Hadi berkata, Nik Aziz menjalankan tugas beliau dengan baik sepanjang menyandang jawatan itu dan menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai pilihan terbaik lantaran Pas mengutamakan mempunyai keilmuan yang tinggi
Sunday, March 28, 2010
Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS (Berita Penuh)
PRK Hulu Selangor: PKR Pertimbang Lima Nama
Parti Keadilan Rakyat pertimbang lima nama untuk dipilih sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh mengesahkan pihaknya telah menerima nama-nama tersebut dan akan diputuskan oleh pimpinan PKR Ahad depan.
Beliau berkata demikian kepada portal The Malaysian Insider. Beliau melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kerusi tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara strategi yang dipertimbangkan adalah memilih calon tempatan. Beliau juga berkata jentera Selangor telah digerakkan dengan kerjasama Pas dan DAP.
Dalam PRU12 lalu, PKR menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti kecil 198 undi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Parti Hak Asasi Manusia yang dikepalai pemimpin Hindraf, P Uthayakumar tidak akan mengetengahkan calon di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
Thursday, March 25, 2010
Selangor Ikhtiar Pilihanraya PBT
Mesyuarat Exco hari ini memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar Selangor berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tindakan ini bagi membolehkan orang ramai memahami isu ini secara mendalam.
Dalam surat setebal 11 muka surat bertarikh 23 Mac 2010 itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan maklumat dari perspektif perundangan dan had batasan berkaitan cadangan mengadakan pilihan raya PBT di Selangor.
Beliau membuat kesimpulan bahawa SPR dan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya peringkat PBT bagi memilih ahli majlis.
Tan Sri Abdul Aziz juga berkata, SPR tidak boleh menjalankan kajian dan analisis seperti yang diminta Selangor kerana ia bukan bidang kuasa SPR seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya 1957.
Kerajaan Negeri menegaskan surat SPR ini bukan noktah akhir kerana kerajaan negeri akan terus berusaha mencari jalan atau kemungkinan lain yang membolehkan pilihan raya PBT ini diadakan.
“Kita membincangkan isu ini dalam Mesyuarat Exco hari ini dan memutuskan jalan terbaik ialah dengan mencari pilihan lain dari sudut yang berbeza.
“Kami percaya dalam sebuah negara yang matang, fungsi sesebuah kerajaan perlu didemokrasikan dan ini baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada 11 Mac lalu, Menteri Besar menulis surat kepada SPR untuk mendapatkan pandangan mengenai pilihan raya kecil PBT selain meminta SPR mengadakan kajian menyeluruh untuk kepentingan rakyat khususnya di Selangor.
Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan
Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.
Ketua Pemuda Umno Hentam TV Selangor
Wednesday, March 24, 2010
DAP minta UMNO kurangkan lesen judi
Titi Tinggi: AMK Sentiasa Bersedia Hadapi Pilihan Raya
Lampu hijau. Itu sahaja yang diperlukan jentera nasional sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat untuk turun menggempur Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Perlis.
Dalam perkembangan terbaru di utara tanahair, Adun Titi Tinggi Yip Sun Onn meletakkan jawatan seraya mencetuskan kemungkinan pilihanraya kecil diadakan.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengesahkan Adun MCA itu telah menyerahkan surat perletakan jawatan. BN dalam usaha memujuk Sun Onn untuk menarik balik keputusannya itu.
Mohd Isa dan Pengerusi MCA Perlis Datin Paduka Chew Mei Fun menegaskan perletakan jawatan ini masih belum muktamad, malah Speaker Perlis Yazid Mat juga dilaporkan enggan menyerahkan surat perletakan jawatan Titi Tinggi kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
Sekiranya surat itu sampai ke pihak SPR, suruhanjaya itu terpaksa mengumumkan piliharnaya kecil di kerusi itu dalam masa 60 hari.
"Sekiranya pilihanraya kecil diumumkan di Titi Tinggi, Angkatan Muda Keadilan akan turun padang sebaik sahaja mendapat restu dari pucuk pimpinan parti," kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.
Dalam PRU12 lalu, MCA menewaskan calon PKR, Keria Senawi, dan calon bebas Mohamad Razi dengan majoriti 1,814 undi.