Tuesday, August 10, 2010

Bulan Ramadhan Bulan Peperangan

Gombak - Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiah (didik) dan jihad bagi ummat Islam bahkan ia merupakan bulan peperangan dalam melawan hawa nafsu.


Kupasan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia dalam memberi kuliah maghrib sebelum tiba kedatangan bulan ramdhan baru-baru ini di Surau Pangsapuri Mukmin, Gombak.

Beliau berkata, kedatangan bulan ramadhan adalah merupakan 1 proses peperangan menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabdikan diri kepada ALLAH swt.

Proses 30 hari mengerjakan ibadah puasa adalah didikan yang ALLAH swt berikan kepada semua ummat ISLAM.

Selepas 30 hari mereka akan kembali kepada fitrahnya. Jika diperhalusi, mereka yang beribadah pada bulan ramadhan dengan ikhlas kepada ALLAH swt semata-mata, insya-ALLAH mereka akan dapat merasai kesusahan saudara ISLAM yang lain.
Bulan ramadhan adalah bulan mendidik hati kita agar tidak melakukan dengan dosa maksiat, mengurangkan tidur tetapi banyak melakukan ibadah sunat yang lain, tidak pergi ketempat yang dilarang oleh ALLAH swt, mengumpat, dan sebagainya.

Beliau amat berharap dengan ketibaan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan semua ummat ISLAM dapat manfaatkan masa sebaiknya dengan menghadirkan diri ke kelas kuliah, tazkirah, tadarus al-quran dan menghidupkan dengan Qiammulail.
Untuk memastikan majlis-majlis ilmu tersebut berjalan dengan lancar, pihak nazir dan pengerusi surau/masjid haruslah mengkratifkan diri dengan membincangkan jadual pengurusan program sepanjang ramadhan.
YB Dato' Dr Hasan menyarankan juga agar ibubapa harus memeriksa bacaan al-quran, solat anak-anak.
Tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak amatlah berat bukan sahaja melengkapkan ilmu dunia bahkan harus memberi didikan ilmu akhirat dengan memberi penekanan tentang ilmu fardhu ain kepada anak-anak.

Selain daripada itu, beliau juga memberi penekanan kepada suami isteri harus menghidupkan solat berjemaah dan bacaan al-quran berjemaah dirumah bersama ahli keluarga.

Dengan adanya aktiviti bersama ahli keluarga hubungan kekeluargaan juga akan lebih mesra, katanya.





Editor :Khaulah Azwar

Monday, August 9, 2010

Ramadhan bulan tarbiah, jihad


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Ramadhan adalah bulan tarbiah dan jihad bagi pejuang-pejuang Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Justeru, katanya kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabadikan jihad dan perjuangan.

“Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa) nescaya Allah akan mewajibkannya.

“Namun bilamana Allah mewajibkan puasa kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat dikawal melalui ibadat puasa,” ujarnya dalam perutusan sempena Ramadhan 1431H.

Katanya, sejarah jatuh bangun umat dahulu memperlihatkan betapa banyaknya tekanan musuh dan serangan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan kerana musuh menganggap umat Islam akan lemah kerana berpuasa.

“Lihatlah di zaman kita serangan ke atas Iraq, Afghanistan, Bosnia dan lainnya banyak dimulakan dalam bulan Ramadhan.

“Bahkan kalau kita buka lipatan sejarah lampau, sejak zaman Rasulullah hingga zaman tabieen, serangan musuh banyak tertumpu dalam bulan Ramadhan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kerana itu, katanya Ramadhan janganlah dijadikan alasan untuk mengabaikan jihad; kerana tarbiah Ramdhan adalah tarbiyah langsung dari Allah, sehingga Allah menyatakan dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Puasa kamu untuk Ku, maka Akulah yang akan memberi balasannya.

“Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dengan penuh rahmat dan keberkatan. Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga kita bertemu semula Ramadhan,” ujarnya.

Katanya, Rasulullah s.a.w. sering kali berdoa yang bermaksudnya: Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.

“Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.

Maksudnya, jelasnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yakni dosa kecil.

“Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak Allah; lantaran itu marilah kita mensyukurinya.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada semua pendokong parti agar menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan amalan seharian, hidupkan tadarus al-Quran di kalangan ahli usrah,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya dihidupkan majlis berbuka, tarawih dan tazkirah di mana-mana ruang yang ada dan ambillah kesempatan menderma terutamanya memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Ini, katanya kerana Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa iaitu menyediakan makanan berbuka puasa, maka dia memperolehi pahala sebagaimana orang yang berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.

Namun, beliau mengingatkan orang yang berpuasa supaya hendaklah memendekkan masa di bazar-bazar Ramadhan, dan jangan membeli juadah untuk berbuka dari tangan-tangan yang fasiq, tangan yang tidak mengerjakan sembahyang, dan tangan yang tidak takutkan Allah.

“Peliharalah setiap suap makanan kerana ia menjadi darah daging, dan darinya menjadi air mani yang melahirkan zuriat kamu.

Kutiplah mutiara keberkatan Ramadhan pada siangnya dan hidupkanlah ibadahmu pada malamnya, kerana persoalan utama bukan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat, tetapi apakah kita memperolehi keberkatan dan rahmat itu,” katanya.

Sunday, August 8, 2010

PAKES Membantu Rakyat Negeri Selangor

Shah Alam - Membantu rakyat yang kurang upaya, fakir miskin dan anak yatim piatu dalam bulan yang penuh keberkatan saat-saat tibanya hampir bulan ramadhan amatlah digalakkan kepada semua ummat ISLAM untuk mendapat ganjaran pahala yang akan diberi oleh ALLAH swt .

Oleh itu Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu seluruh rakyat selangor mengikut kawasan dengan mengadakan Program Hi-Tea bersama Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Pesuruhanjaya PAS Selangor /Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Hasan berkata, "Program bersama rakyat ini harus dilaksanakan daripada semasa kesemasa tanpa mengira parti bangsa dan agama.

Dengan mengadakan program Hi-tea bersama rakyat pada hari ini sekurang-kurangnya mereka yang kurang berkemampuan dapat merasai nikmat yang ALLAH swt berikan di negeri selangor ini. Selain daripada itu, rakyat tidak rasa terasing untuk bersama pimpinan.

Menurutnya lagi, Hasan lebih suka jika rakyat sentiasa mengikuti program bersama pimpinan yang telah diaturkan dengan baik agar mereka tidak ketinggalan dengan berbagai informasi terkini mengenai isu -isu semasa yang berlaku dinegeri selangor.

Pihak pimpinan negeri akan menjawab segala persoalan yang dimainkan oleh UMNO/BN untuk menjtuhkan negeri Pakatann Rakyat (PR) melalui mediamasa yang telah majoritinya telah dimanopoli oleh UMNO/BN.

Rakyat dinegeri selangor juga akan mengetahui faedah-faedah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah 2thn lebih Pakatan Rakyat (PR) memerintah .

Tetapi jika mereka tidak mengambil inisatif untuk mendapatkan informasi dan perkembangan pentadbiran (PR) ini amat merugikan mereka sendiri, katanya.

Beliau amat berharap agar semua pucuk pimpinan dan ahli jemaah PAS haruslah berusaha melakukan tugasan dengan jujur, ikhlas kerana ALLAH swt semata-mata dengan penuh istiqama untuk membatu perjuangan ISLAM. Sentiasa mendekati rakyat agar mereka tidak merasa tersisih. Parti PAS terbuka kepada semua kaum.

Hanya parti PAS yang membawa mesej ISLAMIAH dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunah untuk menyampaikan dakwah kepada semua ummat ISLAM dan semoga dakwah ini juga akan tersebar kepada non muslim untuk mendalam kecantikan pentadbiran ISLAM yang syumul.

Katanya lagi, PAS harus menjuarai dalam semua aspek seperti termasuk juara dalam ibadah kepada ALLAH swt, pengurusan pentadbiran, juara dalam mendahalui pengurusan daftar pemilih (SPR), juara mendekati rakyat dengan membantu meyeleraikan segala masalah rakyat dengan sebaiknya.

Beliau juga melahirkan kesyukurannya dan tahniah atas usaha pihak pengurusan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Selangor dengan bertungkus lumus mengadakan Hi-tea bersama rakyat.

Semoga usaha yang murni ini dapat membantu rakyat yang benar-benar dalam kesusahan. Bantuan diberi bukan setakat untuk ketibaan bulan Ramadhan sahaja tetapi pada bila-bila masa sahaja, katanya dalam merasmikan pelancaran tabung ehsan ummah selangor baru-baru ini di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan tetamu undangan daripada Juara Akedemi Nasyid Azhan Atan untuk menghiburkan semua yang hadir dalam majlis tersebut.

Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor, Ustazah Maryam Abd Rashid berkata ”Alhamdulilah program Hi-Tea yang telah dirancangkan bersama AJK PAS Perhubungan Negeri Selagor telah mendapat kerjsama semua pihak.

Tujuan utama pihak kami mengadakan Hi-Tea adalah untuk melancarkan Tabung Ehsan Ummah khusus untuk seluruh rakyat negeri Selangor.

Harapan saya, dengan tubuhnya Persatuan Kebajikan Ehsan Ummah Selangor (PAKES) misi dan visi kami untuk meringankan bebanan rakyat Selangor akan tercapai.

Alhamdulilah, hasil pelancaran tabung dana yang telah dilancarkan hari ini telah mengumpul sebanyak RM4,125 dan dana ini akan terus terbuka sampai bila-bila untuk mengumpul sebanyaknya.

Insya-allah pihak pengurusan kami akan mengagihkan kepada rakyat yang benar-benar kesusahan samaada golongan anak yatim piatu, fakir miskin, ibu tunggal dan golongan orang upaya (OKU).

Bulan Ramadhan yang hampir tiba, PAS Negeri Selangor akan mengadakan 1 program “Jelajah Ummah” dengan memberi bantuan kepada rakyat.

Turut hadir bagi menyerikan majlis Hi-tea daripada para pelajar Sek. Agama Asrama Anak Yatim Piatu Paya Jaras Sg Buloh, golongan Ibu miskin mengikut kawasan negeri selangor dengan memberi sumbangan untuk menyambut ketibaan bulan ramadhan.

Semoga dengan bantuan yang diberi dapat membantu meringankan bebanan mereka, katanya.



Editor : Khaulah Azwar

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta

SEREMBAN, 9 Ogos: Seramai 766 peneroka Felda Serting Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahakamah Tinggi hari ini terhadap Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM200 juta.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".

[Laporan lanjut menyusul]

Thursday, August 5, 2010

Selepas Abdullah, Najib pula sasaran Mahathir

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Bukan sahaja tidak bersetuju dengan dasar Islam Hadhari Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak senang dengan dasar 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak.

"Saya pun masih confused tentang 1 Malaysia," kata Tun Dr Mahathir dalam satu pertemuannya dengan Siasah di pejabat beliau yang terletak di Manara Berkembar Petronas baru-baru ini.

Demikian lapor akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang akan berada di pasaran mulai Jumaat esok. Siasah menjadikan berita ini di muka depannya.

Dalam wawancara itu juga, Mahathir berkata, dia juga tidak bersetuju dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah.

Bagi beliau, Islam ini satu sahaja iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga memberikan pandangannya tentang cadangan perpaduan antara Umno dan PAS.

Ikuti wawancara penuh itu dalam Siasah Jumaat ini.

PKM DUN Gombak Setia Bantu Masjid dan Surau Membuat Persiapan Ketibaan Ramadhan

Gombak – Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang hampir tiba, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk 8 buah masjid dan 43 buah surau yang telah diadakan di Masjid Zakaria Bt. 8 baru-baru ini.

Tujuan sumbangan peruntukkan tersebut adalah bagi membantu membuat persiapan menyediakan berbagai aktiviti dengan menjemput penceramah-penceramah yang bertauliah dan menyediakan moreh untuk semua ahli qariah di kawasan daerah Gombak Setia.

Majlis sumbangan tersebut telah sempurnakan oleh Y.B Dato; Dr Hasan B. Mohamed Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Y.B Dato’ Dr Hasan berkata, “Saya amat berharap kepada semua Pengerusi Masjid dan Surau dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Rumah-rumah ALLAH harus dihidupkan dengan mengadakan berbagai aktiviti.

Aktiviti tersebut harus dijalankan setiap hari bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Majlis-majlis ilmu harus dihidupkan agar qariah yang hadir tidak merasa jiwanya kosong apabila hadir ke masjid. Ketibaan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini haruslah diadakan dengan Qiammulail secara berjemaah, Tadarus Al-Quran dan sebagainya.

Begitu juga dalam membuat persediaan mohreh, bukan sahaja diberi kepada orang ISLAM tetapi berilah kepada non muslim juga agar hati mereka mendekati ISLAM yang syumul. Saya yakin apabila kita mendekati non muslim dengan sebaiknya insya-ALLAH hati mereka akan terdetik untuk mendalami ISLAM. Sebarkanlah dakwah ini dengan berbagai cara insya-ALLAH dengan usaha yang murni diiringi dengan doa semoga Hidayah ALLAH diberi kepada mereka untuk memasuki ISLAM”, katanya.

Beliau juga menegaskan kepada semua masjid dan surau agar sempena bulan ramadhan tidak seharusnya rumah-rumah ALLAH di tutup selepas solat terawih tetapi harus dibuka dan dibenarkan menggunakannya untuk semua ahli qariah yang hadir agar mereka dapat iktikaf dalam masjid.

Contohilah zaman nabi saw dan beberapa tempat di Mesir, Jordan, Mekah, lihatlah betapa rumah-rumah ALLAH ini dihidupkan dengan bacaan Al-Quran , dan pengunjung yang hadir sentiasa beriktikaf dalam masjid. Oleh itu saya amat berharap agar ketibaan bulan ramadhan seluruh masjid dan surau di Malaysia ini dapat dihidupkan dengan baik bertepatan dengan slogan “Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”.

Ini menggambarkan Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, solat waktu, solat Jumaat dan kuliah-kuliah tetapi mampu menampung berbagai program yang berkait langsung dengan kehidupan anggota masyarakat, katanya.




Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI