Sunday, August 21, 2011

ADUN Bangi Rasmi Musolla Sekolah Seri Al-Amin





Bangi : Tidak menjadi keselesaan kepada ibubapa/penjaga, pelajar dan guru-guru apabila institusi pendidikan tidak dilengkapi musolla untuk beribadah.

Hampir 22 thn Sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas ditubuhkan tidak mempunyai surau untuk para pelajar menunaikan solat. Hal ini tentu memberi kurang selesa kepada pihak sekolah dan ibubapa/penjaga.

Untuk menangani masalah ini, berbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk menaiktaraf pembangunan sekolah bagi memenuhi keselesaan para pelajar, guru-guru dan kakitangan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Shafie Abu Bakar ketika merasmikan musolla Sri Al-Amin berkata, “ Musalla bagi Sekolah Seri Al-Amin Bangi adalah manifestasi visi dan misi kelompok intelektual Islam yang ingin melihat satu corak pendidikan Islam unggul di negara ini”. “Usaha yang dilakukan oleh semua pihak menunjukkan satu usaha yang murni untuk melihat golongan kelompok muda yang kental dengan keimanan tidak akan melupakan Allah SWT walau dimana sahaja dan mengamalkan ajaran islam secara keseluruhan”.

“Apabila seorang invdividu itu begitu menjaga amal ibadahnya sudah pasti mereka akan berusaha untuk membangunkan sekolah ini dengan menyumbangkan dana bagi mencapai objektif yang diletakkan selama ini”. Shafie juga berharap agar institusi ini perlu bercambah lebih banyak lagi kerana Sekolah yang berkonsepkan islam dan akedemik seperti ini amat diperlukan oleh masyarakat. Kita amat kurang dengan Sekolah Menengah Agama Islam.

Katanya lagi, “Kita Kerajaan negeri Selangor berharap agar lebih banyak sekolah agama integrasi ditubuhkan agar dapat melahirkan generasi yang beribawa, berwawasan beriman dan mempunyai akhlak yang mulia”. “saya rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana SRI Al-Amin ditubuhkan di kawasan Bangi. Dengan penubuhan ini akan menjadi identiti Bangi sebagai Bandar Ilmu”.

Kewujudan Musalla di tengah-tengah pusat pengajian adalah menjadi tradisi dan identiti pusat pengajian yang berpaksikan masjid, sursu, Musalla dan sebagainya. Ia melambangkan ilmu sebagai inti yang mengelilinginya lebah-lebah ilmu yang menjadi madu dan penawar kehidupan. Shafie merangkap Pembantu Exco Agama dan Adat-Adat Melayu menyokong penuh hasrat Sekolah untuk mendirikan solat Jumaat di musalla ini.

“Dengan membenarkan pelajar mendirikan solat jumaat disini, ini mengurangkan masa dan perbelanjaan “transportation” untuk keluar berjamaah di luar dari kawasan Sekolah. Dengan membenarkan semua pelajar mendirikan solat Jumaat di musoalla ini, tidak bererti kita menyekat semua pelajar untuk mendirikan solat jumaat di surau Al-Hidayah”.

“ Kita sokong kedua-dua permohonan dan kebiasaannya tiada masalah. Kita berharap melalui musalla ini akan mengeratkan hubungan Sekolah dengan masyarakat, iaitu melalui solat dan berbagai-bagai kegiatan yang diadakan di Sekolah, khususnya di Musalla ini.

Sementara itu, Tuan Haji Muhamad Ridhuan bin Jaafar Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah pula berkata, “Sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas telah dibuka sejak 1989. Semenjak berpindahan di Sungai Tangkas pada tahun 1998, Sekolah ini tidak mempunyai surau”.

Dengan pertambahan pelajar daripada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah lebih 300 orang adalah dirasakan perlu bagi Sekolah mempunyai musalla sendiri.

Beliau mengulas, “usaha mendirikan surau ini dilakukan sejak lima tahun yang lalu. Dengan kerjasama daripada ibubapa pelajar dengan menyalurkan sumbangan derma (RM500 setiap seorang, dari berbagai badan dan orang ramai, maka surau dapat dibangunkan.. Kos keseluruhan bagi musalla dua tingkat ini ialah RM500 ribu”.

Dengan pembukaan Musalla Seri Al-Amin melengkapkan keperluan pendidikan di Sekolah. Ia adalah makmal praktikal bagi latihan-latihan keagamaan. Masjid ini menjadi lebih penting kerana insya-allah sekolah ini akan diadakan Pusat Pengajian Tahfiz yang akan dibuka pada tahun 2013. Kita pasti dengan tertubuhnya Musalla dengan mengadakan program tahfiz akan menjadi pusat pendidikan ini lebih excellance terutama bagi pendidikan keislaman. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang dana bagi menaiktaraf sekolah Sri Al-Amin.

Turut hadir, saudara Adram Musa Ahli MPKJ Zon 22, Tuan Haji Abdul Hadi Husin Ketua Kg. Sungai Tangkas, Prof. Dr. Kamal bin Mustaffa YDP Ikram Selaku Penasihat, Puan Rohida binti Jamaluddin Pengetua Sekolah Seri Al-Amin, Ustaz Megat Mohd. Amin Pengerusi Muslih – Ikram, Prof. Dr. Katiman Sikoh Pengerusi Musalla, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Berkembar Haji Mat Saman Sungai Ramal Luar, para ibu bapa dan penduduk setempat.


Editor : khaulah Azwar

Thursday, August 18, 2011

Buku Bangi Bandar Ilmu bakal di terbitkan – Dr Shafie


S.Alam : Bandar Bangi yang dikenali sebagai Bangi Bandar Ilmu akan menerbitkan bukunya sebelum akhir 2011.

“Penerbitan buku ini adalah bagi mengabadikan sejarah Pelancaran Bangi Bandar Ilmu yang yang telah di rasmikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor, YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 Jun 2008 bertempat di KUIS”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar selepas mengadakan mesyuarat khas bersama Exco Pendidikan, Pendikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali di SUK.

Mengulas lanjut, bagi mengukuhkan Imej Bangi sebagai Bandar Ilmu yang telah dicetuskan semenjak September Julai, 2007 sempena Sambutan 30 Tahun Bandar Baru Bangi Sambutan ulagtahun tersebut diadakan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada 26 Jun 2011 dengan menubuhkan Sekretariat Bangi Bandar Ilmu.

Tujuan penubuhan sekratariat tersebut bagi memantapkan semua perancangan gerakkerja disamping itu mengadakan berbagai aktiviti bagi meningkatkan Imej Bangi Bandar Ilmu. Antaranya menerbitkan berbagi buku ilmiah. Buku Bangi Bandar Ilmu adalah merupakan buku sulung yang diterbitkan oleh sekratariat.

Manuskrip Buku ini telahpun siap 70% dan dijangka diterbitkan pada akhir 2011 dengan mendapat sokongan sepenuhnya oleh Dr Halimah.

Selain membincangkan penerbitan buku Bangi Bandar Ilmu bagi mengukuhkan Selangor sebagai Hub Ilmu, maka pihak sekratariat telah mengadakan Peraduan Mengarang Esei Peringkat Tinggi dan Peringkat Menengah dan Peraduan Menulis Puisi yang telah dilancarkan di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi pada 26 Jun 2011. Tarikh tutup bagi semua peraduan ini ialah pada akhir Disember, 2011, kata Dr Shafie.


Manuskrip ini membuktikan bahan berkenaan telah wujud yang bukan sahaja mengandungi dokumen pelancaran Bangi Bandar Ilmu, tetapi melibatkan jua Konsep Bandar Ilmu, diisikan kertas-kertas seminar berhubung dengan Bangi Bandar Ilmu, kertas-kertas yang berhubung dengan Sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi.

Selain daripada itu, turut diisikan dengan Peranan Masjid-Surau sebagai Pendukung Ilmu, Institusi Pengajian di Bandar Baru Bangi baik dari segi universiti, Pusat Penyelidikan dan Tokoh_tokoh Ilmuan yang lahir dari Bandar Baru Bangi, sumbangan idea, falsafah pemikiran tokoh-tokoh yang menjadi identiti mereka yang memberi sumbangan keilmuan sebagai `Pemikiran Bangi` atau `Aliran Bangi.

Menurut beliau lagi, di dalamnya juga akan membicarakan tentang perkembangan Bangi dari segi fizikal sebagai segi tiga emas antara Putera Jaya, Kuala Lumpur dan Seremban. Dengan pembicaraan aspek-aspek sedemikian menjadikan buku ini kelak lebih tebal.

Sementara itu, Dr Halimah pula berkata, “ Penerbitan buku `Bangi Bandar Ilmu` amat disetujui. Saya yakin YAB Tan Sri Dato` Seri Menteri Besar tentu amat bergembira dengan penerbitan buku ini, kerana beliau ialah tokoh yang terlibat dengan pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu pada 22 Jun 2008 itu.

``Buku Bangi Bandar Ilmu, bukan saja menjadi dokumen penting bagi Bangi, tetapi juga sebagai satu hasil yang diterbitkan semasa Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR)”.

Tahniah buat ADUN Bangi dan semua sekratarit Bangi yang bertungkus lumus menjayakan hasratnya mahu menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar ILMU. Selepas 3 tahun mengumpul bahan dan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mencetus minat penduduk Bangi yang majoritinya warga Institusi Pendidikan Tinggi.

Halimah juga telah meminta agar ADUN bangi menyediakan kos penerbitan buku tersebut. Katanya, “Bagi menghasilkan buku ini, saya harap mereka dapat menyediakan kos secara terperinci untuk di usulkan kepada MB”.

Turur hadir bersama membincangkan Manuskrip Buku Bangi Bandar Ilmu Amir Osman, Ketua Lajnah Media, Buletin dan Penerbitan ADUN Bangi, Puan Nabilah bt. Ahmad dan Sdri. Noor Aisyah bt. Zainuddin , Pembantu Pentadbir Pejabat ADUN dan Sdri. Nur Sabrina bt. Mat Arip Setiausaha Sekretariat Bangi Bandar Ilmu.

Editor : khaulah azwar

Warga Emas DUN Selat Klang Shoping bersama Exco

Klang : Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi menghulurkan bantuan kepada rakyat selangor bagi menghargai warga emas berusia 60thn keatas dengan memberi baucar bernilai RM100.

Sumbangan yang diberikan kepada semua warga emas adalah bagi memberi peluang kepada warga emas untuk membeli-belah apa sahaja terutamanya membeli barangan dapur atau barang keperluan mereka sempena bulan Ramadhan

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali telah meluangkan masa untuk membawa seramai 100 orang warga emas untuk menemankan mereka membeli belah di pasaraya Giant.

Beliau berkata, “Pejabat ADUN Selat Klang sejak akhir-akhir ini dihadiri warga emas bersama ahli keluarga mereka untuk merebut peluang mendapatkan baucar RM100 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri”.

“Rata-rata warga emas kelihatan gembira apabila menerima baucar tersebut. Walaupun nilainya RM100 tetapi ianya amat bermakna lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan duduk bersendirian tanpa anak-anak disisi. Dengan itu, Kerajaan Negeri sangat menghargai sumbangan warga emas dalam membangun keluarga, masyarakat dan negeri Selangor”.

“kalau terdahulu pimpinan PAS, AJK JKKK dan penyokong (PR) banyak membantu menguar-uarkan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri seperti SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) berupa khairat kematian berjumlah RM2500 yang akan diberi kepada waris si mati tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus warga emas mendaftarkan diri mereka dalam skim SMUE. Melalui program ini, kita juga akan mengesan maklumat warga emas yang masih belum mendafarkan diri mereka untuk sertai SMUE. Kita akan terus mendaftarkan mereka skim ini”, kata Halimah.

Kita juga dapati, semua warga emas yang membeli - belah nampak seperti janggal sebab sudah lama tidak ke pasaraya. Mungkin mereka sudah tidak mampu untuk berjalan jauh dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, atau anak-anak tidak berkesempatan untuk membawa mereka membeli-belah kerana kesibukan urusan kerjaya. Pemberian ini membuatkan semua penerima melahirkan rasa syukur dan gembira kerana mendapat perhatian daripada ADUN, JKKK dan semua petugas PAS.

Justeru itu, bagi memberi peluang kepada mereka untuk menikmati suasana ini kembali, mereka bersama urusetia yang terdiri daripada pejabat ADUN dan PAS Selat Klang serta JKKK Kpg Sg UDANG meluangkan masa untuk bersama membeli – belah dengan membantu menyorong troli, mencari barang yang dihajati oleh warga emas. Suasana membeli - belah di pasaraya GIANT Bukit Tinggi Klang kelihatan meriah.

Jelas terukir kegembiraan dihati semua penerima warga emas lebih-lebih lagi ditemani oleh ADUN mereka yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri Selangor. Peluang ini sekaligus merapatkan ukhwah antara pimpinan dan rakyat tanpa mengira ideologi parti dan perkauman yang tidak terpikir oleh kerajaan UMNO dulu untuk menghargai golongan tersebut.

Editor : khaulah azwar

Monday, August 15, 2011

HIDUP UNTUK MEMBERI



Klang : Hidup untuk memberi, sempena bulan ramadhan berbagai bentuk bantuan diberikan oleh semua pihak yang berkemampuan untuk membantu golongan asnaf fakir miskin, OKU dan ibu tunggal.

Tidak ketinggalan juga, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri Selangor walaupu begitu sibuk dalam menjalankan tugasnya namun Dr Hjh Halimah Ali sempat meluangkan masanya bersama pimpinan PAS menziarahi 7 buah rumah golongan marhaen, dan OKU.


Halimah yang telah menziarahi penduduk sekitar DUN Selat Klang berkata, “hidup ini seharusnya masyarakat meringankan tangan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan kerana rezeki yang Allah SWT berikan pada kita bukan sepenuhnya milik kita tetapi ada milik hak orang lain juga.”

Beliau juga menyarankan agar masyarakat yang berkemampuan dapat meringankan diri mereka dengan meluangkan masa mengadakan aktiviti ziarah yang bukan sahaja mengeratkan siraturrahim tetapi mengambil peduli masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut yang memerlukan pertolongan.

Mereka juga memberikan makanan yag disukainya kepada orang fakir miskin, anak yatim piatu dan orang tawanan sambil dengan lidah dan hati sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih {surah-al-insan}.

Kalau hari ini kita mampu bersahur dan berbuka puasa dengan enak, ingatlah masih ramai orang susah diluar sana dengan menadah tangan meminta sesuap nasi.

Justeru itu, bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita sarankan semua umat islam meningkatkan amal mereka dengan banyakkan sedekah bagi meringkan bebanan golongan tersebut. Apabila hati kita sentiasa membantu orang yang susah, pasti hati kita akan menjadi insaf dengan penderitaan yang mereka alami. Kesusahan mereka akan kita turut rasai.

Halimah yang merupakan ADUN Selat Klang juga menegaskan, sumbangan bantuan ini bukan hanya sekadar tiba bulan ramadhan tetapi disarankan menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja bagi membersihkan harta dan jiwa kita juga.

Menurut beliau, kunjungan yang telah diadakan baru-baru ini degan bertemu salah seorang penduduk yang mempunyai 5 orang anak. 3 orang anaknya masih bersekolah. Mangsa yang enggan namanya disiarkan berumur 49 tahun ditimpa kemalangan pada Disember 2010 yang lalu. Tulang kaki kirinya remuk dan terpaksa dimasukkan besi yang menembusi kulit dalam rangka besi seperti bubu.

“Kita di fahamkan oleh mangsa semenjak mengalami kemalangan, sudah 9 bulan beliau tidak bekerja semenjak di timpa musibah. Isterinya juga tidak bekerja kerana terpaksa menjaga suami dan anak-anak yang masih kecil lagi dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak”.

Penerima kedua, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak lelaki bujang yang merupakan seorang OKU. Seterusnya seorang warga emas yang tidak dapat meluruskan kaki kanannya dan terlantar sakit. Isterinya yang sakit buah pinggang menyatakan tak sanggup beli lampin pakai buang. Mempunyai 2 orang anak tinggal bersama. Kata isterinya, hanya bergantung duit pencen suami sebanyak RM700 untuk menampung kehidupan harian dan perubatan suami.

Halimah yang menziarahi rakyat disitu melahirkan rasa simpatinya dan mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka dengan menyampaikan barangan keperluan dapur kepada semua penerima.

Beliau mengharapkan agar mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan dan kesakitan akan terus bersabar tanpa berputus asa untuk teruskan kehidupan dengan sentiasa memperbaiki diri untuk pertingkatkan ekonomi keluarga.

“kita harap masyarakat luar mampu menyumbangkan sedikit rezeki yang diperolehi hari ini untuk meringankan bebanan golongan yang memerlukan samada dalam bentuk sedekah sunat atau zakat. Paling tidak pun, elakkan pembaziran terutamanya ketika berbuka puasa. Saat kita kekenyangan adakah terlintas di fikiran kita memikirkan golongan tersebut”, katanya.

Editor : khaulah azwar

Sunday, August 14, 2011

Seramai 210 orang menyertai Kejohanan Badminton peringkat Daerah Gombak




Gombak : Menjadi sejarah Gombak apabila Belia Kawasan Gombak Berjaya mengadakan Kejohanan Badminton Regu yang telah Berjaya mengumpulkan 105 regu yang melibatkan 210 orang. Kejohanan badminton regu anjuran PeBT Zon 8 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Jawatankuasa Penduduk Zon 8 MPS.

Pertandingan ini turut menawarkan hadiah kepada pasangan regu loser pool dan regu jemputan dengan menerima hadiah kejohanan bernilai RM4000.00 dan Piala.

Pegerusi PeBT8 MPS Wee Fwen Szuh berkata, “kejohanan badminton yang diadakan kali ini benar-benar diluar jangkaan kita kerana ianya Berjaya mengumpul seramai 210 orang belia yang sekaligus mencatat penyertaan kejohanan badminton terbanyak dalam sejarah di kawasan Daerah Gombak”.

Menurutnya, sambutan di luar jangkaan ini pasti akan memberi perangsang kepada penganjur untuk mengadakan kejohanan yang lebih besar pada tahun hadapan. Walaupun anjuran ini dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak, namun ianya tidak dijadikan sempadan kepada mana-mana parti untuk turut bersama menyertai sukan ini.

“Saya percaya kejohanan ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi semua peminat badminton di Gombak kerana ramai juga dikalangan wanita (beliawanis) bertanyakan hal ini. Mereka juga sarankan kepada kita untuk adakan kejohanan badminton untuk golongan wanita. Kita akan usahakan adakan pertandingan ini untuk mereka pada tahun hadapan. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Azmin Ali, Datuk Hasan Mohamed Ali dan Amiruddin Shari yang turut memberi sumbangan dan dorangan kepada semua belia untuk mengadakan aktiviti belia”, katanya ketika ditemubual oleh media selepas perlawanan diadakan di Wisma Philomath, Batu Caves baru-baru ini.

Wee Fwen Szuh yang juga merupakan Pengarah Kejohanan Badminton mengulas, “pasangan regu Mohd Firdaus dan Ahman Kazman telah terkandas untuk mengejar juara apabila terpaksa menarik diri, ini sekaligus memberi peluang percuma kepada pasangan regu On Soon Keoh dan Tan K.Y mengejar kejuaraan pada kejohanan Amatur Badminton Terbuka Gombak Edisi ke 3.

Tawaran yang diberikan oleh pihak penganjur bagi Juara kejohanan membawa pulang wang tunai RM800, Medal manakala Naib Juara sebanyak RM500 bersama Medal.

Manakala bagi pasangan looser pool dan regu jemputan dengan memperolehi wang tunai bernilai RM4000 telah dimenangi oleh pasangan Mohd Sofi dan Edwin Lai yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM200, manakala naib juara pula dimenangi oleh pasangan Mohd Khairul dan Zulhilmi membawa pulang wang RM100.

Bagi regu jemputan dimenangi pasangan daripada Akhbar Sinar Harian yang diwakili Ketua Pengarangnya Norden Ahmad yang berganding bahu bersama wartawan Sinar Lembah Klang, Mohd Syairi Mohamad Shaari. Mereka Berjaya mengalahkan psangan daripada wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari dan Faizal Ismail.

Turut serta dalam kejohanan tersebut adalah pasukan daripada MPS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak.

Tengarajan A/l Manikam , 26thn berkata, “Pertandingan ini perlu diadakan setiap tahun. Dengan pertemuan sebegini kita dapat mengenal berbagai bangsa walaupun berlainan parti. Selain daripada itu tawaran yang diberikan sekaligus membuat semua peserta bertungkus lumus merebut piala dan wang tunai yang ditawarkan oleh pihak penganjur.

Persaingan sihat ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dan tidak pernah dilakukan semasa pemerintah kerajaan terdahulu. Tahniah kepada semua pihak penganjur dan Ahli Parlimen Gombak, ADUN Gombak Setia dan ADUN Batu Caves yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap perlawanan ini”.

Edwin Lai yang telah memenangi pertandingan looser pool pula berkata, “sangat gembira mengikuti pertandingan ini. Terdapat berbagai bangsa turut hadir untuk menyertai dan memberi sokongan padu kepada semua pemain.

Dengan pertandingan yang diadakan memberi peluang kepada semua pemain menunjukkan bakat mereka dan berkongsi “skill” permainan. Sokongan yang diberikan oleh ketiga-tiga pimpinan PR Gombak kepada belia dirasakan satu pengahargaan pada kami yang begitu sukar dilakukan oleh kerajaan terdahulu”.

Sementara itu, Amiruddin yang telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang mengucapkan syabas dan mengaharapkan semua belia akan teruskan aktiviti yang bermanfaat bagi membendung gejala sosial. Tidak seharusnya belia di kawasan Gombak meletakkan jurang parti untuk bersama menjayakan sukan ini.

Kita juga tidak bersetuju jika UMNO-BN sering mengatakan pihak mereka begitu sukar untuk adakan aktiviti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR). Pandangan negatif ini seharusnya di lupuskan dalam kotak pemikiran mereka yang kolot.

PR tidak pernah mengenepikan sebarang tawaran daripada UMNO-BN untuk berganding bahu dalam aktiviti sukan atau kemasyarakatan. Cuma kita sukar bekerjasama dengan mereka melalui pentadbiran Negeri yang dibawa oleh UMNO-BN yang jelas terbukti banyak menyusahkan rakyat. Jurang ideologi politik ini lah yang membezakan antara UMNO-BN dan PR.

Saya juga berpendapat dengan adanya aktiviti seperti ini kita dapat merapatkan ukhwah dan meluaskan pandangan dalam apa juga bidang untuk mentadbir Negara dengan tulus dan berkebajikan. Selain daripada itu ianya melahirkan genarasi yang sihat, bertamaduan dan beribawa untuk mentadbir negara akan datang.

Justeru itu, kita harap UMNO-BN tidak meletakkan sebarang sekatan untuk belia melibatkan aktiviti sukan. Pertandingan ini seharusnya diadakan dengan sihat dan terbuka kepada semua parti, kata Amir dalam ucapan penutup Kejohanan Badminton edisi 3.

Editor : khaulah azwar

60 Pemandu Teksi serah Borang Keahlian PAS dan 65 ahli UMNO Keluar PARTI



Gombak : "Negara kita adalah Islam tetapi mengapa pemimpin kita dibawah pengurusan Perdana Menteri Malaysia. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tidak mengamalkan konsep pentadbiran secara islam. Mereka memerintah bertindak sesuka hati dengan tidak berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah.

Najib yang kita lihat adalah seorang pemimpin yang suka mendabit dada tanpa memperdulikan masalah rakyatnya. Dengan sikap pemimpin inilah menyebabkan negara kita sering diundang berbagai musibah. Maka dengan itu, kita menyeru kepada semua rakyat agar mengubah pentadbiran Negara ini daripada terus menerus diperintah oleh pemerintah yang zalim dalam PRU ke 13 nanti ", kata Pie Abdullah, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Terminal Putra Gombak kepada semua yang hadir dalam program Iftar Jamaie’ di Perkarangan Pejabat PAS kawasan Gombak malam tadi.

Iftar Jamaie’ yang dianjurkan oleh PAS Gombak telah mengorbankan dua ekor kambing, masakan Kampung diadakan penuh keberkatan dengan mengadakan Tahlil Arwah dan doa selamat yang dibimbing oleh Dewan Ulama.

Sehubungan dengan itu, majlis tersebut turut menyerahkan 60 borang keahlian PAS yang diserahkan oleh beliau bagi mewakili Persatuan Ahli Teksi kepada YDP PAS Gombak malam tadi. Menurut Pie, semua ahli yang menyertai PAS melahirkan rasa kesalnya dengan pengurusan pentadbiran yang dibawa oleh Najib. Begitu juga sistem pilihanraya Negara ini yang semakin tidak tulus dan meragui hati semua rakyat Malaysia semenjak 53thn lagi.

Mengulas lanjut, walaupun Negara kita sudah merdeka hampir 53thn tetapi rakyat tidak mendapat kebebasan bersuara, sistem demokrasi dan pilihanraya Negara ini semakin pupus disebabkan kepentingan peribadi individu.

Beliau yang juga merupakan bekas Tentera Laut mempertikaikan pengurusan SPR dalam pilihanraya kerana selama beliau berkhidmat dalam tentera , semua tentera telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

“Undi Pos yang digunakan untuk semua Tentera, Polis adalah tidak tulus. SPR daftarkan kita sebagai pengundi pos tetapi mengapa kami semua tidak dibenarkan memangkah untuk membuang undi. Tiba-tiba undi kita telah ditetapkan dengan menyokong kerajaan UMNO-BN sedangkan kita tidak diberi peluang untuk memilih pemimpin mana yang layak untuk mentadbir Negara dengan tulus”.

Kita dapati terdapat berbagai cara yang dilakukan oleh pihak SPR untuk membantu kemenangan kerajaan UMNO-BN dengan percuma dalam pilihanraya antaranya undi pos, membenarkan kemasukan warga asing ke Negara ini dengan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Terdapat penindihan nama, penukaran nombor kad pengenalan dan sebagainya yang telah diamalkan semenjak bertahun dahulu lagi.

Dengan cara kotor yang digunakan ini, rakyat membuat bantahan tetapi kerajaan langsung tidak ambil peduli suara rayat. Hal ini benar-benar membuat rakyat rasa kesal dengan kepimpinan yang dibawa oleh Najib dan kuncu-kuncunya sedangkan mereka dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat untuk mentadbir Negara ini dengan aman, tulus dan berkebajikan.

Katanya lagi, “ramai rakan-rakan kami rasa tidak berpuas hati dengan pengurusan SPR dalam pilihanraya yang banyak membantu kerajaan UMNO-BN melalui undi pos ini. Kami tidak diberi peluang untuk membuat bantahan terhadap sistem yang digunakan oleh SPR kerana terikat dengan kerajaan. Jika kami bertindak sudah pasti akan diambil tindakan yang diluar jangkaan kami yang sekaligus akan menutup periuk nasi kami. Ini cara kerajaan untuk menakut-nakutkan kami.

Dengan pelbagai yang berlaku, ini jelas menunjukkan pengurusan SPR dalam pilihanraya adalah tidak tulus. Apatahlagi kalau mereka ingin meneruskan hasrat untuk menggunakan Biometerik. Sistem ini walaupun Nampak begitu canggih tetapi kosnya begitu tinggi, akan menjadi kelam kabut dalam pilihanraya kerana sistem yang lembab. Kita bimbang pengurusan yang tidak ada jaminan ini akan sekaligus memberi huru-hara dalam Pilihanraya nanti.

Justeru itu, bagi memulihkan keadaan pentadbiran Negara ini yang dilihat semakin tenat, persatuan teksi yang mempunyai keahlian seramai 184 ahli bernekad untuk sertai PAS. Kami semua hilang kepercayaan kepada pengurusan UMNO-BN yang dibawa oleh Najib.

Katanya, “Semua ahli kami tidak suka pentadbiran UMNO-BN sekarang. Kalau dahulu ramai yang menyokong UMNO-BN dan ada yang masih samar-samar memilih parti untuk mentadbir negara tetapi sekarang setelah dilihat berbagai agenda buruk yang dilakukan oleh UMNO-BN, maka kita sudah nekad untuk mengubah pentadbiran Negara ini. Semakin jelas dan ternyata parti PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah parti yang benar-benar tulus untuk membawa Negara dengan merampas kembali Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti”.

PAS yang kami lihat adalah parti yang mengamalkan ajaran Al-Quran dan Al-Sunah yang diketuai oleh Mursyidul AM, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat merupakan ikon yang terbaik pada rakyat . Pemimpin begini seharusnya dicontohi oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang dimana Tuan Guru lebih utamakan rakyat daripada kepentingan diri sendiri dan keluarganya. Semoga PAS akan teruskan perjuangan ini dengan berpandukan Al-Quran dan Al-sunah agar tidak tersesat sepanjang zama, kata Pie.

Alias Yop , Setiausaha PAS Tmn Pinggiran Gombak yang menyerahkan sebanyak 15 keahlian PAS malam tadi pula berkata, “semua ahli yang mengisi borang ini adalah mereka yang dahulu daripada ahli UMNO-BN Gombak. Sebelum ini sebanyak 20 borang telah dihantar dan diluluskan keahliannya. Sekarang dalam proses penyemakan kemasukan ahli sebanyak 30. Mereka telah keluar daripada parti UMNO-BN kerana rata-rata tidak berpuas hati pentadbiran yang dibawa oleh Najib dan pengurusan UMNO-BN daripada peringkat kawasan sehingga ke pusat. Antara ahli sering tercetus pergaduhan dan hilang kepercayaan antara satu sama lain. Dengan pergolakan ini menyebabkan mereka membuat perubahan untuk menamatkan riwayat UMNO-BN Gombak dengan menyertai PAS”.

Sementara itu, YDP PAS Sallehuddin Nasir melahirkan rasa syukurnya kerana PAS semakin diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa.

Katanya, “kerja Allah SWT mengatasi segalanya walaupun kerja-kerja kita diganggu oleh musuh-musuh Allah dengan membuat berbagai agenda untuk menjatuhkan PR. Ini jelas terbukti apabila setiap isu yang ditimbulkan oleh UMNO-BN akan terkena batang hidung mereka sendiri. Pentadbiran SPR yang merupa kuda tunggangan UMNO-BN telah dibau oleh rakyat yang sekaligus membuat rakyat semakin hilang kepercayaan.

Penyerahan borang Ahli PAS hari ini benar-benar membakar semangat kepada semua pucuk pimpinan untuk teruskan perjuangan ini dengan memastikan PRU ke 13 akan terus diperintah oleh PR.

Sallehuddin juga meminta agar semua ahli yang telah menyertai PAS hari ini diharap terus mengikuti program yang dianjurkan oleh PAS Gombak serta mengikuti semua usrah yang dibawa oleh Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama bagi memantapkan ilmu fikrah didada. Dengan mengikuti program-program ini insya-allah mereka akan lebih mengerti perjuangan yang dibawa oleh PAS, katanya.

Turut hadir bersama Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Ridzuan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Gombak, Khatifah Zamani Sulong dan semua pucuk Piminan PAS Gombak.
Editor : Khaulah Azwar

Thursday, August 11, 2011

Masjid UNISEL Dirasmikan, Tingkatkan ibadah tinggalkan maksiat- Halimah Ali


K. Lumpur : Baru-baru ini Masjid UNISEL telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia SYMM Sultan Selangor dengan menyampaikan bantuan sumbangan kepada semua pelajar asnaf Unisel yang terdiri dari kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.

Menurut Exco Pendidikan, Tinggi Modal Insan Negeri Selangor Dr Halimah Ali tujuan masjid UNISEL dirasmikan adalah bagi memudahkan semua umat islam khususnya para pelajar di UNISEL dapat melakukan amal ibadah di masjid ini lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan bulan Ramadhan yang merupakan bulan tarbiyah untuk medidik diri kita menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Ulasnya, “Bulan Ramadhan yang padanya turunnya Al-Quran, diperintahkan berpuasa, bertarawih, beri'tiqaf, menambahkan amal semata-mata mengharap keredhaan Allah, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang bertaqwa, dan atas asbab itu dimasukkan ke dalam syurga Allah, insyaAllah”. “saya harap semua pelajar dapat manfaatkan masa mereka dengan sebaiknya apabila sudah masuk fasa kedua ramadhan yang merupakan fasa keampunan. Mohonlah pertolongan dan keampunan kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya diatas segala dosa yang kita lakukan tanpa disedari, sunguhnya Allah SWT itu amat penyayang dan pengampun.

Tiadalah gunanya jika masjid yang dibina begitu gah tetapi tidak ada qariahnya untuk bersama mengimarahkan masjid ini dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu. Justeru itu, kita sarankan kepada semua AJK masjid, Nazir dan Imam memikirkan akiviti yang menarik sempena bulan ramadhan ini bagi menarik semua umat islam beriktikaf di dalam masjid yang sekaligus dapat membendung gejala sosial dikalangan masyarakat terutamanya belia dan remaja sekolah.

Kita juga merasa syukur kepada Allah SWT apabila melihat generasi muda dimana sahaja kita berhenti untuk menunaikan solat didapati mereka begitu ramai sekali untuk bersama mengimarahkan masjid dan surau sempena bulan ramadhan. Ini menunjukkan terdapat perubahan dalam diri mereka daripada hanya duduk membuang masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang kurang sihat. Hal ini dilihat semenjak kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) memerintah masjid dan surau begitu diimarahkan dengan majlis ilmu bukan sekadar bulan ramdhan tetapi bulan-bulan yang lainnya juga”, katanya.

Halimah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang meletakkan harapan kepada semua umat islam mampu melaksanakan ibadah diperintahkan oleh Allah SWT dengan mengerjakan ibadah puasa, meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dan seterusnya akan pertingkatkan ibadah yang lain dengan istiqama beribadah kepada Allah SWT .

Turut hadir,YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Dr Yakop Sapari, Menteri Pertanian,Pengarah JAIS,MAIS, Pemangku Naib Canselor Prof Dr Anuar Ahmad, semua TNC, Dekan-dekan dan ahli lembaga UNISEL serta pelajar antarabangsa UNISEL,Ketua-ketua jabatan dan pensyarah.




Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI