Friday, February 26, 2010

Kesenian ISLAM CASMARIA, JKP ZON 11 MERIAH






Gombak- Kecintaan kita sebagai ummat ISLAM terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw telah disambut begitu meriah sekali disetiap kawasan dan negeri seluruh m'sia.

Sambutan ini telah diadakan dengan berbagai program yang telah disusunkan oleh semua pihak Masjid, Surau, PKM setiap Zon, Jawatan Kuasa Penduduk (JKP), malahan ada juga syarikat-syarikat organisasi menyambut Kelahiran Nabi saw, di Pejabat untuk bersama kakitangan mereka.

Tujuan untuk Meraikan Kelahiran Nabi Saw adalah agar kita sebagai ummatnya mengenangkan jasa baginda yang tidak termampu untuk kita membalasnya kerana sifat peribadi baginda yang sanggup megorbankan diri sendiri untuk ummatnya sebagai bukti kasih sayang baginda.

Tanpa disedari, baginda telah meninggalkan kita semua 1400thn yang lalu, namun namanya sentiasa terukir didada dan mulut bagi orang-orang yang beriman dengan mengamalkan ajarannya.



Bagi Pihak YB Dato' Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia yang telah memantau dan menyertai Majlis Maulidur Rasul di Gombak dengan menziarahi Masjid, Surau dan Kawasan -kawasan sekitarnya dan beliau sangat menggalakkan majlis kebesaran ini diadakan setiap kawasan dan seluruh negeri bagi mengenangkan jasa Nabi Muhamad saw dan disinilah persaudaraan sesama insan terjalin lebih rapat lagi.



Beliau berkata, Sempena kelahiran baginda saw, YB Dato' dapat merasakan kemeriahan ini apabila di lihat kawasan Gombak telah menjadi tumpuan pesta ibadat dengan mengadakan ceramah, qiammulail, mengadakan perarakan Maulidur Rasul dengan memberi dan memuji Kebesaran ALLAH swt dan Nabi Muhammad saw walaupun baginda tiada disisi kita. Semoga dengan meraikan kelahiran baginda saw, mengamalkan sunah dan mengikuti ajaran menjadi satu pembalasan kita terhadap pengorbanan baginda yang tidak mampu kita bayar walaupun dengan wang ringgit.


Malahan, Kemeriahan ini telah diserikan lagi dengan Kesenian ISLAM yang telah dilaksanakan oleh Penduduk Casmaria Pangsapuri dengan kerjasama JKP Zon 11 untuk mengadakan program bersama Masyarakat sekitarnya yang telah dirasmikan oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis, MPS Zon 11.



Turut menghadiri majlis Kesenian ISLAM adalah En. Samusudin B. A. Rahman Ahli Majlis MPS Zon 24 dan beberapa saf pimpinan PAS Kaw Gombak. Dengan adanya program sedemikian ukhwah antara pimpinan dan masyarakat akan terjalin.

Terdapat berbagai program yang diadakan seperti pertandingan Hafazan, Nasyid, Bacaan Al-Quran, Selawat Keatas junjungan Besar Nabi Muhammad saw beramai-ramai yang telah disertai oleh penduduk Casmaria di sekitar Zon 11.


Suasana Kesenian ISLAM di Zon 11 mejadi meriah lagi apabila diadakan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustazah Khatifah kepada penduduk sekitar yang hadir dalam majlis tersebut dengan membuka minda kepada masyarakat agar bangun daripada lamunan yang panjang kerana kita sebagai umat ISLAM semakin jauh daripada Nabi Muhammad saw untuk mengikuti ajaran baginda.


Selain daripada itu, penduduk diajak mengimbau kembali sirah perjuangan baginda bersama sahabat-sahabat mereka untuk ISLAM sehingga penyebaran dakwah ISLAM tersebar luas di pelusuk dunia. Tetapi sayang, diatas pegorbanan baginda dan shabat-sahabat baginda yang tidak terbalas, kini kita sendiri sebagai ummatnya telah merosakkannya dan menolak hukum ISLAM. Kita mengatakan diri kita ISLAM tetapi adakah kita benar-benar ISLAM secara totally dengan mengamal perintah ALLAH swt dan menerima perjuangan ISLAM??

Kita sanggup melakukan berbagai propaganda sehingga imej ISLAM tercalar yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab sehingga bangsa lain memandang ISLAM dengan sinis sekali. Adakah pengakuan ISLAM hanya pada dibibir sahaja, sedangkan hati kita tidak kepada ISLAM?? Tepuk dada tanya iman kita.


Ramai umat ISLAM menyatakan kita menyintai Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda tetapi adakah kita sedar bahawa ramai antara kita tidak menyintainya sepenuh hati. Ini jelas terbukti apabila kita sebagai orang ISLAM telah menolak ajaran dan sunnah baginda malahan kebanyakkan kita begitu berani menolak perjuangan ISLAM dengan mengatakan Ulama' yang bukan-bukan sedangkan Ulama' merupakan orang yang terhampir kepada ALLAH swt selepas Nabi saw, kerana peribadi mereka yang begitu wara' dengan menjaga setiap perbuatan mereka dan mengamalkan hukum ajaran didalam Al-Quran dan Al-Sunnah.


Cuba kita renungkan pula bagaimana ibadat kita? Berapa ramai ibubapa yang mengambil berat terhadap ibadat anak-anak, menggalakkan ahli keluarga ke majlis ILMU agama di rumah ALLAH swt. Sedarkah kita bahawa graf orang ISLAM yang benar-benar mendirikan solat. Hanya 30% orang yang solat dan tidak pernah meniggalkannya, 35% solat yang ikut suka hati, 35%, adalah yang tidak solat. Dimanakah kedudukan kita??


Ini jelas menunjukkan kita adalah golongan yang mengaku ISLAM diluaran sahaja memandangkan kita tidak mengikuti perintah ALLAH swt apatah lagi ibadat puasa yang diwajibkan pada semua umat ISLAM. Tetapi kita meninggalkannya. Ini amat membimbangkan kita. Sedarkah kita sebelum baginda wafat, dimana Nabi Muhammad saw juga memberi penekanan kepada ummatnya agar jaga solat. Solat akan membentuk peribadi kita sebagai seorang muslim. Jika kita tidak menunaikan solat maka kita mudah melakukan kemungkaran, memghampiri serta melakukan zina dan kezaliman.


Ini amat membimbangkan pada kami, apabila dilihat generasi muda masa kini setelah JKP Zon 11 menubuhkan organisasi Pencegahan Jenayah dan maksiat terdapat 2 kes serbuan noda berjaya dilakukan walaupun organisasi ini baru ditubuhkan. Amat memalukan kita apabila anak-anak remaja yang berumur 15thn telah terlibat dengan gejala sosial semakin menular.



Anak-anak muda membuat maksiat dengan tidak rasa bersalah, ibarat apa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi 1 kebiasaan pada mereka. Jadi adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa dan masyarakat mengambil berat kepada anak-anak generasi muda masa kini.


Mari kita renungkan ayat Al-Quran ini, ALLAH swt memberi larangan sekerasnya kepada ummatnya“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).


Oleh itu sempena Maulidur Rasul yang penuh bermakna, marilah kita sama-sama memperbaharui iman kita, mengamalkan perintah ALLAH swt dan sunnah baginda. Meninggalkan segala larangan ALLAH swt, melakukan kebaikan dimuka bumi ini.Saat-saat baginda wafat, baginda masih menyebut ummatku, ummatku, begitulah kasih sayang baginda pada ummatnya dan baginda amat bimbang kepada ummatnya yang akan semakin jauh jika tidak mengikuti ajaran baginda dengan berpegang teguh mengikuti Al-Quran dan Al-Sunnah sebagi rujukan agar tidak sesat sepanjang zaman.



Tetapi, adakah kita membuka kitab ini setiap kali menghadapi kesulitan, pengurusan pentadbiran negara kita masa kini?? Kita berani menolak hukum yang termaktub dalam Al_Quran yang telah diturunkan oleh ALLAH swt tetapi kita mengikuti hukum yang dibuat oleh manusia tanpa takut kepada ALLAH swt.


"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124) .

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).


Semoga sedikit suntikan ini membuka hati kita kembali kepada fitrahnya sentiasa menjadi Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan kita untuk meneruskan kehidupan yang banyak ujian dan tribulasinya, Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).


ujarnya dalam ceramah Maulidur Rasul yang telah dihadiri begitu ramai oleh penduduk sekitar Zon 11 baru-baru ini.


Majlis Kesenian ISLAM ini telah menjadi lebih meriah sekali apabila secara keseluruhan Acara pertandingan telah jatuh di Blok E yang telah mendapat piala Johan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap menyediakan hadiah cenderahati kepada semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut agar menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk terus berusaha lebih gigih dalam lagi untuk mencintai kesenian ISLAM dengan mendalami dan mengawal ISLAM keseluruhannya.

Semoga dengan adanya Program ini, para peserta akan sentiasa mengasah bakat yang terpendam sekian lama. Disamping itu terjalinnya ukhwwah dan wujudnya kasih sayang antara satu sama lain.



Monday, February 22, 2010

N17 dan JKP Zon 11 adakan OPS.. AntiTikus, Denda RM1000




Gombak - Operasi Penangkapan Tikus yang menawarkan ganjaran sebanyak RM1 seekor di kawasan Pangsapuri Seksyen 16, Shah Alam dan RM3 bagi kawasan sekitar Dewan Negeri (DUN) Chempaka dan di sekitar Negeri Selangor telah mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

Malahan operasi ini juga telah diajalankan dibeberapa peringkat kawasan termasuklah di kawasan N17 Gombak yang telah diadakan baru-baru ini setelah menerima aduan penduduk samada di Pej. Ahli Majlis, MPS Zon 11 atau PKM DUN Gombak Setia.



Setelah menerima aduan, YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali / Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS, Zon 11, Pn. Khatifah Zamani Sulong telah bersetuju untuk mengambil langkah inisatif dan efektif untuk meminta pihak MPS membuat Operasi Ops..Anti Tikus. Tujuan operasi Penangkapan Tikus untuk keselesaan penduduk sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

YB Dato’ Saran 3K


YB Dato’ telah menekankan masyarakat perlu menanam 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula.

“Ini kerana kami menerima banyak rungutan dan aduan daripada penduduk setempat, jadi sebagai inisiatif pihak kami dan Ahli Majlis akan segera bertindak pantas bagi menjamin keselesaan penduduk dan peniaga di situ,”

“Harapan kami melalui program ini, ia dapat mendidik masyarakat supaya sentiasa peka dan mengambil berat berhubung tahap kebersihan di kawasan kediaman /premis perniagaan masing-masing".


“Usaha ini perlu dibuat berterusan bagi mengawal wabak demam denggi daripada merebak serta ancaman tikus daripada berleluasa serta memerlukan penyertaan menyeluruh daripada semua pihak terutamanya saya ingin melihat kerajaan PR bersih daripada semua sudut dengan menjaga kebersihan diri, akhlak, tidak mengamal rasuah dan lain-lain lagi.


Mungkin pada zaman pemerintahan UMNO kerajaan tidak mengambil serius setiap aduan dibuat dan sekiranya adapun hanya ibarat seperti menabur racun tikus begitu sahaja, kemudian untuk melakukan secara berkala begitu sukar sekali, jadi besar harapan saya semoga dengan pemerintahan kerajaan PR akan menjaga secara keseluruhan dengan mendapat kerjasama semua pihak” katanya.

Operasi penangkapan Ops.. Anti tikus dan memusnahkan pembiakan tikus telah dihadiri oleh Unit Haiwan Liar (Tikus), Jabatan Kesihatan MPS, En M. Sofi, beberapa orang kakitangan MPS dan Ahli Majlis, MPS / JKP Zon 11 bersama pembantu kanan beliau.


Operasi yang dijalankan adalah kawasan premis – premis perniagaan Pasar Tani Sri Gombak, Medan Selera Tmn Samudera dan beberapa tempat di persekitaran gombak.

En. Sofi menyatakan, pihaknya meminta kerjasama orang ramai agar menjaga kebersihan dikawasan persekitaran premis.

Beliau telah memberi cadangan agar pihak peniaga hendaklah simen kawasan premis supaya tikus tidak memasuki lubang yang sudah menjadi sarang. Bagi kawasan / tanah yang telah menjadi pembiakan tikus akan diletakkan racun kemudian akan ditutupkan dan tikus tersebut akan mati.


Sekiranya pihak peniaga / penduduk tidak menjaga kebersihan terutamanya dikawasan premis perniagaan pihak berkuasa berhak mengeluarkan saman sebanyak RM1000 untuk memberi peringatan kepada mereka.

Selain daripada itu adalah untuk mengelak berlakunya perlbagaian penyakit / keracunan makanan kepada pelanggan.



Ahli Majlis, MPS Zon 11 Kesal dengan Sikap Masyarakat


Ahli Majlis, MPS Zon 11 Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong apabila meninjau di kawasan premis perniagaan terutama melihat di dalam longkang dan bekas-bekas kosong yang ditakungi air beliau berkata " Sikap masyarakat yang sukar diubah kerana tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan walaupun disekitar rumah sendiri”.

Walaupun kerap diadakan kempen kebersihan alam sekitar dengan mengadakan gotong – royong mengikut kawasan -kawasan di Zon 11, tetapi masyarakat masih tidak dapat membuang sikap mereka untuk bersama turun padang dan membantu menjayakan gotong – royong di kawasan sendiri.


Mereka hanya melihat daripada jauh sahaja tanpa bertindak. Bayangkanlah berapa ramai penduduk disekitar kawasan Tmn Samudera dan beberapa tempat yang telah dijalankan gotong – royong secara berkala tetapi yang hadir memberi kerjasama dalam melibatkan aktiviti kemasyarakatan adalah tidak sampai 50 orang, amat mengecewakan walaupun promosi gotong royong telah di wawarkan.

Saya yakin mungkin bukan di Zon 11 sahaja menghadapi masalah masyarakat tidak mahu bekerja sama dalam melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan malahan di merata tempat di setiap Zon.


Pada pihak Ahli Majlis disetiap zon, telah kami jalankan tanggungjawab sebaiknya tetapi terpulang kepada masyarakat sekitar untuk mengubah sikap mereka. Kami tidak mampu mengubah pemikiran dan sikap manusia melainkan diri mereka sendiri mengubahnya, ujarnya.

Jika ini berterusan, kesannya adalah kawasan mereka dihinggapi Lalat, Air sukar mengalir, tikus juga akan bermaharajelela, malahan Nyamuk Aedes mudah membiak dan akhirnya kawasan berkenaan dikatakan Kes Demam denggi tertinggi.

Jangan suka Menunding Jari jika 1 jari ditunding pada orang, 4 lagi pada kita sendiri



Beliau melahirkan rasa kesal keatas sikap masyarakat yang kadangkala sering mengatakan dan menunding jari bahawa Ahli Majlis MPS, JPS tidak mengambil perhatian diatas pemasalahan yang berlaku apabila dibuat aduan.

Tetapi adakah mereka sedar bahawa setiap aduan dibuat telah diambil perhatian oleh pihak berkuasa tetapi yang tidak memberi kerjasama adalah diri kita sendiri yang suka membuang sampah merata tempat, kebersihan tidak dijaga.

Sikap negatif ini sukar dibendung oleh mereka sendiri.Pn Khatifah berkata lagi, seandainya kita semua bekerjasama, ambil berat terhadap kebersihan alam sekitar, insya-ALLAH tidak berlakunya masalah kerbersihan.

Beliau berkata lagi, ketika bersama membuat lawatan di Premis Perniagaan Tmn Samudera bersama MPS " Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan masalah kemelut hidup. Kita perlu cari dimana puncanya atau tujuannya. Kita perlu kembali ke pangkal ” Back to Basic” bermula daripada diri sendiri.

Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya ” Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia baikilah hatinya.” Masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Objektif utama aktiviti berkenaan adalah untuk mengurangkan jumlah tikus dalam kawasan gombak serta mendidik masyarakat mengenai kesan negatif yang berpunca daripada haiwan tersebut.

Saranan Ahli Majlis Dan ubahkan “Mind Set”


Menurutnya, langkah yang diambil untuk mengawal tikus dalam kawasan tersebut adalah membubuh racun tikus di kawasan pembiakan, memasang perangkap tikus, dan sekiranya perlu insya-allah kami akan mengedar risalah dan kempen anti tikus.

Beliau juga menyarankan pertingkatkan Kebersihan samada di kawasan perumahan, premis perniagaan, melakukan gotong royong di kawasan premis perniagaan dengan mengceriakan kawasan tersebut agar kelihatan menarik dan kemas.

Bahagian kawasan yang didapati berlubang hendaklah ditutup dengan simen, tanaman pokok hendaklah dijaga dengan baik agar tikus tidak membiak dengan membuat sarangnya terutamanya pokok pisang menjadi kegembiraan tikus membiak. Bahagian dapur juga harus dijaga kebersihan kerana melibatkan makanan untuk dijual kepada pembeli.

Beliau amat berharap semoga masyarakat yang menjalankan perniagaan denganpenuh jujur dan keikhlasan dalam berniaga. Menjalankan tanggungjawab dengan memberi kerjasama dengan semua pihak jangan hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan masalah alam sekitar dan kesihatan orang lain terjejas akibat daripada kelalaian diri kita sebagai peniaga, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

200,000 pesara kerajaan berdepan tekanan hidup

Wang pencen tidak mencukupi paksa lakukan kerja di usia emas

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 pesara kerajaan yang menerima pencen RM250 sebulan didakwa berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada antara mereka terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga masing-masing.

Kebanyakan mereka pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum diswastakan sudah menjangkau usia lebih 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji bulanan yang rendah iaitu sekitar RM600 hingga RM700 sebulan.

Presiden Kesatuan Sekerja Dalam GLC, Mohamed Shafie BP Mamal yang mendedahkan perkara itu, mendakwa sebahagian lagi bekerja sebagai pemandu teksi, berniaga secara kecil-kecilan selain terbabit dalam aktiviti pertanian.

"Pihak kesatuan melihat jumlah pencen (RM250) itu berada di bawah garis kemiskinan dan terlalu kecil berbanding kos sara hidup masa kini.

"Pesara GLC ini terpaksa bekerja keras walaupun sudah berusia kerana perlu menyara hidup keluarga masing-masing selain menanggung perbelanjaan pengajian anak-anak sama ada di institusi pengajian tinggi swasta atau awam.

Kita amat sedih melihat segelintir mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari pagi hingga malam manakala ada yang terpaksa berdiri lama tetapi menerima jumlah gaji di bawah RM800.

"Pihak kesatuan juga dimaklumkan bahawa ada pesara yang sakit serta tidak mampu bekerja sehingga memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal. Ini semua adalah kisah benar dan bukannya retorik," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohamed Shafie merayu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memberi perhatian serius kepada perkara ini bagi membantu golongan terbabit.

"Kita amat berharap jumlah pencen RM250 itu akan dikaji semula kerajaan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi pesara kerajaan dalam GLC. Kumpulan ini juga pernah membantu kepada pembangunan negara sewaktu mereka berkhidmat dulu," katanya.

"Pihak kesatuan merasakan golongan ini juga perlu diberikan pencen minimum RM720 sebulan seperti mana dinikmati kakitangan kerajaan pada masa kini.


Khaulah said : Erm..Rakyat meletakkan harapan tinggi menjulang agar 1 m'sia yg diwawarkan oleh PM membantu rakyat ttp kita tgk bnyk perkara rakyat terasa ditindas. Berita pagi tadi menyatakan ekonomi negara seamkin pulih.. haprak le.. mata wang semakin jatuh.. tapi UMNo2 ni asyik tipu rakyat dgn gunakan multimedia yg tlh dimonolikan oleh UMNo..rakyat tak dpt info yg btl.. lbh2 lg kaw. perkampungan, warga emas yg tak peka kepada isu semasa..habis semua kena goreng.. , duit pencen semakin diturunkan RM250.. so.. maknanya duit semakin takde..dah hbs dibelasah oleh Kerajaan. Nikan pula duit dpd Pusat semua dah kena control.. selagi UMNO yg pegang..jgn mimpi nak ada kesenangan..duit hbs dh guna utk kepentingan sndri dan kuncu2 sewaktu dgnnya..Kelantan royalti pun tak blh dibayar nikan pula rakyat minta PM pkkan blk.. ALLAHHUAKHBAR..tenat dan memenatkan..kena keje lbh, diusia emas sepatutnya masa utk beribadah..ni nk teruskan kehidupan kena le pk dunia bnyk2.. jadi hamba dunia, keje... akhirat tiada bekalan.. sakit dan memenatkan... so.. pk apa lagi... nak pilih UMNO lg ke PRU ke 13??

Mohon bantuan buat penyakit kronik jantung berlubang

Salam.. buat semua pengunjung yg perihatin.. tlg wawarkan liputan ini ke blog semua.Bantulah insan ini..semoga ada sinar baru utk beliau meneruskan kehidupan .. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. Ya-ALLAH berilah kekuatan, kesabaran kpd insan kecil ini bersama ahli keluarganya..bukakanlah pintu kemudahan bg nya..

ana juga turut merasai perit dan kesakitannya :(





Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur.
Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan / Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.

Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
Adrianna Alysya Bt Mohd Ha nib
CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030
Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan.Saya doakan. Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera. Sekian,
terimakasih.

Adiranna Alysya

Kenduri Kesyukuran untuk Adun Gombak


Gombak – Majlis kesyukuran sempena penerimaan CF bagi Pusat Pendidikan Sek. Men ISLAM Al Amin, Gombak telah diadakan baru-baru ini bagi tanda kesyukuran diatas kejayaan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali/ Adun Gombak Setia yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkan CF bagi sekolah tersebut.

Tn Hj. Shahrom Mat Sharif yang merupakan Pengelola Lembaga Pusat Pendididkan Al-Amin menyatakan, beliau terlalu gembira kerana selama Sek. Al-Amin ditubuhkan di Kaw. Gombak bermula 1986 sehingga 2009 pihak Sek. mendirikan pusat pendidikan ini dengan tidak mempunyai CF.

Alhamdulilah, semenjak PR memerintah Sek. Al-Amin telah memperolehi CF atas usaha YB Dato’ Hasan bersama semua pihak.

Dengan hasil kejayaan beliau, pihak kami telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Kesyukuran untuk meraikan kejayaan tersebut dan sebagai tanda penghargaan terima kasih diatas kerjasama, kesungguhan YB Dato’ membantu pihak sekolah selain daripada itu untuk merasmikan Dewan baru yang telah dibina bagi keselesaan para pelajar disini.

Semoga ALLAH memberkati setiap usaha murni dan keperihatinan YB Dato’ dalam semua perkara terhadap masyarakat. Peranan dan tanggungjawab yang diberikan beliau kepada masyarakat amat memberi kepuasan kepada semua. Inilah yang sepatutnya harus ada dalam ciri-ciri pimpinan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat setelah diberi mandat. katanya, dalam majlis tersebut.

Majlis pelancaran dan ucapan perasmian Kesyukuruan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan. Beliau telah diiringi dengan semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia, MPS, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua Kg dan Nazir Masjid.

YB Dato’ mengucapkan kepada pihak sekolah dan semua ibubapa/penjaga dan warga Sek. Al Amin yang hadir bahawa ini merupakan tanggungjawab beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia untuk memberi bantuan kepada masyarakat.

Atas usaha bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah dan semua pihak akhirnya Pusat Pendidikan Al-Amin telah berjaya mendapat CF. Saya mengucapkan terima kasih buat semua yang memberi komitment yang tinggi dan sentiasa memberi kerjasama pada saya. Saya akan sentiasa memberi sokongan padu lebih-lebih lagi jika mengenai pendidikan kearah mendalami ilmu agama. Tanpa agama manusia akan lupa diri kerana daripada kecil dibangku sekolah kita perlu mendidik anak bangsa kita mencintai dan mendalami ilmu agama, daripada situlah akan lahirnya generasi Al-Quran dan pimpinan akan datang juga tidak akan menolak perjuangan ISLAM, isnya-allah.

Alhamdulilah kini Al-Amin tidak ketinggalan arus pemodenan dan semakin berkemajuan. Institusi ini juga telah mendapat sambutan masyarakat ISLAM dengan baik. Lebih-lebih lagi Sekolah Al-Amin ini juga berhampiran dengan Univ. ISLAM Antarabangsa, Kolej, dan Sekolah Integrasi ISLAM, semoga negeri diselangor ini akan membangun dengan konsep ISLAM juga.

Agak menghairankan Sek. Al-Amin yang telah dibina semenjak 24thn dan mempunyai bilangan murid yang ramai tidak mempunyai CF walaupun telah lama memohon semenjak pemerintahan UMNO. Amat membimbangkan, jika terjadi perkara yang tidak diingini ketika pelajar dan kakitangan berada disekolah ketika itu. Jadi, saya rasa tidak wajar dan berjanji akan membuat terbaik untuk membantu pihak sekolah agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Alhamdulilah hasil tersebut telah kita perolehi, semoga institusi pendidikan ini akan semakin berkembang, isnya-ALLAH, ujarnya dalam Majlis Kesyukuran Pelancaran Penyampaian CF.

Majlis penyampaian CF telah disampaikan oleh YB Dato’ diiringi En. Johari Mohamad daripada Jabatan Perancangan Bandar, MPS untuk diserahkan kepada pihak Pengelola Pendidik Sekolah Al-Amin iaitu Ustaz Hj. Shaarom Mat. Sharif.

Bagi memeriahkan suasana kesyukuran pihak Sekolah juga telah mengadakan Nasyid daripada para pelajar Al-Amin.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI