Wang pencen tidak mencukupi paksa lakukan kerja di usia emas
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 pesara kerajaan yang menerima pencen RM250 sebulan didakwa berhadapan dengan tekanan hidup sehingga ada antara mereka terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga masing-masing.
Kebanyakan mereka pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum diswastakan sudah menjangkau usia lebih 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk tempoh masa yang panjang dengan gaji bulanan yang rendah iaitu sekitar RM600 hingga RM700 sebulan.
Presiden Kesatuan Sekerja Dalam GLC, Mohamed Shafie BP Mamal yang mendedahkan perkara itu, mendakwa sebahagian lagi bekerja sebagai pemandu teksi, berniaga secara kecil-kecilan selain terbabit dalam aktiviti pertanian.
"Pihak kesatuan melihat jumlah pencen (RM250) itu berada di bawah garis kemiskinan dan terlalu kecil berbanding kos sara hidup masa kini.
"Pesara GLC ini terpaksa bekerja keras walaupun sudah berusia kerana perlu menyara hidup keluarga masing-masing selain menanggung perbelanjaan pengajian anak-anak sama ada di institusi pengajian tinggi swasta atau awam.
Kita amat sedih melihat segelintir mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari pagi hingga malam manakala ada yang terpaksa berdiri lama tetapi menerima jumlah gaji di bawah RM800.
"Pihak kesatuan juga dimaklumkan bahawa ada pesara yang sakit serta tidak mampu bekerja sehingga memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal. Ini semua adalah kisah benar dan bukannya retorik," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Mohamed Shafie merayu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memberi perhatian serius kepada perkara ini bagi membantu golongan terbabit.
"Kita amat berharap jumlah pencen RM250 itu akan dikaji semula kerajaan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi pesara kerajaan dalam GLC. Kumpulan ini juga pernah membantu kepada pembangunan negara sewaktu mereka berkhidmat dulu," katanya.
"Pihak kesatuan merasakan golongan ini juga perlu diberikan pencen minimum RM720 sebulan seperti mana dinikmati kakitangan kerajaan pada masa kini.
Khaulah said : Erm..Rakyat meletakkan harapan tinggi menjulang agar 1 m'sia yg diwawarkan oleh PM membantu rakyat ttp kita tgk bnyk perkara rakyat terasa ditindas. Berita pagi tadi menyatakan ekonomi negara seamkin pulih.. haprak le.. mata wang semakin jatuh.. tapi UMNo2 ni asyik tipu rakyat dgn gunakan multimedia yg tlh dimonolikan oleh UMNo..rakyat tak dpt info yg btl.. lbh2 lg kaw. perkampungan, warga emas yg tak peka kepada isu semasa..habis semua kena goreng.. , duit pencen semakin diturunkan RM250.. so.. maknanya duit semakin takde..dah hbs dibelasah oleh Kerajaan. Nikan pula duit dpd Pusat semua dah kena control.. selagi UMNO yg pegang..jgn mimpi nak ada kesenangan..duit hbs dh guna utk kepentingan sndri dan kuncu2 sewaktu dgnnya..Kelantan royalti pun tak blh dibayar nikan pula rakyat minta PM pkkan blk.. ALLAHHUAKHBAR..tenat dan memenatkan..kena keje lbh, diusia emas sepatutnya masa utk beribadah..ni nk teruskan kehidupan kena le pk dunia bnyk2.. jadi hamba dunia, keje... akhirat tiada bekalan.. sakit dan memenatkan... so.. pk apa lagi... nak pilih UMNO lg ke PRU ke 13??
No comments:
Post a Comment