunyai diploma, tetapi masih tidak dilantik.

Satu halangan dari perlantikan semula, mereka dikehendaki mempunyai Diploma Pendidikan dan lulus bahasa Arab, selama ini tidak menghalang mereka dari disambung kontrak selama dua tahun.

Tetapi dengan SBPA, kategori guru kontrak berkenaan tidak lagi wujud. Guru-guru akan tamat tempoh berkhidmat dengan sendirinya apabila cukup dua tahun khidmat.

Mengulas perkara ini Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menyeru agar Jabatan Pendidikan mempertimbangkan semula nasib guru-guru terbabit.

Baru-baru ini, Jabatan Pendidikan megumumkan SBPA di tunda untuk kajian semula, bagi saya seharusnya SBPA tidak laksanakan kerana memberi bebanan kepada semua guru yang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika menerima aduan guru-guru terbabit di pejabat beliau.

Menurut Dr Shafie, beliau sudah berbincang dengan Guru Besar sekolah berkenaan, Razali Ahmad Shibab berkenaan status guru-guru ini.

"Hasil pertemuan dengan Guru Besar disitu dan semua guru kontrak yang terlibat saya di fahamkan masalah yang dihadapi oleh guru-guru kontrak sedang dalam proses tindakan bahagian guru di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat dan juga oleh Pengarah Sekolah Agama JAIS," katanya.

Namun jelas Dr Shafie, mereka yang terlibat akan di letakkan kategori guru KAFA, ini bermakna menurunkan pangkat dan pendapatan mereka.

Lebih membimbangkan salah seorang dari guru ini telah tamat tempoh dua tahun pembaharuan perlantikan, apabila ditanya pihak atasan, guru ini dinasihat tidak perlu lagi pergi berkhidmat.

"Kesan daripada itu, memberi masalah kepada guru itu kerana umurnya sudah meningkat, sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan yang baru. Selain daripada itu, setengah daripada mereka sudah membeli rumah dan juga kenderaan di samping tanggungan keluarga anak isteri.

"Tindakan ini, bagi saya adalah tidak adil, kita harap nasib semua guru kontrak perlu diberi penyelesaian segera. Jika tidak perkara ini akan dibawa ke Dewan Negeri bagi mendapat pandangan dan penyelesaian segera," ujarnya sambil mencadangkan guru terlibat membuat rayuan bagi meneruskan perkhidmatan.

Tambahnya lagi, kita harap untuk jangka panjang, semua guru kontrak tidak wajar dibiarkan mereka dalam keadaan kontrak berterusan.



Editor : Khaulah Azwar

Thursday, January 12, 2012

Berakhirkan epilog kezaliman seorang pejuang

Setiap waktu berlalu setiap itulah aku menghitung hari menanti apakah natijah yang akan berlaku kepada ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan, 2012.

Doa tidak terputus ku panjatkan pada Allah SWT agar DSAI sekeluarga di bebaskan daripada tuduhan yang tidak berasas.

kata - kata semengat daripada teman-teman seperjuangan sedikit sebanyak menghilang keresahan ini tetapi bila bersendirian pasti perasaan takut, bimbang berulang lagi.

Setibanya 8 hb Julai, 2012 sedang sibuk buat kerja, tiba-tiba terima SMS mengatakan bonda Datin Seri Wan Azizah dan Pembantu peribadinya ditimpa musibah. Berdebar jantungku, resah dibuat sebab tidak tahu hal ini memandangkan tidak punyai waktu untuk buka internet.

Aku sms pada izzah mengetahui status DSAW, namun kelewatan membalasnya dan berbagai sms diterima membuat aku rasa bengang sebab tidak tahu kedudukannya. Namun alhadulilah sms di beri izzah menyatakan kedudukan DSAW.

Petang 8hb Jan, 2012 dalam program Rapat Rakyat di Selayang bersama pimpinan PR perak fikiran ku bercelaru, kebimbangan semakin terasa walaupun ayat-ayat suci Al-Quran ku baca tenangkan hati yang resah.

Aku cari opah yang banyak membantu sahabat-sahabat ku dalam kesusahan apabila dibawa kes mahkamah, opah memang hebat. walaupun umurnya semakin di telan usia namun opah kuat beribadah, aku kagum dengan opah. Semoga diberi kekuatan pada ku juga untuk tunduk sujud padaNya terutamanya ketika semua orang lenyak tidur di buai mimpi malam hari.

Opah yang aku kenali dia seorang yang tabah, banyak ilmu didadanya, saat aku terjatuh, opahlah sentiasa beri semangat padaku.

8 Bulan yang lalu, opah menghilang diri, puas aku mencari kemana opah pergi. apa yang aku dengar daripada jiran sekeliling, mereka kata opah dalam tenat, sungguh hatiku benar-benar terseksa mencarinya. pada Allah aku sentiasa panjatkan agar opah diberi kesihatan yang baik meneruskan kehidupannya.

Kerinduan yang amat sangat sehingga termimpi opah membuatkan aku menangis. Selepas solat isya di Masjid aku berjumpa dengan adik jual burger depan rumah opah, tanya adakah dia tahu rumah opah.

Alhamdulilah pencarianku berakhir apabila adik tu cakap dia tahu opah duk dimana. Petang tu juga aku pergi bertemu opah. sungguh pelukan opah, rinduku terubat. Opah menangis dalam dakapanku.

Aku begitu sedih apabila opah menceritaka segalanya kenapa opah duduk rumah anaknya disebabkan satu hari opah terjatuh dari bilik air, rumah yang opah duduk di Taman Selayang tiada siapa kerana atuk sudah lama meninggal.

Rumah itu sentiasa dipenuhi dengan orang berubat dan buat solat hajat. Segala usaha opah membantu orang ramai benar-benar termakbul dimana aku juga pernah di zalimi oleh seseorang yang mengambil kesempatan terhadap diri ini. Opah tak jemu mendoakan kebaikan aku sehingga tiada lagi gangguan untukku, terima kasih opah.

Opah bertanya apa tujuan aku datang mencari opah. Aku mulaka cerita kedudukan DSAI sekeluarga, mohon kepada opah agar sudi membantu mendokan kebaikan DSAI famly. Kalau sahabat-sahanbat lain ditimpa musibah aku bawa mereka bertemu opah dan semua diatasi dengan baik tetapi mengapa DSAI famly yang aku kenali, ditekan hidupnya tidak ku bantu.

Opah amat mengerti setelah dicerita kedudukan DSAI. Opah akan cuba bantu dengan solat hajat sepanjang DSAI di bicarakan pada 9 Januari, 2012, tetapi opah meletakkan satu syarat untukku. syaratnya opah tidak benar aku lasak dalam himpunan itu kerana lutut aku yang bermasalah semenjak himpunan bersih 2.0 sehingga kini tidak baik.

Opah perhati gerak langkahku, dia sedih dengan apa yang berlaku, namun aku tenangkan opah dan beri kepercayaan sepenuhnya himpunan 901 tidak akan berlaku apa-apa terhadapku. Takkan saya tidak mahu pergi berjuang saat sahabatku dalam kesusahan bersama keluarganya.

Tapi perginya aku dalam pertempuran ini bukanlah kerana DSAI famly semata-mata tetapi tanggungjawab sebagai muslim apabila di seru dalam medan pertempuran maka segala urusanku diketepikan ketika itu.

Sebeleum melangkah pulang aku lihat opah berat hari melepaskan aku, mulutnya terkumat kamit membaca Ayat-ayat Al-Quran dan doa menyapu ke lututku. Hatiku benar-benar tersentuh dengan ambil berat opah terhadapku.

Opah bukanlah opahku sebenar tetapi dialah guruku pada adik beradik ku ketika belajar di Sek. Ren. Tmn Selayang. Sehingga kini aku masih menuntut ilmu dengannya kerana masih banyak belum diselesaikan lagi. Amanat opah agar ilmu perubatan islam ini di serapkan padaku, tetetapi masa yang ada padaku benar-benar tidak cukup.

Pergi kerja, balik tak tentu masa, ikut program, ada kelas pengajian, sabtu ahad ibarat macam yb yang masa untuk dirinya hanya 4 jam untuk istirehat. Tapi aku akan cuba cari masa untuk itu juga demi opah, insya-allah.

Masa yang dinantikan telah tiba, aku bangun seperti biasa 4.30 pagi, mendekatkan diri pada Ilahi. Doa terus ku panjatkan agar ayahanda DSAI dibebaskan hari ni. Udara pagi begitu dingin, panas yang berlaku akhir-akhir ini bertukar hujan gerimis. Tanda pasti berita germbira akan ku terima bersama semua rakyat malaysia, aku yakin pasti DSAI akan dibebaskan.

Awal pagi, sahabat-sahabAt hubungi ku, abang me dan lain bertanya dimana aku sekarang, Aku cakap uruskan anak buah dulu ke sekolah.

Jam 8 pagi setiba aku di Jalan Duta bersama K. Lina Wanita PKR Bt Caves, aku lihat begitu ribuan orang hadir menyokong DSAI. Semangatku kembali lagi, Hatiku tersentuh dan bersyukur kerana teringat kata-klata opah, jika kita di pihak yang benar pasti orang ramai menyokong kita.

Aku tesenyum dengar kata-kata opah. Alhamdulilah lebih kurang 9.30 pagi, aku dan bersama semua penyokong di khabarkan berita genbira, menyatakan DSAI dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya. (Memamg kau manusia keji Syaiful moga balasan diberi oleh Allah pada kau dan semua yang terlibat dalam menghancur karier DSAI).

entah macammana airmataku menitis juga, mungkin airmata gembira, dan mungkin berita sedih kerana berlaku salah faham dengan Izzah semalam. (Really sorry my dearest friend). Terkanan dengan sms diberi menyatakan yang bukan-bukan buat aku angin dengan izzah. Sepatutnya aku tenangkan hatinya ketika itu. Tapi aku tebuskan kesilapanku degan minta opah doakan DSAI. Tapi doa itu juga daripada semua umat islam.

Aku terus call opah, menyampaikan berita gembira, dicorong telefon itu aku terdengar suara gembira dan tangisan opah, sambil mengucap syukur dan tahniah padaku. Tahniah yang seharusnya diberi pada Izzah famly yang sekian lama hidup dihimpit 1000 keperitan.

Terima kasih buat opah kesayanganku kerana tidak menghampa permintaanku untuk solat hajat DSAI agar bebas daripada tuduhan ini, tentu opah penat duduk di tikar sejadah begitu lama apatah lagi keadaan kesihatannya kurang mengizinkan, tapi opah tetap lakukan dengan begitu ikhlas :)

Terima kasih juga buat semua saf2 pimpinan, sahabat sahabiah yang tidak jemu mendokan DSAI.

Akhirnya segalanya kekusutan itu berkhirnya juga dengan jawapan yang dinantikan semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cintakan keadilan.

Namun aku masih tidak dapat melupakan sms -sms yang bantai aku dan DSAI, kutukan2 diberi benar-benar melampau.

Kononya dia orang PKR tetapi hampeh semua sahabat-sahabat yang aku kenal cakap dia orang UMNO Kg. Tengah. Memang selama ini aku cukup yakin dia orang UMNO yang pergunakan Datuk DHMA.

Tapi tidak mengapalah, aku malas nak layan asalkan musibah yang berlaku DSAI famly berakhir. Inilah pertolongan sekecil zarah yang hanya mampu aku hadiahkan pada DSAI famly. Moga amalan diterima, terima kasih buat opah. yang aku semadi dalam blog aku kisah manis pahitnya dalam perjuangan.

Ya-Allah rahmtilah orang-orang yang aku kasihi, berikan kebaikan dunia akhirat pada mereka semua, amiin rab. :)

Suara hatiku yang tidak mampu ku ungkapkan pada mereka semua.





SIMFONI KASIH TAUTAN HATI