Friday, April 2, 2010

Kaum India sentiasa menyokong PR Gombak


Gombak - PKM Dun Gombak Setia dengan kerjasama JKP Zon 11, telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan masyarakat India di Zon 11 di dalam satu majlis Ramah Mesra dan penerangan diadakan di Flat Tmn Samudra baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia. Turut Hadir bersama Pn. Khatifah Zamani Bt. Sulong Ahli Majlis MPS Zon 11 dan Tn. N. Gopalan Krishnan a/l Rajoo Ahli Majlis MPS Zon 15.

Tn. N. Gopalan turut menyampaikan ucapan menaikkan semangat kepada kaum India yang hadir.

N. Gopalan mengingatkan masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat termasuk kaum India dapat dibela .

Beliau yakin dengan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat, Pakatan Rakyat akan terus bertahan untuk memerintah negeri ini apabila pilihan raya PRU ke 13 akan diadakan, dan DUN Gombak Setia juga dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong, Ahli Majlis MPS Zon 11 merangkap Timb. Ketua Muslimat PAS Kaw. Gombak mewakili pimpinan PAS Kawasan Gombak, mengucapkan syabas kepada masyarakat India kerana keyakinan mereka untuk bersama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kita dapati sokongan rakyat disini sentiasa diberi dalam setiap program yang dianjurkan oleh JKP Zon 11, terima kasih atas segala sokongan padu dan segala kerjasama diberikan.

“Semoga Kelab Penyokong PAS akan semakin bercambah di Gombak dan ditubuhkan di Zon 11 juga”, ujarnya.

Menurutnya, Kelab Penyokong PAS di Sri Gombak telah berjaya membuktikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang penubuhannya.

Beliau berharap dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS, hubungan 2 hala antara Ahli Majlis, Adun Gombak Setia bersama kaum india disini akan terus terjalin, katanya.

Sementara itu, Yb Dato’ Hassan yang telah menyempurnakan majlis perasmian tersebut telah memberi penerangan kepada kaum india yang hadir mengenai Hak Keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama.

Beliau juga telah menyatakan bahawa, beliau telah diberi mandat oleh MB Selangor untuk mengadakan program Mikrokredit, yang akan dibangunkan Kerajaan Negeri dilihat mampu membantu golongan miskin samada dibandar mahupun pinggir bandar.

Yb Dato’ yang merupakan Jawatankuasa Khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal ISLAM, Adat -Adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri berkata, beliau yakin program ini bukan sekadar dapat membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah malah mengeluarkan golongan tersebut daripada kepompong kemiskinan.

Ujarnya lagi, insya-ALLAH beliau akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya termasuk mengadakan perjumpaan serta menysuarat dengan pihak berkenaan, Penasihat Ekonomi Menteri Besar dan Anwar Ibrahim dalam memastikan program ini memberi impak positif kearah merealisasikan negeri berkebajikan.


Beliau juga menyatakan 10% keuntungan yang diperolehi pada masa akan datang akan disalurkan kepada golongan berkenaan bagi memastikan matlamat progam tersebut menepati mengatasi masalah kemiskinan.

Pihak Kerajaan Negeri, dan semua Exco tidak mengambil sebarang keuntungan untuk kepentingan diri sendiri, keluarga/kaum kerabat melainkan pada zaman UMNO dalam 50thn memerintah segala keuntungan telah diberikan kepada kaum keluarga mereka. Ini yang amat mendukacitakan kita semua.

Selain daripada itu, YB Dato’ juga telah memberi keterangan kepada semua yang hadir mengenai kawasan perumahan Flat Samudra insya-ALLAH pihak beliau telah mengambil tindakan bersama Ahli Majlis MPS Zon 11, Exco Perumahan Pengurusan Pembangunan Bangunan dan Setinggan, Y. B Iskandar Abd Samad dan akan dilaksanakan pada bulan Jun akan datang jika peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berharap rakyat bersabar kerana peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri adalah RM200 juta dalam pakej Ransangan Ekonomi M’sia untuk tujuan itu. Ianya tidak mengcukupi kerana terdapat projek-projek perumahan yang terbengkalai hingga berlarutan lebih 20thn adalah antara angkara pemerintahan kerajaan Negeri dahulu (BN) menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah & sederhana amat teraniaya dan ditindas dengan dibebani hutang pinjaman.

Masalah tersebut telah diatasi sedikit demi sedikit oleh Kerajaan PR Negeri Selangor. Jika kita dapat selesaikan 30% daripada 144 projek tersebut dalam penggal ini, ia satu pencapaian sangat baik.

Walaubagimanapun, YB Dato’ meminta agar rakyat dapat memberi kerjasama Kerajaan Negeri dengan memberi tumpuan keselamatan kepada masyarakat terutamanya kaun ibu yang mengandung, anak-anak kecik untuk membaik pulih lif-lif yang telah rosak.

Pihak Kerajaan Negeri lebih bimbangkan keselamatan kepada ibu yang mengandung. Nyawa mereka akan terancam jika kerosakan lif tidak dapat dipulihkan. Oleh yang demikian pihak kerajaan Negeri lebih memberi keutamaan kepada kemudahan asas yang lebih diperlukan. Walaupun kawasan disini tidak mempunyai lif kerana hanya mempunyai 5 tingkat sahaja tetapi kerajaan Negeri kena memberi tumpuan kepada kawasan perumahan pangsapuri yang mempunyai puluhan tingkat, ujarnya.

YB Dato’ juga telah membuka minda kepada kaum india yang hadir dalam majlis tersebut mengenai MES, keistimewaan diberi kepada Rakyat Selangor seperti pemotongan harga bekalan air yang rendah, bantuan IPT, Bantuan Khairat Kematian dengan memperolehi RM2500 kepada pewaris, dan berbagai kemudahan telah diberikan kepada rakyat selangor.

Segala usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini akan diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan penduduk negeri ini, katanya dalam ucapan majlis tersebut.

Penutup program YB Dato’ bersama saf pimpinan JKP Zon 11 dan Ahli Majlis MPS Zon 11 telah meraikan rakyat dengan makan malam bersama kaum india tidak mengira peringkat umur.

Jelas kelihatan generasi muda juga begitu ramai yang hadir untuk bersama memeriahkan suasana tersebut. YB Dato’ telah menyatakan majlis ini adalah dengan mengotakan janji beliau kepada rakyat setelah beliau memperolehi kemenangan dalam PRU 12 yang lalu.

YB Dato’ Hassan telah menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada pesakit iaitu En. Salim Senit (73thn )yang telah uzur. Majlis lawatan tersebut diiringi oleh Ahli Majlis MPS Zon 11 bersama AJK JKP yang lain.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar


Amal Gombak mendekati Generasi Muda


Gombak – Musim cuti sekolah tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja oleh ibubapa/penjaga untuk membawa anak-anak mengikut kem yag dianjurkan berbagai pihak untuk memperbaiki diri anak-anak kearah kebaikan.

Retetan daripada itu Unit Amal Gombak dengan kerjasama Adun Gombak Setia telah mengadakan Kem Smart Muslim baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia.

Penglibatan para pelajar dalam kem Smart Muslim siri pertama telah mencecah 110 peserta yang terdiri diantara umur 13-15thn.

YB Dato’ telah memberi suntikan motivasi kepada para peserta serta ibubapa yang hadir. Sentuhan motivasi tersebut telah menyentuh hati-hati para pelajar dan penglibatan ibubapa terhadap anak-anak untuk menghadirkan diri dalam kem yag dianjurkan ini.

Beliau amat berharap ibubapa penjaga harus memberi dorongan sepenuhnya pada anak-anak lebih-lebih lagi anak-anak yang menduduki peperiksaan.

Anak-anak yang menduduki peperiksaan harus diberi sokongan malahan daripada aktiviti mereka seharian harus ditinjau oleh kedua ibubapa / penjaga terhadap anak-anak.

Beliau berkata, dengan mengikuti Kem Smart Muslim memberi pengertian yang amat bermakna seperti anak-anak mesti “Smart” daripada sudut akhlak, akidah, pengurusan masa, aktiviti sekolah, pelajaran, solat dan lain-lain. Jika mereka tidak diberi bimbingan dengan pengurusan tersebut beliau yakin anak-anak tidak dapat menjadi individu yang beriman, bertaqwa malahan mereka akan termasuk dalam golongan insan-insan yang tidak mempunyai akhlak yang mulia malahan mereka akan terlibat dengan berbagai gejala sosial dan seterusnya akan lahirlah anak-anak yang menjadi sampah masyarakat.

YB Dato’ berkata, merasakan adalah 1 tanggungjawab beliau untuk memastikan anak-anak ini diberi didikan yang sempurna, dibimbing kejalan yang diredhai ALLAH swt dengan meminta semua pihak Jentera PAS agar membuat berbagai program pelajar bersama ibubapa.

Katanya lagi, walaupun dirinya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang meliputi bidang Agama, memperbaiki insfrastruktur tetapi seandainya beliau tidak dapat membantu memperbaiki diri setiap masyarakat sekeliling dan anak-anak remaja, beliau merasakan adalah 1 kesilapan besar dan tidak wajar. Beliau berkata untuk memperbaiki dunia harus memperbaiki manusia, untuk memperbaiki diri manusia harus diperbaikikan hati mereka terlebih dahulu. Segala kerosakan dunia dan manusia adalah punca daripada ibu segala seluruh jasad iaitu “HATI”.

Walaupun dunia sebagai motivator dalam memberi berbagai ceramah motovasi pelajar, kekeluargaan telah lama ditinggalkan namun, beliau masih setia memberi dorongan, pandangan dan nasihat kaunseling kepada yang memerlukan khidmatnya lagi, ujarnya.

YB Dato’ mengatakan apabila anak-anak diajar mengenali ALLAH dengan mendekati majlis-majlis Ilmu, menjaga solatnya maka insya-ALLAH mereka akan menjadi generasi yang beriman malahan mereka adalah pelapis pimpinan yang akan menerajui negara ini dengan sebaiknya.

Beliau juga telah menyedarkan kepada ibubapa / penjaga yang hadir agar manfaatkan sebaiknya kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri berikan, malahan dengan membawa anak-anak mengikuti ke setiap kem yang diajurkan oleh pihak Dun Gombak Setia dan lain-lain adalah dengan harga yang sangat berpatutan.

Ibubapa juga harus menggalakkan anak-anak mengimarahkan masjid/surau. Disini YB Dato’ meminta agar setiap ibubapa/penjaga yang hadir membuat bandingan semasa zaman UMNO memerintahan 50thn yang lalu adakah anak-anak diberikan mengikuti kem dengan bayaran begitu murah sekali dengan RM5 sahaja pada zaman ekonomi yang semakin meningkat, tetapi disediakan berbagai kemudahan dan makan minum yang berbagai.

Selain daripada itu, ibubapa juga diminta menilai semenjak PR memerintah adakah masjid/surau tidak dihidupkan dengan majlis-majlis ILMU setiap hari ? 2thn pentadbiran PR, bagaimana pula pentadbiran surau/masjid, adakah dapat dirasakan oleh rakyat kemeriahan Masjid dan surau pada bulan keberkatan dipenuhi dengan berbagai agenda dan telah menjadi pesta ibadat dengan mengabdikan diri pada ALLAH swt sehingga ramai menyedari walaupun ramadhan meninggalkan 5hari namun rumah ALLAH masih dipenuhi dengan penghuninya yang mencari keredhaan ALLAH swt.

Sudah pasti apa yang kita lihat masjid dan surau dipenuhi dengan majlis ilmu yang bermanfaat dan undangan ustaz-ustaz yang banyak pengalaman. Manusia berbagai umur dan ragam memenuhi masjid/surau merebut bonus akhir ramadhan.

Adakah ibubapa/penjaga dapat menilai ini semua dengan sebaiknya?? Semasa zmn UMNO memerintah bagaimana pentadbiran dan pengurusan mereka dalam mengimarahkan masjid dan majlis-majlis ilmu?? Sudah pasti kita dapat rasakan 2 minggu ramdahan, masjid /surau tiada penghuninya lagi, 10mlm masjid/surau telah dikunci malahan tidak dibenarkan untuk iktikaf, suasana ramadhan menjadi hambar. Majlis ILMU/ Tazkirah telah dibekukan malahan utz-utz yang hadir tidak dibenarkan menyampaikan Tazkirah walaupun telah diterangkan oleh Nabi saw para malaikat sentiasa bersama orang-orang yang mengimarahkan rumah dan majlis ilmu. Mengapa??, ini disebabkan perlantikan ketua Biro dalam Exco pada zaman pemerintahan UMNO tidak memainkan peranan sebaiknya??

Oleh yang demikian, beliau meminta agar ibubapa/penjaga dan para peserta yang hadir menilai dengan sendirinya bagaimana ingin mencari pemimpin yang adil, yang sangat mencintai ALLAH swt dan mengajak orang lain juga mentaatinya dan sentiasa berebut-rebut membuat kebaikan bukan menggalakkan kearah kemaksiatan dan kemungkaran, ujarnya .

YB Dato’ juga telah menyampaikan maklumat kepada ibubapa/penjaga yang hadir, jika diizinkan oleh ALLAH swt dengan mengusulkan Hasrat Ustazah Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS Zon 11 agar menjadikan surau Al-Ikhwan untuk diadakan solat jumaaat kepada pihak JAIS memandangkan Zon 11 tidak mempunyai masjid dan lokaliti tidak sesuai maka, insya-ALLAH jika telah diluluskan oleh pihak JAIS beliau berhasrat juga akan membuat program kekeluargaan dan lain-lain lagi untuk bersama rakyat, ujarnya dalam dalam Kem Smart Muslim baru-baru ini.

Pengarah Program, Utz Mohammad Ali berkata tujuan Unit Amal Gombak menganjurkan program Smart Muslim adalah satu program tahunan unit Amal untuk melahirkan remaja yang beriman dan beramal solih.

Beliau berkata, remaja ini harus didekati dan dibimbing kerana jika kita biarkan mereka sudah pasti mereka hilang arah tujuan. Mungkin ibubapa terlalu sibuk dengan tugas pejabat dan harian sehingga terlupa mendekati anak-anak.

Dengan kurangnya daya tumpuan, pada anak-anak maka mereka akan mengambil jalan mudah untuk keluar dari kepongpong kebosanan dengan mengikuti aktivit-aktivit yang kurang sihat dan pergaulan mereka juga tidak dilandaskan syaritanya.

Apabila ini berlaku akan lahirlah anak-anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi dan tidak dapat dibendungkan lagi.

Selain daripada itu para peserta akan didedahkan untuk membentuk jati diri muslim dalam menjaga akhlak dan akidah. Mereka diberikan dengan beberapa modul diantaranya ialah Muslimkah Ana (saya), Mahmudah dan Mazmumah, Do & Don’t (Apa harus aku buat??) dan berbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh penganjur.

Objektif dan misi program ini adalah bertujuan membantu peserta membuat perancangan tentang apa yang harus dilakukan untuk merubahkan diri, memastikan setiap peserta mempunyai matlamat dan perancangan yang betul dalam kehidupan mereka dan sebagainya.

Beliau amat berharap semoga program tersebut mampu memberi kesedaran dan keberkesanan terhadap semua peserta yang hadir. Lebih penting mereka merupakan ikon muslim mukmin yang sejati dan profesional kepada sahabat-sahabat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama, ujarnya dalam program Kem Smart muslim bersama isteri dan anak yang dikasihi.

Editor : Khaulah Azwar

Thursday, April 1, 2010

kubu sdra chegubard, ceramah umum di kg batu rembau, bersama ahli parlimen shah alam memberi harapan baru rkyat rembau!!!


Alhamdulilah semakin hari PR mendapat dihati semua bangsa dan agama, semoga kebenaran akan diberi dan untuk menegakkan syiar ISLAM akan tercapai. bangunlah wahai ummat jangan terus menerus bersama pemerintah yang Zalim (UMNO)..


cabang rembau telah membuat keputusan untuk mengadakan ceramah-ceramah umum atau kelompok setiap 3 minggu sehingga PRU nanti insyallah...


kemesraan semua kepimpinan pakatan rakyat amat-amat menakutkan dan menggentarkan jiwa ahli-ahli umno dan bn..
salah seorang anak muda yang terpikat dengan keberanian anak muda SAMM dan terus mengisi borang keahlian PKR..hidup anak muda!!!
tahniah bg yusof tapa!!! mmg ramai mlm ni. tempat ini juga pernah digelar sebagai kubu paling kuat umno, tapi itu dulu koba abg yusof. semoga mklumat yg disampaikan boleh disebarkan di seluruh rembau....

terperanjat abg ni bilo flash kemera memancar kek muko eh...maaf, tak sengajo hehehe..
komeng SAMM adalah antara tulang belikat cabang rombau dan dipilih sebagai anak didik chegubard yg paling taat dan hebat dlm perjuangan..!!! hidup komeng!!!
Abg SAMM mmg steady!!!
Epul SAMM juga dtg membantu cabang rembau..
kutip buak!!! pastu kira kat dalam. jangan boli jajan sudah!!! duit rakyat utk rakyat...!!!

Mus SAMM pun turut serta edar risalah & kutip derma...
Buak SAMM, mengedar risalah isu fitnah2 dan laporan perubatan saifool yg didedahkan oleh setiausaha agung PKR pusat..


susuk tubuh seorang pejuang yang sangat-sangat hebat dalam politik serta mempunyai daya pemikiran yang jauh kedepan serta sangat berani dalam medan pertempuran ini, YB khalid Samad!!!



wakil zunar...bro kulup blogger..

YDP pas rembau @ adun Paroi, Yb taufik yg mempunyai semangat perjuangan islam yg sangat-sangat tinggi!!!
PSM sentiasa ada di mana-mana demi mencapai agenda mereka iaitu, keselesaan rakyat...selvam & sahabatnya...
inilah dia wajah seorang pejuang di kg batu ini, abang yusof tapa merangkap ketua ranting kg batu!!!
ketua cabang, sdra chegubard & tangan kanannya sdra azizi sedang menguruskan beberapa masaalah, yg yakinnya pasti selesai!!!
sdra kulup blogger membuka boot majalah humor zunar yg kini antara majalah yg paling laris sehingga polis memburu buku ini di seluruh Malaysia.!!!
SAMM sentiasa membantu sesiapa sahaja dalam pakatan rakyat dalam memenuhi agenda memperkasakan rakyat!!! bagi cabang-cabang lain yg memerlukan bantuan SAMM, hubungi sahaja untuk tempahan. FOC!!
Generasi muda semakin peka dengan keadaan isu politik dan peranan tgjwb sentiasa diberikan untuk memastikan PRU ke 13 UMNO akan hancur...............................insya-ALLAH, TAKBIR... ALLAHHUAKHBAR....

perubahan harus didesak, bukan ditunggu !!!



Betapa inginnya kami agar bangsa ini mengetahui bahwa
Mereka lebih kami cintai dari pada diri kami sendiri.
Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur,
Sebagai penebus bagi kehormatan mereka,

Jika memang tebusan itu yang diperlukan.
Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan,
Kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka,
Jika memang itu harga yang harus dibayar.

Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini
Selaian rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami,
Menguasai perasaaan kami,
Memeras habis air mata kami, dan

Mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.
Betapa berat rasa di hati kami menyaksikan bencana
Yang mencabik-cabik bangsa ini,
Sementara kita hanya menyerah pada kehinaan
Dan pasrah oleh keputusasaan.

Kami ingin agar bangsa ini mengetahui bahwa
Kami membawa misi yang bersih dan suci;
Bersih dari ambisi pribadi, bersih dari kepentingan dunia,
Dan bersih dari hawa nafsu.

Kami tidak mengharapkan sesuatupun dari manusia;
Tidak mengharapkan harta benda atau imbalan lainnya,
Tidak juga popularitas, apalagi sekedar ucapan terima kasih.
Yang kami harap adalah…..

Terbentuknya Bangsa, beserta pemimpin dan masyarakatnya,
yang lebih baik dan bermartabat,
Terbangun Integritas atas Taufik-Nya dan
Terwujud Solidaritas berkat Ridlo-Nya,
Sebagai wujud kebaikan dari Allah-Pencipta Alam Semesta…Amien.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI