Friday, April 8, 2011

ADUN Seru Petugas & Penyokong PR pertingkatkan Usaha mutu kerja untuk pertahankan Kerjaan PR


Batu Caves-Sempena Pentadbiran 3thn Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak melepaskan peluang untuk turut mengadakan Majlis Makan Malam bersama pegawai dan kakitangan awam daerah Gombak malam tadi di Selangor Culture Cove, Batu Caves.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Exco Kerajaan Negeri Selangor , Y.B Dr. Hj Yaakob Sapari Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Y.B Amiruddin Shari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak Y.B Azmin Ali, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon Gombak & Batu Caves, Pegawai-pegawai Pejabat Tanah, Pegawai Pusat Zakat Selangor (PZS), Ketua-ketua Kg. Zon Batu Caves dan Gombak , Nazir-Nazir Masjid, Penghulu Kg, Pengerusi-pengerusi PeBT Zon Batu Caves.

Berkata ADUN Batu Caves Y.B Amiruddin Shari, "tujuan kita mengadakan majlis makan malam bersama pegawai dan kakitangan awam daerah gombak adalah dengan hasrat yang murni untuk bersama rakyat DUN Batu caves bersama saf-saf pimpinan di DUN ini agar dapat mengenali antara satu sama lain lebih rapat dan kita tidak mahu agar rakyat merasa terasing dengan pucuk pimpinan di DUN Batu Caves" .

Disamping itu juga adalah mewawarkan kepada rakyat dengan kejayaan pencapaian yang telah diperolehi oleh Kerajaan PR sepanjang 3 thn mentadbir Negeri Selangor. Dengan kejayaan pentadbiran ini rakyat selangor telahpun menerima berbagai imbuhan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500, Air percuma 20ml, sumbangan anak masuk ke IPT RM1000, Sumbangan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) RM100 dan sebagainya yang telah berjaya dilaksanakan dalam manifesto PRU ke 12 yang lalu.

Katanya, "Kejayaan ini tidak akan diperolehi jika tidak mendapat kerjasama semua pihak terutamanya saf-saf pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Majlis, Pengerusi Pebt, Nazir-nazir masjid, Ketua-ketua Kg, Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) dengan sokongan bersama daripada MPS, JKR, Pejabat Tanah bagi memastikan misi visi pentadbiran kerajaan PR tercapai untuk membantu rakyat selangor khususnya. Jesteru itulah perlu adanya sambutan 3thn PR bagi menghargai kerja-kerja semua pihak dengan memberi anugerah kepada mereka semua yang telah memberi kerjasama dengan penuh komited".

Walaubagaimanapun saya amat berharap kita semua tidak meletakkan diri ke zon selesa sehingga terlupa untuk meneruskan tugas dengan penuh komited memandangkan UMNO-BN kini semakin terdesak dan mereka sangup melakukan apa sahaja untuk meyakinkan rakyat kembali. Mereka sedang rancak melakukan gerakkerja yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Dengan berbagai fitnah dilontarkan sehingga rakyat menjadi keliru.

Jesteru itu, harapan saya semoga semua penyokong-penyokong, petugas PR memaxsimakan segala gerakkerja bagi mempertahankan kemenangan ini dalam PRU ke 13 demi membantu rakyat selangor yang sering ditindasi oleh pemerintahan Kerajaan UMNO-BN. Sekarang bukan masanya untuk kita berlengah masa lagi kerana PRU ke 13 akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Kita ambil positif apa yang dikatakan oleh UMNO-BN dengan penuh yakin 9 kerusi di DUN Negeri Selangor akan dirampas kembali. Dengan kata-kata itu juga anggap ianya sebagai cabaran kita bagi mematahkan semangat mereka dan ianya sebagai satu omong kosong dan tidak akan berlaku. Kita perlu terjaga daripada lamunan ini dengan membuat semakan kembali dimanakah gerakkerja yang masih belum dilaksanakan. Sekiranya kerja-kerja seperti cula undi, edaran risalah masih banyak belum dilakukan maka seharusnya kita merancakkan kerja ini kembali dengan kesatuan hati daripada parti pakatan rakyat (PAS, PKR dan DAP), katanya.

Majlis makan malam ini juga menjadi semakin meriah dengan diserikan Persembahan Kebudayaan, Persembahan Nyayian kumpulan nasyid, bekas penyayi kumpulan U-Topia (Afifi), cabutan bertuah dan diadakan juga penyampaian Anugerah Cemerlang diperingkat DUN Batu Caves. Anugerah Ahli Majlis MPS/JKP jatuh kepada Zon 12 , JKKK terbaik Kg Sg Tua Baru, Masjid Jamek terbaik jatuh kepada Masjid Tmn Amaniah, Surau terbaik diperolehi oleh surau Al-Ehsan Kg Baru Batu Caves, dan PeBT terbaik jatuh ke tangan Zon 14.

Hj Ruslan Ahmad AJK Masjid Tmn Amaniah, "Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program Makan Malam sempena 3thn PR Selangor memerintah. Dengan mengadakan program ini dan pemberian anugerah sekaligus memberi suntikan kepada semua saf-saf pimpinan samaada peringkat pengurusan Ahli Majlis MPS, Masjid, Surau, Ketua kg, Pengerusi PeBT".

"Harapan kita semoga dengan anugerah yang diberikan oleh ADUN dan Kerajaan Negeri PR, kita harap mereka yang dilantik akan terus pertingkatkan kerja lebih mantap dari semasa ke semasa. Bagi yang tidak memperolehi kejayaan teruskan usaha dan membaiki mutu kerja yang lebih baik. Tanggungjawab diberikan amatlah berat kerana ianya merupakan satu amanah ALLAH swt kepada kita apabila telah diberikan Jawatan. Tahniah dan syabas buat semua saf pimpinan Kerajaan PR yang begitu komited dalam mentadbir negeri dan semua saf piminan Masjid Amaniah yang tidak jemu-jemu mengimarahkan masjid dengan menjadikan satu pusat komuniti rakyat yang telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat semenjak PR memerintah. Ini amat berbeza daripada pengurusan pentadbiran terdahulu yang dimana AJK mereka terdiri daripada UMNO-BN, masjid dan surau menjadi suram kerana ketulusan mentadbir tidak dapat dirasai oleh rakyat ".

Hj. Ramli Jamaluddin Ketua Kg. Sg Tua Baru mantan Nazir masjid Jamaitussoleh berkata, "Alhamdulilah tanpa disangka saya terpilih untuk menerima anugerah ini. Macam tidak percaya apa yang berlaku namun pun begitu saya sangat terharu dengan anugerah yang diberikan oleh Y.B Amiruddin Shari. Semoga ianya menjadi contoh kepada ketua-ketua kampung yang lain untuk menjalankan tugas dengan penuh komited. Terima kasih kepada semua penduduk, AJK Masjid dan AJK Kg. yang telah memberi kerjasama dengan saya selama memegang jawatan sebagai Ketua Kg disini, katanya."

Mohd Razali Yusof PeBT 14 "Sukar untuk saya nyatakan kerana bagi saya semua PeBT di MPS adalah yang terbaik kerana kesungguhan pengerusi-pengerusi PeBT setiap Zon samaada diperingkat DUN Gombak, Batu Caves, Hulu Klang begitu terserlah. Kita lihat semuanya berpotensi tinggi untuk membimbing remaja dan beliawanis. Penilaian yang dilakukan adalah daripada pihak ADUN dan MPS sendiri. Penilaian dibuat dari sudut pengurusan pentadbiran pengerusi PebT dengan mempelbagaikan aktiviti-aktivi bagi mendekati golongan beliawanis. Terima kasih tidak terhingga buat semua saf pimpinan PR dan ADUN Batu Caves yang telah memilih PeBT Zon 14 terbaik yang tidak disangka sama sekali".

Hj Adnan Mohd Yatim Penasihat Surau Al-Ehsan, "Alhamdulilah syukur kepada ALLAH swt kerana sepanjang menjadi Jawatankuasa surau, ini baru pertama kalinya surau kami mendapat anugerah daripada Kerajaan PR. Amat berbeza semasa dibawah pemerintahan kerajaan terdahulu yang memerintah selama 50thn begitu sukar untuk memberi anugerah buat semua Jawatankuasa. Dorongan daripada ADUN dahulu sukar untuk kita perolehi dan menyebabkan AJK-AJK rasa tidak bersemangat untuk menjalankan tugas. Kita bukan tergilakan pangkat, anugerah tetapi perlu adanya penghargaan kepada AJK yang dilantik sebagai suntikan motivasi dan menghargai semua kerja mereka dalam menjalankan tugasan.

Katanya lagi, Surau Al-Ehsan memang terkenal dengan surau yang paling aktif kerana diadakan berbagai majlis ilmu dan program bagi mengimarahkan rumah ALLAH ini. Berbagai golongan yang hadir untuk mengimarahkannya. ADUN Batu Caves Y.B Amiruddin Shari juga kerap berkunjung ke surau -surau, masjid di DUN Batu caves untuk bersama jemaah. Dengan kunjungan ADUN untuk beramah mesra dengan rakyat, kita dapati beliau begitu mudah mesra alam. Dengan pendekatan ini membuatkan rakyat disini menerimanya dengan baik tanpa mengira perkauman dan parti. Semoga anugerah yang dinobatkan oleh ADUN ini memberi suntikan kepada semua saf pimpinan surau al-ehsan untuk peritngkatkan usaha kerja mereka dengan penuh komited, amanah, kreativiti dan integriti".



Editor Khaulah azwar

Anwar Gesa Taib Henti Memiskinkan Rakyat Sarawak


SEKINCHAN 8 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Barisan Nasional supaya berhenti daripada terus memiskinkan rakyat Sarawak dengan menggunakan janji-janji membangunkan negeri itu sebagai helah untuk mengaut kekayaan sumber aslinya.

Berucap kepada lebih 5,000 penduduk di Sekinchan malam tadi sebelum menyambung jelajahnya ke Sarawak hari ini, Anwar berkata Ketua Menteri Taib Mahmud dan pimpinan di Putrajaya harus berhenti memperdayakan rakyat negeri itu.

"Orang hulu Lumbawang, orang Iban miskin tapi jangan hina mereka. Dia rakyat kita. Jangan miskinkan mereka dengan mengambil harta dan tanah mereka. Ambillah tanah di tempat lain kerana mereka sudah cukup susah dan oleh itu kami harus melindungi mereka dari segala kejahatan," kata Anwar.

"Dia (Najib) cuba alih pandangan mereka kerana tidak mahu rakyat Sarawak fikir puluh bilion ringgit diambil,” oleh pemimpin kerajaan negeri, tambah Anwar.

Semalam, Taib yang memimpin Sarawak 30 tahun berikrar untuk menjadikan Sarawak negeri yang paling kaya setelah ia tercorot kepada negeri yang keempat paling miskin di Malaysia di bawah pemerintahannya.

Manifesto BN untuk pilihanraya negeri pada 16 April turut menjanjikan untuk menukar Sarawak kepada negeri berpendapatan tinggi walhal hakikat adalah sebilangan besar penduduk itu berpendapatkan kurang RM2,000 sebulan.

Anwar berkata kedaifan rakyat di Sarawak begitu ketara sepanjang lawatan beliau ke pelbagai pelusuk negeri itu minggu ini.

“Orang Iban kata, tanah kami mereka rampas dan hak kami diambil, jadi kami mesti sokong Pakatan Rakyat untuk "ubah perintah" (tukar kerajaan). Ini jelas menunjukkan rakyat benar-benar ingin bangkit dari terus ditindas oleh Taib,” kata Anwar.

Kempen pilihanraya negeri Sarawak ke 10 bemula Rabu lalu dengan Pakatan Rakyat meletakkan calon di hampir semua 71 kerusi DUN Sarawak dalam usaha gigih untuk menamatkan pemerintahan BN pimpinan Taib.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon di 47 buah kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 15 dan 5 kerusi.

Anwar berkata agenda ekonomi Pakatan Rakyat di Selangor menjadi bukti nyata kepada penduduk di Sarawak bahawa perubahan kerajaan negeri menjanjikan masa depan yang lebih baik dan bebas daripada rasuah.

“Saya pergi ke rumah panjang. Saya kata negeri Selangor air percuma, mati dapat duit. Anak masuk universiti dapat peruntukan. Kelahiran dapat RM100. Jadi mereka tidak percaya kematian pun kerajaan Selangor bagi duit termasuk air,” kata Anwar.

"(Itu semua) membuat mereka berfikir kerana Sarawak jauh lebih kaya daripada Selangor. Kalau kamu lihat Tv Selangor ada mereka tunjukkan kedaifan masyarakat di sana," kata beliau lagi.

Thursday, April 7, 2011

Agenda Kampung Baru dalam Buku Jingga


PEMIMPIN-pemimpin Umno begitu ghairah untuk membangunkan Kampung Baru. Telah lama isu itu dibangkitkan. Tetapi sejak Datuk Najib menjadi Perdana Menteri perkara itu cuba dipercepatkan.

Ia menjadi isu politik yang panas. Semua tuan tanah Kampung Baru mahu ia dibangunkan segera sesuai dengan pembangunan pesat Bandaraya Kuala Lumpur khususnya bagi kawasan sekeliling Kampung Baru. Ia akan dilihat cacat jika terbiar.

Tetapi masalahnya orang Melayu seluruhnya tidak mahu pembangunan itu nanti akan tambah menyempitkan ruang milik orang Melayu di kota itu. Keghairahan pemimpin-pemimpin Umno sejak dulu ialah mereka mahu mengaut sebanyak-banyak manfaat daripadanya, bahkan lebih dari yang boleh dinikmati oleh tuan tanah. Dan yang melambatkan pembangunan itu dimulakan ia bagi mengelakkan ia lebih menguntungkan lintah darat dan akhirnya tidak ada apa yang tinggal untuk orang Melayu.

Tetapi masalahnya berapa lama orang Melayu hendak bertahan. Umno cuba menyegerakan pembangunan itu sebelum kuasa jatuh kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat ada rancangan yang lebih baik seperti yang pernah dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa bulan dulu. Tuan tanah dan orang Melayu akan dapat menikmati isi dan kuah sekali, bukan sekadar makan kuah saja.

Jika projek itu hendak dilaksanakan semasa kerajaan masih di bawah BN dan BN tidak menghalangnya, kerajaan Selangor boleh memberi tanggungjawab membangunkannya kepada PKNS. Selagi kerajaan Selangor terus mendapat pujian dari laporan Audit Negara, maka tidak ada yang meragukan tentang keupayaan kerajaan Selangor dan PKNS mengendalikan pelaksanaannya. Ertinya sekarang tuan punya Kampung Baru dan orang Melayu seluruhnya sudah ada pelan alternatif.

Kalau Umno tidak menyegerakan pembangunan itu dibimbangi Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Maka Pakatan Rakyat akan mengambil langkah bagi membangunkan Kampung Baru. Bukan saja tanah di Kampung Baru akan dibangunkan oleh Pakatan Rakyat bahkan mana-mana kampung yang masih menjadi milik orang Melayu di Kuala Lumpur akan dibangunkan sama.

Tujuh buah kampung di antara pekan Setapak dan Taman Melawar yang termasuk dalam Pelan Pembangunan Wilayah Persekutuan 2020 yang menjadi pertikaian antara penduduk dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekarang sudah tentu akan diberi perhatian oleh kerajaan Pakatan Rakyat nanti.

Perkampungan Datuk Keramat dan kawasan tertentu di Bandar Tun Razak yang pernah dibincangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penduduknya, adalah terbuka untuk dibangunkan. DAP yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat tentunya tidak membantah pelan pembangunan itu kerana kejayaannya nanti dapat membantu mengharmoni masyarakat berbilang kaum di Wilayah Persekutuan.

DAP tidak akan mengganggu segala usaha bagi menstabilkan orang Melayu kerana kestabilan itulah yang membantu Kuala Lumpur jadi tenang dan bahagia. Tragedi 13 Mei berlaku kerana orang Melayu bimbang mereka tidak selamat. Baik ia didorong oleh faktor perkauman atau ia didalang oleh orang jahat, tetapi keadaan yang tidak seimbang itu menyebabkan orang Melayu merasa mereka tidak selamat.

Semua itu telah menyebabkan semua orang Kuala Lumpur khas dan orang di Malaysia seluruhnya terpaksa menghadapi kekacauan dan huruhara. Tetapi kalau kawasan-kawasan orang Melayu itu dibangunkan dan penduduknya merasa dirinya terjamin, maka masing-masing akan memelihara harmoni dan nikmatnya.

Jaminan keamanan seperti inilah dikehendaki oleh DAP kerana harmoni semua kaum itu memberi ruang yang selesa baginya berperanan. Justeru itu DAP tidak akan membantah usaha membangunkan Kampung Baru apa lagi bila dijalankan tanpa rasuah dan bebas dari lintah darat. Jika Umno gagal menyegerakan pembangunan Kampung Baru sebelum PRU 13, maka jangan terkejut Kampung Baru akan masuk sebagai satu capter dalam Buku Jingga yang Pakatan Rakyat sedang perkemaskan.


Wednesday, April 6, 2011

Rakyat berpuas hati dengan pengurusan & Pencapaian Kerajaan PR




Gombak - Satu majlis kesyukuran telah diadakan baru-baru ini oleh Persatuan Penduduk Kebajikan Gombak Setia (PKGS) di Dewan Kebajikan AM PKGS yang telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Gombak, Y.B Azmin Ali, Pegawai -pegawai Pejabat Tanah Daerah Gombak.

Ismail Harun, Setiausaha PKGS, 67thn, berkata "tujuan utama kita adakan majlis kesyukuran dan sesi penerangan berhubung pemberianmilikan tanah Kg Gombak Setia adalah sebagai tanda kegembiraan penduduk Gombak Setia memperolehi surat kelulusan pemberi milikan tanah atau Notis 5A kepada penduduk berhubung bayaran premium bagi pajakan tanah selama 99thn dengan mendapat kadar terendah sebanyak RM1 yang telah berjaya diselesaikan dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)".

"Menurutnya selama 59thn penduduk disini menanti khabar gembira agar segala masaalah tanah disini diselesaikan oleh pemerintah terdahulu yang diterajui oleh UMNO-BN. Namun harapan hanya tinggal harapan kerana dalam tempoh yang begitu lama isu tanah tidak dapat diatasi dengan baik".

Alhamdulilah dibawah pemerintahan Kerajaan PR selama 3th, akhirnya penduduk gombak setia memperolehi geran mereka. Ini merupakan satu sejarah yang sangat manis bagi penduduk disini kerana tanah ini merupakan aset penting kepada semua pemilik untuk masa depan anak-anak dan cucu citcit kami.

Kita lihat hanya dibawah pemerintahan Kerajaan PR telah membuktikan segalanya dengan kecekapan, ketulusan dan pengurusan ekonomi yang tulus untuk membantu rakyat. Tiadalah gunanya jika mentadbir negeri berpuluh tahun masaalah rayat tidak dapat diatasi. Sehubungan dengan itulah kami merakam penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Parlimen Gombak, Tn Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali, YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kereana dapat menyelesaikan masaalah tanah penduduk ini yang pertama kalinya dikemukan kepada kerajaan pada tahun 1994.

Pada awalnya terdapat tanah yang diberikan tempoh pajakan 30thn dan ada tempoh pajakan 60thn. Kemudian dipersetujui pihak berkuasa negeri dipanjangkan kepada 99thn. Seperti yang semua rakyat dengar ucapan daripada Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali dalam majlis penyerahan Notis 5A yang lalu, beliau menyatakan Kerajaan Negeri begitu Komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya disamping memastikan jentera pentadbiran bebas daripada amalan rasuah. Beliau juga turut menyentuh usaha pihak berkuasa negeri menjadikan surau dan masjid sebagai pusat transformasi masyarakat Islam. Dengan ucapan tersebut kami rasa memang ada kebenarannya ini adalah kerana usaha memohon geran tanah milik kekal pertama kali dibuat PKGS pada 12/9/1994 telah gagal tetapi telah berjaya diatasi dibawah pemerintahan Kerajaan PR.

Pada tahun 1999 ADUN Gombak Setia Y.B Datin Paduka Rakibah Manap mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri memberikan tempoh pajakan 99thn bagi tanah di Gombak Setia. Pada tahun 2001 sebuah Jawatankuasa Badan Bertindak Tanah Gombak Setia (JBTGS) ditubuhkan oleh YB Datin Paduka Zaleha Ismail bagi menyelaraskan pembayaran premium Rm2.50 skp untuk pajakan 99thn dikalangan penduduk. Hasilnya sebilangan permohonan penduduk dapat dikumpulkan dan dikemukan kepada Pejabat tanah. Pada 13/10/2004 & 21/3/ 2007 PKGS kemukakan rayuan untuk dapat milik kekal tetapi tiada jawapan sehingga kami ahlli PKGS rasa berputus asa dengan pentadbiran kerajaan terdahulu (UMNO).

Apabila berlakunya pertukaran Kerajaan pada tahun 2008, PKGS usul kembali kepada ADUN Gombak Setia (Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali) dan kepada Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2009. Alhamdulilah akhirnya perkara ini telah mendapat perhatian sepenuhnya oleh Y.B Azmin Ali dan beliau telah mengambil langkah drastik dengan sendirinya sehinggalah mendapat kelulusan premium serendah Rm1.00 skp. Dengan kejayaan pentadbiran PR maka pihak PKGS mengharagi usaha murni saf pimpinan Kerajaan Negeri PR yang bertungkus lumus untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, Y.B Azmin Ali pula berkata, "alhamdulilah dan terima kasih kepada pihak pengurusan PKGS yang sudi meraikan kejayaan saya bersama saf pimpinan Kerajaan PR dalam mendapatkan kadar premium yang rendah RM1 untuk 102 orang pemilik tanah geran yang telah berjaya diperolehi baru-baru ini. Dengan jejayaan PR membantu rakyat inilah ada kawasan-kawasan lain dan pimpinan Kerajaan UMNO-BN yang merasa cemburu dengan kejayaan PR. Walaubagaimanapun saya amat berharap dengan kejayaan PR membantu rakyatnya tidak berlaku sebarang cetusan provokasi dalam tempoh pengisian borang Notis 12A (Borang Lama, lanjutan kepada 99thn untuk mereka isi dengan membuat penyemakan semula) kerana terdapat penindihan nama, Lot-lot tanah yang bertindih dan sebagainya semasa pemerintahan Kerajaan dahulu lagi.

Katanya lagi, sudah 59thn berlalu masaalah geran tanah ini tidak dapat diatasi oleh pentadbiran pemerintahan Kerajaan UMNO-BN. Oleh itu kita harap mereka dapat membuat tindakan segera. Sehubungan dengan itu juga saya amat berharap pejabat tanah dapat memberi kerjsama dengan Kerajaan PR dan penduduk disini bagi mengatasi tanah yang tertindih dan sebagainya.

Menurutnya lagi, Kerajaan PR teah mengambilkira implikasi beberapa aspek apabila ingin memutuskan kadar premium tanah penduduk yang rendah iaitu RM1 skp daripada RM2.50 skp sebelum ini.

"Saya amat berharap masaalah tanah di Gombak dapat diselesaikan kadar segera dalam tempoh 1 tahun dengan mendapat kerjasama semua pihak. Bagi mereka yang benar-benar tidak berkemampuan (Dhaif) untuk membuat bayaran, insya-allah saya dan Kerajaan Negeri PR akan membantu membuat surat sokongan kepada Pusat Zakat Selangor (PZS), yang penting kita amat berharap semua pemilik geran dapat selesaikan pembayaran mereka terdahulu. Jika mereka lewatkan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan maka ianya terbatal, katanya".

Mohd Ikram Ahmad, 66thn berkata "Saya telah duduk di Kawasan ini semenjak tahun 1960 lagi. Setiap hari berlalu dengan tahun silih berganti, saya dan keluarga sentiasa menghitung hari untuk mendapatkan geran tanah. Hati sering tertanya -tanya adakah saya dapat geran tanah ini sebelum saya pulang kerahmatuallah. Jika ditakdirkan ALLAH saya pergi dulu, ingin sekali masaalah tanah ini diselesaikan terlebih dahulu agar isteri dan anak-anak tidak hidup merempat. Alhamdulilah berkat doa yuang tidak terputus akhirnya setelah menanti selama 51thn, saya dan keluarga telah mendapat geran tersebut dibawah pemerintahan Kerajaan PR .

Katanya, dalam tempoh 51thn berbagai cara dan usaha dilakukan oleh pihak saya dan penduduk disini untuk berjumpa dengan pihak pengurusan kerajaan terdahulu namun hasilnya sungguh mengecewakan dan rasa tidak mampu untuk turun naik pejabat tanah lagi. Tetapi dalam tempoh 3thn PR memerintah segala penantian berkahir juga dengan berkat doa, usaha dengan mengadakan sesi dailog antara penduduk dan pimpinan. Ini menunjukkan betapa saf pimpinan Kerajaan PR begitu komited dalam menjalankan tugas untuk memberi khidmat kepada rakyatnya.

Omar Mohd Sharif, 62thn pula berkata "saya begitu rasa berpuas hati dengan bantuan dan perhatian yang diberikan oleh Kerajaan PR terhadap masaalah kami disini. Selama 50thn saya dan keluarga menunggu isu geran tanah ini dapat diselesaikan dibawah UMNO-BN, namun ianya mengecewakan. Akhirnya dibawah pemerintahan MB Selangor dan Ahli Parlimen Gombak yang memandang serius isu ini akhirnya epilog penantian sudah berkahir. Cuma kami sekeluarga rasa terkilan kerana arwah ayah tidak dapat merasakan kegembiraan ini. Semasa usianya hidup, ayah saya sudah berputus asa untuk uruskan tanah ini kerana setiap kali beliau pergi ke pejabat tanah, tiada jawapan yang mengembirakan untuk dibawa pulang kerumah melainkan penat dan membuang masa. Alhamdulilah akhirnya saya dapat juga hak geran tanah milik ayah saya, katanya.

Hj Osman B Abdullah, 78thn merupakan pengasas PKGS kini jawatan beliau sebagai Bendahari. Beliau menyatakan semenjak 1994 saya bersama AJK PKGS telah meminta kepada kereajaan terdahulu (UMNO-BN) agar geran tersebut milik kekal namun masaalah ini tidak diatasi dengan baik dan tiada kesudahan. Berpuluh tahun kami menunggu sehingga kami rasa perlunya perubahan pentadbiran. Pada tahun 2008 kami penduduk Gombak Setia telah nekad untuk mencari pimpinan yang tahu buat kerja dan memberi khidmat terbaik kepada rakyatnya. Alhamdulilah dengan pertukaran kerajaan inilah akhirnya masaalah kami diselesaikan dengan segera tidak sampai 3thn PR memerintah. Kalaulah kami tahu pengurusan PR lebih bersistematik, jujur, amanah dalam mentadbir negeri sudah pasti kami mengubah pentadbiran ini. Kami tidak mahu pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak pandai melaksanakan tanggungjawab, katanya.


Editor :khaulah azwar

Tuesday, April 5, 2011

Dedah Aksi Seks Canggah Norma Islam, kata Persatuan Ulama

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

“Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.

Kata beliau, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

“Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini,” katanya.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam.

“Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas haram dalam Islam.

“Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah,” katanya.

Kata Mohd Roslan, pihaknya juga kesal kerana ada pihak yang terlebih dahulu menjatuhkan “hukuman” terhadap Anwar selepas rakaman video seks itu didedahkan kepada umum pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Malah semalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” tersebar dimuatkan dalam Youtube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

“PUM kesal kerana media telah menjatuhkan “hukuman” setelah keaiban dan fitnah didedahkan, di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks.

“PUM membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral Parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal,” kata Mohd Roslan.

Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan “golongan” yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan dalam negara berbanding isu-isu nasional lain.

“Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi.

”Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik “sampah” yang busuk dan hanyir,” katanya.

Justeru Mohd Roslan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan gambar video seks itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak undang-undang.

“Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa.

Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

“Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat,” kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat.

“Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah.

“MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia,” katanya.

Monday, April 4, 2011

Datuk 'T' Boleh Kena Sebat - Persatuan Ulama Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 April — “Datuk T” boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata kepada portal The Malaysian Insider, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.

Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain. “Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. “Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional. “Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks. Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis.

Friday, April 1, 2011

Menolak Politik Durjana




Ampang - Rata-rata rakyat menolak politik kotor yang dimainkan oleh UMNO-BN. Sejak kebelakangan ini kita melihat betapa tedesaknya UMNO-BN membuat tindakan yang membuatkan seluruh dunia menyedari tindakan ini sebenarnya mencerminkan keperibadian kepimpinan mereka sekali gus akan menggoyangkan parti UMNO-BN.

Ini adalah kerana mereka sanggup menerbitkan pelbagai cetakan yang tidak boleh diterima oleh akal pemikiran rakyat. Dengan pelbagai cetakan yang diterbitkan, membuatkan rakyat tertanya-tanya dimanakah mereka mendapat sumber kewangan untuk membeli peralatan percetakan dengan menerbitkan bahan-bahan cetak rompak untuk menjayakan misi jahat mereka.

Persoalannya, adakah percetakan tersebut telah mendapat kelulusan ataupun tidak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dengan penyebaran risalah tersebut oleh UMNO-BN, adakah KDN telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengatasi isu percetakan ini. Atau KDN juga bersekongkol dengan UMNO-BN, kerana sehingga kini isu penerbitan akhbar Selangorkini yang diterbitkan oleh UMNO-BN masih tidak dijawab oleh KDN walaupun laporan polis telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR).

Tidak cukup dengan akhbar, mereka menerbitkan pula pengeluaran buku Juara Lawak berusurkan fitnah, dan lucah yang boleh menjatuhkan imej sebagai orang islam, kata Pn. Salmiah Ismail Ketua AMK Cabang Wanita Keadilan Ampang ketika ditemui kelmarin di IPD Ampang.

Menurutnya lagi , "tindakan yang mereka lakukan ini ibarat mencerminkan diri mereka sendiri kerana sanggup melakarkan imej-imej yang tidak senonoh. Sesiapa yang membacanya pasti akan beristigfar. Sebagai orang islam, kita dilarang sama sekali melihat video lucah, melukis imej-imej yang boleh merangsang nafsu".

Mengapa mereka sanggup melakukan perkara ini, adakah mereka tidak tahu erti dosa dan takut kepada hukum ALLAH swt. Adakah mereka yang melakukan perkara ini tidak rasa bersalah dengan menaburkan fitnah dan menyebarkan isu-isu yang tidak memberi manfaat kepada orang lain. Dimanakah nilai-nilai ketuhanan dalam diri mereka sehingga sanggup memijak-mijak maruah dan keperibadian seseorang tanpa belas kasihan.

Apakah mereka tidak boleh berfikir bagaimanakah perasaan mereka apabila diri nya diletakkan ditempat tersebut?. Dimanakah hendak kita meletakkan maruah keluarga, isteri dan anak-anak yang sekali gus boleh tercemar semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Jesteru itu, kami daripada Pakatan Rakyat(PR) mendesak semua umat islam, gabungan ahli-ahli Persatuan Ulama' , Gabungan Ahli Ugama, NGO dan rakyat seluruh Malaysia yang boleh menilai baik buruknya isu fitnah ini, membantah sekeras-kerasnya tindakan fitnah UMNO-BN dengan mengadakan satu himpunan agar UMNO-BN menghentikan tindakan bodoh mereka ini, ujarnya.

Sementara itu pula, Adam Abdullah, 34 tahun yang turut bersama menghadiri Himpunan mengiringi Y.B Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Y.B Amiruddin Shari (ADUN Batu Caves), dan Syari Sungip (ADUN Hulu Klang) bagi menjawab isu ceramah yang diadakan pada 25hb Mac, 2011 di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Gombak menyatakan “perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam negara Malaysia yang di lebalkan sebagai negara islam. Berikutan dengan isu yang berlaku, apakah peranan menteri-menteri terutamanya Perdana Menteri (PM) dalam mengatasi masalah fitnah dan percetakan yang tidak bermoral ini. Tindakan beliau yang mendiamkan diri menunjukkan sokongan beliau di dalam masalah ini dan menyokong penerbitan tanpa kebenaran yang berunsurkan fitnah.

Sebagai muslim , di dalam Al-Quran jelas menyatakan “Allah swt telah menjelaskan bahawa fitnah itu termasuk di dalam dosa-dosa besar, dan lebih buruk daripada membunuh. Betapa fitnah ini memberi impak yang negetif kepada ummat”.

Disini saya ingin mendesak agar PM, Najib yang mengetuai parti UMNO-BN itu, seharusnya menghentikan tindakan bodoh mereka. Jika mereka ingin bertanding dalam politik seharusnya melaksanakan politik yang adil berteraskan hukum-hukum islam. Bukan mengamalkan politik kotor yang sangat menjijikkan. Rakyat kini semakin bijak menilai. Dengan berbagai agenda buruk yang dilakukan oleh parti UMNO-BN akan memberi kesan negatif kepada parti itu sendiri kerana banyak yang mereka lakukan akan terkena kepada diri mereka kembali, katanya.

Yb. Zuraidah Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berkata, wanita PR seluruhnya menolak politik kotor di bawah pentadbiran Najib. Kita lihat UMNO-BN begitu sangat terdesak sehingga sanggup membuat berbagai tindakan yang diluar jangkaan. Selepas isu fitnah ke 2, kini mereka begitu berani mencetak pula pamphlet lucah buku Juara Lawak yang berususrkan lucah.

Menurutnya percetakan pamphlet lucah adalah satu kesalahan dibawah seksyen 29(2a) kanun keseksaan dimana mereka yang di dapati bersalah mengedar pamphlet lucah boleh dikenakan hukuman penjara 3thn atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 499 & 500 kanun keseksaan dimana jika mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara 2thn atau didenda kedua-duanya sekali. Mereka yang terlibat seharusnya bertaubat kepada ALLAH swt.

Dibawah pentadbiran (PM) Najib, banyak perkara-perkara yang berlaku mengcetuskan tanda pertanyaan kepada rakyat. Isu-isu seperti kes Altantuya, Teo Beng Hock dan Aminurrashid yang sehingga kini masih dalam tanda tanya dan tidak ada jalan penyelesaian terbaik. Semuanya berunsurkan poilitik durjana UMNO-BN.

Sebagai Pemimpin kita seharusnya mempunyai sifat-sifat terpuji, amanah, tidak mengamalkan rasuah, beribawa, kredibeliti dan betanggungjawab keatas rakyatnya. Bukan menjadi pemimpin yang pengecut dan mengikut telunjuk kata isterinya sahaja.

Berikutan dengan berbagai isu yang tercetus, ini menunjukkan kelemahan pentadbiran Najib sebagai PM, seharusnya Najib dan semua kepimpinan parti UMNO-BN berundur dan memberi peluang kepada PR memerintah bagi mentadbir Negara dengan baik untuk kebaikan rakyatnya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI