Tuesday, January 17, 2012

Kerajaan Negeri Selangor peruntuk RM3.45 Juta utk PTRS, SPM




Shah Alam :Kerajaan negeri selangor memperuntukkan RM3.45 Juta setiap tahun bagi menjayakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi , Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, "tujuan kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut adalah bagi memastikan kemajuan negeri di selaraskan dengan dasar melahirkan rakyat cemerlang.Pelaksanaan itu bagi menentukan kejayaan Selangor antara negeri ke depan dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyat".

"Setakat ini, alhamdulilah, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjalankan tuisyen percuma mendapat sambutan yang baik. Kita memang khususkan pelajar daripada keluarga kurang kemampuan, pendapatan ibubapa mereka RM1500 ke bawah".

"Tahun ini kita sasarkan 5000 calon yan bakal menduduki peperiksaan (SPM) untuk mengikuti PTRS percuma", katanya kepada media di SUK, Shah Alam.

Tambahnya lagi, sepanjang (PTRS) di jalankan dalam tempoh tiga tahun, prestasi kecemerlangan pelajar dalam akademik semakin meningkat.

"Sepanjang tiga tahun program ini dijalankan rata-rata ramai ibubapa gembira dengan prestasi pelajaran anak-anak mereka yang mengikuti program ini. Ibubapa sendiri memberitahu saya ada perbezaan sebelum dan selepas anak-anak mereka mengikuti ( PTRS). Bukan sahaja guru-guru mengajar,semua pelajar pelajar ini dibekalkan dengan buku latihan percuma", katanya.

Dr Halimah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang menambahkan lagi, tenaga pengajar yang dibekalkan kebanyakannya guru-guru berpengalaman luas dalam satu-satu subjek.

Setiap DUN akan ada guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar. Gaji mereka akan kita bayar. Setiap DUN kita hadkan seramai 100 pelajar sahaja, namun ada juga terdapat beberapa DUN menghantar 150 pelajar yang mengikuti PTRS.

Menurut Dr Halimah, hal ini berlaku disebabkan keluarga mereka kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka tuisyen di luar yang menelan kos perbelanjaan yang banyak khususnya kawasan pinggir bandar.

Jelasnya lagi, tuisyen yang diadakan hujung minggu memberi pendekatan yang berbeza terutamanya, apabila pelajar boleh bertukar pendapat daripada pelajar-pelajar sekolah lain semasa proses pembelajaan berlangsung.

Selain mengikuti tuisyen, semua pelajar ini akan diberikan ceramah motivasi.

Semua pelajar PTRS akan mengikuti tuisyen PTRS selama tujuh bulan sebelum menghadapai peperiksaan SPM.

Tahun ini, kita sudah mula buka untuk pendaftaran baru sehingga Februari depan, ujarnya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI