Friday, April 2, 2010

Istihar Darurat "Anai-Anai Mengganas di JKP Zon 11, Gombak"


Gombak – Ramai orang berpendapat untuk mendapat ilham kerja harus mengkreatifkan diri dengan menjadikan Pejabat seperti rumah yang sudah tentu menjadi ketenangan pada seseorang apabila tempat kediaman dan Pejabat tersebut mendapat keberkatan.

Selain daripada itu untuk mewujudkan pejabatku syurgaku haruslah mempunyai hubungan yang baik antara dan majikan dan kakitangan, tidak berprasangka buruk, mesra dan mengambil berat antara satu sama lain harus ada dalam membina sebuah organisasi. Jika tiada sudah pasti pejabat tersebut tidak ceria, suram dan kakitangan juga merasa bosan untuk melakukan kerja denga baik.

Tiada gunanya jika pejabat besar, tetapi didalamnya tiada kreativiti, ladskaping yang tidak menarik, bilik pejabat menjadi serabut. Sistem filing yang tidak bersistematik. Jika ini semua ada dalam senarai maka ibaratkan kerja-kerja kita juga tidak begitu bersistematik, orang luar juga boleh menilaikannya dari sudut pentadbiran dan sebagainya.

Maka dengan itulah tempat kerja, bilik pejabat haruslah dikemas dengan baik lebih-lebih lagi apabila kerjaya dan bidang kita yang banyak bersangkut paut menggunakan minda yang banyak untuk berfikir seperti dalam bidang Ekonomi/Kewangan, Politik, Jurutera, Ladskap, dan wartawan. Jika tidak sudah pasti idea untuk melakukan kerja tidak hadir, “mood” kerja juga menjadi suram.

Oleh yang demikian tidak kira, siapapun kita yang menduduki pejabat tersebut haruslah mengemaskini kawasan mereka dengan baik kerana ia adalah salah satu ciri-ciri orang beriman, dan sesungguhnya ALLAH swt amat menyintai orang yang bersih dari sudut peribadi dan akhlak.

Menjaga kebersihan adalah syarat dalam tuntutan agama. Jadikanlah Pejabatku syurgaku dengan adanya ayat-ayat Al-Quran, Foto Ahli keluarga diletakkan di meja /dinding bilik pejabat agar menjadi penggalak utama kita dalam melaksakan tugasan dan mencari rezeki.

Suasana didalam bilik pejabat, ruang tetamu haruslah diberi tumpuan sudut kekemasan dengan bunga, pemandangan adalah satu simbolik dan meletakkan haruman pejabat akan menaikkan aroma untuk bekerja. Jika orang luar hadir, mereka tentu merasa selesa untuk berurusan dan hati juga menjadi tenang.

Bukan orang luar sahaja, tetapi kita juga mendapat ILHAM yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi, apabila kawasan persekitaran pejabat kita bersih tidak dihinggapi anasir-anasir yang membinasakan.

Ketentuan ALLAH mentakdirkan segalanya

Pejabatku syurgaku yang telah menjadi tempat mencari kedamaian hati dan mencari ilham dalam mengarang telah di cerobohi oleh anasir yang sungguh halus. Disebalik kecil dan kehalusannya menjadi bisa dan harus berhati-hati.

Pej JKP Zon 11 yang terdiri beberapa kawasan iaitu Tmn Selasih Fasa 2, Casmaria, Fiona, Flat Smaudra telah dihujani dengan serangan anai-anai. Menurut beberapa orang penduduk dan pertemuan bersama beberapa kontraktor sampah Alam Flora baru-baru ini bahawa sekitar zon 11, merupakan kawasan tapak lombong.

Walaupun telah diusahakan dengan meletak berbagai jenama racun anai-anai namun tidak boleh dihapuskan lagi.

Begitulah juga Pejabat Dewan Masyarakat JKP Zon 11 yang sering didatangai dengan penduduk untuk membuat urusan pejabat dengan mengadakan berbagai program bersama rakyat, aduan insfrastruktur, pendaftaran pemilih, permohonan gerai, dan kerja-kerja berkaitan dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terpaksa ditutup untuk sementara waktu kerana kawasan tersebut telah di maharajalela oleh anai-anai dan kebanyakkan dokumentasi telah musnah tanpa disedari. Kami terpaksa tutup pejabat untuk keselamatan rakyat Zon 11 juga.

Menurut P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Khaulah Azwar ketika kejadian berlaku beliau sedang membuat laporan kerja JKP dan membuat liputan akhbar aktiviti Adun Gombak & JKP Zon 11.

Suasana diluar juga kurang mengizinkan, sedangleka dengan membuat kerja tiba-tiba terjatuh serpihan sarang anai-anai dan rangka bumbung terhimpap di destop dan laptop. Saya terkejut dan istgifar. Apabila dilihat keatas bumbung, beliau dapati tanglung dan alat hiasan bumbung juga banyak terjatuh. Alhamdulilah, ALLAH masih sayangkan saya, Nasib baik bumbung tidak terhimpap kepala saya.

Keadaan lebih memeranjatkan lagi, apabila dilihat hampir “wire” lampu terjatuh, jika tidak kerana sangkutnya “wire” sudah pasti lampu tersebut akan swing/tendang ke tiang “Aircond” dan sure berlakunya short.

Kelihatan terpancar seperti api di “wire” tersebut, jika berlaku hujan petir masa kejadian, mungkin saya sudah menjadi arwah disini yang sering duduk keseorangan memandangkan majikan saya juga begitu sibuk dengan mesyuarat di MPS dan lain-lain urusan.

Alhamdulilah, perlindungan ALLAH swt sentiasa diberi, ada peluang untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dan meneruskan tanggungjawab kepada Adun dan majikan saya.

Semoga perlindungan ALLAH swt sentiasa bersama walaupun dimana sahaja saya berada, katanya ketika bertemu sahabat-sahabat yang mengunjungi pejabat Ahli Majlis setelah menerima SMS daripada beliau.

Beliau berkata lagi, dahulu dewan ini bukan menjadi Pejabatku syurgaku tetapi menjadi hotel 5 bintang yang didiami oleh Penagih dadah, bangsa bangladesh, dan tempat kediaman anjing semasa pemerintahan UMNO selama 50thn memerintah, tetapi alhamdulilah pejabat yang dijadikan 5 bintang telah bertukar wajah dengan kerjasama AJK JKP Zon 11 untuk membangunkan Dewan Masyarakat ini dengan sebaiknya.

Malahan setiap kali penduduk sekitar Zon 11 yang datang ke pejabat ini, mereka menyatakan “Masya-ALLAH Dewan Masyarakat ini telah banyak berubah, malahan pengurusan pentadbiran pejabat juga bersistematik dan kami seperti tidak percaya ada pejabat Ahli Majlis/JKP disini. Ini yang kami harapkan sekian lama.

Pentadbiran Pakatan Rakyat merubah segalanya

Alhamdulilah, dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat kebanyakkan dewan yang telah diberikan amanah oleh pihak MPS untuk dinaiktaraf telah disenggarakan sebaiknya. Namunpun begitu beliau menyatakan kerap kali apabila ada setengah-setengah penduduk dan badan tertentu mempertikaikan mengapa Dewan Masyarakat perlu dibayar sewa sehingga pihak kami menerima surat menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan sewaan diberikan walaupun arahan tersebut daripada pihak MPS agar semua dewan harus dibangunkan sebaiknya.

Sewaan diberi adalah terlalu murah dan berpatutan tidak mencecah ribu ringgit. Setiap penerimaan kewangan masuk dan keluar telah dibuat rekod secara terperinci. Bukti pembelian, semua kami buat agar tidak berlaku salah faham, dan seandainya ada pihak mempertikaikan bukti-bukti tersebut kami tunjukkan pada mereka.

Kami hanya mengikut garis panduan MPS berikan pada kami, insya-ALLAH kami tidak sama sekali memakan duit rakyat, ujarnya.

Masalah tersebut telah ditanggani dengan baik oleh Pn Khatifah Zamani selaku Pengerusi JKP Zon 11 dengan memberi penjelasan bahawa setiap bayaran dibuat adalah untuk membuat kerja-kerja pengurusan membaikpulih Dewan, bayaran Bil Air, Elektrik, pemotongan rumput dan sebagainya.

Pihak kami juga terpaksa membayar segala bil-bil lama yang dibawah pentadbiran UMNO selama 50thn memerintah didapati banyak bil telah tertunggak. Maka segala bayaran ini kami tekah jelaskannya, bukan sedikit tetapi hampir mencecah ratusan ringgit untuk setiap bil.

Kami merasa hairan juga, dimana duit yang masyarakat berikan semasa mereka membuat aktiviti di dewan ini. Adakah disalahgunakan/sebaliknya, waallahhualam..tetapi apabilabila PR memerintah buat yang terbaik pihak UMNO sengaja mengadakan berbagai provokasi keatas dewan masyarakat yang diterajui oleh MPS dengan kerjasama Ahli Majlis dibawah Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, seharusnya perkara ini tidak berlaku malahan sebagai rakyat kita harus bertolak angsur dan bekerjasama untuk memberi keselesaan kepada semua penduduk.

Setelah menjawab soalan mereka, kini tiada lagi bantahan daripada pihak tersebut dan pihak kami sentiasa memberi kerjasama dengan semua penduduk tanpa mengira parti, bangsa dan agama.

“Responbility, Task & Teams Work ” penting



Pn Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS Zon 11 berpendapat, “Itu sebab saya tidak memilih tempat yang jauh dan pejabat yang begitu klasik dan terlalu besar untuk dijadikan Pejabat JKP kerana pada saya biarlah kita bersederhana dalam semua aspek, tetapi selesa dan saya mudah berhubung dengan masyarakat setempat dengan memberi khidmat terbaik pada semua penduduk disini”.

Alhamdulilah pejabat saya sentiasa didatangi oleh penduduk untuk membuat berbagai urusan walaupun kadangkala saya tiada dipejabat kerana urusan mesyuarat MPS dan sebagainya tetapi saya yakin dengan P.A saya kerana kami mengenali antara satu sama lain selama 15thn, isnya-ALLAH beliau dapat beri khidmat pada masyarakat sebaiknya, ujar khatifah.

Bimbang dan Cemas

Saya bimbang dan cemas juga apabila menerima SMS P.A saya menyatakan kemalangan yang berlaku di Pej JKP Zon 11. Kami berdua muslimat, AJK lain sudah pasti masih dipejabat. Yang terlintas dihati saya dengan membuat aduan di MPS untuk tindakan segera kerana “Emergency Case”, kemudian, saya terus hubungi pej. JKP namun panggilan tidak berjawab.

Saya hubungi pejabat PKM, tempat beliau selalu berurusan. Namun semua kakitangan menyatakan P.A saya tiada disini, retetan itu saya bergegas ke pejabat JKP bimbang jika terjadi apa-apa pada beliau lebih-lebih lagi teringat dengan ayat SMS diberi dengan menyebut arwah dan wasiat. amat mencemaskan kami.

Alhamdulilah beliau selamat, apabila tiba di Pejabat beliau tengah solat. Serpihan bumbung dan sarang anai-anai telah dibersihkan. Sifat dirinya yang tidak suka dengan keadaan semak, pasti tangannya cepat sahaja mengemas.

Mengistiharkan

Dengan itu pihak kami ingin mengistiharkan bahawa mulai daripada hari ini mungkin mengambil masa sedikit pejabat & Dewan Masyarakat Tmn Selasih F2, kami akan ditutup sementara waktu untuk keselamatan kakitangan dan penduduk. Selepas selesai kerja pengurusan insya-ALLAH semua akan beroperasi seperti biasa.

Jika ada sebarang urusan, kami amat berharap peduduk Zon 11 sila hubungi kami ditalian 019-3281840/ 019-2342889. Insya-ALLAH kami akan bertemu penduduk dimana-mana sahaja walaupun tiada pejabat yang stabil waktu ini untuk keselesaan mereka. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Harapan Ahli Majlis MPS Zon 11 pada Adun/MPS


Semoga denga masalah yang kami hadapi diambil berat oleh kedua pihak (Adun & MPS) kerana ini melibatkan nyawa kakitangan dan masyarakat yang sering berurusan di pejabat kami. Jika tidak diambil perhatian dan tindakan segera bimbang akan memudaratkan sesiapa sahaja dan akan menjadi isu besar.

“Jangan sampai ada nyawa yang hilang apabila dihimpap dengan bumbung yang telah banyak mengalami kerosakan. Jika sudah terjadi ,tiada gunanya lagi untuk ambil tindakan susulan ibarat nasi sudah menjadi bubur”.


Dengan kedatangan wakil YB Dato’ Hassan daripada PKM Dun Gombak Setia yang turun padang harap dipandang serius bukan guraun lagi semata-mata. Kadangkala ada perkara kita boleh buat gurauan tetapi kalau sudah melibatkan nyawa orang dan penduduk, saya rasa adalah satu kesilapan yang besar kerana kita semua diberikan amanah dalam tanggungjawab kepada masyarakat.

Jangan kita ambil tindakan sambil lewa dan setiap aduan diterima haruslah diambil tindakan segera oleh mana-mana pihak, ingatan untuk diri saya juga dalam memberi khidmat kepada semua mansyarakat, katanya.

Kami berharap kerja pengurusan menaiktaraf insfrastruktur Dewan dan pejabat Ahli Majlis diambil perhatian segera kerana untuk keselesaan dan keselamatan rakyat yang sentiasa diberi keutamaan.

Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan penduduk Zon 11 yang ingin berurusan dengan kami terpaksa pergi keluar daripada Zon 11. Maka dengan itulah pihak kami amat berharap Pejabat JKP & Dewan Masyarakat Tmn Selasih Fasa 2 diberi perhatian dan tindakan segera.

Kami juga tidak begitu selesa untuk menumpang ditempat orang, sudah menjadi lumrah apabila hidup menumpang sudah pasti berbagai disalahtafsirkan oleh berbagai pihak, namun harapan kami agar tidak disalahfaham oleh mana-mana pihak.

Kami hanya menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan sebaiknya tetapi dalam kita memberi khidmat pada masyarakat perlu juga diberi keutamaan dan keselesaaan kepada Kakitangan yang sentiasa memberi khidmat pada majikan atasan untuk membantu menaikkan Kemenangan ISLAM dan membantu kerja-kerja MPS dan parti, katanya.

Editor : Khaulah Azwar


12thn Menanti akhirnya dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Tanah Perkuburan ISLAM boleh digunakan.


Sri Gombak – Lebih 12thn menanti, akhirnya masyarakat ISLAM disini merasa lega apabila tanah seluas 12 hektar yang digezetkan JAIS semenjak 1998 sebagai kawasan tanah perkuburan ISLAM di Tmn Bukit permata disini telah beroprasi 26 Jan, 2010.

Wartawan PKM di fahamkan sehingga kini, seramai 15 orang jenazah telah dikebumikan dikawasan tersebut, namun masih terdapat beberapa kawasan berbukit di tanah perkuburan itu belum diratakan dan keadaan ini semakin menyukarkan untuk membawa jenazah ke kawasan berkenaan.

Menyedari kesulitan yang dihadapi, maka Kariah Masji Al-Khairiah dengan kerjasama Masjid Istifaqiah membawa usul tersebut kepada wakil Rakyat ADUN Gombak Setia Yb. Dato’ Hassan Mohammed Ali dalam satu pertemuan yang diadakan disini baru-baru ini.

Turut hadir bersama Pegawai tadbir Agama Daerah (PAID) di Gombak, Utz Daim Jajuli dan wakil tanah perkuburan cina yang menjadi jiran tanah perkuburan ISLAM.

Utz Ayob Dollah yang merupakan Nazir Masjid Al-Khairiah berkata, masalah yang dihadapi mungkin waktu ini tidak kritikal tetapi akan datang akan menjadi serius sekiranya tindakan tidak diambil memandangkan jumlah jenazah semakin hari semakin meningkat.

Jenazah yang hadir bukan sahaja di kawasan Tmn Permata malahan terdapat kawasan luar seperti Hulu Klang, Masjid Al-Amaniah di Batu Caves, Al-Syarif, Al-Rahman dan An-Nur.

Menurut Utz Ayob, pihaknya tidak mahu masalah yang dialami berpanjangan dan harus membuat pertemuan dengan Adun Gombak Setia untuk mencadangkan Kerajaan Negeri di bawah Exco berkenaan dapat membantu meratakan tanah kawasan perkuburan tersebut.

Katanya lagi, tanah perkuburan yang diuruskan 2 orang ahli kariah masjid tidak membenarkan waris memilih kawasan yang hendak dikebumikan (reserved) dan mengisi lot yang telah ditentukan bagi memastikan tanah perkuburan itu dapat menampung jenazah sehingga 26thn akan datang dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Tanah perkuburan dapat digunakan dibawah Pentadbiran Pakatan Rakyat

Akhirnya dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tanah perkuburan yang telah diberikan oleh JAIS semenjak 1998 dapat digunakan bermula tahun ini. Tanah yang tidak rata menimbulkan masalah dan menyedarinya maka kita mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Utz Hj. Rosli Hussin berkata, kedudukan tanah perkuburan ISLAM yang terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan cina juga menjadi masalah lebih-lebih lagi tiada jalan alernatif menuju ke kawasan tanah perkuburan sehingga terpaksa melalui kasan perumahan penduduk.

“Kita amat berharap YB Dato’ Hassan dapat mengatasi masalah ini dengan secara baik dan tidak menimbulkan rasa kurang senang kepada kedua kaum kerana kedua pihak mempunyai tujuan yang sama untuk menguruskan tanah perkuburan disitu, ujarnya.

Saranan YB Dato’


Sejurus itu, YB Dato’ Hassan berkata, melalui kebenaran JAIS, beliau mencadangkan agar pihak pengurusan tanah perkuburan disitu harus melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja meratakan tanah, dan tanah yang berlebihan boleh dijual untuk pengurusan mencantikkan dengan mengadakan ladskaping kerana kita bukan sahaja untuk menanam jenazah tetapi menarik ummat ISLAM agar merajinkan diri untuk menziarahi kubur arwah kerana apabila kita rajin menziarahi tapak perkuburan hati kita akan terdetik dengan mengingati kematian dan disitu juga kita akan berkata aku juga akan ditempatkan disini satu hari nanti.

Katanya lagi, hasil jualan tersebut boleh dimasukkan dalam tabung amanah yang akan diwujudkan agar dana tersebut boleh menaiktarafkan kawasan perkuburan dengan memperbaiki pulih pagar-pagar yang rosak dan lain-lain pengurusan. Semoga dengan kreatviti tersebut akan menjadi contoh tanah perkuburan ISLAM yang tercantik daripada pengurusan jenazah, ladskaping dan sebagainya di negara ini.

Beliau yakin, ini adalah tanah perkuburan yang boleh dijadikan contoh dan minta kebenaran pada MAIS untuk melakukan kerja menembus dan meratakan tanah kembali dan menolak bukit. Jika kerja pengurusan ini dilaksanakan dengan secepat mungkin itu adalah lebih baik.

Bukan sahaja kita laksanakan kerja pengurusan dengan baik, tersusun malahan bersistematik secara tidak langsung akan dapat menjitmatkan ruang yang sediaada sehingga berpuluh-puluh tahun, ujarnya dalam memberi penerangan kepada semua ahli kariah yang hadir.

2 simpang jalan harus dibina


Selain daripada itu bagi mengatasi masalah jalan (Tanah perkuburan ISLAM dan tanah perkuburan Cina) YB Dato’ telah menyarankan agar membina 2 simpanng jalan bagi memudahkan kedua pihak dalam membuat kerja pengurusan pegebumian tanpa mengganggu dan melalui kasasan kediaman penduduk disitu.

Beliau berkata, sebelum ini tanah perkuburan cina yang mempunyai 4 hektar tanah dan telah beroperasi sejak 20thn yang lalu, penduduk sering membuat aduan mengenai masalah bau yang kurang menyenangkan kerana terdapat penanaman sayur yang menggunakan baja dan menyebabkan lalat bermaharajalela.

Namun masalah tersebut dapat diatasti dengan baik pada tahun lepas apabila YB Dato’ Hassan telah turun padang untuk memantau kawasan berkenaan dan beberapa tindakan telah diambil untuk atasi masalah ini dengan kerjasama MPS.

Pengurus Jenazah harus mengikuti Kursus

Bagi merialisasikan kawasan berkenaan ini, harus dilakukan dengan baik dan teratur pihak pengurusan harus membuat kajian lebih terperinci dan bersistematik dengan melihat penyusunan tanah perkuburan kristian. Selain daripada itu pihak pengurusan juga harus mengikuti kursus pengebumian dan lain-lain yang berkaitan agar mereka didedahkan dengan ilmu yang cukup mantap dan yakin dalam mentadbir pengurusan jenazah, dalam merasmikan tanah perkuburan mengikut zon, ujarnya.


Editor : Khaulah Azwar

Bebanan – Isu Cukai Taksiran selesai

Gombak – Kebuntuan yang dihantui oleh penduduk Tmn Greenwood yang majoritinya telah mendirikan beberapa kilang hardware, ” car workshop” dan lain-lain merasakan tidak berpuas hati apabila menerima surat saman daripada pihak MPS.

Mr Kong yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong PAS telah diamanahkan oleh YB Dato’ Hassan untuk mengambil sifat keperihatinan terhadap isu-isu berbangkit kepada kaum cina agar dapat diusulkan kepada YB Dato’ dalam mesyuarat PKM Dun Gombak Setia agar setiap masalah yang dihadapi kaum tersebut dapat ditangani secara baik dan dilakukan dengan adil agar mereka tidak merasakan tersisih kerana kefahaman bahasa yang mungkin tidak semua rakyat cina memahaminya. Semoga inisatif tersebut dengan bantuan Mr. Kok dapat mewujudkan hubungan 2 hala.

Mr Kok telah difahamkan bahawa penduduk sekitar tersebut yang telah menubuhkan beberapa kedai hardware dan Tokong Hock Soon Kong telah menerima surat saman daripada pihak MPS kerana tidak membayar cukai taksiran yang didakwa akibat daripada kenaikan yang semakin hari semakin meningkat malah telah menimbulkan berbagai persoalan dan penduduk merasakan mereka ditindas kerana telah dibebani dengan masalah cukai tersebut.

Beliau berkata lagi, sebelum ini penduduk menerima cukai taksiran sebanyak RM330 setiap individual yang telah membuka kedai perniagaan dan pusat ibadah seperti Tokong cina disini, Tetapi pada tahun 2005, lama kelamaan cukai tersebut semakin melonjak RM3,300.

Penduduk merasakan seperti tidak masuk akal apabila wakil-wakil kami pernah berurusan dengan pihak MPS untuk mencari jawapan tetapi pihak MPS tidak memberi jawapan yang memuaskan hati.

Masalah ini telah berlaku sejak 5 thn yang lalu lagi dan pihak kami tidak jumpa formula untuk menyelesaikan masalah yang semakin hari menjadi rumit. Retetan daripada itu maka kami mencari jalan keluar untuk usulkan kepada pihak wakil Rakyat Adun Gombak Setia.

Menurut Mr Kok, setelah diberi penerangan lebih jelas lagi daripada wakil komuniti kawasan tersebut Mr Loh Chee Wan merasakan penduduk disini hanya mendiamkan diri sahaja. Walaupun tahun lalu, kami telah berurusan dengan pihak MPS namun tiada jalan kesudahannya malahan pihak kami sentiasa dihantui dengan kedatangan surat saman akibat tidak membayar cukai tersebut.

Mr Loh berkata, pihak kami bukan tidak mahu membayar cukai tersebut, itu tanggungjawab kami sebagai rakyat m’sia, tetapi kami tidak diberi penerangan yang tepat mengapa cukai tersebut dibayar dengan harga yang semakin hari semakin meningkat dan tiada pihak berkuasa yang tampil untuk memberi penjelasan untuk membuat pertemuan dengan pihak kami disini, ini adalah tidak adil sama sekali.

Kami juga telah dimaklumkan oleh beberapa pihak bahawa kerajaan akan mengambil kawasan tersebut untuk dibangunkan dengan menjadikan kawasan Sekolah.

Setelah melihat beberapa perkara berbangkit maka pihak kami telah bersetuju untuk bersemuka dengan pihak YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia untuk mencari inisatif yang lebih profesional agar segala kemulut penindasan ini dapat diatasi sebaiknya.

Kini, segala kekusutan kami terlerai juga akhirnya apabila usul yang telah dibawa dalam mesyuarat PKM yang lalu telah dihadiri oleh Ahli Majlis MPS / Pengerusi JKP Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong, MPS, JPS, Wakil D.O (Pej Tanah), Polis, Ketua-Ketua kg. telah mendapat perhatian oleh YB Dato’ Hassan.

Kami merasa gembira dan hasilnya telah memberi kesan positif kepada kami dimana YB Dato’ bersama kakitangan PKM meminta kerjasama MPS, Jabatan Tanah untuk turun padang bagi menyelesaikan masalah ini dan segala masalah tersebut dapat diatasi sebaiknya dengan begitu mudah sekali.

Sementara itu, YB Dato’ Hassan berkata dengan meminta kepada pihak Tokong dan pusat komuniti disini, dapat memberi kerjsama juga agar jika mereka dapat mencari kawasan tanah lapang dan bersesuai keadaan sekitar harap dapat dimaklumkan pada kami kerana memandangkan kawasan disini merupakan kawasan perumahan yang majoritinya orang-orang ISLAM maka kita harus menghormati agama dan bangsa lain. Kita sebagai rakyat m’sia yang terdiri masyarakat majmuk harus menanam sikap toleransi denga semua pihak secara baik. Namun insya-ALLAH jika dapat tanah lapang kita akan bantu samada kaum india/cina untuk mereka dirikan rumah ibadah mereka untuk keselesaan dan kebaikan semua pihak.

Sementara itu, beliau juga meminta agar pihak MPS untuk ambil tindakan dan perhatian mengkaji semula kenaikan cukai tersebut ujarnya selepas penemuan bersama semua penduduk komuniti yang telah hadir.

Mr Loh bersama semua ahli pusat komuniti tersebut berkata dalam penemuan baru-baru ini, “Mereka terlalu gembira, terima kasih kepada YB Dato’ Hasssan, Ahli Majlis MPS, MPS dan semua yang terlibat dalam memberi tumpuan kemulut ini dan jika tahu YB Dato’ dapat atasi masalah ini dengan cekap, adil dan amanah, sudah pasti kami akan bawa perkara ini secepat mungkin tidak perlu simpan masalah ini selama 5thn lalu yang merasakan bebanan tidak dapat dipikul, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI