Sunday, April 25, 2010

PR Jangan Mengalah dan Kecewa, keputusan P094 hanya lakonan UMNO/BN



Gombak – Keputusan PRK P094 yang telah diumumkan malam tadi tidak memeranjatkan semua petugas dan penyokong PR, kerana semua sudah jelas dan yakin bahawa keputusan tersebut adalah 1 kemenangan palsu yang diterima oleh rakyat diseluruh negara m’sia dengan usaha-usaha jahat dan taktik kotor oleh pihak UMNO/BN yang telah menyalahguna kuasa vektor kepada SPR, Polis.

Manakala pengundi-pengundi di Hulu Selangor telah termakan gulu-gula UMNO apabila disogokkan dengan RM1000 setiap pengundi, pelajar -pelajar pula diberikan dengan sebuah laptop, ugutan dan lain-lain bagi merai kemenangan UMNO/BN.

Bagi PR kemenangan yang diperolehi oleh pihak UMNO/N hanyalah sementara waktu dan kebenaran ini akan terbukti pada PRU ke 13 nanti, dimana kita akan lihat berapa ratusan ribu rakyat di m’sia menolak Kezaliman UMNO/BN.

Yang sudah pasti dan ketara dimana pihak UMNO/BN dibawah pimpinan Najib merasa tidak begitu senang dan tidak lena tidur apabila melihat politik m’sia masa kini telah membuka mata rakyat untuk menilai tidak kira samada warga Emas / Generasi Muda dan berbagai bangsa menolak perjuangan UMNO/BN.


Ketua Bridge Muslimat PAS Negeri Selangor, Khaulah berkata “Kita dapati sudah 11 kali p.raya yang diadakan sepanjang PR memerintah, jelas kelihatan terdapat 2 negeri iaitu Bagan Pinang (BP) dan Hulu Selangor pihak lawan UMNO/BN menyalah gunakuasa untuk meraihkan kemenangan.

Mereka sanggup buat apa sahaja dengan menggunakan wang puluhan juta ringgit untuk mengadakan p.raya kecil. Duit tersebut sudah pasti adalah milik rakyat, kalu nak diharapkan wang daripada UMNO/BN kita yakin mereka tiada wang lagi tetapi dengan kuasa yang ada mereka akan cuba mengambil wang daripada berbagai – bagai saluran untuk diedarkan kepada pengundi dengan memberi rasuah. Ini kerja UMNO/BN yang sejak daripada dahulu sehingga kini sudah menjadi amalan mereka”.

Katanya lagi, Pihak kami juga rasa kesal dan terkilan dengan tektir kotor UMNO/BN dalam 2 buah negeri yang telah diadakan PRK BP dan H.Selangor) dimana SPR & Polis telah menjadi kuda kepada UMNO/BN. Mereka seolah seperti lembu yang dicucuk hidungnya dengan mengikut perintah UMNO /BN.

P. Raya kecil yang baru diadakan baru-baru ini, didapati senarai pengundi hantu begitu banyak tersenarai dalam daftar pemilih. Petugas-petugas PR , bahan-bahan p.raya (Bendera, Risalah, peralatan logistik) banyak yang kena sabotaj. Ini amatlah mengecewakan kita, apabila tindakan yang dilakukan daripada pihak lawan. Politik mereka adalah begitu tidak matang dan ekstrim.

Siasatan ini telah dibuat oleh beliau bersama petugas-petugas culaan undi dan perbincangan bersama pengarah JPN PKR apabila didapati senarai pegundi hantu semakin banyak dan nama pengudi yang bermastautin disini telah pindah keluar daripada kawasan mengundi.

Para pengundi diberi RM1000, pelajar diberikan laptop, pengundi felda pula mendapat habuan masing-masing, mintalah apa sahaja sudah pasti, mereka akan dapat sepanjang tempoh Penamaan Calon dan PRK dijalankan.

Telah terbukti apabila pengakuan daipada para pengundi yang menerima berbagai sogokan dan ugutan di Hulu Selangor.

Bukan itu sahaja, didapati nama-nama pengundi telah banyak berpindah dikawasan lain. No rumah yang tidak wujud dan sebagainya. Malahan keterangan yang diberikan oleh Fuziah Salleh 14, 297 pengundi di pindahkan, 233 pengundi dikeluarkan di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Amat membimbangkan juga apabila penduduk boleh dibahagi dan dilakukan selepas persempadanan. Seksyen 7 (1) akta p.raya. Jika dilihat belah bahagi daerah mengundi hanya boleh dilakukan selepas persempadanan tetapi ia telah berlaku dalam tempoh PRK P094 diadakan.

Di dapati sempadan daerah, lokaliti mengundi dilakukan dengan begitu sewenang-wenangnya oleh pihak SPR tanpa persetujuan oleh pihak pengundi sendiri, katanya.

petugas PAS & BN, walaupun berbeza politik namun ukhwah tetap terjalin. suasana di gersing, kaw. paling tenang tiada pertelingkahan yang berlaku, politik secara profesional.

Manakala, pengarah P.Raya PAS Dato’ Abd Rahim B. Abd Rahman berkata jika didapati lebih daripada 220 orang pengundi ditambahkan di sesuatu kawasan maka ia harus dibawa ke parlimen untuk diluluskan, tetapi masalahnya sekarang SPR telah mengazetkan daftar pemilih pada Dis, 2009 ianya berlaku sekarang, ertinya yang tersenarai dalam gazet dahulu tentu tidak sama dengan daftar pemilih sekarang yang telah tersenarai selepas penamaan calon dan didapati, sebelum ini hanya 45 daerah mengundi kini telah meningkat 47 daerah mengundi, ini yang amat kita kesali dan didapati wujudnya pengundi – pengundi hantu yang tersenarai dalam P.Raya P094, tegas beliau.

Khaulah berkata, ketika beliau bersama petugas -petugas DMPNS “Mobile” untuk melihat kawasan mengundi ketika P.Raya P094 dilaksanakan didapati setiap kawasan di Hulu Selangor terdapat bas-bas kilang dan ekspres memasuki kawasan mengundi. Beliau telah dimaklumkan oleh Ketua UPU di gersik (Hj Suhaimi) dimana akan datangnya 20 buah bas, samada Bas Kilang/ Ekspres untuk menjadi pengundi di setiap kawasan. Pihak polis pula tidak mengambil sebarang tindakan wajar dan tegas, hanya mendiamkan diri dengan tidak membuat siasatan.

samseng sudah menjadi tabiat buruk petugas UMNO /BN (Pemuda UMNO/BN)

SPR pula boleh membawa pengundi-pengundi masuk ke pusat mengundi, petugas putri & kumpulan crop UMNO boleh memasuki kawasan larangan mengundi. Adalah tidak wajar dan adil sama sekali kerana apabila petugas PR membuat aduan kepada pihak berkuasa (Polis) mereka hanya kata “sudah diberi peringatan kepada petugas dan penyokong UMNO/BN yang berada di kawasan larangan”.

Tetapi apabila pihak petugas PR, polis membuat tegasan kepada kami, Adakah ini dikatakan pilihanraya yang demokrasi ???, katanya dengan nada kesal.

Kita juga merasa hairan, apabila melihat sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Hulu Selangor setiap kali program bersama rakyat telah mendapat sambutan yang amat baik sekali tetapi apabila pengumuman P.Raya malam tadi seolah rakyat tidak memberi sokongan pada PR.

Dengan itu, Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini dengan sokongan yang diberikan penduduk di Hulu Selangor, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.

BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.

Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.


Majoriti yang dicapai tidak berbaloi dengan puluhan juta yang dihamburkan kepada rakyat bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, belum dikira dengan janji-janji BN yang ditaburkan ketika berkempan. Media arus perdana setiap minit menyebelahi BN, tidak ada sedikit berita yang positif mengenai PR.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan membuat DS Najib Tun Razak tidur nyenyak, kerana kemenangan yang diperolehi adalah hanya satu retorik dan catatan palsu.

Satu kemenangan yang dibeli dengan harga yang tersangat mahal mencecah puluhan juta ringgit. Umno dan Barisan Nasional pastinya bersorak sorai untuk menyembunyikan kegusaran kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang mendatang dalam tidak seberapa waktu lagi.

Hanya duit yang memegang kuasa undi padanya. Umno semakin mereput. Berpaut pada undi Melayu semata-mata. Itupun pada Melayu veteran yang berkarat hatinya, manakala geng muda Melayu sudah bertabuh bersama Pakatan Rakyat, ujarnya.

Beliau berkata lagi, Kepada para petugas PR terutamanya petugas PAS, jangan sedikitpun rasa kecewa dan sedih di atas kekalahan ini. Jadikan ia sebagai satu tekad untuk kemenangan akan datang. Kemenangan UMNO BN kali ini bukan bermakna ia akan menang selama-lamanya.

Kita juga percaya kemenangan yang mereka capai akhirnya akan membawa kekalahan dan kehancuran yang lebih besar suatu ketika ini, katanya.

Dato’ Dr Hassan berkata, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia berpendapat, Para petugas dan pimpinan PR hendaklah sentiasa memuhasabah dengan kekalahan ini.

Jangan kita mengalah dan menunding jari kepada orang lain. Mengakui kesilapan dan kelemahan sebenarnya adalah lebih baik dari menyalahkan pihak lain, ia tidak menjadikan kita hilang kredibiliti dengan mengakui kesilapan dalam percaturan ini. Malahan ia akan menjadikan titik tolak bagi kita memperbaiki segala kelemahan dan membina kekuatan baru.

Para petugas pilihanraya sudah tentu akan balek ke negeri dan kampung masing-masing mulai malam ini. Namun rakyat dan pengundi di Hulu Selangor tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.


Mereka perlu di dedahkan dengan berbagai agenda yang kerajaan PR telah lakukan untuk “upgrade” pengetahuan mereka dengan kemajuan Selangor daripada semasa ke semasa.


Andai kita abaikan mereka sudah pasti mereka akan berterusan untuk menerima UMNO/BN sedangkan pimpinan UMNO/BN begitu zalim kepada rakyat.

PRK merupakan permulaan yang baik bagi gerak kerja untuk pilihanraya akan datang. Menjadi tugas dan tanggungjawab jentera parti di peringkat DUN masing-masing terus mengisi dengan program-program yang berterusan.


Kerajaan PR Selangor juga, tidak boleh berlengah dalam melaksanakan agenda pembangunan, buktikan sekalipun Hulu Selangor PR tidak mempunyai Adun dan Ahli Parlimen, pembangunan material dan program kebajikan untuk rakyat tetap diutamakan, katanya.


editor. khaulah azwar

Thursday, April 22, 2010

Tarikh keramat P094 – 3 Hari Lagi, Rakyat Hulu Selangor Menentukan Segalanya


  • 25 haribulan ini (Tinggal 3 hari) merupakan tarikh keramat bagi pegundi-pegundi di Hulu Selangor. Seluruh pengundi Hulu Selangor akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi wakil mereka di parlimen. Siapakah bakal membela nasib mereka yang tidak dibela meskipun sudah lebih dari 50 tahun Malaysia merdeka.

    Kami diperingkat diperingkat saf pimpinan Parti ISLAM Semalaysia, menyeru kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik.

    Pemimpin yang mampu mengangkat suara mereka yang selama ini tidak dihiraukan. Suara mereka yang selama ini di hanya dipandang sebelah mata.

    Pemimpin yang dipilih seharusnya adalah yang rapat dan dekat dengan mereka. Bukan sekadar hanya menabur janji-janji manis apabila pilihanraya diadakan. Selepas mereka (UMNO/BN) menang mereka akan tinggalkan rakyat begitu sahaja seperti apa yang telah berlaku di Negeri Sembilan.

    Lihatlah keperitan guru-guru KAFA yang tidak terbela, lihatlah rakyat felda di sana telah ditindas dengan pemimpin mereka yang tidak menghiraukan kebajikan rakyat. Adakah rakyat m’sia peka dengan apa yang berlaku di negeri sembilan setelah ISA memperolehi kememangan PRK Negeri Sembilan yang lalu???.

    Apakah kebajikan yang telah dilakukan kepada rakyat??? Dimanakah laungan 1 m’sia yang UMNO/BN lakukan dengan mengutamakan rakyat????t.. pimpinan-pimpinan mereka sering memberi harapan palsu kepada rakyatnya. Adakah kita, rakyat seluruh m’sia harus menerima pentadbiran UMNO/BN di negara kita??

    Pemimpin yang baik juga adalah pemimpin yang sanggup berkorban demi rakyatnya. Pemimpin yang sanggup berubah perangainya dari seorang yang buruk akhlaknya kepada baik budi pekertinya.

    Lihatlah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup meninggalkan kemewahannya demi rakyat tercinta. Beliau juga tidak menggunakan harta kerajaan dalam urusan peribadinya.

    Pemimpin sebeginilah yang boleh dipercayai dalam membela rakyatnya. Bukan pemimpin yang gilakan harta. Mengambil harta kekayaan negara untuk kepentingan keluarga, kuncu-kuncu pimpinan UMNO/BN. Bahkan sanggup memakan harta rakyatnya demi kepentingan peribadinya.

    Hulu Selangor seharusnya menjadi medan terbaik bagi para pengundinya memilih pemimpin yang betul-betul mahu membela mereka. Seterusnya mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.

    Harapan kami diperingkat pimpinan PAS & kerajaan PR, agar pengundi Hulu Selangor memilih pemimpin yang betul untuk membela mereka. Semoga keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor akan mengangkat kembali suara rakyat Hulu Selangor yang sekian lama terpinggir.

    Bagi YB Dato’ Hasan Mohd Ali, beliau juga menyeru semua petugas-petugas Gombak dan seluruh negara “ayuh bagunlah untuk turut bersama pejuang-pejuang ISLAM yang inginkan kebenaran untuk membantu rakyat dan mengnyahkan UMNO/BN yang telah membawa agen yahudi dengan melibatkan APCO di m’sia ini.

    Jangan sekali kita tidak mengambil sikap peduli tidak melibatkan diri untuk turut membantu menyelamatkan negara kita dijajahi oleh agen Yahudi ini serta memberi peluang kepada UMNO/BN mentadbir negara kita. Luangkan masa kita untuk pertahankan kemenangan di Selangor.

    Begitu penting sekali PRK Hulu Selangor ini pada kita semua, andai kita ditewaskan dengan UMNO/BN dengan hasil tipu daya mereka, maka akan terjadinya berbagai agenda yang berlaku dan memberi kesan amat buruk di negeri pakatan rakyat khususnya di negeri selangor yang telah kerajaan PR bangunkan dengan menaikkan ekonomi selangor.

    UMNO /BN begitu tersepit dan mereka akan melibatkan SPR, polis dan lain-lain untuk memastikan kemenangan mereka dalam PRK ini. Lihatlah data-data pemilih pengundi juga telah banyak didapati berubah.

    Pengundi-pengundi telah dipindahkan tempat mengundi dan didapati rumah-rumah yang tidak wujud, ini menunjukkan betapa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolhi kemenangan.

    Oleh itu sama-samalah kita mohon pertolongan ALLAH swt dan saya amat berharap agar para pengundi P094 dapat membuat keputusan terbaik dalam p.raya ini.

    Jangan sekali termakan gulu-gula UMNO/BN berikan yang akan menjerat leher kita semua, ujarnya selepas penamaan calon diadakan baru-baru ini.

    DSAI yang turut bersama dalam pilihanraya ini telah memberi maklumat penting kepada semua yang hadir dalam penamaan calon dimana beliau telah mendedahkan segala kerja-kerja kejahatan UMNO/BN yang melibatkan rakyat m’sia.

    Insya-ALLAH kita akan buka segala rekod-rekod buruk pimpinan UMNO/BN apabila kita berjaya memerintah di m’sia ini dan heret mereka di putrajaya dalam himpunan yang akan kami adakan tidak lama lagi.

    Oleh itu, saya menyeru agar semua rakyat m’sia membuka mata, gunakan kebijaksanaan yang ALLAH swt berikan kepada kita untuk menilai dalam P094 dan PRU ke 13 nanti.


    Editor : Khaulah Azwar

Arak dan judi, Umno digesa bertaubat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.

Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup.
Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum.

Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno.

Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pu

3 Serangkai Sri Kandri bersatu hati untuk menghancurkan kezaliman UMNO/BN


3 parti yang diibarat seperti 3 serangkai semakin hari semakin rapat & utuh apabila berganding bahu bekerjasama untuk memastikan p.raya Hulu Selangor jatuh ditangan PR.

Pelancaran jentera pilihanraya wanita pakatan rakyat yang telah dilancarkan di Bandar Baru Btg Kali baru – baru ini, telah dirasmikan dengan begitu meriah sekali oleh Dato’ Sri W. Azizah W. Ismail.

Pelancaran tersebut telah dihadiri oleh dif-dif terhormat, YB Zailah Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff, YB Dr. Siti Mariah Mahmud, YB Teresa Kok, Hjh W. Hasrinah W. Hassan, Ustazah Mariam dan beberapa saf pimpinan PAS, DAP dan PKR.

Majlis pelancaran telah disempurnakan dengan diadakan ikrar petugas dan penyerahan bendera 3 buah parti tersebut.

Bacaaan Ikrar parti yang telah dibaca oleh semua petugas telah diiringi petugas Unit Bridged Amal Nisa’ Muda yag diketuai oleh Khaulah Azwar, Hasbiah, Petugas Unit Briged Amal Nisa’ Muda dan wakil-wakil daripada parti PKR & DAP.

Menurut Dato’ Sri W. Azizah “Semua negeri yang hadir bersama meraikan pelancaran Petugas telah berjanji akan menjalankan tugasan dengan sebaiknya bagi memastikan Calon PR094 Dato’ Zaid Ibrahim memenangai pertandingan ini dan sekali gus untuk memastikan kerajaan UMNO /BN akan jatuh pada PRK094 dan PRU ke 13 nanti”.

Insya-ALLAH yang penting kita semua sudah bersedia lebih awal bagi memastikan PRK berjalan dengan sempurna untuk menyokong parti yang dicalonkan dalam PRK ini.

Sama-samalah kita berusaha dengan gigih dan berserah kepada ALLAH swt, samada menang /kalah. Yang pasti kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai petugas dengan sebaiknya kepada 3 serangkai parti bagi menyokong sepenuhnya kepada calon yang bertanding, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Guna kebijaksanaan politik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 23 April: Rakyat Hulu Selangor perlu menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan politik untuk kepentingan mereka dalam pilihan raya Ahad ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Zuhdi Masduki berkata, kebijaksanaan politik yang perlu mereka gunakan adalah untuk mendapatkan keuntungan maksima kepada mereka melalui pilihan raya kecil ini.

"Jika tuan-puan pilih calon BN, tuan-tuan hanya akan dapat bantuan dan perkhidmatan dari kerajaan Pusat sahaja kerana kesemua Adun di Hulu Selangor sekarang adalah wakil rakyat BN.

"Jika tuan-puan pilih calon PKR, tuan-puan akan mendapat khidmat dari dua kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini kerana, kerajaa Pusat akan bantu tuan-puan melalui Adun-adun mereka, manakala kerajaan negeri Selangor akan membantu tuan-puan melalui anggota Parlimen mereka.

"Oleh itu, kebijaksanaan politik kita kali ini adalah kita pilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya ini," kata Zuhdi yang juga merupakan salah seorang pengundi Hulu Selangor.

Zuhdi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Rasa, malam tadi.

Seorang lagi penceramah di majlis itu, Ustaz Fathu Rahimi dalam ucapannya pula berkata, kelebihan besar yang diperolehi oleh penduduk Selangor sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat adalah mereka berjaya mengimarahkan masjid.

Ini kerana, kerajaan negeri telah menggalakkan masjid diimarahkan dengan pelbagai program dan juga memudahkan para ustaz mendapat tauliah untuk mengajar.

"Semasa Selangor diperintah oleh Umno, bukan sahaja masjid tidak diimarahkan, bahkan diruntuhkan sebagaimana berlaku kepada Masjid Jubli Perak, Bangi," kata beliau yang juga merupakan salah seorang khatib yang membaca khutbah di masjid itu.

Mereka berucap untuk mengajak orang ramai agar memberikan sokongan penuh kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Zaid akan menentang calon BN dari MIC, P Kamalanathan.

Berpuluh-puluh ceramah kelompok diadakan pada setiap malam di seluruh kawasan pilihan raya. Ia dianjurkan oleh PKR dan juga PAS di samping DAP di bandar-bandar dan kampung baru.

Di ceramah ini, kira-kira 50 hingga 100 orang akan mendengarnya di kalangan penduduk tempatan.

P.Raya Hulu Selangor “UMNO/BN semakin rapuh, PR semakin Kuat”


Gombak – Sudah menjadi kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya kecil, disebuah kawasan pasti menjadi tumpuan diseluruh negeri untuk turut sama memberi sokongan kepada calon parti yang disokong.

Kalau dahulu kawasan tersebut yang dikatakan menjadi pekan koboi kerana tidak dikunjungi orang luar tetapi apabila berlaku pilihanraya kecil kawasan tersebut telah dipenuhi dengan berbagai ragam manusia dan seluruh negeri.

Begitulah yang terjadi di Hulu Selangor, suasana p.raya kecil kini semakin hari semakin sengit dengan 2 parti yang bertanding. Berbagai cara dilakukan oleh semua petugas untuk memastikan calon parti tersebut menang dalam p.raya ini.

Salah satu di peringkat permulaan sebelum penamaan calon, Kerajaan PR telah menyambut Ulangtahun Tawas kepada semua Ahli TAWAS yang telah berlangsung di Dewan Abd Hamid, Bandar Utama, Batang kali.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dif-dif terhormat puncuk pimpinan PR iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia YB. Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali, Utz Nasharudin Mat Isa Ketua Pemuda PAS Pusat, Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff, Pengarah P.Raya PKR En. Abdullah Sani, Ahli Majlis S.Alam Ustazah Mariam Abd Rashid, Ahli Majlis MPAJ Ustazah Hjh. W. Hasrinah, dan Calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

En. Radhi telah memaklumkan kepada semua yang hadir, petugas dan Ahli-Ahli TAWAS bahawa PRK Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25hb April, 2010 akan menentukan corak politik di Hulu Selangor PRK094 yang mempunyai 47 buah UPU samada kemenangan akan berpihak kepada PR/UMNO. Jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 64,500.

Sebelum penamaan calon, didapati petugas jentera PR daripada PAS telah mula bergerak kehadapan untuk membantu calon dan petugas PKR. Jumlah petugas hamper mencecah 2 ribu lebih. Beliau berkata “Saya yakin insya-ALLAH jentera PR akan meningkat dari hari kehari bagi memastikan gerakkerja berjalan dengan lancar untuk berkempen di Hulu Selangor”.

Kami merasa bersyukur kepada ALLAH swt kerana sepanjang tempoh untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor didapati Jentera PR telah memainkan peranan masing-masing untuk bekerjasama tanpa dipaksa. Mereka menghadirkan diri disini bagi menginfakkan seluruh tenaga dalam menjalankan gerakkerja demi memastikan PRK 094 akan memperolehi kemenangan pada PR.

Inilah kesan daripada tarbiyah yang diberikan kepada ahli-ahli PAS. Apabila kita telah faham konsep Amal Jamaei’ insya-ALLAH mereka tahu peranan masing-masing tanpa mengharapkan bayaran dalam melakasanakan tugas dan dihati –hati mereka niat semata-mata mencari keredhan ALLAH swt demi melihat kegemilangan kemenangan ISLAM dan untuk membantu rakyat m’sia daripada ditindas oleh parti UMNNO/BN, katanya.

Sementara itu, YB Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia telah memaklumkan kepada semua yang hadir dalam majlis Ulangtahun Tawas bahawa “didapati rakyat di Hulu Selangor walaupun mereka daripada parti BN, mereka memberi maklum balas sokongan yang amat baik kepada parti kita tidak kira samada pengundi muda/tua apabila mereka turut hadir dalam majlis/program PR adakan. Ini bermakna insya-ALLAH ada harapan mereka akan menerima parti PR dalam P.Raya ini”, katanya.

Semua Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dipertanggungjawab oleh puncuk pimpinan untuk bersama-sama membantu gerakkerja PRK P094 untuk mengadakan berbagai program bersama rakyat.

Dengan adanya program ini, kita juga akan memberi pendedahan kepada rakyat di Hulu Selangor hak keistimewaan kepada rakyat yang telah kita berikan di Selangor sepanjang 2 thn lebih memerintah.

Pendekatan kita kepada rakyat bukan sahaja berlaku p.raya umum/kecil. Tetapi kita membantu rakyat setiap masa tidak kira bangsa dan agama,khidmat kami berada dimana-mana sahaja ujarnya.

Sementara itu Dato’ Zaid Ibrahim Calon parti Keadilan P094 (PKR), mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan penyokog rakyat di seluruh negeri yang memberi sokongan padu pada beliau untuk bertanding dalam p.raya kecil ini.

Beliau berkata ” Insya-ALLAH saya akan bekerja dengan sungguh-sungguh untuk bersama kerajaan PR bagi membantu rakyat di Selangor”.

Walapun saya telah diprovokasi oleh pihak UMNO/BN dengan melemparkan berbagai fitnah namun saya terima dengan redha walaupun tidak benar , namun saya sentiasa berdoa semoga kebenaran diberi oleh ALLAH swt.

Saya bersyukur Tok guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang dan semua saf pimpinan PR memberi kepercayaan pada saya malahan sokongan mereka membuat saya benar-benar terharu. Perkara yang diprovokasikan oleh UMNO/BN menyatakan saya seorang kaki botol, sudah saya perjelaskan dan segala fitnah ini telah kita ketahui bahawa semua foto yang dibuat adalah satu rekacipta UMNO yang begitu kotor sekali.

Insya-ALLAH marilah kita bersama berdoa dan sentiasa mengadakan solat hajat semoga pertolongan diberi oleh ALLAH swt kepada kita semua dalam mentadbir negara m’sia ini daripada pimpinan yang amat zalim (UMNO/BN), katanya dalam majlis tersebut.

UMNO /BN sanggup buat apa sahaja untuk merampas negeri pakatan rakyat sedangkan mereka begitu rapuh dan tidak pandai mentadbir negeri sehinggakan ekonomi negara kita semakin turun.

Cuba kita lihat, dengan pentadbiran Kerajaan pakatan Rakyat kita dapati ekonomi semakin meningkat dengan kerjasama semua pimpinan yang beribawa, jujur dalam segala aspek.

Ini yang kita mahukan untuk memastikan rakyat terbela, negara aman daripada kejahatan-kejahatan UMNO/BN yang bekerjasama dengan Agen Yahudi (APCO). Semoga rakyat semua boleh menilai itu semua demi kebaikan rakyat dan anak-anak generasi muda akan datang.

Jika rakyat salah memilih ini adalah satu kesilapan yang besar. Sama-samalah kita terus berdoa semoga ALLAH swt beri petunjuk kepada semua pengundi di Hulu Selangor pada 25hb April ini, katanya.

Majlis Ulangtahun Tawas yang berlangsung meraikan anak-anak ahli tawas telah berjalan dengan lancar dengan meriahnya pada waktu malam, bersama pimpinan – pimpinan exco kerajaan negeri Selangor dengan menyampaikan sumbangan kepada ahli tawas.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI