Thursday, April 1, 2010

perubahan harus didesak, bukan ditunggu !!!



Betapa inginnya kami agar bangsa ini mengetahui bahwa
Mereka lebih kami cintai dari pada diri kami sendiri.
Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur,
Sebagai penebus bagi kehormatan mereka,

Jika memang tebusan itu yang diperlukan.
Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan,
Kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka,
Jika memang itu harga yang harus dibayar.

Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini
Selaian rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami,
Menguasai perasaaan kami,
Memeras habis air mata kami, dan

Mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.
Betapa berat rasa di hati kami menyaksikan bencana
Yang mencabik-cabik bangsa ini,
Sementara kita hanya menyerah pada kehinaan
Dan pasrah oleh keputusasaan.

Kami ingin agar bangsa ini mengetahui bahwa
Kami membawa misi yang bersih dan suci;
Bersih dari ambisi pribadi, bersih dari kepentingan dunia,
Dan bersih dari hawa nafsu.

Kami tidak mengharapkan sesuatupun dari manusia;
Tidak mengharapkan harta benda atau imbalan lainnya,
Tidak juga popularitas, apalagi sekedar ucapan terima kasih.
Yang kami harap adalah…..

Terbentuknya Bangsa, beserta pemimpin dan masyarakatnya,
yang lebih baik dan bermartabat,
Terbangun Integritas atas Taufik-Nya dan
Terwujud Solidaritas berkat Ridlo-Nya,
Sebagai wujud kebaikan dari Allah-Pencipta Alam Semesta…Amien.

Tuesday, March 30, 2010

1Malaysia: Rakyat makin sangsi kedudukan Najib

KUALA LUMPUR- PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap kumpulan pelampau Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1Malaysia.

“Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya PAS berharap agar rakyat menyedari perkara itu dan bersatu menolak pelampau perkauman itu.

“PAS menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau,” ujarnya.

Kaum bukan Melayu pula diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu.

Menurutnya, kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.

Justeru, katanya gagasan 1Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman tidak wujud kerana merekalah yang sering menyemarakkan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum di negara ini.

Tambahnya, gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada BN, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang menghina kaum-kaum lain atas nama Melayu.

Sebelum ini, katanya kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakkan semangat perkauman.

“Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan,” ujarnya.

Malah, katanya Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.

Tambahnya, walaupun PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, pengakuan ketua pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman yang ekstrim dan melampau.

Katanya, kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukkan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan 1Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakkan kebencian kepada kaum-kaum lain.


Sunday, March 28, 2010

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz



KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamaannya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

RM52 bilion Saham Bumiputera Hilang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa saham-saham bumiputera bernilai kira-kira RM52 bilion di Bursa Malaysia yang dilaporkan hilang disiasat segera.

Dengan merujuk kepada satu laporan oleh agensi berita Bernama hari ini, Guan Eng berkata kehilangan saham-saham bumiputera itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Najib, dipetik Bernama sebagai berkata bumiputera hanya memiliki RM2 bilion saham dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

Guan Eng menjelaskan jika saham-saham ini diagihkan secara telus dan adil, sasaran ekuiti 30 peratus sudah pasti akan tercapai.


Anwar Dedah Tembelang Umno BN Kepada Rakyat Hulu Selangor


KUALA KUBU BHARU- Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.

Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.

“Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai.

"...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.

Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.

“Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini.

"Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya elerginya dia,” Anwar menyindir.

Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjuadian.

“Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam.

"Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik,” hujah Anwar lagi.

Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS (Berita Penuh)


KUALA LUMPUR - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sesi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Mengumumkan keputusan itu pagi ini di lobi Parlimen ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Hadi berkata, Nik Aziz menjalankan tugas beliau dengan baik sepanjang menyandang jawatan itu dan menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai pilihan terbaik lantaran Pas mengutamakan mempunyai keilmuan yang tinggi

"Kami membuat keputusan, yang penting, yang pertama melantik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus memegang jawatan Musyidul Am dan menyambung lagi perlantikan Datuk Dr Haron Din menjadi timbalan,” katanya.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu.

Mengikut laporan media sebelum ini, Nik Aziz tidak kisah sama ada dipilih Mursyidul Am atau sebaliknya.

Pada sidang media itu, Hadi turut ditanya mengenai sama ada tahap kesihatan Nik Aziz masih mengizinkan untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun lagi.

“Sehingga hari ini beliau boleh menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Maka tugas Mursyidul Am PAS juga boleh dilakukan,” tegas beliau.


Diasak dengan soalan wartawan media arus perdana yang cuba memutar belit fakta berhubung perlantikan Nik Aziz ini, Hadi berkata PAS mengutamakan pemimpin yang memiliki keilmuan yang tinggi dan Nik Aziz adalah pilihan terbaik.

“ Kita menganggap beliau meneruskan perjuangan. Yang penting ialah keilmuan dan kehormatan daripada ahli-ahli PAS”.

PRK Hulu Selangor: PKR Pertimbang Lima Nama


Parti Keadilan Rakyat pertimbang lima nama untuk dipilih sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh mengesahkan pihaknya telah menerima nama-nama tersebut dan akan diputuskan oleh pimpinan PKR Ahad depan.

Beliau berkata demikian kepada portal The Malaysian Insider. Beliau melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara strategi yang dipertimbangkan adalah memilih calon tempatan. Beliau juga berkata jentera Selangor telah digerakkan dengan kerjasama Pas dan DAP.

Dalam PRU12 lalu, PKR menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti kecil 198 undi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Parti Hak Asasi Manusia yang dikepalai pemimpin Hindraf, P Uthayakumar tidak akan mengetengahkan calon di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI