Gombak - Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiah (didik) dan jihad bagi ummat Islam bahkan ia merupakan bulan peperangan dalam melawan hawa nafsu.
Kupasan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia dalam memberi kuliah maghrib sebelum tiba kedatangan bulan ramdhan baru-baru ini di Surau Pangsapuri Mukmin, Gombak.
Beliau berkata, kedatangan bulan ramadhan adalah merupakan 1 proses peperangan menundukkan hawa nafsu yang sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabdikan diri kepada ALLAH swt.
Proses 30 hari mengerjakan ibadah puasa adalah didikan yang ALLAH swt berikan kepada semua ummat ISLAM.
Selepas 30 hari mereka akan kembali kepada fitrahnya. Jika diperhalusi, mereka yang beribadah pada bulan ramadhan dengan ikhlas kepada ALLAH swt semata-mata, insya-ALLAH mereka akan dapat merasai kesusahan saudara ISLAM yang lain.
Bulan ramadhan adalah bulan mendidik hati kita agar tidak melakukan dengan dosa maksiat, mengurangkan tidur tetapi banyak melakukan ibadah sunat yang lain, tidak pergi ketempat yang dilarang oleh ALLAH swt, mengumpat, dan sebagainya.
Beliau amat berharap dengan ketibaan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan semua ummat ISLAM dapat manfaatkan masa sebaiknya dengan menghadirkan diri ke kelas kuliah, tazkirah, tadarus al-quran dan menghidupkan dengan Qiammulail.
Untuk memastikan majlis-majlis ilmu tersebut berjalan dengan lancar, pihak nazir dan pengerusi surau/masjid haruslah mengkratifkan diri dengan membincangkan jadual pengurusan program sepanjang ramadhan.
Tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak amatlah berat bukan sahaja melengkapkan ilmu dunia bahkan harus memberi didikan ilmu akhirat dengan memberi penekanan tentang ilmu fardhu ain kepada anak-anak.
No comments:
Post a Comment